TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)

last updateDernière mise à jour : 2021-10-03
Par:  SistqahEn cours
Langue: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
0 Notes. 0 commentaires
21Chapitres
3.1KVues
Lire
Ajouter dans ma bibliothèque

Share:  

Report
Overview
Catalog
Scanner le code pour lire sur l'application

Synopsis

Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya. "Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya. "Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar. "I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?

Voir plus

Latest chapter

Aperçu gratuit

1

Keluarga Megat Andri adalah keluarga paling dihormati di Taman Tun Dr Ismail. Mereka mempunyai tiga puluh buah cawangan syarikat perusahaan sendiri. Perniagaan mereka berkembang di Malaysia dan turut ke Indonesia, Singapura dan Brunei. Megat Andri mempunyai lima orang anak iaitu Aafi Azhad, Adi Adham, Aqif Azka, Afiq Aizad dan Adwa Amzar. Kesemuanya adalah lelaki dan mereka menjadi kegilaan gadis Malaysia. Aafi Azhad dan Adi Adham telah berkahwin manakala yang lain masih belajar di tahap universiti dan sekolah menengah. Pagi itu Aqif Azka mengikuti Megat Andri ke pejabat Tuan Roslan untuk berbincang mengenai projek terbaru ayahnya bersama lelaki itu. Dia menunggu ayahnya di lobi sambil menyumbat ear pod ke telinganya. Dia mendengar lagu kegemarannya iaitu Day 'N' Nite nyanyian Kid Cudi versi Crookers Remix. Dia menutup matanya sambil bersandar di sofa kerana ingin menghiraukan pandangan-pandangan pekerja perempuan di syarikat itu kepadanya. Dia tidak su...

Interesting books of the same period

Commentaires

Pas de commentaire
Découvrez et lisez de bons romans gratuitement
Accédez gratuitement à un grand nombre de bons romans sur GoodNovel. Téléchargez les livres que vous aimez et lisez où et quand vous voulez.
Lisez des livres gratuitement sur l'APP
Scanner le code pour lire sur l'application
DMCA.com Protection Status