Share

BAB 11

Author: S.SYAZAN
last update Last Updated: 2021-09-15 21:48:54

Iskandar dan Kamarul tiba di Hospital Zainal Abidin. Dato Mahad ayah kepada Luqman berada di tempat sedang duduk menunggu. Iskandar terus menuju ke arah dia.

"Dato. Macam mana keadaan Luqman?" Iskandar mencium tangan Dato Mahad yang dia anggap sebagai ayah. Selama ni Dato Mahad menjaga dan menyediakan makan minum untuk dirinya selepas kematian ayah Iskandar. Dato Mahad mengambil dia menjadi anak angkat sebagai membalas budi dan jasa ayah dia terhadapnya.

"Bila lah kamu nak latih diri kamu tu panggil papa." Iskandar senyum. Dia terhutang budi padanya.

"Ada luka dekat kepala sikit. Entah macam mana dia bawak motor tuu." sambungnya lagi. Iskandar mintak izin dari ayah Luqman untuk mereka berdua masuk ke dalam bilik yang menempatkan si Luqman. Iskandar dan Kamarul masuk ke dalam.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 12

    Hari isnin seperti biasa mereka perlu bergerak ke dewan untuk perhimpunan pagi. Semua pelajar dikehendaki berada di dewan sebelum pukul 7.40 pagi. Disebabkan kes hari tu Luqman terpaksa bangun terlebih awal dahulu supaya tidak lambat bergerak ke dewan. Dia tengok masing masing tengah beratur mengikut kelas. Bosan. Seperti biasa lagu Negaraku dan lagu sekolah akan dinyanyikan oleh semua pelajar. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan pengetua sekolah. Encik Talib pengetua sekolah SMK Bakti berucap."Minggu lepas saya dapat maklumat daripada ustaz terdapat segelintir pelajar yang mengamalkan ajaran sesat. Kita sudah tangkap 2 orang pelajar. Jadi saya mintak yang mana terlibat tu supaya segera bertaubat. Jangan sampai kamu semua terpesong akidah." Luqmancuit bahu Kamarul."Siapa pulak yang kena tangkap tu?"Soal Luqman pada Kama

    Last Updated : 2021-09-15
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 13

    "Eh ni kau nak gi mana?"Soal Luqman melihat Kamarul yang sedang bersiap."Aku nak keluar jap. Ada hal."Luqman terkejut."Boleh ke keluar ni. Besok kan ada kelas?" Kamarul memasukkan barang barang penting ke dalam beg sandang."Mak aku masuk hospital. Kalau aku sempat aku cuba balik malam ni jugak." Jawab Kamarul. Luqman bangun menghampiri Kamarul."Kau sabar banyak banyak in sha allah takde apa apa yang berlaku." Luqman memberi semangat pada Kamarul. Luqman peluk dia. Mungkin antara mereka bertiga, Kamarul yang paling sensitif. Mental mudah koyak. Pagi tadi dia baru dapat pangilan dari ayah yang mak dia sakit lalu terus dimasukkan ke hospital. Sekarang ayah Kamarul dalam perjalanan ke sini untuk membawa dia ke hospital. Kalau boleh Luqman nak teman dia kat sana. Apa gunanya dia pergi sekolah besok kalau fikiran serabut memikirkan benda lain. Kamarul keluar dari bilik meninggalkan Luqman. Owh yaa Iskandar po

    Last Updated : 2021-09-16
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 14

    Kumpulan berjubah hitam beredar selepas melakukan upacara di bawah pokok itu. Sejak Fatin masuk ke dalam sekolah ini macam macam benda pelik yang dia lihat. Tapi yang dia hairan macam mana Luqman boleh berada di sana? Adakah dia pon terlibat sama dengan kumpulan itu?"Tolong...tolong.." Fatin menoleh ke arah pokok itu. Dia cuba memerhati benda di atas dahan pokok besar itu. Ada sesuatu benda putih yang sedang bertenggek di atas dahan pokok. Rambutnya menutupi muka dengan tompokan merah pada baju putih. Apa benda pula tu?"Arrrr!!" Fatin menjerit apabila benda yang dia lihat itu muncul dihadapan tingkap. Terduduk dia akibat terkejut kerana benda itu muncul secara tiba tiba. Mukanya pucat. Tubuh badannya dipenuhi darah terutama pada bahagian dada. Kesan luka di bahagian itu seperti ditikam oleh objek tajam. Fatin mengigil ketakutan. Keadaan bilik yang panas menjadi sejuk serta merta. Aduhhh takkan lah sekali lagi. Dia terus berger

    Last Updated : 2021-09-16
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 15

    Fatin berlari sepantas yang boleh. Kehadiran dia disedari oleh ahli kumpulan mereka. Tapi dia tak cam pulak Luqman yang mana satu sebab semua orang memakai jubah hitam yang sama. Biarkan yang tu dulu. Yang penting Fatin kena selamatkan diri dia dahulu. Dia ada bukti tentang kegiatan mereka ini."Cari dia sampai dapat. Lekas!!" Fatin menarik nafas. Dia cuba untuk bersembunyi di dalam bilik stor bersebelahan tangga. Belum sempat dia memulas tombol pintu,tangan dia ditarik oleh seseorang.Luqman terjaga dari tido. Kepala dia sakit. Sekali lagi Luqman alami mimpi yang sama tentang kumpulan jubah hitam itu. Dia terkejut kerana sekali lagi berada di bawah pokok besar seperti di dalam mimpi tadi. Dia segera bangun untuk pergi dari tempat ini. Saat Luqman cuba bangun,tangan dia seperti tersentuh sesuatu. Darah? Darah siapa pulak ni.

    Last Updated : 2021-09-16
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 16

    Fatin seperti tidak dapat menerima kenyataan. Wajah Kamarul ada di dalam fon dia ketika sedang leka menangkap gambar kumpulan jubah hitam itu. Memang sah Kamarul terlibat sama dalam kes ni. Entah entah Kamarul yang menjadi dalang untuk segala perkara yang jadi. Fatin masih tidak percaya dia sanggup menipu. Dia ingat Kamarul seorang yang baik. Dia perlu segera memberitahu Luqman. Nyawa Luqman mungkin dalam bahaya."Itulah pelajar perempuan yang mati dibunuh oleh kumpulan jubah hitam." Luqmantercari cari suara misteri itu. Suaranya seakan berbisik."Kenapa kau bawak aku ke sini?" Soal Luqman pada suara misteri itu."Aku mahu bantu kau." Dia masih sukar untuk percaya. Kemudian Luqman dibawa pulak ke sebuah rumah. Eh dia rasa macam ingat rumah

    Last Updated : 2021-09-16
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 17

    Sebaik saja Kamarul berlalu, Fatin terus mahu balik ke bilik. Tapi sayang, nasib tak menyebelahi dia. 2 orang lelaki berjubah hitam sudah sedia menanti kehadiran Fatin. Mungkin mereka sudah tahu yang dia akan datang ke sini. Tangan Fatin ditarik kasar oleh mereka. Dia mahu menjerit sekuat hati tapi..."Baik kau diam perempuan. Karang tak pasal pasal aku tikam kau." Pisau pada tangannya diacu ke arah leher Fatin. Dia menangis ketakutan. Fatin membiarkan tangan dia ditarik oleh mereka sehingga ke bawah pokok besar itu.Kamarul memandang sekeliling. Terlalu ramai ahli. Macam mana dia nak larikan diri bersama Fatin? Ketua kumpulan sudah mula membaca mantera. Maknanya upacaraan akan mula tak lama lagi. Ketua kumpulan menghampiri Fatin. Semakin lama semakin dekat. Pisau sudah berada di dalam genggamannya. Ahh lantaklah. Kamarul te

    Last Updated : 2021-09-17
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 18

    Luqman tiba ke hospital pada pukul 2 petang. Dia seperti risau tentang sesuatu. Dia rasa baik biarkan Iskandar bersama Kamarul. Mungkin ada perkara yang dia hendak bincangkan. Kamarul masih belum sedarkan diri. Nampaknya Luqman perlu pulang ke sekolah dulu untuk menguruskan sesuatu hal yang penting."Kau oke ke kalau aku balik sekolah dulu?"Soal Iskandar pada Luqman."Aku oke. Kau balik lah dulu. Kau pon terus datang ke sini tadi sampai tak sempat tukar baju. Biar aku pulak teman dia."Jawab Luqman. Iskandar akur kemudian tinggalkan mereka.Kamarul masih belum sedarkan diri. Kata doktor Kamarul alami hentakan pada kepala seolah diserang oleh seseorang bukannya disebabkan faktor lain. Luqman keliru. Yang dia tahu Kamarul tak mempunyai musuh. Siapa pulak yang datang ke bilik kami semata mata hanya untuk menyerang Kamarul? Apa mo

    Last Updated : 2021-09-17
  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 19

    Apalah nasib Luqman. Mesti belum boleh terima yang Iskandar ialah punca disebalik perkara aneh yang selalu berlaku sejak kebelakangan ini. Mula mula dengan kematian ayahnya, kemudian diuji pulak dengan kehilangan Fatin. Mesti Fatin ada tahu sesuatu tentang kumpulan mereka yang membuatkan mereka nekad untuk menculik Fatin. Mereka boleh lakukan perkara yang sama terhadap Fatin seperti yang mereka lakukan kepada pelajar lain. Orang orang berpengaruh di dalam kumpulan itu boleh senang senang sahaja lenyapkan nama Fatin tanpa jejak. Kuasa dan wang. 2 perkara yang mampu mengubah dunia. Pintu bilik diketuk. Ha balik pon budak tu. Pintu diketuk sekali lagi."Ko masuk je. Aku tak larat nak bangun."Pintu di bukak dari luar. Ha kan senang kalau masuk je dari tadi. Kamarul menoleh ke arah pintu. Kosong. Kemudian pintu tertutup semula. Dia rasa tak sedap hati. Kamarul capai fon di bawah bantal. Dia mesej Luqman."Kau apa khabar? Sihat?

    Last Updated : 2021-09-17

Latest chapter

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 5

    Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 4

    Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 3

    Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 2

    Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 1

    "Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) PROLOG

    Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    "Encik Luqman.." Luqman tersentak apabila namanya dipanggil beberapa kali."Soalan mana kita tadi?"Semua orang di dalam dewan ketawa. Mungkin lucu melihat Luqman yang berangan dari tadi."Soalan saya, adakah cerita ini berdasarkan pengalaman hidup Encik Luqman atau hanya sekadar rekaan?" Luqmantersenyum."Terpulang kepada pembaca sama ada mahu percaya atau tidak."Wartawan itu mengangguk."Macam mana dengan Fatin? Apa nasib dia. Masih hidup?"Soalan itu keluar dari mulut salah seorang daripada mereka. Luqman menunding jari ke arah seorang wanita."Dia ada dekat sini."Mereka semua menoleh ke arah seorang wanita yang berada di hadapan Luqman. Fatin menundukkan wajahnya. Malu mungkin."Jadi bila kamu berdua mahu berkahwin?" Luqman tersengih apabila soalan itu diajukan. Dia memandang Fatin. Aahh sudah. Luqman menarik nafas panjang."Saya masih menunggu jawapan daripada dia.

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 20

    "Sial kau. Kau memang tak layak hidup." Mak semakin menghampiri Iskandar. Kali ni dia mahu Iskandar yang menjadi mangsa. Nafas ayah tercungap-cungap. Mungkin sudah tidak mampu untuk bertahan lagi apabila mengalami pendarahan yang parah pada dadanya. Iskandar masih kaku tidak berganjak daripada rangkulan ayah. Biarlah ayah mati di dalam pelukan dia."Mati lahh kau budak!!" Baru saja pisau yang dipegang mak mahu menusuk ke badan Iskandar tiba-tiba mak terpelanting. Pisau yang dipegang tadi terus jatuh ke lantai. Mak seperti terkejut kerana tidak percaya yang dia boleh terpelanting secara misteri. Mak memandang Iskandar. Reaksi mukanya terus berubah apabila melihat sesuatu yang berada di belakang dirinya. Tubuh dia seperti dikawal oleh orang lain. Iskandar dalam keadaan tidak sedar mengambil pisau tadi. Dia tak sedar apa yang berlaku pada dirinya yang hanya mendengar suara halus. Sifat membunuh seolah meluap-luap dalam dirinya. Iskandar

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   BAB 19

    Apalah nasib Luqman. Mesti belum boleh terima yang Iskandar ialah punca disebalik perkara aneh yang selalu berlaku sejak kebelakangan ini. Mula mula dengan kematian ayahnya, kemudian diuji pulak dengan kehilangan Fatin. Mesti Fatin ada tahu sesuatu tentang kumpulan mereka yang membuatkan mereka nekad untuk menculik Fatin. Mereka boleh lakukan perkara yang sama terhadap Fatin seperti yang mereka lakukan kepada pelajar lain. Orang orang berpengaruh di dalam kumpulan itu boleh senang senang sahaja lenyapkan nama Fatin tanpa jejak. Kuasa dan wang. 2 perkara yang mampu mengubah dunia. Pintu bilik diketuk. Ha balik pon budak tu. Pintu diketuk sekali lagi."Ko masuk je. Aku tak larat nak bangun."Pintu di bukak dari luar. Ha kan senang kalau masuk je dari tadi. Kamarul menoleh ke arah pintu. Kosong. Kemudian pintu tertutup semula. Dia rasa tak sedap hati. Kamarul capai fon di bawah bantal. Dia mesej Luqman."Kau apa khabar? Sihat?

DMCA.com Protection Status