"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni."
"Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."
Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi.
"Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong.
"Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas.
"Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman.
"Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Dewan Hotel Seri Malaysia sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat tua atau pun muda turut hadir. Tak terkecuali wartawan-wartawan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis novel yang namanya semakin melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelbagai tumpuan syarikat penerbitan. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebalik tirai merah menunggu namanya di jemput untuk bergerak ke hadapan tengah pentas. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dalam dirinya untuk berhadapan di khalayak ramai walaupun ini bukan kali pertama dia menjadi tetamu undangan untuk majlis begini. Tangannya mula berpeluh. "Aii takkan cuak kot haha."Dia terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang."Sikit lah." Jawabnya ringkas. Mungkin tidak tahu untuk berkata apa lagi."Dah dah. Cover sikit. Tuu giliran kau pulak beraksi. Goodluck." Dia berjabat tangan dengan orang yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini. "Dengan bangganya, s
"Oii bangun lahh!! " Luqman terkejut mendengar suara tu. Fuhh nasib roh dia sempat masuk ke dalam badan. "Apa bising-bising ni." Luqman melihat rakan sebilik dengan dia sudah selesai mandi. "Gila tak bising. Kalau aku jadi mak ko pon aku pening nak kena kejutkan ko tiap tiap pagi." Luqman menutup telinga. Pagi pagi kalau tak dengar suara Kamarul ni memang tak lengkap hidupnya. "Alahh tahun ni je last. Nanti korang semua mesti rindukan aku. Yedok?" Luqman mula capai tuala. "Mesti tenang hidup aku masa tu." Cehh takguna punya kawan. Balas Kamarul dengan mimik muka menyampah. "Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku tak tolong kau ejas Sarah." "Mira." Kamarul membetulkan. "Apa apa jela. Bukan awek aku." Nada seperti mengungkit. Eh biarlah Luqman ada hak. "Dah dah kau pergi mandi cepat. Nanti kami tinggal baru tahu." Iskandar mencelah. Dia ni memang pandai ek potong perbualan orang. "Yelaa. Sabo jap. 5 min
Fatincepat cepat tinggalkan mereka berdua. Dia taknak masuk campur hal mereka. Segan juga masa kena kenalkan diri tadi. "Eh terlupa pulak. Fatin, kamu boleh masuk." Apabila dengar sahaja namanyadipanggiloleh guru, dia mengorak langkah ke hadapan. Langkah diatur dengan cermat supaya tidak memalukan diri pada hari pertama persekolahan. Semua pelajar tertumpu ke arah dirinya. Menunggu waktu memperkenalkan diri. Dia mengumpul segala tenaga. "Nama saya Fatin Alisha binti Abdul Malek. Selamat berkenalan."Mereka semua bersorak. Dia tiba-tiba menjadi gemuruh kerana seluruh pelajar memandang ke arah dirinya. Fatin memandang seorang demi seorang rakan-rakan baharu di dalam kelas ini. Pandangannyaterus terhenti ke arah seorang pelajar lelaki. Dia yakin dirinya tidak salah melihat. Ada sesuatu di belakang budak lelaki itu. Ketika masa rehat, seorang pelajar lelaki menghampiri Fatin. Dia memperkenalkan diri sebagai Man. Pada mulanya sungguh dia agak
“Bro. Ko pahal?”Luqman membuka mata. Kamarul dan Iskandar sudah berdiri di hadapan. Luqman cuba tenangkan diri. Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Luqman memanjangkan leher mengintai luar. Kosong. Sunyi. Memang hanya mereka berdua. Sah yang tadi tu bukan orang yang cuba nak takutkan dirinya. Luqman menarik nafas. Jantung dia tak henti berdegup kencang ibarat baru lepas lari pusing padang sedangkan tadi dia hanya sekadar melompat dari katil. “Kau pergi mana tadi?”Luqman menutup semula pintu. Kamarul memandang Iskandar. Masing-masing buat muka. Keliru… “Tadi ada budak kena histeria. Aku dengan Rul tolong ustaz buat apa yang patut.” Patut lah Kamarul kelam kabut tadi. Pergi tolong ustaz rupanya. “Ko lari kenapa?”Soalan daripada Kamarul buat Luqman hairan. “Lari pergi mana?” Luqman membalas soalan dengan soalan semula. “Kan tadi ko dengan kami tolong pegang budak-budak yang kena histeria. Pastu ko boleh pula blah
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."
"Encik Luqman.." Luqman tersentak apabila namanya dipanggil beberapa kali."Soalan mana kita tadi?"Semua orang di dalam dewan ketawa. Mungkin lucu melihat Luqman yang berangan dari tadi."Soalan saya, adakah cerita ini berdasarkan pengalaman hidup Encik Luqman atau hanya sekadar rekaan?" Luqmantersenyum."Terpulang kepada pembaca sama ada mahu percaya atau tidak."Wartawan itu mengangguk."Macam mana dengan Fatin? Apa nasib dia. Masih hidup?"Soalan itu keluar dari mulut salah seorang daripada mereka. Luqman menunding jari ke arah seorang wanita."Dia ada dekat sini."Mereka semua menoleh ke arah seorang wanita yang berada di hadapan Luqman. Fatin menundukkan wajahnya. Malu mungkin."Jadi bila kamu berdua mahu berkahwin?" Luqman tersengih apabila soalan itu diajukan. Dia memandang Fatin. Aahh sudah. Luqman menarik nafas panjang."Saya masih menunggu jawapan daripada dia.
"Sial kau. Kau memang tak layak hidup." Mak semakin menghampiri Iskandar. Kali ni dia mahu Iskandar yang menjadi mangsa. Nafas ayah tercungap-cungap. Mungkin sudah tidak mampu untuk bertahan lagi apabila mengalami pendarahan yang parah pada dadanya. Iskandar masih kaku tidak berganjak daripada rangkulan ayah. Biarlah ayah mati di dalam pelukan dia."Mati lahh kau budak!!" Baru saja pisau yang dipegang mak mahu menusuk ke badan Iskandar tiba-tiba mak terpelanting. Pisau yang dipegang tadi terus jatuh ke lantai. Mak seperti terkejut kerana tidak percaya yang dia boleh terpelanting secara misteri. Mak memandang Iskandar. Reaksi mukanya terus berubah apabila melihat sesuatu yang berada di belakang dirinya. Tubuh dia seperti dikawal oleh orang lain. Iskandar dalam keadaan tidak sedar mengambil pisau tadi. Dia tak sedar apa yang berlaku pada dirinya yang hanya mendengar suara halus. Sifat membunuh seolah meluap-luap dalam dirinya. Iskandar
Apalah nasib Luqman. Mesti belum boleh terima yang Iskandar ialah punca disebalik perkara aneh yang selalu berlaku sejak kebelakangan ini. Mula mula dengan kematian ayahnya, kemudian diuji pulak dengan kehilangan Fatin. Mesti Fatin ada tahu sesuatu tentang kumpulan mereka yang membuatkan mereka nekad untuk menculik Fatin. Mereka boleh lakukan perkara yang sama terhadap Fatin seperti yang mereka lakukan kepada pelajar lain. Orang orang berpengaruh di dalam kumpulan itu boleh senang senang sahaja lenyapkan nama Fatin tanpa jejak. Kuasa dan wang. 2 perkara yang mampu mengubah dunia. Pintu bilik diketuk. Ha balik pon budak tu. Pintu diketuk sekali lagi."Ko masuk je. Aku tak larat nak bangun."Pintu di bukak dari luar. Ha kan senang kalau masuk je dari tadi. Kamarul menoleh ke arah pintu. Kosong. Kemudian pintu tertutup semula. Dia rasa tak sedap hati. Kamarul capai fon di bawah bantal. Dia mesej Luqman."Kau apa khabar? Sihat?