Kerana terdesak inginkan perkerjaan, Maya Ariana rela bertunang dengan Safwan Imran. Dia sanggup mendengar segala hinaan dari keluarga tunangnya. Namun, tidak kepada Izz Adam, adik kepada Safwan. Bertembung sahaja mereka berdua, pasti akan terletusnya perang. Kalau tidak berkelahi itu memang ajaiblah. Sayang, pertunangan Maya dan Safwan tidak bertahan lama. Lafaz putus dikatakan apabila menyaksikan kecurangan Safwan. Begitu juga dengan Izz yang bertunang dengan sepupu Maya, Imanina. Entah bagaimana Maya dan Izz bernikah selepas kejadian itu. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci lama-lama, nanti jatuh cinta. Haih, tak nak aku jatuh cinta dengan dia!
View MoreMaya mengetap gigi sebelum berpaling ke belakang. Kaki dihentak."Yang awak mengikut saya ni kenapa?" katanya dengan suara yang ditekankan. Semakin bertambah amarahnya apabila Safwan menyengih."Amboi, sayang abang dah tukar panggilan? Merajuk benar dengan abang," Safwan menyakat. Bukannya makin melembutkan hati Maya tetapi semakin geram pula gadis itu. Serasa Safwan mempermainkannya."Pergilah bela adik awak tu! Yelah, saya ni siapa. Bukan sedarah daging dengan awak. Sekadar terikat sebab tunang aje. Lainlah adik awak tu," gerutunya lalu melajukan langkah."Maya," lembut suara itu memanggil. Perlahan, Safwan melepaskan keluhan. Memori semalam menerjah kembali."Ini bilik Izz. Kalau perlukan apa-apa panggil saja aku. Insya Allah, aku boleh tolong kau," kata Safwan lalu meletakkan bagasi Izz di atas katil bersaiz bujang itu.Berkerut kening Safwan memandang Izz yang bercekak pinggang seraya menggeleng itu."Kau dah kenapa?" langsung dia bertanya.Izz menggeleng lalu duduk di birai kat
Safwan memandang tunang dan adiknya silih berganti. Seorang cemberut tanda merajuk manakala seorang lagi selamba sahaja wajahnya.Namun, bukan itu yang dia risaukan. Mangsa keadaan sekarang ini bukan dia. Tapi... Imanina.Canggung sahaja wanita berhijab bawal berona pucat itu. Kasihan Safwan melihat.Kenapalah kau tak beritahu nak datang Izz, oi! Gumamnya di hati. Geram.Ini pun nasib baik mereka kebetulan bertemu di pantai. Kalau tidak, mahu sesat adik tirinya itu."Kak Iman pergi dulu, Maya, Safwan. Mak dah suruh Kak Iman balik ni. Nanti bila-bila, Maya temanlah akak breakfast. Dekat-dekat gerai ni aje," Imanina bersuara setelah beberapa jam yang sunyi sepi. Dia bingkas pergi dari situ tanpa menghiraukan laungan Maya."Kak Iman..." Kendur suara Maya. Kepala tertoleh ke arah Izz. Bawah bibir digigit, geram. Yang makin membarakan hatinya, lelaki itu boleh mencebikkan bibir lagi."Ni semua sebab awak tau!" tiba-tiba Maya melepaskan amarahnya seraya bangun. Tepat dia menuding ke arah Iz
Rumah kayu kampung itu ditatap Maya lama. Berat rasa langkahnya hendak menjejak. Safwan yang di sebelah, menegur, "Ini ke rumah Maya? Cantik. Macam dekat muzium. Atap bumbung nampak 'gah' saja, seperti rumah orang kaya!" Melambung dia memuji. Sekadar senyuman dibalas Maya. Dia menghela nafas perlahan. Memori semalam menerjah kembali di benak fikirannya.Berkali-kali Maya menilik telefon bimbitnya. Seminit, dua minit, masih tiada panggilan daripada ayah. Sepi sahaja. Kebiasaannya ayah akan menelefonnya pada waktu pagi dan malam. Menanyakan khabarnya. Sudah hampir sebulan ayah tinggal bersama nenek. Kesihatan nenek semakin merosot menurut ayah."Tak akanlah ayah pun sakit," gumamnya. Rasa risau kian menggebu. Maya cuba untuk menelefon sekali lagi nombor telefon ayah. Masih. Sama.Ayah tidak mengangkat panggilannya.Akhirnya, Maya menekan nama Safwan. Tidak sampai sesaat suara itu kedengaran di cuping telinga.Selepas menceritakan hal tersebut, Safwan langsung mencadangkannya untuk p
"Iman nak putuskan pertunangan kita. Maafkan Iman, Adam." Luluh Imanina berbisik halus. Kepala yang menunduk sedari tadi, kembali mendongak. Jangkaannya meleset. Mimik wajah tunangnya langsung tidak kelihatan kecewa. Sedih? Jauh sama sekali. Hujung bibir lelaki itu menyenget, menyinis kepadanya.Air liur ditelan. Ingin sahaja ditarik semula kata-katanya. Namun, inilah keputusannya. Demi kebaikan Izz. "Kau curang dengan aku kan?" Terpancul lancar soalan itu dari mulut Izz. Panggilannya berubah. Nada menjadi kasar. Keningnya terjongket serentak.Terus Imanina menggeleng laju. "Apa maksud Adam ni?" sedih nadanya.Izz perasan. Tetapi dia tidak mengendahkan. Dia sudah penat berpura-pura, menghadapi kebohongan Imanina. Cukup-cukuplah mempermainkannya. "Bagi telefon kau," arahnya."Apa yang Adam nak buat dengan telefon Iman? Selama kita bertunang ni memang Adam tak percayakan Iman ke?" Kecewa Imanina. Matanya berkaca-kaca memandang Izz."Bagi sajalah." Pantas Izz merampas kasar telefon I
"Ayah nak pergi balik kampung?"Encik Mokhtar mengangguk. Dia seperti tahu reaksi anaknya. Dia tampak bersedia menghadapi. Namun, selepas satu soalan itu terlontar dari mulut Maya, tiada lagi yang ditanya.Pelik Encik Mokhtar dibuatnya. Perlahan hela nafas dilepaskan sebelum memulakan bicara, "Ayah mungkin akan tinggal dalam seminggu. Nak jaga nenek kamu. Teruk tekanan darahnya turun." Maya mendiamkan diri. Sekadar anggukan dia membalas. Kalau soal nenek, dia memang tidak mahu ikut campur."Ayah, ingat pesan Maya. Maya tahu di sini tanah ladang getah tidak terlalu luas seperti di kampung. Jadi Maya harap ayah tak ambil kesempatan untuk berkerja di ladang getah sana," titip Maya. Tegas bunyinya.Encik Mokhtar menyengih. Kepala anaknya diusap lembut."Insya Allah. Lagipun niat ayah balik kampung untuk jaga nenek. Bukannya berkerja," ujarnya pula.Muncung bibir Maya mendengar."Boleh percaya sangatlah ayah tu," gerutunya, perlahan."Ayah, kirim salam dengan nenek." Sejenak Maya termenu
"Iman minta maaf walaupun Iman tak faham kenapa Adam marah dengan Iman. Iman tak nak putuskan pertunangan kita. Sebulan saja lagi kita nak nikah Adam. Sanggup Adam buat Iman macam ni? Ah... tak. Ibu? Adam sanggup hancurkan hati ibu?"Hujung bibir Izz ternaik. Meluat."Cukuplah Imanina!""Saya tahu awak curang dengan saya! Awak pernah telefon abang saya kan? Apa hubungan awak dengan dia, hah? Perlu ke awak sembunyikan? Lagipun, saya terima pertunangan ni atas dasar simpati saja! Tak ada rasa cinta langsung! Perlu ke awak paksa saya terima awak, Imanina?" Di hujung ayat, kedengaran kendur nada Izz.Imanina sebak. Serta-merta air matanya mengalir."Iman... Iman tak faham apa yang Adam cakap ni." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya."Kita bincang baik-baik ya, Adam. Please, jangan buat Iman macam ni. Iman sayang Adam. Iman nak bersama Adam sampai mati," separuh merayu Imanina.Namun, jawapan Izz masih sama."Kenapa? Kenapa
"Dengan perempuan 'lorong' juga kau nak kan!"Pantas, bola mata Izz terbuntang luas. Badan tegak, duduk di atas katil, Kaget. Seolah suara Puan Isma, mamanya berada jelas di sebelah telinganya. Seperti benar. Benar-benar berlaku! Dia menghembuskan keluh kecil. Seminggu ini, dia kerap mimpikan mama. Tangan kanan menyentuh kulit leher yang berbalut kapas itu. Adakah ini petanda? Petanda, angkara kejadian seminggu yang lepas? Memori itu terimbau kembali di minda.Malas-malas Izz melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika cuma, langkahnya terhenti. Anak mata genap memandang suasana hening yang cukup tegang di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Sarah tanpa disedari sesiapa. Termasuk tetamu yang tidak diundang itu."A... Apa... yang terjadi?" gugup Izz berbisik. Puan Sarah sedikit tergamam. Entah sejak bila anak tirinya itu muncul. Namun, secepatnya dia mengawal riak wajah. Cuba untuk menampangkan riak tenang sehabis mungkin."Kamu kenal pak cik tu?" S
Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya."Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L
"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge.Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk."Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya."Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya."Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.
"Tak sedar diri! Ingat sikit taraf kau tu! Sekadar orang kampung, menggatal nak menikah dengan anak saudara aku!"Pagi-pagi lagi Maya Ariana sudah menadah telinga mendengar amukan Mak Su Esah. Acap kali dia pekakkan telinga. Tapi, mengapa masih terasa pedih hatinya?Maya menguntum senyuman. Dia menunduk tanda hormat. Maklumlah, wanita itu terlalu hebat untuk berjabat tangan dengannya yang biasa-biasa ini."Maaf, puan. Saya dah lambat nak ke kerja ni. Saya minta diri dulu ye," sopan dia menuturkan kata.Tetapi tidak kepada Mak Su Esah. Berdesing telinganya mendengar. Serasa gadis itu menghinanya.Pantas tudung Maya ditarik dari belakang. Terjerit Maya."Kau jangan nak tunjuk berlagak dengan aku. Sedar diri tu. Safwan bukannya nak sangat dengan kau! Perempuan macam kau ni, boleh cari dekat pasar malam!" Berbisa tiap patah perkataan masuk ke telinga Maya.May
Comments