Siling ( BAHASA MALAYSIA )
Halima Abdul Muis
*Di Sini Tempat Persembunyianku*
Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk menyiasat.
Pulau Batu atau juga dikenali sebagai Pulau Penyakit dan Pulau Keramat merupakan tempat serta petunjuk dari isi sampul tersebut. Setibanya D di pulau itu, pelbagai kejadian aneh bergentayangan di sana.
Selesaikan teka-teki, tumpaskan dalang, selamatkan orang lain, dan sekaligus memecahkan misteri-misteri di segenap penjuru Pulau Batu. Mior dicurigai kerana sejarah lampau tempat tersebut berkait rapat dengan si pak cik angkat.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. D nekad terjun ke dalam kawah maut yang dilumuri dengan kisah duka dan darah.
102.8K viewsOngoing