Seminggu sekolah mereka ditutup disebabkan kes histeria yang melanda sekolah akhirnya mereka dibenarkan datang ke sesi persekolahan semula. Suasana agak suram di sekolah. Masing masing trauma dengan kejadian yang berlaku hari itu. Semua orang tidak mahu bercerita tentang apa yang mereka alami. Mungkin mahu melupakan peristiwa yang menyeramkan seumur hidup mereka.
"Hey Man.." Luqman menoleh ke belakang. Qistina? Aduhh perempuan ni nak apa lagi ni dari aku. Bisik Luqman sendiri.
"Man tunggu. Qis ada benda sikit nak cakap." Langkah Luqman terhenti.
"5 minit."Lantak kau lah nak cakap apa pon. Cukup time aku blah. Ha cakap cakap lah jerit aku di dalam hati. Suara jeritan itu hanya di dengari Luqman dalam hatinya. Qistina mula mendekat."Qis tahu Man masih marahkan Qis. Qis tak minta pun Man maafkan Qis sebab Qis yang salah tinggalkan Man dan ikut lelaki lain. Memang Qis yang salah. Tapi Qis nak sangat kita kawan macam dulu balik. Pleasee.." Luqman mengeluh panjang. Ada betul jugak cakap Qistina ini. Sampai bila dia nak berdendam. Exam pun dah nak dekat, daripada dia duk membenci orang saja memanjang boleh kena tekanan jiwa. Baik Luqman lupakan. Benda dah jadi dah pon. Tak rugi rasanya kalau dia berbaik semula sebagai kawan."Hm oke."Qis tersenyum selepas Luqman bersetuju. Dia menghulur tangannya. Tanpa berfikir panjang Luqman menyambut tangan Qistina. Luqman rasa macam.....aaahhhh mungkin perasaan dia jee kot. Luqman segera beredar dan bergerak ke kantin. Dia dah lambat. Takut tak sempat membeli makanan.
"Oiii jalan jem ke tadi. Berapa banyak trafik light ko kena tempuh nak datang kantin haa?" Kan dah cakap Kamarul mesti bising punya.
"Sorry bro. Tadi ada hal sikit." Eh mana pulak Iskandar ni. Tak keluar kelas lagi ke budak tu."Apa apa jelaa. Dah ko tak payah tunggu Is. Dia suruh kita makan dulu. Dia ada mesyuarat dengan geng geng pengawas. Ada letuu nak buat spocheck nanti. Baik ko simpan barang barang terlarang ko tu elok elok." Barang barang terlarang yang Kamarul maksudkan tu rokok jelah. Jangan fikir bukan bukan. Mereka ni baik kot."Baikk bos. Eh eh kau nak pergi mana. Tunggu jap aku baru nak makan." Bapak ahh laju gila malaun ni makan."Ko ni makan macam anak dara lah. Cepat sikit. Kang ustazah bising." Kamarul mula mengamuk. Luqman mampu mengangguk."Nasib baik kita yang sampai dulu kalau tak dah kena membebel dengan ustazah." Mereka berdua tersenyum. Takut sangat lah Kamarul dengan ustazah. Alaaa dia kalau marah pon sekejap jaa. Luqman menoleh ke arah Fatin. Nak pergi ke tak? Nak tegur ke tak? Aahh tegur jelaa. Dia bingkas bangun. Langkah Luqman terhenti apabila dia yang datang dahulu ke meja Luqman. Dia yang Luqman maksudkan ialah Qistina. Kaki Luqman tiba-tiba menjadi kaku. Dia tak dapat melangkah ke depan.
"Nak pergi mana tu? Duduklah." Entah kenapa Luqman seperti pak turut akur akan arahan Qistina. Badan dia seolah dikawal oleh entiti lain. Luqman tak dapat kawal atas kehendak dirinya sendiri.
"Dah siap homework math?" Soal Qistina. Macam biasa, Luqman mengangguk."Tolong ajar Qis. Susah soalan number 5 ni." Luqman terus lupa tentang Fatin. Tumpuan dia hanya pada Qis. Luqman mula mati akal.Habis saja kelas hari ni, dia bergegas mahu balik ke bilik. Bahu dia terasa amat sakit semacam. Dia salah tido kaa sampai badan sakit sakit macam ni. Yang penting Luqman nak cepat sampai ke bilik. Eh Fatin? Luqman terkejut.
" Hai Atinn." Luqman mengukirkan senyuman. Dia membalas senyuman itu kembali. Tetapi senyuman Fatin tidak lama. Luqman tengok muka Fatin pucat apabila memandang. Dia terus beredar meninggalkan Luqman dengan pelbagai persoalan.
"Betul ke ni?"Iskandar menutup buku yang dibacanya tadi apabila Luqman menceritakan kejadian pelik pagi tadi.
"Serius wehh. Sebenarnya dah seminggu benda ni jadi. Aku mula mula tak syak apa apa. Tapi makin lama makin pelik jadi. Dalam otak aku sekarang duk memikirkan pasal Qis jaa. Kau tak pelik?" Iskandar merenung Luqman. Lama dia diam. "Aarhhhhh!!" Kepala Luqman rasa seperti dicucuk objek tajam. Dia menjerit kerana tak dapat menahan kesakitan kepala. Mulut Iskandar terkumat kamit membaca sesuatu yang Luqman tak dapat dengar dengan jelas. Bunyi berdesing menganggu daya pendengaran Luqman. Dia rasa seolah ada bendalir yang keluar melalui telinga. Dia sentuh. Luqman menjadi makin tak tentu arah apabila darah mengalir melalui telinga. Dia terus tak sedarkan diri.Di bilik Qistina...
Kelihatan muka Qistina puas. Dia dah agak yang Man nak tegur Fatin. Nasib dia sempat halang. Qistina juga dah berjaya calit minyak yang nenek tua tu bagi dekat Man. Lepas ni Man hanya nampak dirinya saja hahahaha.
"Padan muka kau. Aku pujuk cara baik kau jual mahal. Eh mana pula perempuan ni,tak balik balik lagi dari tadi. Tidur rumah bf dia lagi ke ni? Aah lantaklah. Baik aku tido lagi bagus." Qistina mula berbaring.
Di bilik Iskandar...
"Aaahhhh!! Lepaskan aku..Jahanam kau umat manusia."Luqman seolah seperti dirasuk sesuatu. Iskandar dan Kamarul berusaha memegang Luqman supaya dia tidak keluar dari asrama.
"Siapa hantar kau ha syaitan!" Iskandar memicit ibu jari kaki kanan Luqman. Benda di dalam tubuh badan Luqman menjerit kesakitan. Masih tiada jawapan."Aku boleh seksa kau teruk lagi dari ni. Aku ulang sekali lagi. Siapa hantar kau!!" "Qis......ssssss....tina"Qistina? Iskandar dan Kamarul berpandangan. Biar betul?
Di bilik Qistina...
"Qis..Qis..Qistina. Bangun solat magrib sekali." Fatihah cuba kejutkan Qistina tapi dia masih tidak sedarkan diri.
"Qis..bangunlahh." "Apa?" "Solat magrib dulu. Karang lepas dah solat kau sambung tido balik ekk.""Aku cuti." "Owh. Hehe maaf aku tak tahu. Takpelah kau sambung tido. Aku nak solat dulu."Di bilik Iskandar...
"Kenapa dia suruh kau masuk dalam badan Luqman?" Iskandar cuba menyiasat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.
"Tuan aku tak suka Luqman dekat dengan Fatin. Tugas aku supaya buatkan si Luqman sukakan Qistina aaahhhhh!!!" Iskandar terus picit lebih kuat lagi ibu jari kaki kanan Luqman."Macam mana nak pulihkan balik Luqman kepada asal?" Benda itu seperti tidak mahu beritahu cara untuk mengeluarkannya. Qistina kunci kepada masalah ini."Rul. Jum bawak dia pergi bilik Qis." "Ko gila ke."Iskandar dan Kamarul bergegas keluar dari bilik bersama Luqman. Mereka terpaksa ikat tangannya supaya tidak melepaskan diri. Kalau tak nanti lagi parah.
*Kringggggggggggg
Loceng panjang dibunyikan. Aah sudah bala apa pulak kali ini.
"Semua pelajar diminta keluar dari asrama masing masing dan bergerak ke dewan sepantas mungkin."
"Is. Macam mana sekarang." Kamarul buntu. Iskandar memandang Luqman yang seperti agresif mahu melepaskan diri.
"Kita terus gerak pergi dewan."Sampai saja kami di dewan,semua pelajar sudah berkumpul di situ. Ustaz Samad bergegas menuju ke arah mereka.
"Kenapa ni ustaz?"
"Qistina." "Kenapa dengan dia?""Jum ikut saya.""Eh jap jap. Saya kena bawak Luqman sekali.""Ni dah kenapa sampai ikat budak ni?""Err..Saya cerita sambil jalan lah. Dah teruk budak ni." Ustaz Samad akur. "Kau nak ikut aku tak?" Iskandar menyoal Kamarul yang masih lagi terkejut."Ko pergilah. Aku tunggu sini." Kamarul menggeleng. Iskandar dan ustaz terus bergerak sepantas mungkin."Qis..jangan biarkan benda tu kawal kau. Kau kena kuat."Iskandar dan ustaz tiba di bilik Qistina. Fatihah sedang cuba menenangkannya.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ustaz menyoal Fatihah."Tadi masa saya selesai baca Al-Quran terus dia terjerit jerit." Iskandar berdiri berhampiran Qistina. Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya. Kaku tidak berganjak. Hanya matanya yang memandang ke arah satu objek. Iskandar mengambil objek yang dilihat Qistina dari tadi. Buku kecil yang kelihatan usang. Dia meneliti satu per satu. Tulisan yang sukar untuk dia membaca telah menyukarkan untuk memahaminya. Luqman menyerahkan buku kecil itu kepada ustaz. Buku bertukar tangan. Ustaz beristifar panjang. Iskandar menggaru kepala kerana tidak faham maksud ayat itu."Qistina telah mengambil benda yang tak patut dia ambil." Ustaz melihat Qistina masih kaku tak bergerak dari tadi.
"Maknanya betul lah penyakit misteri Luqman ni ada kena mengena dengan Qistina?" Iskandar masih tak percaya dengan apa yang jadi sekarang."Nampaknya begitulah kalau berdasarkan tentang apa yang kamu ceritakan tadi." Buku itu diletak tepi."Kamu tolong saya. Kita kena tamatkan permainan Qistina malam ni jugak." Sambung ustaz."Tapi macam mana?" Mereka keliru."Hehehehehe...hey manusia!!berambus kau. Kalau tidak nahas aku kerjakan." Suara orang tua daripada mulut Qistina telah mengejutkan Iskandar dan ustaz. Matanya merenung tajam ke arah mereka. Qistina yang duduk dari atas katil tadi berdiri menghadap mereka. Ustaz bersedia sekiranya dia mula bertindak agresif. Iskandar menjaga Luqman supaya dia tidak melarikan diri.
"Mati kauuuuu!!!" Qistina lantas mencapai gunting dari meja lalu berlari menuju ke arah ustaz.
Ustaz Samad kelihatan tenang mengelak serangan daripada Qistina. Qistina cuba sekali lagi menusuk gunting ke arah perut ustaz tetapi malang ustaz lebih pantas membatalkan serangan Qistina. Ustaz menaikkan lutut ke arah tangan Qistina yang mengenggam gunting itu. Gunting tersebut terlepas daripada genggaman Qistina. Melihat Qistina yang melatah seperti tidak tahu untuk membuat apa telah memberi ruang kepada ustaz. Tangan kiri Qistina yang kelihatan tidak bersedia dipegang ustaz lalu ustaz memusingkan tangannya ke arah belakang. Tangan kanan Qistina cuba untuk menyiku ustaz gagal apabila ustaz menepis lalu memusingkannya seperti tangan kiri tadi. Kini kedua belah tangan Qistina terkunci. Dia tidak dapat melakukan serangan. Ustaz terus menyepak belakang kaki Qistina lalu Qistina jatuh melutut.
"Lepaskan aku tak gunaaa kau."Ustaz memulakan dengan membaca surah al-fatihah. Kemudian diikuti zikir. Qistina kelihatan lemah.
"Iskandar. Datang sini." Dia terus bergerak ke arah ustaz. Iskandar bertindak selepas diberikan arahan.
"Aaahhhh!!Sakit lahh bangang!" Qistina terus meronta-ronta kepanasan seperti melecur."Macam mana ni ustaz?" Qistina makin bertambah agresif. Luqman sekali sekala hanya ketawa. Eh Man ni karang aku tampo jugak budak ni kot. Iskandar hilang sabar. Ustaz berfikir jalan penyelesaian."Kita terpaksa juga arah benda tu keluar dari badan Qistina." Iskandar angguk tanda faham. Ustaz bingkas bangun. Surah Al-Anfal ayat 17 dibacakan oleh ustaz memohon pertolongan dari Allah. Tangan ustaz diletakkan ke arah leher Qistina. Serta merta Qistina menjerit kesakitan. Gaya tangan seolah pisau yang menyembelih lembu dengan gerakan tangan naik turun. Dengan 3 kali gerakan,Qistina rebah. Luqman turut sama pengsan. Ustaz menarik nafas lega. Semuanya sudah selesai. Ustaz menyerahkan kitab lama itu kepada Iskandar."Pergi bakar kitab ni. Kalau budak budak lain yang jumpa nanti makin ramai yang sesat." Iskandar masih keliru. Isi kandungan apa yang tertulis di dalam kitab ini.
Luqman terjaga dari tidur. Kelibat Iskandar macam biasa selalu menghilang yang berada di dalam bilik cuma dia dengan si malaon ni Kamarul. Buku apa ntah dia baca tuu Luqman malas nak ambil tahu. Dia capai fon atas meja. Ada mesej daripada Fatin."Fatin ada dekat library. Kalau nak study sekali,datang jela."Ohyeahhh. Rasa nak melompat pulak bila bangun ja dari tidur dapat mesej dari awek (sebenarnya awek tak rasmi) ahh suka hati aku lah nak gelar Fatin tu awek aku. Perasan Luqman. Buku nota dia masukkan ke dalam beg."Rul. Aku keluar jap." Beg di galas kemudian dia keluar dari bilik.Pergi mana lah pulak budak ni. Hari sabtu macam ni rehat jela kat bilik nanti peng
"Kau kenapa tengok aku macam tu dari tadi?" Kamarul sengih. Salah dia jugak tengok Iskandar macam nak telan dia hidup hidup."Tak lah. Aku macam pelik. Dari mana ek ko berubat orang ni semua? Tengok gaya ko macam dah ada pengalaman." Kamarul bukan nak kata dia tak percaya pasal makhluk ghaib ke apa. Cuma dia macam susah nak terima dek akal."Dah dekat 5 tahun aku kenal kau. Kau ni bukan jenis orang yang percaya dengan hantu. Kenapa tiba tiba tanya pulak?"Alamak dia ni. Kamarul terkejut apabila Iskandar mula syak sesuatu."Hehe ko ni macam tau je benda yang aku sorok. Cerita dia macam ni hari tu.......Beberapa hari sebelum...Malam ni sejuk semacam je. Bilik gelap menyebabkan Kamarul malas nak bangun untuk bukak lampu ishh. Mana pergi selimut aku ni. Bebel Kamarul. Dia melihat Luqm
Iskandar dan Kamarul tiba di Hospital Zainal Abidin. Dato Mahad ayah kepada Luqman berada di tempat sedang duduk menunggu. Iskandar terus menuju ke arah dia."Dato. Macam manakeadaanLuqman?" Iskandar mencium tangan Dato Mahad yang dia anggap sebagai ayah. Selama ni Dato Mahad menjaga dan menyediakan makan minum untuk dirinya selepas kematian ayah Iskandar. Dato Mahad mengambil dia menjadi anak angkat sebagai membalas budi dan jasa ayah dia terhadapnya."Bila lah kamu nak latih diri kamu tu panggil papa." Iskandar senyum. Dia terhutang budi padanya."Ada luka dekat kepala sikit. Entah macam mana dia bawak motor tuu." sambungnya lagi. Iskandar mintak izin dari ayah Luqman untuk mereka berdua masuk ke dalam bilik yang menempatkan si Luqman. Iskandar dan Kamarul masuk ke dalam.
Hari isnin seperti biasa mereka perlu bergerak ke dewan untuk perhimpunan pagi. Semua pelajar dikehendaki berada di dewan sebelum pukul 7.40 pagi. Disebabkan kes hari tu Luqman terpaksa bangun terlebih awal dahulu supaya tidak lambat bergerak ke dewan. Dia tengok masing masing tengah beratur mengikut kelas. Bosan. Seperti biasa lagu Negaraku dan lagu sekolah akan dinyanyikan oleh semua pelajar. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan pengetua sekolah. Encik Talib pengetua sekolah SMK Bakti berucap."Minggu lepas saya dapat maklumat daripada ustaz terdapat segelintir pelajar yang mengamalkan ajaran sesat. Kita sudah tangkap 2 orang pelajar. Jadi saya mintak yang mana terlibat tu supaya segera bertaubat. Jangan sampai kamu semua terpesong akidah." Luqmancuit bahu Kamarul."Siapa pulak yang kena tangkap tu?"Soal Luqman pada Kama
"Eh ni kau nak gi mana?"Soal Luqman melihat Kamarul yang sedang bersiap."Aku nak keluar jap. Ada hal."Luqman terkejut."Boleh ke keluar ni. Besok kan ada kelas?" Kamarul memasukkan barang barang penting ke dalam beg sandang."Mak aku masuk hospital. Kalau aku sempat aku cuba balik malam ni jugak." Jawab Kamarul. Luqman bangun menghampiri Kamarul."Kau sabar banyak banyak in sha allah takde apa apa yang berlaku." Luqman memberi semangat pada Kamarul. Luqman peluk dia. Mungkin antara mereka bertiga, Kamarul yang paling sensitif. Mental mudah koyak. Pagi tadi dia baru dapat pangilan dari ayah yang mak dia sakit lalu terus dimasukkan ke hospital. Sekarang ayah Kamarul dalam perjalanan ke sini untuk membawa dia ke hospital. Kalau boleh Luqman nak teman dia kat sana. Apa gunanya dia pergi sekolah besok kalau fikiran serabut memikirkan benda lain. Kamarul keluar dari bilik meninggalkan Luqman. Owh yaa Iskandar po
Kumpulan berjubah hitam beredar selepas melakukan upacara di bawah pokok itu. Sejak Fatin masuk ke dalam sekolah ini macam macam benda pelik yang dia lihat. Tapi yang dia hairan macam mana Luqman boleh berada di sana? Adakah dia pon terlibat sama dengan kumpulan itu?"Tolong...tolong.." Fatin menoleh ke arah pokok itu. Dia cuba memerhati benda di atas dahan pokok besar itu. Ada sesuatu benda putih yang sedang bertenggek di atas dahan pokok. Rambutnya menutupi muka dengan tompokan merah pada baju putih. Apa benda pula tu?"Arrrr!!" Fatin menjerit apabila benda yang dia lihat itu muncul dihadapan tingkap. Terduduk dia akibat terkejut kerana benda itu muncul secara tiba tiba. Mukanya pucat. Tubuh badannya dipenuhi darah terutama pada bahagian dada. Kesan luka di bahagian itu seperti ditikam oleh objek tajam. Fatin mengigil ketakutan. Keadaan bilik yang panas menjadi sejuk serta merta. Aduhhh takkan lah sekali lagi. Dia terus berger
Fatin berlari sepantas yang boleh. Kehadiran dia disedari oleh ahli kumpulan mereka. Tapi dia tak cam pulak Luqman yang mana satu sebab semua orang memakai jubah hitam yang sama. Biarkan yang tu dulu. Yang penting Fatin kena selamatkan diri dia dahulu. Dia ada bukti tentang kegiatan mereka ini."Cari dia sampai dapat. Lekas!!" Fatin menarik nafas. Dia cuba untuk bersembunyi di dalam bilik stor bersebelahan tangga. Belum sempat dia memulas tombol pintu,tangan dia ditarik oleh seseorang.Luqman terjaga dari tido. Kepala dia sakit. Sekali lagi Luqman alami mimpi yang sama tentang kumpulan jubah hitam itu. Dia terkejut kerana sekali lagi berada di bawah pokok besar seperti di dalam mimpi tadi. Dia segera bangun untuk pergi dari tempat ini. Saat Luqman cuba bangun,tangan dia seperti tersentuh sesuatu. Darah? Darah siapa pulak ni.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."
"Encik Luqman.." Luqman tersentak apabila namanya dipanggil beberapa kali."Soalan mana kita tadi?"Semua orang di dalam dewan ketawa. Mungkin lucu melihat Luqman yang berangan dari tadi."Soalan saya, adakah cerita ini berdasarkan pengalaman hidup Encik Luqman atau hanya sekadar rekaan?" Luqmantersenyum."Terpulang kepada pembaca sama ada mahu percaya atau tidak."Wartawan itu mengangguk."Macam mana dengan Fatin? Apa nasib dia. Masih hidup?"Soalan itu keluar dari mulut salah seorang daripada mereka. Luqman menunding jari ke arah seorang wanita."Dia ada dekat sini."Mereka semua menoleh ke arah seorang wanita yang berada di hadapan Luqman. Fatin menundukkan wajahnya. Malu mungkin."Jadi bila kamu berdua mahu berkahwin?" Luqman tersengih apabila soalan itu diajukan. Dia memandang Fatin. Aahh sudah. Luqman menarik nafas panjang."Saya masih menunggu jawapan daripada dia.
"Sial kau. Kau memang tak layak hidup." Mak semakin menghampiri Iskandar. Kali ni dia mahu Iskandar yang menjadi mangsa. Nafas ayah tercungap-cungap. Mungkin sudah tidak mampu untuk bertahan lagi apabila mengalami pendarahan yang parah pada dadanya. Iskandar masih kaku tidak berganjak daripada rangkulan ayah. Biarlah ayah mati di dalam pelukan dia."Mati lahh kau budak!!" Baru saja pisau yang dipegang mak mahu menusuk ke badan Iskandar tiba-tiba mak terpelanting. Pisau yang dipegang tadi terus jatuh ke lantai. Mak seperti terkejut kerana tidak percaya yang dia boleh terpelanting secara misteri. Mak memandang Iskandar. Reaksi mukanya terus berubah apabila melihat sesuatu yang berada di belakang dirinya. Tubuh dia seperti dikawal oleh orang lain. Iskandar dalam keadaan tidak sedar mengambil pisau tadi. Dia tak sedar apa yang berlaku pada dirinya yang hanya mendengar suara halus. Sifat membunuh seolah meluap-luap dalam dirinya. Iskandar
Apalah nasib Luqman. Mesti belum boleh terima yang Iskandar ialah punca disebalik perkara aneh yang selalu berlaku sejak kebelakangan ini. Mula mula dengan kematian ayahnya, kemudian diuji pulak dengan kehilangan Fatin. Mesti Fatin ada tahu sesuatu tentang kumpulan mereka yang membuatkan mereka nekad untuk menculik Fatin. Mereka boleh lakukan perkara yang sama terhadap Fatin seperti yang mereka lakukan kepada pelajar lain. Orang orang berpengaruh di dalam kumpulan itu boleh senang senang sahaja lenyapkan nama Fatin tanpa jejak. Kuasa dan wang. 2 perkara yang mampu mengubah dunia. Pintu bilik diketuk. Ha balik pon budak tu. Pintu diketuk sekali lagi."Ko masuk je. Aku tak larat nak bangun."Pintu di bukak dari luar. Ha kan senang kalau masuk je dari tadi. Kamarul menoleh ke arah pintu. Kosong. Kemudian pintu tertutup semula. Dia rasa tak sedap hati. Kamarul capai fon di bawah bantal. Dia mesej Luqman."Kau apa khabar? Sihat?