"Perhatian!"
"Ini adalah pengumuman panggilan terakhir menaiki pesawat terutama untuk penumpang Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka yang ditempah dalam penerbangan Boeing B737-800 ke Rusia. Sila ke pintu 1 dengan segera. Pemeriksaan akhir akan selesai tidak lama lagi dan kapten akan memerintahkan pintu pesawat ditutup dalam masa sepuluh minit."
"Saya akan ulangi lagi. Ini adalah panggilan terakhir untuk Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka. Terima kasih."
Aqif Azka bersalaman dengan keluarganya. Namanya dipanggil. Sudah tiba masanya dia berangkat ke Rusia.
Hanya Megat Andri, Tengku Rihanna dan Adwa Amzar menghantar Aqif Azka ke lapangan terbang kerana yang lain mempunyai urusan penting.
Aafi Azhad, Marini dan Adi Adham bekerja. Shiren pula menjaga rumah manakala Afiq Aizad perlu menghadiri kelas tambahan memandangkan dia bakal SPM pada tahun ini.
"Aqif pergi dulu."
"Aqif dah beli Travel Insurance?"soal Tengku Rihanna.
"Dah." Aqif Azka mengangguk.
"Kalau dah sampai di Rusia, telefonlah kami. Jaga diri dan berhati-hati,"pesan Megat Andri.
Aqif Azka tersenyum nipis.
Dia melangkah menuju ke pintu pemeriksaan keselamatan. Dia menoleh ke belakang untuk kali terakhir.
Dia melihat keluarganya sedang melambaikan tangan kepadanya. Dia membalas lambaian itu sebelum seluruh badannya masuk ke dalam pintu pemeriksaan keselamatan.
ADI ADHAM menarik setiausaha barunya duduk di atas riba. Dia mengelus lembut rambutnya. Haruman rambut perempuan itu menggoda naluri lelakinya. Dia memusingkan tubuh perempuan itu menghadapnya.
"What's your name?"
"Kalia."
"Such a beautiful name."
Kalia tertunduk malu. Jantungnya berdegup kencang saat membalas tatapan Adi Adham. Mata lelaki itu seakan mempunyai aura yang kuat. Dia bisa jatuh kepada lelaki itu jika lelaki itu tidak melepaskannya.
"Encik Adi, saya minta maaf. Saya rasa kita tak patut duduk macam ni,"ujar Kalia perlahan.
"Kenapa?" Adi Adham menaikkan sebelah keningnya.
"Encik Adi dah kahwin. Saya takut Puan Shiren marah bila dia tengok kita macam ni,"jawab Kalia.
Adi Adham tertawa.
"Come on, Kalia. Semua orang tahu perangai I macam mana. I boleh berhubungan dengan sesiapa sahaja yang I mahu,"kata Adi Adham.
Kemudian dia mendekatkan mukanya ke telinga Kalia. Dia membisikkan sesuatu.
"Hari ni, I nak you."
"I adalah ketua you. Kalau you nak kekal bekerja di syarikat ni, you wajib penuhi semua kehendak I,"sambung Adi Adham.
"Maksud Encik Adi?"
"Tidur dengan I."
Kalia berdiri sebaik mendengar ungkapan Adi Adham. Dia terkesima dengan perintah lelaki itu. Dia menggelengkan kepalanya.
Adi Adham juga berdiri.
"Kenapa you menggeleng? You tak setuju? You nak ingkar arahan I?" Dia menghampiri Kalia.
"Encik Adi tak boleh buat saya macam ni. Saya bukan perempuan murah. Saya dah ada tunang dan saya akan kahwin bulan depan. Niat saya datang bekerja di syarikat ni adalah untuk mencari rezeki yang halal. Saya tak akan ikut arahan Encik Adi!"tegas Kalia. Dia perlu mempertahankan maruahnya.
Adi Adham tersenyum sinis.
"Good."
Kalia memandang Adi Adham yang sudah duduk semula di tempatnya.
"I nak you kemaskan barang-barang you dan keluar dari syarikat ni dengan segera. I tak perlukan setiausaha macam you. Masih ramai lagi perempuan di luar sana yang nak bekerja dengan I. Setakat you yang berkelulusan Diploma dalam Malaysia, I boleh petik jari aje,"ucap Adi Adham.
"Ramai perempuan nak bekerja di syarikat ni sebab mereka tak tahu perangai sebenar Encik Adi. Selama ini saya mengagumi Encik Adi. Encik Adi berjaya di dalam perniagaan dan menjadi inspirasi anak muda. Tapi sekarang, saya tidak lagi menghormati Encik Adi. Encik Adi kena ingat bahawa harta yang Encik Adi ada sekarang ni adalah milik Tuhan. Kalau Tuhan nak tarik rezeki tu, dalam sekelip mata saja Encik Adi boleh jadi papa kedana,"tutur Kalia dengan beraninya.
Adi Adham terdiam.
"Cuba beritahu saya, berapa ramai perempuan yang ditipu oleh Encik Adi? Berapa ramai perempuan yang diambil kesempatan oleh Encik Adi? Kalau saya laporkan perkara ni kepada polis, agak-agak apa yang akan terjadi kepada keluarga Megat Andri?" Kalia mengugut.
"You ugut I? You nak lapor apa?"tanya Adi Adham.
"Saya akan laporkan kepada polis bahawa encik telah mencuba untuk merogol saya. Saya yakin encik dah buat perkara yang sama kepada perempuan lain,"balas Kalia.
Adi Adham bangun.
"Get out from here! You jangan datang ke sini lagi!" Dia menolak Kalia keluar dari biliknya.
Adi Adham menongkat tangannya di atas meja. Dia mengeluh. Dia tidak sepatutnya membiarkan Kalia pergi.
TENGKU RIHANNA perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Sherin. Dari tadi lagi menantu keduanya itu mendiamkan diri. Selesai memasak, Sherin duduk termenung di atas buaian.
Tengku Rihanna mengambil tempat di sebelah Sherin.
"Sherin kenapa ni? Dari tadi lagi mama tengok Sherin diam aje. Sherin ada apa-apa masalah ke? Nak kongsi dengan mama?"soal Tengku Rihanna. Dia menawarkan dirinya sebagai tempat perempuan itu mengadu masalah.
Sherin ialah anak yatim piatu. Arwah ibubapanya merupakan kawan baik Megat Andri dan Tengku Rihanna. Mereka mengamanahkan Shiren kepada Megat Andri dan Tengku Rihanna seandainya mereka dijemput kematian. Keluarga itu melayan Sherin dengan baik sekali kecuali Adi Adham kerana lelaki itu dipaksa berkahwin dengannya.
"Mama, Sherin dah bingung nak buat apa lagi supaya Adi sayangkan Sherin. Perangai kasanova dia tak hilang. Apa kurangnya Sherin sampai dia sanggup curang?"luah Sherin kepada orang yang dipercayainya.
Tengku Rihanna mengeluh kecil.
Dari dulu lagi anaknya itu dikenali sebagai buaya darat. Dia ingat sikap itu akan hilang selepas berkahwin tetapi sangkaannya meleset. Sikap buaya darat Adi Adham makin menjadi-jadi.
Adi Adham patut bersyukur kerana mempunyai seorang isteri penyabar seperti Shiren. Tiga tahun tempoh perkahwinan mereka Shiren tidak pernah mengeluh. Dia sabar dengan Adi Adham walaupun lelaki itu tidak menunaikan tanggunggjawabnya sebagai suami.
"Mama pun tak tahu cara apa lagi yang ada untuk pulihkan sikap Adi. Mama minta maaf kalau Shiren tak bahagia dengan perkahwinan ni. Mama minta maaf di atas sikap kasar Adi terhadap Shiren,"ucap Tengku Rihanna mengendur.
Shiren tersenyum sumbing.
"Mama janganlah macam ni. Mama tak salah. Shiren terima Adi seikhlas hati Sherin. Mama pun tahu kan yang Shiren cintakan Adi? Disebabkan cintalah, Sherin bertahan sampai ke hari ini,"ujar Sherin. Dia memaut tangan mentuanya.
Tengku Rihanna mengulum senyum. Dia kagum dengan ketabahan Shiren.
"Mama tahu Shiren kuat. Mama tak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu mama. Shiren jangan sedih-sedih tau? Kalau Shiren ada masalah, beritahu pada mama. Jangan dipendam sendiri, nanti sakit hati,"kata Tengku Rihanna.
Shiren hanya mampu mengaminkan doa Tengku Rihanna. Biarlah Adi Adham membencinya asalkan dia tidak pernah lalai menjalankan tanggunggjawabnya sebagai isteri.
"LADIES and gentlemen, welcome to Sheremetyevo International Airport. I'd like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to see you on board again in the near future. Have a nice day stay!"
Selepas siap berurusan dengan pemeriksaan imegresen dan kastam, Aqif Azka menghubungi pihak universitinya agar mengambilnya di lapangan terbang Sheremetyevo.
Sementara menunggu dirinya dijemput, dia duduk di tempat yang disediakan di luar bandara. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya.
Perempuan-perempuan Rusia yang lalu-lalang di hadapannya memiliki wajah cantik seperti jangkaannya. Kebanyakan warna mata mereka ialah hazel, hijau dan coklat. Kulit mereka putih. Hidung mereka pula mancung.
Perutnya mula berkeroncong kerana di dalam penerbangan tadi dia tidak memesan apa-apa makanan. Dia mengeluarkan roti dari beg yang dibawanya dari Malaysia. Dia makan roti itu untuk mengurangkan rasa lapar. Sempat juga dia menghantar pesanan kepada Megat Andri tentang ketibaannya di negara Rusia.
Tiba-tiba wajah Izza Ghadira muncul di mindanya. Dia merenung lama telefonnya. Perempuan itu belum menghantar sebarang mesej sebagai jawapan kepada lamarannya.
Dia menghela nafas panjang.
Dia tidak terlalu berharap kepada perempuan itu. Jika ada jodoh, mereka akan bertemu semula.
Dia berdiri apabila melihat kereta Moscow State University berhenti di hadapannya. Dia masuk ke dalam kereta itu bersama barang-barangnya setelah memastikan kereta itu adalah kereta dari tempat pengajiannya di negara itu.
Adi Adham menjawab panggilan daripada pengawal peribadinya. Dia mengharapkan khabar gembira. "Hello, Lan. Macam mana? Kau dah jumpa dia?"soalnya teruja. "Saya minta maaf, tuan. Dia dah tak tinggal di KL." Jawapan Lan menghampakan Adi Adham. Adi Adham mengeluh berat. "Kau tahu dia pergi mana?"tanyanya lagi. "Saya ada bertanya tuan rumah tu tapi tuan rumah tu cakap dia pun tak tahu dia pergi ke mana,"balas Lan. "Lan, aku nak kau cari dia sampai dapat. Tapi ingat, ini adalah rahsia kita berdua. Pastikan rahsia ini hanya pecah di perut dan tak pecah di mulut,"kata Adi Adham serius. "Baik, tuan." "Rahsia?" Adi Adham toleh ke belakang. Dilihatnya Sherin sedang berdiri di pintu bilik. Dia segera menamatkan panggilan. "Rahsia apa yang besar sangat sampai you taknak Lan beritahu sesiapa? I isteri you. I pun tak boleh nak tahu ke?"soal Shiren. "Ini urusan I. You tak payah masuk camp
Nasi lemak buatan emaknya yang berada di hadapan dipandang kosong. Dahulu dialah orang yang paling teruja apabila emaknya memasak nasi lemak kerana nasi lemak merupakan makanan kegemarannya. Namun sekarang dia tidak teruja kerana selera makannya hilang. Berat badannya juga sedikit menyusut. "Makanlah, Izza. Ibu masak khas untuk kamu,"ujar Puan Inas sambil membubuh nasi ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain. Puan Inas dan Encik Mahran dikurniakan empat orang anak. Izza Ghadira adalah anak sulung keluarga itu. Dia mempunyai kembar seiras tetapi kembarnya itu tidak duduk bersama mereka kerana berjaya mendapat tawaran belajar di Amerika di dalam bidang modelling. Anak ketiga ialah Irfan Gibran dan bongsunya bernama Idan Lutfan. Izza Ghadira hanya mengangguk kepala. Bukannya dia tidak mahu makan nasi lemak itu tetapi baunya membuatkan dia loya. Jika dia menolak makanan itu, pasti emaknya mencurigainya. "Oh, ya. Hari ni pagi-pagi lagi Isya tel
Usai makan malam, Megat Andri terus naik ke bilik. Dia tidak mahu melihat muka Adi Adham kerana masih marahkan pemuda itu. Ketika makan malam tadi juga dia menghabiskan makanannya secepat mungkin. Dia membuka komputer riba dan memeriksa tugasan yang dihantar oleh pekerja-pekerjanya. Tengku Rihanna juga menyusuli Megat Andri. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan Adi Adham kerana terasa hati dengan sikap melampau anaknya itu. Adi Adham telah menengkingnya pada tempoh hari. Dia duduk di atas kerusi sambil menilik wajahnya di cermin. Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, wajahnya tidak melalui perubahan melampau. Kulitnya sihat dari jeragat dan tidak mempunyai kedutan kuat. Rahsianya ialah dia mengamalkan minum air suam sebaik bangun dari tidur dan membasuh muka menggunakan air kelapa. Amalan itu diajari oleh arwah emaknya dahulu. "Kenapa awak masuk awal? Selalunya pukul sebelas baru naik?"soal Megat Andri sambil matanya masih memanda
Selepas menunaikan solat Subuh, Izza Ghadira membantu emaknya menyiapkan sarapan di dapur. Dia memotong timun yang berada di atas meja. "Hari ini ibu nak masak apa?"soalnya. "Hari ini kita makan sandwich aje. Abah tak pergi ladang hari ini. Idan dan Irfan pun tak bersekolah. Jadi kita makan makanan ringan ajelah,"jawab Puan Inas sambil memasak ikan sardin. Izza Ghadira turut memotong tomato untuk dijadikan sayuran di dalam sandwich itu. Kebiasaannya, sandwich yang dibuat oleh emaknya ialah sandwich special. Sandwich special memerlukan tomato, timun, salad, sardin, telur dan keju. Rasanya amat lazat! "Izza, ibu rasa ibu nak kahwinkan Isya." Puan Inas menyatakan hasrat hatinya yang dipendam sejak tahun pertama Isya Rasyuka pergi ke Amerika. Izza Ghadira tersentak. Hampir saja tangannya teriris kerana mendengar ungkapan emaknya itu. "Kenapa ibu nak kahwinkan Isya? Dia masih muda, ibu. Dia ada cita-cita. Takkanlah ibu nak h
Shiren memandang Adi Adham yang baru pulang ke rumah. Dia mengerling jam di dinding. Waktu sudah pukul dua belas tengah malam. Dia bangkit dari katil dan mendekati lelaki itu. "Baru balik?"soalnya. "Kenapa you tak tidur lagi? Kan I dah pesan jangan tunggu I?"ujar Adi Adham. Dia membuka kemejanya dari tubuh. Dia ingin masuk ke dalam tandas namun langkahnya terhenti apabila mendengar soalan daripada Shiren. "You keluar dengan perempuan mana? Uqasha?"tanya Shiren. Dia memusingkan badannya menghadap Shiren. Sebenarnya dia malas bergaduh dengan perempuan itu, jadi dia akan berlembut sahaja dan menamatkan pertelingkahan itu secepat mungkin supaya dia dapat tidur dengan lena selepas ini. "Uqasha mana ni? Boleh tak you jangan merepek perkara bukan-bukan? Sekarang ni dah lewat malam. I penat. I nak tidur. I harap you faham. Kalau you tak faham, you pergi g****e translate apa yang I cakapkan ni,"balas Adi Adham. "Uqas
Setelah tujuh jam berada di dalam kapal terbang, Isya Rasyuka tiba di Malaysia. Dia mengambil bagasinya setelah selesai melalui pemeriksaan imegresen. Dia menunggu kedatangan keluarganya menjemputnya. Sementara menunggu, dia duduk dahulu di sebuah tempat duduk yang disediakan di luar bandara sambil bermain telefon. "Awak Isya Rasyuka, kan?" Isya Rasyuka toleh ke tepi. Keningnya sedikit terangkat apabila melihat seorang lelaki berkopiah putih berdiri di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya. "Yes, I am. You siapa?"soal Isya Rasyuka. Dia tidak mengenali lelaki itu. "Saya Afri Izzan." Afri Izzan memperkenalkan dirinya kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Puan Inas. Isya Rasyuka sangat cantik tetapi perempuan itu tidak bertudung. Tidak mengapa, dia boleh membantu Isya Rasyuka berubah ke arah yang lebih baik. Dahi Isya Rasyuka berkerut. Who the hell is this Af
"NO! I don't want! Isya taknak kahwin dengan dia!"tegas Isya Rasyuka kepada ibubapanya ketika Puan Inas membuka mulut mengenai rancangan perkahwinannya dengan Afri Izzan di ruang tamu. Gila! Dia tidak ingin menikahi lelaki alim itu. Lelaki itu akan menyekat kebebasan hidupnya. "Kenapa Isya taknak kahwin dengan Afri? Cuba beritahu ibu. Apa kekurangan Afri? Dia tu ustaz. Budak baik. Keturunan baik. Rupa pun elok. Isya nak lelaki yang macam mana jadi suami Isya? Orang putih?"soal Puan Inas. "Ibu, Isya masih muda. Umur Isya baru 22 tahun. Isya tahu alasan ibu nak kahwinkan Isya dengan lelaki tu. Ibu taknak Isya jadi model, kan? Habis tu, apa guna Isya belajar di Amerika berjauhan daripada keluarga selama lima tahun kalau Isya tak jadi model?" Isya Rasyuka memberontak. Nadanya sedikit meninggi. Dia tidak suka sesiapa mengawal hidupnya. "Isya Rasyuka! Jangan biadab dengan umi kamu!"tegur Encik Mahran. Isya Rasyuka menyedari keterlanjurannya
Adi Adham terburu-buru keluar dari biliknya kerana dia sudah lewat untuk menghadiri parti di rumah kawannya. Sepatutnya dia pergi pada pukul tiga petang tetapi dia tertidur tadi, jadi dia meneruskan hasratnya untuk menghadiri parti itu pada pukul empat petang. Tengku Rihanna yang melihat Adi Adham sedang turun bingkas bangun dari sofa. Dia mahu bercakap sesuatu dengan anaknya itu. "Adi, sekejap. Mama nak cakap sesuatu dengan kamu,"kata Tengku Rihanna. Adi Adham menghampiri emaknya itu. "Apa dia?"soalnya. "Kenapa Adi berubah? Adi dah tak macam dulu. Adi dah tak hormat mama dan papa. Dulu Adi selalu membanggakan keluarga kita tapi sekarang yang Adi buat hanyalah memalukan nama keluarga. Kenapa Adi buat keluarga kita macam ni?"luah Tengku Rihanna. Adi Adham mengeluh. "Mama, I am late. Kalau mama nak luah apa-apa, mama luahkan kepada Shiren. Nanti dia sampaikan kepada Adi,"balas Adi Adham. Tengku Rihanna terkesima den
Isya Rasyuka pulang dengan gembira. Dia membeli banyak barang untuk keluarganya.Dia membeli jam tangan untuk Jibran, beg tangan untuk Datin Sri Amelia dan sepasang kasut untuk Tan Sri Jayden.Semua itu dibayar menggunakan wangnya sendiri."Dada, Dadi dan Uncle Jibran mesti happy kan, Faliq? Nanti Faliq beri hadiah ni pada mereka ya?"Isya Rasyuka mengucup dahi anak kecil yang didukungnya itu.Dia membunyikan bel pintu beberapa kali tetapi tiada pembantu rumah yang membukakan pintu untuknya. Rumah itu juga kelihatan sunyi. Tidak mungkin keluarganya keluar dari rumah kerana kereta masih elok berada di bawah garaj.Dia menolak membuka pintu dan dia tersenyum nipis kerana pintu tidak terkunci.Tanpa membuang masa, dia masuk.Perasaan pelik menimpanya ketika rumah itu gelap gulita. Adakah keluarga itu merancang kejutan untuknya?Dia a
Isya Rasyuka termenung sendiri. Dia memikirkan ajakan makan tengahari Aqif Azka. Patutkah dia menerima ajakan lelaki itu?"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?"Dia mengeluh kecil.Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu membuka Instagram. Dia melihat akaun milik Aqif Azka."Hensem betul. Dia ada darah kacukan apa ya? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku dapat anak-anak yang comel. Aqif Azka, kau nak tak kahwin dengan aku? Kalau ikutkan hati, nak aje aku melamar kau jadi suami aku. Tapi itulah. Aku ni Isya Rasyuka. Aku kena jual mahal. My ego is my king."Mulut saja kata taknak tapi tangannya menghantar
Isya Rasyuka membelek pakaian yang akan dibelinya di dalam sebuah gedung pakaian terbesar di Kuala Lumpur. Pakaian-pakaian itu langsung tidak memenuhi citarasanya. Dia mengerling seorang pekerja perempuan yang berdiri di sebelahnya. "Nanti you beritahu boss you supaya jual baju yang elok-elok sikit. Setakat dress corak macam ni siapa saja yang nak beli? Dahlah, I tak berminat nak beli baju dalam kedai ni,"ujar Isya Rasyuka lalu keluar dari kedai itu. Dia pergi pula ke kedai pakaian yang berada bersebelahan dengan kedai itu. Ketika dia ingin melangkah masuk, dia terlihat Aqif Azka sedang berdiri di hadapan kedai jam tangan tidak jauh daripadanya. Dia menguntum senyum. Dia mendekati Aqif Azka. "Hai,"sapanya. "Hai,"balas Aqif Azka. Dia membalas senyuman Isya Rasyuka. "You buat apa kat sini?"soal Isya Rasyuka. &nbs
Pertunjukan pakaian yang diragakan oleh model-model Mavn Models berjalan dengan lancar. Pertunjukan itu diketuai oleh Isya Rasyuka. Mereka meragakan jenama Padini, Lewré dan Jefferson.Keluarga Megat Andri menghadiri pertunjukan itu memandangkan mereka adalah penyumbang saham kepada Mavn Models. Tengku Rihanna dahulunya seorang model di situ. Sehingga kini dia disegani dan menjadi contoh buat model-model baharu.Aqif Azka asyik melihat Isya Rasyuka yang sedang berborak dengan teman-temannya selepas selesai memperagakan pakaian. Ada sesuatu pada Isya Rasyuka yang menarik perhatiannya."Kau tengok siapa, Qif?"Teguran daripada Isyraf menghentikan perbuatannya. Dia berlagak biasa.Isyraf mengambil tempat di sebelahnya. Dia datang dari tandas."Kau tengok Isya, eh?"tebak Isyraf."Mana ada. Aku tak tengok sesiapa pun. Aku cuma men
Tan Sri Jayden menikmati makan malamnya bersama keluarga. Dia menyuap nasi kepada Faliq yang berada di atas ribanya. Anak kecil itu sudah pandai makan nasi kerana giginya telah banyak tumbuh. "Banyaknya Faliq makan hari ni. Sedap ke Dadi masak?"soal Datin Sri Amelia kepada cucunya itu. Faliq tersenyum menampakkan dua batang gigi hadapannya sambil mengangkat tangan. "Faliq suka ya sup ayam ni? Nanti Dadi masak lagi,"tambah Datin Sri Amelia lagi. Isya Rasyuka menguis nasi di dalam pinggannya. Di hadapannya ialah Jabir. Selera makannya hilang apabila melihat muka lelaki itu. "Faliq, mama dah siap makan. Faliq nak makan lagi ke?"soal Isya Rasyuka kepada anaknya. "Cepatnya siap, Isya,"ujar Datin Sri Amelia. "I lost my appetite,"kata Isya Rasyuka. "Why?" Isya Rasyuka hanya membiarkan s
Tengku Rihanna menjahit baju Afiq Aizad yang terkoyak. Televisyen yang terpasang ditonton oleh ahli keluarganya yang lain. Di sebelahnya terdapat Aqif Azka yang asyik termenung. Dia perasan anaknya itu kuat mengelamun sejak petang tadi. "Aqif okey tak ni? Dari tadi lagi mama perasan Aqif kuat termenung. Aqif fikir apa?"soalnya. Teguran Tengku Rihanna menyentakkan Aqif Azka. Dia beriak biasa. Dia membuka telefonnya dan bermain permainan. "Kau taknak beritahu mama ke, Qif?"tanya Adi Adham. Aqif Azka membisu. "Beritahu apa?" Tengku Rihanna tidak mengerti. "Aqif dah break dengan Sofea sebab Sofea dah bertunang. Dia akan berkahwin tak lama lagi,"nyata Adi Adham. Seluruh ahli keluarga itu terlopong. "Seriously?" Marini terkejut. Mereka tidak menjangkakan perkara itu berlaku keran
Sebaik tiba di rumah, Aqif Azka menghempas kuat pintu keretanya. Dia menyepak pasu bunga yang berada di tepi tayar keretanya. "Tak guna!" Dia menepuk but keretanya. Dia ingin melepaskan rasa marahnya terhadap Sofea yang dipendam sejak tadi. Adi Adham yang sedang membasuh keretanya terhenti membuat kerjanya kerana terkejut dengan amukan Aqif Azka. Dia mempamerkan muka hairan. "Qif, kenapa ni? Kau okey tak?"soalnya sambil mendekati adiknya itu. "Sofea tipu aku! Dia dah bertunang!"jawab Aqif Azka. Membulat biji mata Adi Adham mendengar hal itu. Dia menarik Aqif Azka duduk di atas kerusi batu yang berdekatan dengan mereka. Aqif Azka menongkat dahinya ke meja. Dia kecewa dengan Sofea kerana perempuan itu mempermainkan perasaannya. Mengapakah semua ini terjadi? Di saat dia menyerahkan hati, hatin
Aqif Azka memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tan Sri Jayden. Ternyata perempuan di sebelahnya adalah anak lelaki itu. Dia ingin mengetahui identiti sebenar perempuan itu tetapi dia menyedari dia tidak boleh terburu-buru. Dia yakin perempuan itu menyembunyikan banyak rahsia daripadanya. Dia akan membongkar rahsia itu secara perlahan."Thanks sebab hantarkan I balik,"ucap Isya Rasyuka.Dia segera membuka pintu kereta kerana dia tidak betah berdua-duaan dengan Aqif Azka. Ketampanan lelaki itu menggugat jiwanya."Wait."Aqif Azka menahannya.Dia memandang lengannya yang dipegang oleh tangan lelaki itu. Kemudian dia menatap lelaki itu sebagai tanda ingin dibebaskan.Aqif Azka mengerti dengan sorotan tajam itu. Dia melepaskan lengan itu."You tak beritahu lagi nama you siapa,"ujarnya."Do I need?"so
3 tahun kemudian... Lan melangkah masuk ke dalam pejabat Mavn Models. Dia datang ke situ untuk mendaftar sebagai salah satu kru di sana. Adi Adham telah menghubungi pihak agensi dan dia dibenarkan bekerja di dalamnya. "Ya, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?"tanya pengawal keselamatan yang berdiri di pintu masuk utama. "Saya Lan Azrel. Saya model lelaki baru di syarikat ini. Hari ini adalah hari pertama saya dan saya harap kamu dapat menolong saya." Lan menjawab dengan sopan. "Sudah tentu, encik. Ayuh ikut saya ke tempat pengurusan model. Di sana encik akan berjumpa dengan pengurus besar dan model-model lain," kata pengawal keselamatan itu lalu berjalan menuju ke tempat pengurusan model diikuti oleh Lan. Lan melihat reka bentuk syarikat itu. Sekiranya syarikat itu memberi layanan baik kepadanya, dia akan berbincang dengan Adi Adham agar me