Adi Adham menjawab panggilan daripada pengawal peribadinya. Dia mengharapkan khabar gembira.
"Hello, Lan. Macam mana? Kau dah jumpa dia?"soalnya teruja.
"Saya minta maaf, tuan. Dia dah tak tinggal di KL."
Jawapan Lan menghampakan Adi Adham. Adi Adham mengeluh berat.
"Kau tahu dia pergi mana?"tanyanya lagi.
"Saya ada bertanya tuan rumah tu tapi tuan rumah tu cakap dia pun tak tahu dia pergi ke mana,"balas Lan.
"Lan, aku nak kau cari dia sampai dapat. Tapi ingat, ini adalah rahsia kita berdua. Pastikan rahsia ini hanya pecah di perut dan tak pecah di mulut,"kata Adi Adham serius.
"Baik, tuan."
"Rahsia?"
Adi Adham toleh ke belakang. Dilihatnya Sherin sedang berdiri di pintu bilik. Dia segera menamatkan panggilan.
"Rahsia apa yang besar sangat sampai you taknak Lan beritahu sesiapa? I isteri you. I pun tak boleh nak tahu ke?"soal Shiren.
"Ini urusan I. You tak payah masuk campur,"jawab Adi Adham.
Shiren masuk ke dalam bilik itu. Niatnya untuk mengajak Adi Adham turun makan malam dilupakan. Dia perlu berbincang soal rumah tangga mereka dengan lelaki itu.
"I sedar I bukan sesiapa dalam hati you tapi I adalah isteri you. Setiap urusan you menjadi urusan I,"kata Shiren. Dia mendekati Adi Adham.
"Shiren, kalau you nak gaduh dengan I malam ni, just forget it. Banyak benda lagi yang I perlu fikir,"balas Adi Adham.
Shiren mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluarnya. Dia mempamerkan sapu tangan itu kepada Adi Adham.
"You fikir tentang ni ke?"
Adi Adham terkesima melihat sapu tangan itu. Dia cuba merampasnya daripada Sherin tetapi perempuan itu cepat bertindak.
"Adi, ini bukan kali pertama you curang dengan I. I ingat bila I beri you waktu, you akan berubah but I'm wrong. Lelaki macam you tak akan pernah berubah. Buat baik dengan you ibarat melepaskan anjing tersepit. Sia-sia."
Ungkapan Shiren sinis sekali. Kesabarannya hilang.
Adi Adham merenung tajam Shiren. Sungguh lancang bicara perempuan itu.
"Don't say anything if you're not in my shoes."
"Then tell me what is in your shoes?"
"I was forced to leave the girl I loved and marry the girl I hated."
Shiren terdiam.
Terus dia teringatkan Karlisa. Perempuan itu ialah kekasih Adi Adham sebelum mereka berkahwin. Adi Adham juga pernah memberitahunya ketika mereka bersekolah dahulu bahawa dia ingin menikahi Karlisa apabila dewasa kelak.
Dia mencemburui Karlisa lalu dia meminta arwah ibubapanya menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Adi Adham. Adi Adham sudah tahu tentang tujuan keluarga mereka berbaik iaitu untuk menyatukan dia dengannya.
Dia masih ingat Adi Adham menangis dan merayu kepada Megat Andri agar tidak memusnahkan hubungannya dengan Karlisa.
"Sekarang you dah faham kan apa yang I alami?"soal Adi Adham.
Shiren tidak menjawab. Dia menundukkan wajahnya.
"You tak boleh marah kalau I curang dengan you. Ini adalah karma untuk perbuatan you. Kalau you dah lupakan perbuatan you dulu, meh sini I ingatkan."
Adi Adham mendekatkan mukanya ke telinga Shiren.
"You dah musnahkan hubungan I dengan Karlisa. Sekarang giliran I memusnahkan hidup you,"bisik Adi Adham.
Shiren menjauhkan dirinya daripada lelaki itu.
"Apa yang you nak buat?"soal Shiren.
Adi Adham tersenyum sinis.
"Sebenarnya ada salah seorang perempuan telah mengandungkan zuriat I. I akan kahwin dengan dia,"ungkap Adi Adham.
Shiren tersentak. Dia berdiri dan menampar pipi kanan Adi Adham. Dia menggelengkan kepalanya kerana kesal.
"I jijik dengan you! Selama ni I maafkan semua kesalahan you sebab I hormat you sebagai suami I! Tapi kali ni I dah tak boleh memaafkan you! You dah melampau!"bentak Shiren.
Adi Adham ingin membalas tamparan Shiren tetapi tindakannya terhenti apabila pintu biliknya dikuak dari luar. Muka Tengku Rihanna terpacul di pintu.
"Ya Allah, Adi!"
Tengku Rihanna segera mendapatkan Shiren. Dia memeluk menantunya itu.
"Mama belalah lagi perempuan ni! Semua orang boleh salahkan Adi! Kalau Adi buat salah, semua orang nampak tapi kalau perempuan ni buat salah, semua orang diam! Siapa anak kandung Megat Andri dan Tengku Rihanna? Adi atau dia?" Adi Adham memberontak.
"Adi jangan kurang ajar! Mama dan papa tak pernah ajar anak-anak kami berperangai macam ni!"tegas Tengku Rihanna. Dia terkilan dengan perubahan sikap Adi Adham.
"Ini semua salah mama dan papa! Kalau mama dan papa tak musnahkan hubungan Adi dan Karlisa, Adi tak akan jadi macam ni!"kata Adi Adham lalu keluar dari bilik itu.
Sewaktu melalui ruang tamu, Adi Adham bertembung dengan Megat Andri tetapi dia tidak menghiraukan ayahnya itu. Dia meneruskan langkahnya keluar dari rumah. Dia membawa keretanya pergi meninggalkan rumah itu. Dia mahu menenangkan diri.
SUASANA malam di bumi Rusia sangat menyenangkan hati dengan gugusan bintang yang bersinar indah. Sudah seminggu Aqif Azka berada di negara itu dan dia berjaya mengenali seorang perempuan Malaysia yang turut belajar di situ. Namanya Sofea. Dia selesa berkawan dengan Sofea.
Tiba-tiba deringan telefon Aqif Azka berbunyi. Dia yang duduk di beranda terus mengambil telefonnya yang berada di atas meja belajar. Panggilan daripada Adi Adham itu dijawabnya.
"Qif, aku serabutlah,"ujar Adi Adham sebaik panggilan mereka bersambung.
Aqif Azka berkerut dahi. Dia duduk di atas kerusi.
"Kau kenapa ni? Kau ada masalah ke?"soal Aqif Azka.
"Sekarang ni aku duduk di bar. Aku baru aje gaduh dengan Shiren lepas tu mama masuk campur. Kalau ikutkan hati aku, nak aje aku ceraikan si Shiren tu. Makin hari dia makin kurang ajar dengan aku,"cerita Adi Adham. Suaranya jelas menunjukkan dia sedang serabut.
"Eh, jangan macam ni. Masih ada banyak lagi cara yang ada untuk selesaikan masalah kau dengan Shiren. Kau tak boleh nak salahkan Shiren sepenuhnya. Dia cintakan kau kut. Kau yang layan dia teruk sebab itulah dia berubah dengan kau."
Aqif Azka menasihati abangnya meskipun tahu Adi Adham tidak bersetuju tentang itu. Adi Adham tidak pernah mahu mengaku kesalahannya.
"Aku layan dia teruk? Memanglah! Aku tak cintakan dia, takkanlah aku nak beri layanan VIP kepada orang yang aku tak suka? Kau cakap senanglah, Qif. Kau tak berada di tempat aku. Kau tak faham perasaan aku. Cuba kau dipaksa tinggalkan perempuan yang kau cinta lepas tu kahwin dengan perempuan hodoh tepi jalan. Kau akan cintakan dia ke? Kau akan bahagia dengan dia? Aku yakin kau akan berdendam dengan dia seumur hidup kau,"kata Adi Adham.
"Kau kena terima takdir Tuhan. Kau tak boleh selamanya menghukum Shiren,"nasihat Aqif Azka lagi.
"Lagipun Shiren tu cantik kut. Dia model terkenal di Malaysia. Rugilah kalau kau lepaskan dia macam tu saja,"tambahnya.
"Tak kisahlah dia tu siapa. Sekarang ni aku nak tanya kau. Kau sanggup ke kahwin dengan orang yang kau tak cinta? Kahwin ni bukan perkara main-main. Kau kahwin dengan orang yang kau perlu hadap sehingga hari tua. Kau cuba bayangkan, kau tak cintakan perempuan tu tapi kau kena kahwin dengan dia. Kau kena hidup bersama dengan perempuan tu sehingga umur kau tujuh puluh tahun. Sekarang ni umur kau dua puluh lima tahun. Kau kena hidup dengan dia selama empat puluh lima tahun. Kau sanggup tak?"
Aqif Azka terdiam.
Apabila difikirkan, dia juga tidak sanggup. Perkahwinan merupakan penyatuan seorang lelaki dan seorang perempuan yang saling mencintai. Perkahwinan hanya bahagia jika ada cinta.
"Jawablah, Qif. Kau sanggup tak?"
Adi Adham menghentikan lamunan Aqif Azka.
"Kalau aku perlu kahwin dengan perempuan yang aku tak cinta, aku pun akan buat perkara sama macam kau,"jawab Aqif Azka.
"Jadi terbuktilah aku tak bersalah dalam masalah perkahwinan ni. Aku cuma inginkan keadilan untuk hidup aku. Sampai bila mama dan papa nak mengongkong hidup aku? Aku berhak membuat keputusan sendiri dan aku yakin dengan pilihan aku,"ucap Adi Adham.
Aqif Azka menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan Adi Adham. Pasti abangnya itu sedang tersenyum kerana dia berpihak kepadanya.
Begitu akrabnya hubungan Aqif Azka dengan Adi Adham. Jika Adi Adham membuat kesalahan, pasti Aqif Azka menyebelahinya dan Adi Adham juga akan menyebelahi Aqif Azka jika adiknya itu membuat salah.
"Kita lupakan masalah aku. Sekarang kau macam mana? Dah jumpa awek Rusia?"tanya Adi Adham.
Aqif Azka tersenyum nipis.
"Dah. Tapi dia bukan orang Rusia. Dia orang Malaysia jugak. Namanya Sofea,"balas Aqif Azka.
"Aik? Kenapa orang Malaysia jugak? Carilah yang original Russian. Kata nak isteri cantik?"
Adi Adham seperti tidak berpuas hati dengan pilihan Aqif Azka.
"Aku baru duduk di sini seminggu. Aku kena belajar dulu adat budaya mereka, barulah boleh kahwin dengan mereka. Bahasa Rusia pun aku gagal lagi,"jawab Aqif Azka.
Dia sudah mempunyai kawan di situ. Dia mengenali mereka ketika hari pertama di universiti. Seorang warga Malaysia iaitu Darwish dan dua orang warga Rusia iaitu Pavlo dan Liev.
Pavlo dan Liev berkebolehan bercakap bahasa Malaysia kerana diajar oleh Darwish. Darwish juga diajar oleh mereka bahasa Rusia sehingga fasih.
"Kau rasa mama dan papa izinkan tak aku kahwin dengan Sofea? Dia bukan dari keturunan besar,"ujar Aqif Azka.
"Aku tak tahulah. Mungkin mereka izinkan kut kalau Sofea tu cantik. Keturunan tu mungkin ditutup sebelah mata. Siapa aje yang taknak menantu cantik? Tak kisahlah dia keturunan apa asalkan cantik,"balas Adi Adham.
"Qif, aku sebenarnya nak beritahu kau sesuatu. Aku rasa aku nak bertanggungjawab terhadap perempuan yang mengandungkan anak aku. Aku nak kahwin dengan dia,"nyata Adi Adham.
Tawa Aqif Azka hilang serta-merta. Dia terkedu dengan keputusan Adi Adham.
"Apa? Ada ke perempuan yang kau tidur tu mengandung?"soal Aqif Azka. Dia mula serius.
"Aku tak tahu tapi aku nak cari dia,"jawab Adi Adham.
"Kalau kau jumpa dia kau nak buat apa? Kahwin?"
"Apa lagi cara yang ada? Aku nak anak."
"Adi, kalau kau nak main-main pasal ni, perkara ni tak lawak. Ini melibatkan maruah keluarga. Kau fikirlah sendiri. Tapi jangan buat keputusan bodoh."
Aqif Azka menamatkan panggilan. Dia mengeluh.
Entah sampai bila dia mampu menutup kesalahan Adi Adham. Abangnya itu hanya memikirkan keseronokan. Dia langsung tidak memikirkan akibat selepas itu.
Nasi lemak buatan emaknya yang berada di hadapan dipandang kosong. Dahulu dialah orang yang paling teruja apabila emaknya memasak nasi lemak kerana nasi lemak merupakan makanan kegemarannya. Namun sekarang dia tidak teruja kerana selera makannya hilang. Berat badannya juga sedikit menyusut. "Makanlah, Izza. Ibu masak khas untuk kamu,"ujar Puan Inas sambil membubuh nasi ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain. Puan Inas dan Encik Mahran dikurniakan empat orang anak. Izza Ghadira adalah anak sulung keluarga itu. Dia mempunyai kembar seiras tetapi kembarnya itu tidak duduk bersama mereka kerana berjaya mendapat tawaran belajar di Amerika di dalam bidang modelling. Anak ketiga ialah Irfan Gibran dan bongsunya bernama Idan Lutfan. Izza Ghadira hanya mengangguk kepala. Bukannya dia tidak mahu makan nasi lemak itu tetapi baunya membuatkan dia loya. Jika dia menolak makanan itu, pasti emaknya mencurigainya. "Oh, ya. Hari ni pagi-pagi lagi Isya tel
Usai makan malam, Megat Andri terus naik ke bilik. Dia tidak mahu melihat muka Adi Adham kerana masih marahkan pemuda itu. Ketika makan malam tadi juga dia menghabiskan makanannya secepat mungkin. Dia membuka komputer riba dan memeriksa tugasan yang dihantar oleh pekerja-pekerjanya. Tengku Rihanna juga menyusuli Megat Andri. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan Adi Adham kerana terasa hati dengan sikap melampau anaknya itu. Adi Adham telah menengkingnya pada tempoh hari. Dia duduk di atas kerusi sambil menilik wajahnya di cermin. Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, wajahnya tidak melalui perubahan melampau. Kulitnya sihat dari jeragat dan tidak mempunyai kedutan kuat. Rahsianya ialah dia mengamalkan minum air suam sebaik bangun dari tidur dan membasuh muka menggunakan air kelapa. Amalan itu diajari oleh arwah emaknya dahulu. "Kenapa awak masuk awal? Selalunya pukul sebelas baru naik?"soal Megat Andri sambil matanya masih memanda
Selepas menunaikan solat Subuh, Izza Ghadira membantu emaknya menyiapkan sarapan di dapur. Dia memotong timun yang berada di atas meja. "Hari ini ibu nak masak apa?"soalnya. "Hari ini kita makan sandwich aje. Abah tak pergi ladang hari ini. Idan dan Irfan pun tak bersekolah. Jadi kita makan makanan ringan ajelah,"jawab Puan Inas sambil memasak ikan sardin. Izza Ghadira turut memotong tomato untuk dijadikan sayuran di dalam sandwich itu. Kebiasaannya, sandwich yang dibuat oleh emaknya ialah sandwich special. Sandwich special memerlukan tomato, timun, salad, sardin, telur dan keju. Rasanya amat lazat! "Izza, ibu rasa ibu nak kahwinkan Isya." Puan Inas menyatakan hasrat hatinya yang dipendam sejak tahun pertama Isya Rasyuka pergi ke Amerika. Izza Ghadira tersentak. Hampir saja tangannya teriris kerana mendengar ungkapan emaknya itu. "Kenapa ibu nak kahwinkan Isya? Dia masih muda, ibu. Dia ada cita-cita. Takkanlah ibu nak h
Shiren memandang Adi Adham yang baru pulang ke rumah. Dia mengerling jam di dinding. Waktu sudah pukul dua belas tengah malam. Dia bangkit dari katil dan mendekati lelaki itu. "Baru balik?"soalnya. "Kenapa you tak tidur lagi? Kan I dah pesan jangan tunggu I?"ujar Adi Adham. Dia membuka kemejanya dari tubuh. Dia ingin masuk ke dalam tandas namun langkahnya terhenti apabila mendengar soalan daripada Shiren. "You keluar dengan perempuan mana? Uqasha?"tanya Shiren. Dia memusingkan badannya menghadap Shiren. Sebenarnya dia malas bergaduh dengan perempuan itu, jadi dia akan berlembut sahaja dan menamatkan pertelingkahan itu secepat mungkin supaya dia dapat tidur dengan lena selepas ini. "Uqasha mana ni? Boleh tak you jangan merepek perkara bukan-bukan? Sekarang ni dah lewat malam. I penat. I nak tidur. I harap you faham. Kalau you tak faham, you pergi g****e translate apa yang I cakapkan ni,"balas Adi Adham. "Uqas
Setelah tujuh jam berada di dalam kapal terbang, Isya Rasyuka tiba di Malaysia. Dia mengambil bagasinya setelah selesai melalui pemeriksaan imegresen. Dia menunggu kedatangan keluarganya menjemputnya. Sementara menunggu, dia duduk dahulu di sebuah tempat duduk yang disediakan di luar bandara sambil bermain telefon. "Awak Isya Rasyuka, kan?" Isya Rasyuka toleh ke tepi. Keningnya sedikit terangkat apabila melihat seorang lelaki berkopiah putih berdiri di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. "Yes, I am. You siapa?"soal Isya Rasyuka. Dia tidak mengenali lelaki itu. "Saya Afri Izzan." Afri Izzan memperkenalkan dirinya kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Puan Inas. Isya Rasyuka sangat cantik tetapi perempuan itu tidak bertudung. Tidak mengapa, dia boleh membantu Isya Rasyuka berubah ke arah yang lebih baik. Dahi Isya Rasyuka berkerut. Who the hell is this Af
"NO! I don't want! Isya taknak kahwin dengan dia!"tegas Isya Rasyuka kepada ibubapanya ketika Puan Inas membuka mulut mengenai rancangan perkahwinannya dengan Afri Izzan di ruang tamu. Gila! Dia tidak ingin menikahi lelaki alim itu. Lelaki itu akan menyekat kebebasan hidupnya. "Kenapa Isya taknak kahwin dengan Afri? Cuba beritahu ibu. Apa kekurangan Afri? Dia tu ustaz. Budak baik. Keturunan baik. Rupa pun elok. Isya nak lelaki yang macam mana jadi suami Isya? Orang putih?"soal Puan Inas. "Ibu, Isya masih muda. Umur Isya baru 22 tahun. Isya tahu alasan ibu nak kahwinkan Isya dengan lelaki tu. Ibu taknak Isya jadi model, kan? Habis tu, apa guna Isya belajar di Amerika berjauhan daripada keluarga selama lima tahun kalau Isya tak jadi model?" Isya Rasyuka memberontak. Nadanya sedikit meninggi. Dia tidak suka sesiapa mengawal hidupnya. "Isya Rasyuka! Jangan biadab dengan umi kamu!"tegur Encik Mahran. Isya Rasyuka menyedari keterlanjurannya
Adi Adham terburu-buru keluar dari biliknya kerana dia sudah lewat untuk menghadiri parti di rumah kawannya. Sepatutnya dia pergi pada pukul tiga petang tetapi dia tertidur tadi, jadi dia meneruskan hasratnya untuk menghadiri parti itu pada pukul empat petang. Tengku Rihanna yang melihat Adi Adham sedang turun bingkas bangun dari sofa. Dia mahu bercakap sesuatu dengan anaknya itu. "Adi, sekejap. Mama nak cakap sesuatu dengan kamu,"kata Tengku Rihanna. Adi Adham menghampiri emaknya itu. "Apa dia?"soalnya. "Kenapa Adi berubah? Adi dah tak macam dulu. Adi dah tak hormat mama dan papa. Dulu Adi selalu membanggakan keluarga kita tapi sekarang yang Adi buat hanyalah memalukan nama keluarga. Kenapa Adi buat keluarga kita macam ni?"luah Tengku Rihanna. Adi Adham mengeluh. "Mama, I am late. Kalau mama nak luah apa-apa, mama luahkan kepada Shiren. Nanti dia sampaikan kepada Adi,"balas Adi Adham. Tengku Rihanna terkesima den
3 tahun kemudian... Lan melangkah masuk ke dalam pejabat Mavn Models. Dia datang ke situ untuk mendaftar sebagai salah satu kru di sana. Adi Adham telah menghubungi pihak agensi dan dia dibenarkan bekerja di dalamnya. "Ya, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?"tanya pengawal keselamatan yang berdiri di pintu masuk utama. "Saya Lan Azrel. Saya model lelaki baru di syarikat ini. Hari ini adalah hari pertama saya dan saya harap kamu dapat menolong saya." Lan menjawab dengan sopan. "Sudah tentu, encik. Ayuh ikut saya ke tempat pengurusan model. Di sana encik akan berjumpa dengan pengurus besar dan model-model lain," kata pengawal keselamatan itu lalu berjalan menuju ke tempat pengurusan model diikuti oleh Lan. Lan melihat reka bentuk syarikat itu. Sekiranya syarikat itu memberi layanan baik kepadanya, dia akan berbincang dengan Adi Adham agar me
Isya Rasyuka pulang dengan gembira. Dia membeli banyak barang untuk keluarganya.Dia membeli jam tangan untuk Jibran, beg tangan untuk Datin Sri Amelia dan sepasang kasut untuk Tan Sri Jayden.Semua itu dibayar menggunakan wangnya sendiri."Dada, Dadi dan Uncle Jibran mesti happy kan, Faliq? Nanti Faliq beri hadiah ni pada mereka ya?"Isya Rasyuka mengucup dahi anak kecil yang didukungnya itu.Dia membunyikan bel pintu beberapa kali tetapi tiada pembantu rumah yang membukakan pintu untuknya. Rumah itu juga kelihatan sunyi. Tidak mungkin keluarganya keluar dari rumah kerana kereta masih elok berada di bawah garaj.Dia menolak membuka pintu dan dia tersenyum nipis kerana pintu tidak terkunci.Tanpa membuang masa, dia masuk.Perasaan pelik menimpanya ketika rumah itu gelap gulita. Adakah keluarga itu merancang kejutan untuknya?Dia a
Isya Rasyuka termenung sendiri. Dia memikirkan ajakan makan tengahari Aqif Azka. Patutkah dia menerima ajakan lelaki itu?"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?"Dia mengeluh kecil.Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu membuka Instagram. Dia melihat akaun milik Aqif Azka."Hensem betul. Dia ada darah kacukan apa ya? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku dapat anak-anak yang comel. Aqif Azka, kau nak tak kahwin dengan aku? Kalau ikutkan hati, nak aje aku melamar kau jadi suami aku. Tapi itulah. Aku ni Isya Rasyuka. Aku kena jual mahal. My ego is my king."Mulut saja kata taknak tapi tangannya menghantar
Isya Rasyuka membelek pakaian yang akan dibelinya di dalam sebuah gedung pakaian terbesar di Kuala Lumpur. Pakaian-pakaian itu langsung tidak memenuhi citarasanya. Dia mengerling seorang pekerja perempuan yang berdiri di sebelahnya. "Nanti you beritahu boss you supaya jual baju yang elok-elok sikit. Setakat dress corak macam ni siapa saja yang nak beli? Dahlah, I tak berminat nak beli baju dalam kedai ni,"ujar Isya Rasyuka lalu keluar dari kedai itu. Dia pergi pula ke kedai pakaian yang berada bersebelahan dengan kedai itu. Ketika dia ingin melangkah masuk, dia terlihat Aqif Azka sedang berdiri di hadapan kedai jam tangan tidak jauh daripadanya. Dia menguntum senyum. Dia mendekati Aqif Azka. "Hai,"sapanya. "Hai,"balas Aqif Azka. Dia membalas senyuman Isya Rasyuka. "You buat apa kat sini?"soal Isya Rasyuka. &nbs
Pertunjukan pakaian yang diragakan oleh model-model Mavn Models berjalan dengan lancar. Pertunjukan itu diketuai oleh Isya Rasyuka. Mereka meragakan jenama Padini, Lewré dan Jefferson.Keluarga Megat Andri menghadiri pertunjukan itu memandangkan mereka adalah penyumbang saham kepada Mavn Models. Tengku Rihanna dahulunya seorang model di situ. Sehingga kini dia disegani dan menjadi contoh buat model-model baharu.Aqif Azka asyik melihat Isya Rasyuka yang sedang berborak dengan teman-temannya selepas selesai memperagakan pakaian. Ada sesuatu pada Isya Rasyuka yang menarik perhatiannya."Kau tengok siapa, Qif?"Teguran daripada Isyraf menghentikan perbuatannya. Dia berlagak biasa.Isyraf mengambil tempat di sebelahnya. Dia datang dari tandas."Kau tengok Isya, eh?"tebak Isyraf."Mana ada. Aku tak tengok sesiapa pun. Aku cuma men
Tan Sri Jayden menikmati makan malamnya bersama keluarga. Dia menyuap nasi kepada Faliq yang berada di atas ribanya. Anak kecil itu sudah pandai makan nasi kerana giginya telah banyak tumbuh. "Banyaknya Faliq makan hari ni. Sedap ke Dadi masak?"soal Datin Sri Amelia kepada cucunya itu. Faliq tersenyum menampakkan dua batang gigi hadapannya sambil mengangkat tangan. "Faliq suka ya sup ayam ni? Nanti Dadi masak lagi,"tambah Datin Sri Amelia lagi. Isya Rasyuka menguis nasi di dalam pinggannya. Di hadapannya ialah Jabir. Selera makannya hilang apabila melihat muka lelaki itu. "Faliq, mama dah siap makan. Faliq nak makan lagi ke?"soal Isya Rasyuka kepada anaknya. "Cepatnya siap, Isya,"ujar Datin Sri Amelia. "I lost my appetite,"kata Isya Rasyuka. "Why?" Isya Rasyuka hanya membiarkan s
Tengku Rihanna menjahit baju Afiq Aizad yang terkoyak. Televisyen yang terpasang ditonton oleh ahli keluarganya yang lain. Di sebelahnya terdapat Aqif Azka yang asyik termenung. Dia perasan anaknya itu kuat mengelamun sejak petang tadi. "Aqif okey tak ni? Dari tadi lagi mama perasan Aqif kuat termenung. Aqif fikir apa?"soalnya. Teguran Tengku Rihanna menyentakkan Aqif Azka. Dia beriak biasa. Dia membuka telefonnya dan bermain permainan. "Kau taknak beritahu mama ke, Qif?"tanya Adi Adham. Aqif Azka membisu. "Beritahu apa?" Tengku Rihanna tidak mengerti. "Aqif dah break dengan Sofea sebab Sofea dah bertunang. Dia akan berkahwin tak lama lagi,"nyata Adi Adham. Seluruh ahli keluarga itu terlopong. "Seriously?" Marini terkejut. Mereka tidak menjangkakan perkara itu berlaku keran
Sebaik tiba di rumah, Aqif Azka menghempas kuat pintu keretanya. Dia menyepak pasu bunga yang berada di tepi tayar keretanya. "Tak guna!" Dia menepuk but keretanya. Dia ingin melepaskan rasa marahnya terhadap Sofea yang dipendam sejak tadi. Adi Adham yang sedang membasuh keretanya terhenti membuat kerjanya kerana terkejut dengan amukan Aqif Azka. Dia mempamerkan muka hairan. "Qif, kenapa ni? Kau okey tak?"soalnya sambil mendekati adiknya itu. "Sofea tipu aku! Dia dah bertunang!"jawab Aqif Azka. Membulat biji mata Adi Adham mendengar hal itu. Dia menarik Aqif Azka duduk di atas kerusi batu yang berdekatan dengan mereka. Aqif Azka menongkat dahinya ke meja. Dia kecewa dengan Sofea kerana perempuan itu mempermainkan perasaannya. Mengapakah semua ini terjadi? Di saat dia menyerahkan hati, hatin
Aqif Azka memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tan Sri Jayden. Ternyata perempuan di sebelahnya adalah anak lelaki itu. Dia ingin mengetahui identiti sebenar perempuan itu tetapi dia menyedari dia tidak boleh terburu-buru. Dia yakin perempuan itu menyembunyikan banyak rahsia daripadanya. Dia akan membongkar rahsia itu secara perlahan."Thanks sebab hantarkan I balik,"ucap Isya Rasyuka.Dia segera membuka pintu kereta kerana dia tidak betah berdua-duaan dengan Aqif Azka. Ketampanan lelaki itu menggugat jiwanya."Wait."Aqif Azka menahannya.Dia memandang lengannya yang dipegang oleh tangan lelaki itu. Kemudian dia menatap lelaki itu sebagai tanda ingin dibebaskan.Aqif Azka mengerti dengan sorotan tajam itu. Dia melepaskan lengan itu."You tak beritahu lagi nama you siapa,"ujarnya."Do I need?"so
3 tahun kemudian... Lan melangkah masuk ke dalam pejabat Mavn Models. Dia datang ke situ untuk mendaftar sebagai salah satu kru di sana. Adi Adham telah menghubungi pihak agensi dan dia dibenarkan bekerja di dalamnya. "Ya, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?"tanya pengawal keselamatan yang berdiri di pintu masuk utama. "Saya Lan Azrel. Saya model lelaki baru di syarikat ini. Hari ini adalah hari pertama saya dan saya harap kamu dapat menolong saya." Lan menjawab dengan sopan. "Sudah tentu, encik. Ayuh ikut saya ke tempat pengurusan model. Di sana encik akan berjumpa dengan pengurus besar dan model-model lain," kata pengawal keselamatan itu lalu berjalan menuju ke tempat pengurusan model diikuti oleh Lan. Lan melihat reka bentuk syarikat itu. Sekiranya syarikat itu memberi layanan baik kepadanya, dia akan berbincang dengan Adi Adham agar me