Aku menuruni anak tangga dengan malas sambil memeluk tubuh. Jam menunjukkan angka 3 pagi dan mulut aku dari tadi tidak henti-henti menguap dengan luas. Semua ini gara-gara Nur Sara! Kalau bukan kerana dia yang suka pulang lewat pagi begini sudah pasti tidur aku tidak akan terganggu. Dari bawah tangga kaki aku melangkah laju ke arah pintu utama rumah banglo milik ayah kami ini.
Sebaik saja pintu dibuka, maka muncullah wajah mabuk Nur Sara menyapa mata aku yang sudah disepetkan kerana tidak suka dengan bau yang menusuk ke rongga hidung aku ini. Tidak lain tidak bukan bau busuk semerbak minuman akohol melekat di tubuh badan Nur Sara."Pehal lambat sangat buka pintu?" Marahnya dengan nada separuh menjerit membuatkan tangan aku segera menekup mulutnya. Aku cuba memimpinnya ke dalam rumah namun tubuh aku ditolaknya kasar. Setelah itu, langkahnya dibuka dan mula berjalan terhuyung-hayang. Nama pun mabuk, mestilah dia akan jalan begitu dan lagi manalah dia nak sedar apa yang dia tengah lakukan ketika itu.Aku mengeluh sendirian, sejak umur kami 19 tahun lagi Nur Sara bersikap begini. Keluar pagi balik pagi, keluar sihat bila balik mula tenat. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan adik aku ini."Eh! Eh!" aku segera menarik tangan Nur Sara agar tidak terlanggar pasu bunga yang terletak elok di atas rak. Jika tidak, matilah aku kalau tuan pasu bunga itu tahu. Siapa lagi jika bukan mama kami.Oh! Terlupa pula, nama aku Nur Hara. Kakak kembar tak seiras kepada si gadis tinggi lampai dan kurus kering macam lidi yang sedang aku papah naik ke tangga ini. Siapa lagi kalau bukan Nur Sara!"Apa ni pegang-pegang? Aku boleh jalan sendirilah. Tepi!" marah Nur Sara kepada aku sambil matanya terpejam rapat. Eh kau gila ke? Boleh jalan sendiri dengan mata terpejam macam itu! Apalah nasib badan aku ini kena papah tuan puteri naik ke biliknya."Tak payah nak mengadalah. Nanti kau jatuh aku juga yang susah!" jawab aku dengan tegas supaya dia faham apa yang aku sedang katakan kepadanya. Akhirnya Nur Sara tertidur di dalam pangkuan aku, sah memang aku kena papah dia naik ke atas. Inilah rutin harian aku setiap jam 3 pagi, usung mayat hidup ke biliknya. Eh!Setibanya kami di tingkat kedua rumah, aku terkejut melihatkan sekujur tubuh sedang berdiri di hadapan kami. Aku mendonggak melihat siapa gerangannya. Rupanya itu adalah ayah. Aku tertelan air liur melihatkan wajah bengisnya. Umur ayah sudah menjangkau 50-an namun raut wajahnya tidak banyak berubah tetap kelihatan sama ketika masih muda."Ayah..." panggil aku mendatar. Risau jika tiba-tiba kena jerkah di hadapan tangga ini."Kenapa benarkan dia masuk?" soal ayah membuatkan aku menelan air liur sekali lagi. Aku sebagai seorang kakak dan anak sulung keluarga ini memang tidak berani nak lawan cakap ayah. Jadi untuk soalan ayah itu aku tidak tahu nak jawab apa."Ayah nak esok pagi kamu kejutkan dia. Jangan sampai ayah yang kejutkan dia. Faham!" tegas ayah kepada aku dan aku mengangguk laju seperti burung belatuk. Ayah punya suara lagi seram dari hantu mengacau tengah malam. Setelah itu, aku melihat ayah beredar dari tangga menuju ke kamar tidurnya.Aku melepaskan nafas lega. "Aish kaulah ni." rungutku sambil memapah semula Nur Sara ke biliknya di tingkat tiga. Bilik kami berdua berada di tingkat paling atas iaitu tingkat ketiga. Sejak kecil memang kami ditempatkan di ruangan atas.Kini aku sedang berdiri di hadapan pintu bilik Nur Sara, aku menolak daun pintu tersebut dan meraba-raba ke dinding untuk mencari suis lampu. Setelah jumpa terus suis itu aku tekan dengan itu bilik yang gelap gelita tadi mula terang dengan sinaran cahaya dari lampu tersebut.Aku mengusung Nur Sara ke katilnya, aku meletakkan tubuhnya di atas katil setelah itu aku bergerak ke hujung katil mahu menarik selimut untuk menyelimuti tubuh Nur Sara. Remote control untuk penghawa dingin di atas meja kecil di sebelah katil Nur Sara aku gapai lalu menekan-nekannya untuk menghidupkan penghawa dingin tersebut.Aku terdengar suara bebelan dari Nur Sara. Apa yang dibebelkan pun aku tak tahu yang aku tahu hanyalah nak masuk ke bilik aku dan tidur semula. Sejak kecil kami terlihat rapat dan mesra namun semakin umur kami meningkat dewasa semakin terlihat kerenggangan hubungan kami sebagai adik-beradik kembar tak seiras kerana kesibukan yang melanda diri.Ketika umur aku 16 tahun, aku dimasukkan ke sekolah private oleh ayah manakala Nur Sara hanya menetap di sekolah menengah biasa. Sejak dari itu, hubungan kami mula berenggang kerana aku lebih banyak menghabiskan masa dengan tinggal di asrama.Mungkin kerana itu, Nur Sara mula menjinakkan diri dengan dunia liar di luar sana. Aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku lakukan supaya Nur Sara berubah kembali seperti dulu. Namun aku sedar akan sesuatu, manusia yang sudah berubah tidak akan berpatah balik ke belakang melainkan di masa hadapan mereka sendiri berusaha untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan.Kadang-kadang aku tertanya sendirian, adakah salah aku Nur Sara jadi begini? Mengapa ayah masukkan aku ke sekolah itu dan pisahkan aku dengan Nur Sara ketika di bangku sekolah? Namun, jika aku terlalu banyak menyoal semua perkara yang sudah berlaku seolah-olah aku tidak redha dengan takdir yang sudah tertulis di luth mahfuz untuk aku dan Nur Sara.Aku menekan suis lampu tidur di meja kecil tepi katil Nur Sara. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik, aku mula bergerak ke arah pintu bilik. Suis lampu ditutup kembali, perlahan-lahan daun pintu itu aku tutup.Langkah aku dibuka menuju ke bilik aku. Sebelum masuk ke bilik, aku meninjau keadaan sekeliling. Risau kalau-kalau ternampak kelibat yang tidak sepatutnya. Setelah memastikan tiada apa-apa yang mencurigakan aku terus masuk ke dalam bilik dan menutup daun pintu dengan perlahan.🍂🍂🍂Bunyi jam yang membingitkan segenap ruangan bilik aku ini aku gapai lalu menutup bunyinya yang nyaring itu. Tangan aku segera memisat-misat mata aku yang masih mengantuk. Mata aku dilirikkan ke arah jam yang berada di sisi aku. Pukul enam pagi, dan sudah masuknya waktu subuh.Aku segera bangun dan bergerak ke arah bilik mandi yang sememangnya sudah tersedia dalam bilik ini sejak rumah banglo tiga tingkat ini didirikan oleh ayah. Aku segera masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wudhuk, solat subuh harus segera ditunaikan kerana waktu imsak juga masuk awal jika subuh awal.Selesai mencuci muka dan mengambil wudhuk, aku terus keluar dari kamar mandi. Sejadah dan kain telekung segera aku gapai dan bentangkannya di atas lantai mengikut arah kilbat. Kain telekung aku sarungkan ke tubuh, setelah itu solat fardhu subuh pun aku mulakan dengan niat mendirikan solat.Aku suka dengan rutin harian aku setiap kali masuk waktu subuh. Aku suka menunaikan solat. Aku suka duduk lama-lama di atas sejadah sehingga aku tertidur di atas sejadah ni. Ketika umur aku 7 tahun, aku diajar solat oleh arwah Pak Man yang bekerja dengan ayah di rumah ni. Aku membesar dengan didikan agama yang diberikan oleh Mak Jah iaitu isteri kepada Pak Man.Aku diberikan didikan agama yang secukupnya dari mereka berdua, dalam keluarga ni. Selain ayah dan mama, Pak Man dan Mak Jah juga aku anggap seperti ibu dan ayah kedua untuk aku kerana sepanjang aku membesar seorang wanita yang aku anggapnya sebagai ibu langsung tidak melayani aku sebagai seorang anak seperti mana seorang ibu melayani anaknya dengan baik.Aku sendiri tak tahu mengapa namun aku cuma hanya anggap itu mungkin kerana aku seorang kakak dan anak sulung. Rata-rata kawan-kawan aku di sekolah yang merupakan anak sulung turut berkongsi kisah yang sama seperti yang aku lalui. Jadi aku tidak mahu banyak menyoal akan perkara yang sudah berlaku. Teruskan hidup dengan sebuah senyuman itu lebih baik dari kita mengungkit apa yang telah berlalu bukan?Aku menanggalkan kain telekung dari tubuh dan diletakkan di tempatnya bersama-sama dengan sejadah yang aku ambil dari lantai tadi. Kini langkah aku dibuka menuju ke pintu bilik, masih segar di ingatan aku akan pesanan ayah malam tadi. Kejutkan Nur Sara sebelum ayah yang kejutkannya. Kalau nak selamat lebih baik aku pergi kejutannya sekarang.Aku menerjah masuk ke dalam bilik Nur Sara. Langsir yang menutupi ruang bilik tidurnya aku tarik. Selimut yang menyelubungi tubuhnya aku tolak ke tepi. "Bangun bangun bangun!" laung aku dengan kuat seperti ada gempa bumi baru berlaku di rumah kami. Nur Sara membukakan matanya dengan susah."Apa kau ni!" marahnya apabila dia melihat ke arah aku yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang memandangnya."Bangun bangun bangun!" laung aku sekali lagi sambil tangan aku segera menepuk-nepuk seluruh tubuh badannya."Yah! Yah!" marahnya kerana tepukan aku hampir-hampir nak terkena aset pentingnya."Bangun ayah nak jumpa kita di bawah, kau bangun kalau tidak aku simbah air pula." jerit aku dengan ceria di pagi hari. Seronok juga kalau aku mandikan Nur Sara di katilnya, bukan selalu aku nak buat kerja nakal sebegitu."Jangan nak mengada! Kau ni ish!" punggung aku ditendangnya kuat sehingga hampir-hampir nak tersembam di atas lantai namun aku bijak untuk seimbangkan badan maka tak jadilah aku terjatuh."Bangun!" kali ni tangan aku menarik lengannya dengan kuat."YAHHHH!" jeritnya kuat. Aha sakitlah tu! Padan muka! Aku jelirkan lidah ke arahnya. Dia menjeling aku tajam. Suka aku mengusiknya begitu. Akhirnya Nur Sara bangun juga dari tidurnya. Kami laju menuruni anak tangga kerana aku mengheret Nur Sara agar mengikuti langkah aku.Ketika kami tiba di ruangan bawah, kelibat Kak Tina menyapa mata aku yang sedang bersiap sedia mahu membersihkan kawasan ruang tamu di bahagian bawah itu. "Kak Tina!" panggil aku perlahan. Kak Tina menoleh ke arah aku sambil memberi isyarat 'nak apa?'"Ayah dah turun?" soal aku kepadanya dan Kak Tina hanya mengangguk tanda sudah. Aku segera menarik tangan Nur Sara ke meja makan memandang ayah dan mama berada di sana."Selamat pagi ayah... mama..." ucap aku riang namun tidak Nur Sara, dia bagaikan terpaksa. Wajahnya menunjukkan dia tidak berminat dengan apa yang sedang berlaku ketika ini.Dalam waktu yang sama, aku sempat melihat mama menjeling ke arah aku dengan tajam. Hm tak mengapalah, aku dah biasa! Aku dan Nur Sara mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan tu.Mak Jah yang baru keluar dari dapur mendekati kami. "Selamat pagi cik Hara, cik Sara. Nak minum apa?" soal Mak Jah dengan mesra. Aku turut tersenyum tetapi Nur Sara hanya membuat wajah menyampahnya."Tak apa Mak Jah! Biar Hara buat sendiri. Mak Jah duduklah sekali, sarapan." lawa aku dengan baik walaupun aku tahu Mak Jah takkan nak duduk makan sekali.Mak Jah menggeleng perlahan, "Tak mengapalah cik Hara, cik Hara makan ya. Mak Jah ada kerja lagi di dapur. Mak Jah masuk dulu." ujar Mak Jah dan aku hanya mengangguk perlahan. Aku tak suka Mak Jah gelarkan aku dengan gelaran 'cik' namun di depan ayah dan mama terpaksa aku dengarkan gelaran itu. Entahlah aku sudah menganggap Mak Jah sebahagian daripada keluarga aku tapi Mak Jah tetap berkeras mengatakan aku majikannya jadi dia perlu hormat. Apa-apa ajelah janji Mak Jah gembira. Aku pun turut gembira.Tiba-tiba Sara bersuara, "Hara kata ayah ada sesuatu nak cakap. Kalau lambat sangat nak cakap Sara naik dulu. Mengantuk lagi." ujar Nur Sara membuatkan mata aku terbeliak seketika. Makanan yang baru saja nak masuk ke dalam mulut aku tak jadi aku teruskan kerana terkejut dengan kata-kata Nur Sara tu."Tak cukup-cukup lagi kamu tidur pagi tadi? Nak tidur sampai pukul berapa? Kenapa tak koma je terus?" perli ayah membuatkan aku menelan air liur. Dengar ayat tu macam perli tapi nadanya amat tegas.Sara mahu memberontak, dia segera bangun dari duduknya namun ayah menyuruhnya duduk semula. Aku menarik tangan Nur Sara meminta agar dia duduk semula dan akhirnya aku berjaya. Nur Sara kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi tu."Apa abang ni cakap macam tu dengan anak? Biarlah dia tidur, lagipun dia bukannya buat apa pun." mama cuba membela Nur Sara. Aku memandang Nur Sara sambil memberikan isyarat supaya dia menjaga kata-katanya. Aku tak kisah dia nak biadap tetapi bukan dengan ayah atau pun mama. Bagi aku ayah adalah orang yang paling patut untuk dihormati sebagai seorang anak kerana seorang lelaki bergelar ayah itu penat membanting tulang mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya.Nur Sara menjeling aku tajam. Dia tidak suka dengan isyarat yang aku sampaikan kepadanya. Wajah aku mula berubah riak. Ayah memandang aku dengan pandangan tanpa reaksi."Ayah nak esok Hara masuk ke pejabat. Ayah dah sediakan tempat untuk Hara di pejabat tu." ujar ayah membuatkan mata aku membuntang dengan luas. Aku masuk pejabat? Aku tak salah dengarkan perkara ni? Aku hanya mengangguk perlahan antara nak dengan tak nak je anggukan aku tu. Iyalah siapa tak terkejut dengan arahan tersebut, tiada angin tiada ribut tiba-tiba masuk pejabat?Aku terdengar Nur Sara lepaskan dengusan panjang, tak tahu apa maksud dari bunyi itu tapi apa yang aku dapat rasakan yang dia tak suka dengan perkara tu."Itu je ke yang ayah beria suruh Sara turun sekali ni? Kalau nak beritahu tentang Hara je, lebih baik Sara naik." marah Nur Sara dengan nada tinggi. Aku tak tahu nak buat apa, aku rasa macam Nur Sara tak suka dengan berita tu yang sepatutnya jadi berita gembira untuk aku kerana tak perlulah aku tanam anggur lagi selepas ni."Untuk kamu Sara. Ayah nak kamu ke Korea Selantan minggu depan jumpa bakal suami kamu." arah ayah membuatkan mama yang sedang meminum air tersedak, aku ternganga. Nur Sara pula terkejut."What? Hell no!""Ini keputusan muktamad ayah!" tegas suara ayah menekankan itu adalah keputusannya jadi tiada sesiapa boleh membantahnya termasuklah Mak Jah mahu pun Kak Tina. Eh."Abang!" namun mama tidak mahu berdiam diri, suaranya lantang memanggil ayah. Aku dan Nur Sara hanya menjadi penonton saat ni kerana masih terkejut."Ayah! Sara tak nak kahwin! Kenapa ayah suka sangat masuk campur urusan hidup Sara? Sara dah besarlah ayah!" marah Nur Sara dan mama mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Nur Sara tu."Dah besar?" soal ayah dengan nada tinggi. "Besar apa kalau perangai tak berubah-ubah? Sejak umur kamu 19 tahun sampai ke umur 22 tahun ni. Ayah tak nampak satu perubahan besar dalam hidup kamu pun. Yang ayah nampak, kamu keluar pagi balik pagi setiap hari." nada keras ayah sama seperti pandangan tajamnya ke arah Nur Sara. "Abang tak boleh aturkan hidup Sara macam ni, tentang jodoh dia semua abang tak pernah bincang dengan saya sikit pun." sampuk mama pula dan pandangan ayah dialihkan ke arah
Korea SelatanSuara azan subuh kedengaran dari telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil tepi katil. Seorang lelaki yang sudah lama terjaga dari lenanya segera menggerakkan kaki menuju ke kamar mandi.Selesai saja dia mengambil wudhuk, dia melangkah keluar dari kamar mandi sambil menguak rambutnya yang basah berstailkan slightly disheveled quiff itu ke belakang.Dia mengapai kopiah yang terletak elok di atas meja kecil di tepi katilnya. Setelah itu, kopiah itu disarungkan ke kepalanya sambil kakinya laju melangkah ke arah pintu bilik."Hyung! Cepatlah!" jerit adik bongsunya, Kim Jong Ho yang berdiri di luar bilik itu. "Nanti waktu subuh habis!" rengek adiknya itu yang baru saja berumur 12 tahun."Ya! Ya! Kejap!" balas tuan empunya badan sambil membuka pintu biliknya tu. Jong Ho terus menerkam tubuh tegap milik abangnya. "Khajja..." ajak lelaki itu.Jong Ho melangkah masuk dengan membawa sejadah kecil miliknya. Lelaki itu membentangkan sejadahnya di atas lantai dan diikuti oleh
Aku melangkah turun ke bawah untuk mencari kelibat Kak Tina. Aku sebenarnya tak boleh tidur. Jam sekarang menunjukkan pukul 10 malam. Aku asyik terfikirkan rancangan Nur Sara pagi tadi.Langkah aku menapak ke arah dapur dan kelibat Mak Jah menyapa mata aku. Tanpa berfikir panjang aku terus memanggil Mak Jah. Wanita tua itu menoleh ke arah aku dan bertanyakan mengapa."Kak Tina mana? Hara nak minta tolong kak Tina jap." soal aku sambil meninjau keadaan keliling mencari kelibat Kak Tina namun hampa tiada pun di ruangan dapur ni."Ada dalam bilik dia, pergilah cari." ujar Mak Jah dan aku mengukirkan senyuman manis ke arah wanita itu. "Terima kasih Mak Jah. Hara pergi dulu ek." pinta aku lalu Mak Jah mengangguk tanda memberi izin. "Sayang Mak Jah." flying kiss aku tebarkan ke arah Mak Jah membuatkan wanita tua itu ketawa geli hati dengan teletah aku.Kaki aku dibuka langkahannya menuju ke arah bilik Kak Tina. Pintu bilik Kak Tina tertutup ra
Selesai sarapan pagi ayah meminta aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya untuk berjumpa dengan tetamu ayah itu. Aku hanya turut tidak berbicara.Setibanya kami di ruang tamu, lelaki yang agak tinggi lampai menoleh ke arah kami lalu segera dia bangun dari duduknya memberikan tundukkan sebagai tanda hormat kepada ayah. "Dah sarapan?" soal ayah mesra dan lelaki itu mengangguk laju."Kenalkan ini anak saya, Nur Hara. Kamu akan bekerja dengan dia. Hara, kenalkan ni Irfan. Pembantu sekaligus pengawal peribadi kamu." ujar ayah sambil memperkenalkan Irfan kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda mengerti, jadi tetamu ini bakal bekerja dengan ayah sebagai pengawal peribadi aku? Huh, terbaik!"Mulai hari ni, ayah nak ke mana saja kamu pergi. Irfan perlu ikut. Dia yang akan jaga keselamatan kamu diluar sana. Faham?" tegas ayah kepada aku lagi. "Baik ayah." jawab aku ringkas dan ayah tersenyum ke arah Irfan."Jadi kamu dah boleh
Dari tadi aku duduk membelek segala fail yang diserahkan oleh Lisa kepada aku. Segala fail berkaitan dengan keluar masuk audit syarikat, segala dokumen urusan perniagaan syarikat, kertas kerja setiap bahagian unit syarikat.Aku membelek semua fail itu dan tertanya-tanya apa yang perlu aku lakukan? Tak ada ke orang yang sudi bantu aku yang dalam kebuntuan ini? Aku melirik sekilas ke arah Irfan yang sedang duduk di atas sofa yang berada di dalam bilik kerja ini. Itu pun sebab aku yang suruh dia duduk di situ jika tidak, berdiri sampai ke petanglah jawabnya."Kenapa cik?" baru aku sedar yang dari tadi Irfan perhatikan kebuntuan aku. Aku menggeleng ke arahnya.Tiba-tiba pintu bilik ini diketuk oleh seseorang dan aku segera menyuruh orang yang ketuk itu masuk ke dalam. Daun pintu ditolak oleh orang itu dan muncullah wajah Sufian menyapa mata aku dan Irfan."Cik Hara, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Maaflah saya ada urusan tadi tak sempat nak terangk
Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku melirik ke arah Irfan yang masih setia menanti disofa itu. Aku menutup segala fail yang tertera di hadapan aku. Setelah itu, aku menyandarkan tubuh aku ke badan kerusi.Sufian sudah balik ke biliknya untuk masuk mesyuarat lepas makan tengah hari tadi. Katanya, nanti dia akan ajar aku selok belok urusan mesyuarat pula. Aku mengembungkan pipi aku sambil mata aku melirik ke syiling pejabat ini. Baru aku tahu macam mana rasanya kerja masuk pejabat, selalu aku nampak dekat dalam televisyen kerja pejabat ni lagi senang dari kerja-kerja lain walhal dalam televisyen hanyalah sebuah drama yang jauh bezanya dengan realiti."Cik..." tiba-tiba Lisa menjenggahkan kepalanya ke dalam bilik aku memandangkan aku sengaja biarkan pintu bilik itu terbuka. Aku menoleh ke arahnya dengan riak terkejut. "Maaf kalau saya buat cik terkejut." ungkap Lisa sambil menunjukkan riak bersalahnya. Aku menggeleng perlahan."Kenapa
Jong In menuruni anak tangga menuju ke ruang dapur. Setibanya dia di situ, kelibat kakak keduanya menjamu mata."Ha... Jong In, lewat hari ni?" soal Ju Na sambil mengunyah roti di dalam mulutnya."Hari ni tak masuk gim, nak pergi jumpa suplier barang kafe. Nunaa tu dah kenapa makan berdiri?" tegur Jong In kepada kakaknya itu yang sedang makan sambil berdiri."Tulah Jong In, hyung pesan dah makan duduk. Nunaa kamu tu degil." sampuk Min Yoongi, suami kepada Ju Na yang baru selesai membersihkan tangan disingki."Eh, hyung tak kerja hari ni?" soal Jong In terkejut melihat abang iparnya itu berada di rumah."Kerja separuh hari, nunaa kamu ni mengidam nak jalan-jalan beli barang baby hari ni jadi terpaksalah hyung turutkan." jawab Yoongi lalu mendekati isterinya yang sedang memuncungkan bibir kerana Yoongi mengadu kepada adiknya tentang perkara itu."Haha... layankan jela hyung, nunaa ni memang mengada dari sebelum kahwin lagi."
Aku melangkah laju menuruni anak tangga, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku segera membuka pintu rumah dengan tergesa-gesa aku keluar dari rumah dengan hanya memakai pakaian tidur.Kunci kereta aku tekan untuk membuka pintu kereta. Ketika aku mahu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Suara seseorang memanggil aku dari belakang membuatkan aku terkejut seketika."Cik Hara!" panggil orang itu. Aku menoleh terkejut sambil memengang dada aku sendiri."Ya Allah! Irfan! Janganlah terkejutkan saya macam tu. Lemah jantung saya. Semangat." seloroh aku sambil mengurut dada aku sendiri. Irfan tersengih namun tidak lama, "Cik tergesa-gesa ni nak ke mana?" soalnya sambil mengerutkan dahi."Saya nak ambil Nur Sara, dia ada di kelab malam. Kawannya telefon kata, dia khayal teruk. Tak boleh bawa kereta, jadi saya terpaksa ambil dia." jawab aku jujur kepada Irfan."Bahaya ni cik, biar saya yang pandu." Irfan memerhatikan keadaan sekeliling yang
Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada
Di lapangan terbang antarabangsa Malaysia. Nur Sara, Tuan Li dan juga Puan Zara sedang duduk menunggu Sufian datang ke lapangan terbang itu."Abang ni upah siapa jaga anak saya ni?" tanya Puan Zara yang dari tadi asyik menjeling jam di tangannya."Pekerja sayalah..." jawab Tuan Li acuh tidak acuh."Memang pekerja abang, tapi siapa yang tak tepati masa ni? Macam mana nak jaga Sara kalau waktu macam ni pun tak sampai lagi?" tanya Puan Zara dengan nada tertahan-tahan mahu membebel."Sabarlah, kejap lagi sampailah tu." jawab Tuan Li.Tiba-tiba..."Maaf tuan saya lambat sikit, tadi jalan jem." tegur Sufian yang
Kami duduk di meja makan selepas Encik Jung meminta kami duduk. Aku hanya tersenyum kekok, jelas di telinga aku. Aku terdengar dia menyebut nama aku iaitu 'Hara'."Jadi nilah unnie yang Hasanah selalu ceritakan tu?" tanya Encik Jung kepada anak gadisnya itu. Hasanah mengangguk dengan cerianya."Inilah appa, ini pula Kai oppa. Dia pemilik kafe yang Hasanah selalu pergi tu." jawab Hasanah sambil melirik ke arah Jong In."Memang share patner ke atau pun suami isteri?" soal Encik Jung kepada aku dan Jong In. Aku terdiam."Saya bakal suami kepada Cik Sara, jadi memang selalu bersamalah nak uruskan hal perkahwinan kami." terang Jong In dan aku mengangguk dengan kata-katanya itu.
"Abang kenapa nak hantar Sara ke Korea esok? Kata nak pergi semua sekali lusa?" tanya Puan Zara yang berasa tidak puas hati kerana Nur Sara akan berangkat ke Korea Selatan lebih awal."Abang kena hantar dia dengan Sufian dulu sebab abang tak dapat nak pergi lusa. Kena tangguh dulu sebab ada mesyuarat dekat Perak." jawab Tuan Li dengan nada cuba membuatkan isterinya faham akan kesibukkan kerjanya."Abang macam mana kalau budak tak guna tu buat apa-apa dekat anak saya? Abang nak bertanggungjawab ke?" soal Puan Zara msih tidak berpuas hati."Apa awak merepek ni?" tanya Tuan Li dengan jelingan mata."Eh betullah apa saya kata, anak kesayangan abang tu duduk sana dah nak dekat dua bulan entah apalah yang dia cucuk-cucuk