Filter By
Updating status
AllOngoingCompleted
Sort By
AllPopularRecommendationRatesUpdated
Wanitaku (Bahasa Malaysia)

Wanitaku (Bahasa Malaysia)

Mina Aqilah
Kerana terdesak inginkan perkerjaan, Maya Ariana rela bertunang dengan Safwan Imran. Dia sanggup mendengar segala hinaan dari keluarga tunangnya. Namun, tidak kepada Izz Adam, adik kepada Safwan. Bertembung sahaja mereka berdua, pasti akan terletusnya perang. Kalau tidak berkelahi itu memang ajaiblah. Sayang, pertunangan Maya dan Safwan tidak bertahan lama. Lafaz putus dikatakan apabila menyaksikan kecurangan Safwan. Begitu juga dengan Izz yang bertunang dengan sepupu Maya, Imanina. Entah bagaimana Maya dan Izz bernikah selepas kejadian itu. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci lama-lama, nanti jatuh cinta. Haih, tak nak aku jatuh cinta dengan dia!
3.0K viewsOngoing
Read
Add to library
Siling ( BAHASA MALAYSIA )

Siling ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
*Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk menyiasat. Pulau Batu atau juga dikenali sebagai Pulau Penyakit dan Pulau Keramat merupakan tempat serta petunjuk dari isi sampul tersebut. Setibanya D di pulau itu, pelbagai kejadian aneh bergentayangan di sana. Selesaikan teka-teki, tumpaskan dalang, selamatkan orang lain, dan sekaligus memecahkan misteri-misteri di segenap penjuru Pulau Batu. Mior dicurigai kerana sejarah lampau tempat tersebut berkait rapat dengan si pak cik angkat. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. D nekad terjun ke dalam kawah maut yang dilumuri dengan kisah duka dan darah.
102.8K viewsOngoing
Read
Add to library
OBSES (BAHASA MALAYSIA)

OBSES (BAHASA MALAYSIA)

S.SYAZAN
Misteri kehilangan wanita secara misteri telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dua orang lelaki kembar, Naqui dan Haris Naufal merupakan dalang di sebalik jenayah terancang ini. Mereka menjadi sasaran pihak polis walaupun kes mereka sentiasa di jaga pihak tertentu. Ikmal yang mendapat kes ini cuba merungkai rahsia mereka yang sentiasa menjadi berita utama wartawan. Dunia ini penuh dengan kegelapan dan tangan kotor yang mencemarkan dunia. Maka muncul seorang lelaki yang mempunyai gelaran sebagai malaikat maut membanteras jenayah dengan cara permainan penjenayah. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan. Tiada lagi peluang kedua. Adakah rahsia mereka akan terbongkar?
2.9K viewsCompleted
Read
Add to library
TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)

S.SYAZAN
Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik Luqman,Kamarul dan Iskandar yang akrab sejak dari kecil. Hubungan yang seperti kekeluargaan itu diuji apabila hadirnya seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke sekolah itu. Ditakdirkan berlakunya tragedi misteri menyebabkan mereka saling menuduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan lalu memecah belahkan hubungan mereka. Kau rilek jap. Tak kan sebab perempuan nak gaduh ~ Iskandar Ustaz kata kami sesat,entah entah ustaz tu yang sesat ~ Haris Biar aku tamatkan perkara yang telah aku mulakan ~ Luqman
102.7K viewsOngoing
Read
Add to library
HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

HASRAT (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya. Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang. Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya. Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?
103.5K viewsOngoing
Read
Add to library
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Shh... ( BAHASA MALAYSIA )

Halima Abdul Muis
Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi. Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi. Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu. Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan. Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri. Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu... jeritan maut dari dalam peti.
92.2K viewsOngoing
Read
Add to library
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar. Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu? "Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
108.2K viewsOngoing
Read
Add to library
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

Rabetkha
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi. Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan. Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan. Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis. Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya. Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir. "Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau." Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat. Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya? "Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!" "I know who are you, and i still remember the first day I meet you." Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
103.6K viewsOngoing
Read
Add to library
ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)

ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)

RIDZWANDA
Real love doesn't meet you at your best. It meets you in your mess. Siapa sangka disebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa? Dan siapa pula sangka di sebalik wajah dan senyuman manis wanita itu terselit ada rahsia silam yang pahit. ADRA SOFEA-Pemilik nama yang sungguh indah rupanya. Baik budi pekertinya. Akibat ditipu oleh sahabatnya Jasmin, dia terperangkap dalam kelab Diamonds. THAQEEF ILHAM-Pemilik kelab malam Diamonds yang gah di Kuala Lumpur. Akibat kecewa dengan bekas tunang, dia tegar mempermainkan hati dan maruah seorang wanita. "Jadikan saya yang halal untuk awak,Thaqeef..Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya 100hari.Saya rela. Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji saya akan patuh segala arahan awak." -ADRA SOFEA "Be prepared. You will be mine, baby Adra-THAQEEF ILHAM Dalam ego Thaqeef ada manjanya, perkahwinan mereka bagaikan roller coaster. Dan di saat Adra tak mampu menolak rasa hati, dan di saat Thaqeef masih dalam berteka-teki Adra memilih untuk pergi dengan cara yang sangat Thaqeef benci. Cukupkah 100hari untuk mereka mengukir bahagia atau itu hanya kisah dongeng semata-mata. WARNING :MATURE CONTENT IG:RIDZWANDA8 .
1033.2K viewsCompleted
Read
Add to library
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)

Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)

Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama. Mengapa? Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah. "Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya." "But why, daddy?" Puteri memprotes. "Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!" Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan. Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
3.9K viewsOngoing
Read
Add to library
PREV
123456
...
22
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status