TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

last updateLast Updated : 2021-11-17
By:  S.SYAZAN  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
3 ratings. 3 reviews
28Chapters
2.5Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik Luqman,Kamarul dan Iskandar yang akrab sejak dari kecil. Hubungan yang seperti kekeluargaan itu diuji apabila hadirnya seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke sekolah itu. Ditakdirkan berlakunya tragedi misteri menyebabkan mereka saling menuduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan lalu memecah belahkan hubungan mereka. Kau rilek jap. Tak kan sebab perempuan nak gaduh ~ Iskandar Ustaz kata kami sesat,entah entah ustaz tu yang sesat ~ Haris Biar aku tamatkan perkara yang telah aku mulakan ~ Luqman

View More

Latest chapter

Free Preview

PROLOG

Dewan Hotel Seri Malaysia sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat tua atau pun muda turut hadir. Tak terkecuali wartawan-wartawan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis novel yang namanya semakin melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelbagai tumpuan syarikat penerbitan. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebalik tirai merah menunggu namanya di jemput untuk bergerak ke hadapan tengah pentas. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dalam dirinya untuk berhadapan di khalayak ramai walaupun ini bukan kali pertama dia menjadi tetamu undangan untuk majlis begini. Tangannya mula berpeluh. "Aii takkan cuak kot haha."Dia terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang."Sikit lah." Jawabnya ringkas. Mungkin tidak tahu untuk berkata apa lagi."Dah dah. Cover sikit. Tuu giliran kau pulak beraksi. Goodluck." Dia berjabat tangan dengan orang yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini. "Dengan bangganya, s

Interesting books of the same period

Comments

user avatar
Iqarose Veronica
... goods. teruskan usaha.
2022-08-04 22:48:28
0
user avatar
Iqarose Veronica
... good...teruskan
2022-08-04 22:48:01
0
user avatar
Quyyum
Terbaik. Tak sabar nak habis membaca...
2021-09-17 23:58:36
0
28 Chapters

PROLOG

Dewan Hotel Seri Malaysia sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat tua atau pun muda turut hadir. Tak terkecuali wartawan-wartawan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis novel yang namanya semakin melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelbagai tumpuan syarikat penerbitan. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebalik tirai merah menunggu namanya di jemput untuk bergerak ke hadapan tengah pentas. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dalam dirinya untuk berhadapan di khalayak ramai walaupun ini bukan kali pertama dia menjadi tetamu undangan untuk majlis begini. Tangannya mula berpeluh. "Aii takkan cuak kot haha." Dia terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang."Sikit lah." Jawabnya ringkas. Mungkin tidak tahu untuk berkata apa lagi."Dah dah. Cover sikit. Tuu giliran kau pulak beraksi. Goodluck." Dia berjabat tangan dengan orang yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini. "Dengan bangganya, s
Read more

BAB 1

"Oii bangun lahh!! " Luqman terkejut mendengar suara tu. Fuhh nasib roh dia sempat masuk ke dalam badan. "Apa bising-bising ni." Luqman melihat rakan sebilik dengan dia sudah selesai mandi. "Gila tak bising. Kalau aku jadi mak ko pon aku pening nak kena kejutkan ko tiap tiap pagi." Luqman menutup telinga. Pagi pagi kalau tak dengar suara Kamarul ni memang tak lengkap hidupnya. "Alahh tahun ni je last. Nanti korang semua mesti rindukan aku. Yedok?" Luqman mula capai tuala. "Mesti tenang hidup aku masa tu." Cehh takguna punya kawan. Balas Kamarul dengan mimik muka menyampah. "Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku tak tolong kau ejas Sarah." "Mira." Kamarul membetulkan. "Apa apa jela. Bukan awek aku." Nada seperti mengungkit. Eh biarlah Luqman ada hak. "Dah dah kau pergi mandi cepat. Nanti kami tinggal baru tahu." Iskandar mencelah. Dia ni memang pandai ek potong perbualan orang. "Yelaa. Sabo jap. 5 min
Read more

BAB 2

Fatin cepat cepat tinggalkan mereka berdua. Dia taknak masuk campur hal mereka. Segan juga masa kena kenalkan diri tadi. "Eh terlupa pulak. Fatin, kamu boleh masuk." Apabila dengar sahaja namanya dipanggil oleh guru, dia mengorak langkah ke hadapan. Langkah diatur dengan cermat supaya tidak memalukan diri pada hari pertama persekolahan. Semua pelajar tertumpu ke arah dirinya. Menunggu waktu memperkenalkan diri. Dia mengumpul segala tenaga. "Nama saya Fatin Alisha binti Abdul Malek. Selamat berkenalan." Mereka semua bersorak. Dia tiba-tiba menjadi gemuruh kerana seluruh pelajar memandang ke arah dirinya. Fatin memandang seorang demi seorang rakan-rakan baharu di dalam kelas ini. Pandangannya terus terhenti ke arah seorang pelajar lelaki. Dia yakin dirinya tidak salah melihat. Ada sesuatu di belakang budak lelaki itu. Ketika masa rehat, seorang pelajar lelaki menghampiri Fatin. Dia memperkenalkan diri sebagai Man. Pada mulanya sungguh dia agak
Read more

BAB 3

“Bro. Ko pahal?” Luqman  membuka mata. Kamarul dan Iskandar sudah berdiri di hadapan. Luqman cuba tenangkan diri. Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Luqman memanjangkan leher mengintai luar. Kosong. Sunyi. Memang hanya mereka berdua. Sah yang tadi tu bukan orang yang cuba nak takutkan dirinya. Luqman menarik nafas. Jantung dia tak henti berdegup kencang ibarat baru lepas lari pusing padang sedangkan tadi dia hanya sekadar melompat dari katil. “Kau pergi mana tadi?” Luqman menutup semula pintu. Kamarul memandang Iskandar. Masing-masing buat muka. Keliru… “Tadi ada budak kena histeria. Aku dengan Rul tolong ustaz buat apa yang patut.” Patut lah Kamarul kelam kabut tadi. Pergi tolong ustaz rupanya. “Ko lari kenapa?” Soalan daripada Kamarul buat Luqman hairan. “Lari pergi mana?” Luqman membalas soalan dengan soalan semula. “Kan tadi ko dengan kami tolong pegang budak-budak yang kena histeria. Pastu ko boleh pula blah
Read more

BAB 4

"Ada apa kau nak jumpa aku ni sampai tak sempat nak tunggu aku kat bilik." Iskandar datang menghampiri Luqman. "Is. Aku tahu kau sibuk. Banyak tugas kau kena pikul. Tapi kau boleh tak tolong aku?" Luqman berharap Iskandar adalah orang yang tepat untuk meminta bantuan. "Untuk kau apa pun boleh. Kita kan dah macam adik beradik." Luqman tersenyum. "Kau nak aku tolong macam mana?" Sambung Iskandar lagi.  "Tolong ajarkan aku solat." Iskandar turut sama tersenyum lalu memeluk Luqman. "Apa kau rasa sekarang." Iskandar menyoal Luqman yang baru sahaja selesai belajar solat. "Aku rasa gembira. Aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau tapi aku rasa tenang. Mungkin aku lama tak sujud kepada Allah. Aku tak rasa tenteram. Ada je benda yang tak kena. Resah. Gelisah. Tak tentu arah." Luqman dapat rasa air mata dia seperti membasahi pipi. Tak kesahlah air mata jantan dia mengalir di hadapan Iskandar. "Takpelah. Syukur kau d
Read more

BAB 5

"Haa bangun pon ko." Luqman tengok Kamarul sedang bersiap untuk ke sekolah. Kepala dia terasa sakit. Adakah dia masih bermimpi? "Eh eh ko nak bangun pergi mana tu? Ko baring jelah. Nanti aku bagitahu cikgu, kata ko demam." Luqman mengangguk lalu sambung rebahkan badan. Dia cuba berfikir tentang apa yang telah berlaku semalam. "Kau rehat lah dulu. Jangan fikir sangat." Iskandar dan Kamarul berlalu meninggalkan Luqman di dalam bilik. Rasa bosan bila baring je dari tadi. Luqman gagahkan diri untuk bangun. Dia capai beg laptop di bawah katil. Laptop dikeluarkan. Butang laptop dihidupkan. Kerja dia masih belum selesai. Mungkin perkara yang jadi semalam dapat dia gunakan untuk cerita di dalam novel. Boleh jugak sedikit sebanyak membantu untuk siapkan cerita novel ini yang sudah lama tertangguh. Jari jemari pantas menaip situasi yang telah di lalui semalam. Bermula dari dia mendaki tangga meninjau kawasan blok A sehi
Read more

BAB 6

Iskandar dah jangka perkara ini akan berlaku. Mula dari seorang akhirnya merebak dekat orang lain pulak. Benda ni dah makin mengganas. Iskandar tak mampu buat kerja ni seorang. Nak tak nak dia kena minta bantuan Kamarul dengan Luqman."Rul. Kau pegang tangan dia. Man pegang kaki. Ingat jangan sesekali tengok mata dia!!" Arah Iskandar. Risau kalau mereka tersilap langkah."Kenapa kau kacau kami ha!!" Tegas suara Iskandar menyoal pelajar yang kena histeria itu."Ini tempat aku. Korang ganggu tempat aku." Jawab makhluk yang berada di dalam pelajar itu."Sekarang kau nak keluar ke taknak." Iskandar cuba bersikap diplomatik sebelum bertindak."TAKNAK!!" Jerit wanita itu yang semakin liar.Luqman masih tak faham apabila benda tu kata kami menganggu tempat dia. Luqman dengan Kamarul sedikit gementar apabila mendengar Iskandar berdialog dengan makhluk itu. Bapak ahh seram
Read more

BAB 7

Seminggu sekolah mereka ditutup disebabkan kes histeria yang melanda sekolah akhirnya mereka dibenarkan datang ke sesi persekolahan semula. Suasana agak suram di sekolah. Masing masing trauma dengan kejadian yang berlaku hari itu. Semua orang tidak mahu bercerita tentang apa yang mereka alami. Mungkin mahu melupakan peristiwa yang menyeramkan seumur hidup mereka."Hey Man.." Luqman menoleh ke belakang. Qistina? Aduhh perempuan ni nak apa lagi ni dari aku. Bisik Luqman sendiri."Man tunggu. Qis ada benda sikit nak cakap." Langkah Luqman terhenti."5 minit."Lantak kau lah nak cakap apa pon. Cukup time aku blah. Ha cakap cakap lah jerit aku di dalam hati. Suara jeritan itu hanya di dengari Luqman dalam hatinya. Qistina mula mendekat."Qis tahu Man masih marahkan Qis. Qis tak minta pun Man maafkan Qis sebab Qis yang salah
Read more

BAB 8

"Macam mana ni ustaz?" Qistina makin bertambah agresif. Luqman sekali sekala hanya ketawa. Eh Man ni karang aku tampo jugak budak ni kot. Iskandar hilang sabar. Ustaz berfikir jalan penyelesaian."Kita terpaksa juga arah  benda tu keluar dari badan Qistina." Iskandar angguk tanda faham. Ustaz bingkas bangun. Surah Al-Anfal ayat 17 dibacakan oleh ustaz memohon pertolongan dari Allah. Tangan ustaz diletakkan ke arah leher Qistina. Serta merta Qistina menjerit kesakitan. Gaya tangan seolah pisau yang menyembelih lembu dengan gerakan tangan naik turun. Dengan 3 kali gerakan,Qistina rebah. Luqman turut sama pengsan. Ustaz menarik nafas lega. Semuanya sudah selesai. Ustaz menyerahkan kitab lama itu kepada Iskandar."Pergi bakar kitab ni. Kalau budak budak lain yang jumpa nanti makin ramai yang sesat." Iskandar masih keliru. Isi kandungan apa yang tertulis di dalam kitab ini.
Read more

BAB 9

Luqman terjaga dari tidur. Kelibat Iskandar macam biasa selalu menghilang yang berada di dalam bilik cuma dia dengan si malaon ni Kamarul. Buku apa ntah dia baca tuu Luqman malas nak ambil tahu. Dia capai fon atas meja. Ada mesej daripada Fatin."Fatin ada dekat library. Kalau nak study sekali,datang jela."Ohyeahhh. Rasa nak melompat pulak bila bangun ja dari tidur dapat mesej dari awek (sebenarnya awek tak rasmi) ahh suka hati aku lah nak gelar Fatin tu awek aku. Perasan Luqman. Buku nota dia masukkan ke dalam beg."Rul. Aku keluar jap." Beg di galas kemudian dia keluar dari bilik. Pergi mana lah pulak budak ni. Hari sabtu macam ni rehat jela kat bilik nanti peng
Read more
DMCA.com Protection Status