Home / Romance / TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA) / Chapter 1 - Chapter 10

All Chapters of TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA): Chapter 1 - Chapter 10

21 Chapters

1

Keluarga Megat Andri adalah keluarga paling dihormati di Taman Tun Dr Ismail. Mereka mempunyai tiga puluh buah cawangan syarikat perusahaan sendiri. Perniagaan mereka berkembang di Malaysia dan turut ke Indonesia, Singapura dan Brunei. Megat Andri mempunyai lima orang anak iaitu Aafi Azhad, Adi Adham, Aqif Azka, Afiq Aizad dan Adwa Amzar. Kesemuanya adalah lelaki dan mereka menjadi kegilaan gadis Malaysia. Aafi Azhad dan Adi Adham telah berkahwin manakala yang lain masih belajar di tahap universiti dan sekolah menengah.  Pagi itu Aqif Azka mengikuti Megat Andri ke pejabat Tuan Roslan untuk berbincang mengenai projek terbaru ayahnya bersama lelaki itu. Dia menunggu ayahnya di lobi sambil menyumbat ear pod ke telinganya. Dia mendengar lagu kegemarannya iaitu Day 'N' Nite nyanyian Kid Cudi versi Crookers Remix. Dia menutup matanya sambil bersandar di sofa kerana ingin menghiraukan pandangan-pandangan pekerja perempuan di syarikat itu kepadanya. Dia tidak su
last updateLast Updated : 2021-09-06
Read more

2

Tepat pukul lima petang, Aqif Azka bertolak ke universitinya. Dia mempunyai tempoh dua hari saja lagi untuk meluangkan masa bersama kawan-kawannya sebelum terbang ke Rusia. Dia memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar merah. Dia memandu dengan berhati-hati untuk menghindari kemalangan. Pesanan Tengku Rihanna sentiasa berada di ingatannya walaupun hubungannya tidak erat dengan wanita itu. Dia merendahkan bunyi radio kerana tidak mahu pemanduannya terganggu.  Ketika dia memandang ke cermin sisi, matanya menangkap seorang perempuan sedang berjalan lemah di bahu jalan. Perempuan itu seperti pernah dilihatnya. Izza Ghadira. Adakah itu Izza Ghadira? Sebaik lampu trafik bertukar hijau, dia terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia keluar dari keretanya dan mendapatkan perempuan itu. "Izza Ghadira!"panggilnya. Izza Ghadira tidak menghiraukan panggilan lelaki itu. Dia meneruskan langkahnya. Lelaki semua sama. Tidak be
last updateLast Updated : 2021-09-06
Read more

3

Urusan pendaftaran keluar dari universiti sudah selesai. Aqif Azka menghubungi Megat Andri untuk memaklumkan hal itu tetapi panggilannya tidak dijawab. Dia memutuskan untuk menghantar mesej sahaja kerana mahu mengejar masa. Aqif Azka memandu keretanya keluar dari universiti.  Menjadi ahli keluarga Megat Andri agak susah baginya kerana banyak prosedur yang perlu dilaluinya. Dia wajib mempelajari bidang perniagaan walaupun itu bukan minatnya. Cita-cita sebenarnya ialah doktor tetapi dihalang oleh Megat Andri. Alasan yang diberikan oleh Megat Andri ialah kerana keturunan Megat Andri adalah ahli korporat. Perniagaan keluarga Megat Andri dimulai oleh moyangnya. Megat Andri mahu anak-anaknya mempelajari bidang perniagaan untuk mengekalkan perniagaan keluarga mereka. Selain itu, dia juga perlu mahir memanah dan menunggang kuda. Alasan Megat Andri ialah kerana keluarga mereka mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja. Jadi, setiap yang dilakukan
last updateLast Updated : 2021-09-06
Read more

4

"Perhatian!" "Ini adalah pengumuman panggilan terakhir menaiki pesawat terutama untuk penumpang Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka yang ditempah dalam penerbangan Boeing B737-800 ke Rusia. Sila ke pintu 1 dengan segera. Pemeriksaan akhir akan selesai tidak lama lagi dan kapten akan memerintahkan pintu pesawat ditutup dalam masa sepuluh minit." "Saya akan ulangi lagi. Ini adalah panggilan terakhir untuk Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka. Terima kasih." Aqif Azka bersalaman dengan keluarganya. Namanya dipanggil. Sudah tiba masanya dia berangkat ke Rusia. Hanya Megat Andri, Tengku Rihanna dan Adwa Amzar menghantar Aqif Azka ke lapangan terbang kerana yang lain mempunyai urusan penting. Aafi Azhad, Marini dan Adi Adham bekerja. Shiren pula menjaga rumah manakala Afiq Aizad perlu menghadiri kelas tambahan memandangkan dia bakal SPM pada tahun ini. "Aqif pergi dulu."  "Aqif dah beli Travel Insurance?"soal Tengku Rihan
last updateLast Updated : 2021-09-07
Read more

5

Adi Adham menjawab panggilan daripada pengawal peribadinya. Dia mengharapkan khabar gembira.  "Hello, Lan. Macam mana? Kau dah jumpa dia?"soalnya teruja. "Saya minta maaf, tuan. Dia dah tak tinggal di KL."  Jawapan Lan menghampakan Adi Adham. Adi Adham mengeluh berat.  "Kau tahu dia pergi mana?"tanyanya lagi. "Saya ada bertanya tuan rumah tu tapi tuan rumah tu cakap dia pun tak tahu dia pergi ke mana,"balas Lan. "Lan, aku nak kau cari dia sampai dapat. Tapi ingat, ini adalah rahsia kita berdua. Pastikan rahsia ini hanya pecah di perut dan tak pecah di mulut,"kata Adi Adham serius. "Baik, tuan."  "Rahsia?" Adi Adham toleh ke belakang. Dilihatnya Sherin sedang berdiri di pintu bilik. Dia segera menamatkan panggilan. "Rahsia apa yang besar sangat sampai you taknak Lan beritahu sesiapa? I isteri you. I pun tak boleh nak tahu ke?"soal Shiren. "Ini urusan I. You tak payah masuk camp
last updateLast Updated : 2021-09-07
Read more

6

Nasi lemak buatan emaknya yang berada di hadapan dipandang kosong. Dahulu dialah orang yang paling teruja apabila emaknya memasak nasi lemak kerana nasi lemak merupakan makanan kegemarannya. Namun sekarang dia tidak teruja kerana selera makannya hilang. Berat badannya juga sedikit menyusut. "Makanlah, Izza. Ibu masak khas untuk kamu,"ujar Puan Inas sambil membubuh nasi ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain.  Puan Inas dan Encik Mahran dikurniakan empat orang anak. Izza Ghadira adalah anak sulung keluarga itu. Dia mempunyai kembar seiras tetapi kembarnya itu tidak duduk bersama mereka kerana berjaya mendapat tawaran belajar di Amerika di dalam bidang modelling. Anak ketiga ialah Irfan Gibran dan bongsunya bernama Idan Lutfan.  Izza Ghadira hanya mengangguk kepala. Bukannya dia tidak mahu makan nasi lemak itu tetapi baunya membuatkan dia loya. Jika dia menolak makanan itu, pasti emaknya mencurigainya. "Oh, ya. Hari ni pagi-pagi lagi Isya tel
last updateLast Updated : 2021-09-19
Read more

7

Usai makan malam, Megat Andri terus naik ke bilik. Dia tidak mahu melihat muka Adi Adham kerana masih marahkan pemuda itu. Ketika makan malam tadi juga dia menghabiskan makanannya secepat mungkin. Dia membuka komputer riba dan memeriksa tugasan yang dihantar oleh pekerja-pekerjanya. Tengku Rihanna juga menyusuli Megat Andri. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan Adi Adham kerana terasa hati dengan sikap melampau anaknya itu. Adi Adham telah menengkingnya pada tempoh hari. Dia duduk di atas kerusi sambil menilik wajahnya di cermin. Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, wajahnya tidak melalui perubahan melampau. Kulitnya sihat dari jeragat dan tidak mempunyai kedutan kuat. Rahsianya ialah dia mengamalkan minum air suam sebaik bangun dari tidur dan membasuh muka menggunakan air kelapa. Amalan itu diajari oleh arwah emaknya dahulu. "Kenapa awak masuk awal? Selalunya pukul sebelas baru naik?"soal Megat Andri sambil matanya masih memanda
last updateLast Updated : 2021-09-20
Read more

8

Selepas menunaikan solat Subuh, Izza Ghadira membantu emaknya menyiapkan sarapan di dapur. Dia memotong timun yang berada di atas meja. "Hari ini ibu nak masak apa?"soalnya. "Hari ini kita makan sandwich aje. Abah tak pergi ladang hari ini. Idan dan Irfan pun tak bersekolah. Jadi kita makan makanan ringan ajelah,"jawab Puan Inas sambil memasak ikan sardin. Izza Ghadira turut memotong tomato untuk dijadikan sayuran di dalam sandwich itu. Kebiasaannya, sandwich yang dibuat oleh emaknya ialah sandwich special. Sandwich special memerlukan tomato, timun, salad, sardin, telur dan keju. Rasanya amat lazat! "Izza, ibu rasa ibu nak kahwinkan Isya." Puan Inas menyatakan hasrat hatinya yang dipendam sejak tahun pertama Isya Rasyuka pergi ke Amerika. Izza Ghadira tersentak. Hampir saja tangannya teriris kerana mendengar ungkapan emaknya itu. "Kenapa ibu nak kahwinkan Isya? Dia masih muda, ibu. Dia ada cita-cita. Takkanlah ibu nak h
last updateLast Updated : 2021-09-21
Read more

9

Shiren memandang Adi Adham yang baru pulang ke rumah. Dia mengerling jam di dinding. Waktu sudah pukul dua belas tengah malam. Dia bangkit dari katil dan mendekati lelaki itu. "Baru balik?"soalnya.  "Kenapa you tak tidur lagi? Kan I dah pesan jangan tunggu I?"ujar Adi Adham. Dia membuka kemejanya dari tubuh. Dia ingin masuk ke dalam tandas namun langkahnya terhenti apabila mendengar soalan daripada Shiren. "You keluar dengan perempuan mana? Uqasha?"tanya Shiren. Dia memusingkan badannya menghadap Shiren. Sebenarnya dia malas bergaduh dengan perempuan itu, jadi dia akan berlembut sahaja dan menamatkan pertelingkahan itu secepat mungkin supaya dia dapat tidur dengan lena selepas ini.  "Uqasha mana ni? Boleh tak you jangan merepek perkara bukan-bukan? Sekarang ni dah lewat malam. I penat. I nak tidur. I harap you faham. Kalau you tak faham, you pergi g****e translate apa yang I cakapkan ni,"balas Adi Adham. "Uqas
last updateLast Updated : 2021-09-22
Read more

10

Setelah tujuh jam berada di dalam kapal terbang, Isya Rasyuka tiba di Malaysia. Dia mengambil bagasinya setelah selesai melalui pemeriksaan imegresen. Dia menunggu kedatangan keluarganya menjemputnya. Sementara menunggu, dia duduk dahulu di sebuah tempat duduk yang disediakan di luar bandara sambil bermain telefon. "Awak Isya Rasyuka, kan?" Isya Rasyuka toleh ke tepi. Keningnya sedikit terangkat apabila melihat seorang lelaki berkopiah putih berdiri di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya.  "Yes, I am. You siapa?"soal Isya Rasyuka. Dia tidak mengenali lelaki itu. "Saya Afri Izzan."  Afri Izzan memperkenalkan dirinya kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Puan Inas. Isya Rasyuka sangat cantik tetapi perempuan itu tidak bertudung. Tidak mengapa, dia boleh membantu Isya Rasyuka berubah ke arah yang lebih baik. Dahi Isya Rasyuka berkerut. Who the hell is this Af
last updateLast Updated : 2021-09-22
Read more
PREV
123
DMCA.com Protection Status