"Tak sedar diri! Ingat sikit taraf kau tu! Sekadar orang kampung, menggatal nak menikah dengan anak saudara aku!"
Pagi-pagi lagi Maya Ariana sudah menadah telinga mendengar amukan Mak Su Esah. Acap kali dia pekakkan telinga. Tapi, mengapa masih terasa pedih hatinya?
Maya menguntum senyuman. Dia menunduk tanda hormat. Maklumlah, wanita itu terlalu hebat untuk berjabat tangan dengannya yang biasa-biasa ini.
"Maaf, puan. Saya dah lambat nak ke kerja ni. Saya minta diri dulu ye," sopan dia menuturkan kata.
Tetapi tidak kepada Mak Su Esah. Berdesing telinganya mendengar. Serasa gadis itu menghinanya.
Pantas tudung Maya ditarik dari belakang. Terjerit Maya.
"Kau jangan nak tunjuk berlagak dengan aku. Sedar diri tu. Safwan bukannya nak sangat dengan kau! Perempuan macam kau ni, boleh cari dekat pasar malam!" Berbisa tiap patah perkataan masuk ke telinga Maya.
Maya membisukan diri. Dia membiarkan sahaja Mak Su Esah melepaskan amarahnya. Lama-lama pasti akan kebosanan.
"Cik Maya!"
Terhinjut bahu Maya. Mata langsung terkalih kepada pemanggil itu. Automatik, kedua belah keningnya terangkat.
"Encik Safwan. Dia panggil awak," dingin nada itu.
Maya mengangguk sambil tersenyum. Pantas pekerja wanita itu mengalihkan wajah ke arah lain. Maya tahu benar yang semua pekerja di syarikat ini tidak menyukainya. Mungkin kerana dia tidak temu duga seperti mereka yang lain.
Inilah antara natijah yang harus dia tanggung. Tidak apa. Dia sudah lama bersedia dengan segala rintangan yang akan berlaku.
Sebelum masuk ke dalam, Maya sempat membetulkan tudung bawal berona hitam itu.Tegak dia berdiri menghadap Safwan yang berwajah serius itu.
"Ada apa encik panggil?" tanya Maya.
Safwan tersentak lalu mendongak memandang Maya sekilas. Kemudian, mata dihalakan semula ke komputer lalu membalas, "Malam ni mama ada jemput makan malam. Dengan keluarga saya. Di rumah saya." Sepatah-sepatah dia berkata.
Maya menelan air liur. Pahit rasanya. Keluarga Safwan? Bermakna dia perlu jumpa adik tunangnya? Atau lebih tepat musuh ketatnya!
"Tolong jangan tolak. Saya tak nak mama tahu yang kita ni kena tunang secara paksa. Bukan secara sukarela," lantas Safwan berkata sebelum Maya berbicara apa-apa.
Maya menaikkan kedua belah kening. Tahu benar lelaki itu. Boleh baca fikiran aku ke? Sempat dia menyoal diri sendiri.
Ya, benar bicaranya. Tunang secara paksa. Tunang secara kebetulan. Tunang melalui ibu bapa. Dia rela, namun bersyarat. Lelaki itu hanya perlu memperkerjakannya. Dia mahukan duit. Cukup untuk menanggung dirinya yang serba tidak mewah ini.
"Awak tak nak keluar?" Sinis nada Safwan, mengejutkan dia yang termenung jauh. Terkebil-kebil matanya tapi dia akur jua. Malas nak panjangkan cerita. Tidak sedikit pun dia terasa dengan lelaki itu.
Leka membuat kerja, sehingga Maya terlupa mengenai temu janji itu. Sesekali dia menguap. Sampai mengalir mata. Kerja yang bertimbun kelihatan tidak terluak langsung. Nampaknya, overtime lagilah dia.
Bunyi berdehem mengejutkan dia. Pantas Maya berpaling ke belakang. Kosong. Bahu diangkat lalu dia menyambung kerjanya.
Sedar tak sedar sudah hampir larut malam. Boleh pula Maya berasa lapar. Perutnya tidak berhenti berbunyi. Perlahan dia mengeluh sebelum mengemas barang.
Langkah terhenti apabila melihat kelibat hitam. Semakin laju dia mengatur langkah. Seriau rasanya berlama di situ. Keluar sahaja dari pejabat, Maya segera mencari motorsikal miliknya. Masa tegang beginilah semua benda jadi hilang. Haih, malang sungguh nasib gadis bernama Maya ini...
"Maya Ariana!"
Pucat wajah Maya. Dia tidak menoleh. Sebaliknya, telinganya ditutup.
"Hei, ni sayalah! Safwan!" Pegun Maya sejenak tatkala tangannya ditarik. Tidak lama, dia melepaskan perlahan.
"Ke.. Kenapa?" Gugup dia bertanya. Perasaan takut masih menyerbu di hati. Maya memang seorang yang penakut. Terutamanya bila keadaan gelap begini.
"You don't forget anything?" soal Safwan, sengaja.
Maya mengerutkan kening lalu menggeleng. "Rasanya saya dah ambil semua barang saya. Kenapa? Encik Safwan ada terjumpa barang saya tercicir mana-mana ke? Kutlah, tadi kan saya jalan laju sikit." Ikhlas dia menyoal.
"Are you serious, Maya Ariana?" Tetapi tidak pada lelaki berkulit sawo matang itu. Anginnya naik serta merta. Merah padam wajahnya memandang Maya.
Maya menggigit bibir. Serba salah dia dibuatnya.
"Kenapa ni encik? Saya ada buat salah apa-apa ke?"
Safwan meraup wajah. Dia melepaskan keluhan. Berat kedengaran di telinga Maya.
"Our dinner!" Suaranya sedikit dinaikkan.
Maya ternganga. Dia pegun sejenak. Kepala ditunduk, malu menghadap wajah Safwan. Dia bermain dengan jari jemarinya. Cuba menutup rasa gementar.
"Maaf... Maaf Encik Safwan," bergetar suaranya. Menitik-nitik air mata Maya.
Kedengaran lelaki itu sekali lagi mengeluh. "Ayuhlah kita pergi. Daripada tak pergi langsung ke majlis tu," suaranya seakan memujuk.
Maya mengangguk. Dia membuntuti Safwan dari belakang menuju ke kereta berjenama mewah itu. Mercedes kau! Bila lagi nak naik? Sempat dia bermonolog di hati. Dalam duk kena marah tu.
°°°
RUMAH banglo yang indah itu direnung lama. Cantik. Pujinya sepatah. Pertama kali, Maya melihat rumah begini betul-betul di depan matanya. Biasanya dia melihat di majalah sahaja. Berangan seorang diri.
Untung betul dirinya. Dapat bernikah dengan orang kaya. Sekali pakej dengan rumah ni.
"Apa lagi yang awak tercegat depan tu? Jomlah masuk," panggil Safwan dengan suara yang ditekankan. Dah perempuan tu tak dengar. Terpaksalah dia menjerit.
Kelam kabut Maya mengikut. Mereka berdua tiba di taman belakang rumah Safwan. Kelihatan masih ramai manusia di situ. Itu bermaksud mereka masih belum terlambat.
"Ha, dah sampai dah Wan?" tegur Puan Sarah lalu menyambut anaknya. Maya segera menghulur tangan. Mesra sungguh mama Safwan. Teringat Maya dengan arwah ibu. Tenang hatinya melihat.
Nampaknya ibu mertua aku pun baik. Baguslah... Eh, bukan-bukan. Calon ibu mertua! Maya membetulkan ayatnya.
Bukan Maya Ariana lah kalau tak berangan sampai ke langit ketujuh.
"Marilah makan Maya, Wan. Mama ingat dah tak datang. Nasib baik masih ada lagi lauk," pelawa Puan Sarah.
Maya mengangguk manakala tunangnya itu pula menggeleng.
"Wan dah kenyang. Makan sambil buat kerja. Leka-leka, tengok dah pukul 12 lebih. Maaflah ma, Wan lambat. Padahal nak sambut Izz," lembut Safwan bernada.
Maya sedikit terkejut. Untuk pertama kalinya dia mendengar nada yang lembut sebegitu dari Safwan. Namun yang tak sedap hatinya, tatkala mendengar nama itu. Meremang bulu romanya.
"Awak pun dah kenyang dah kan, Maya?" soal Safwan. Dia memberi isyarat mata kepada Maya. Lantas gadis itu mengangguk.
"Haah, mak cik," dalihnya. Walhal dalam hati, berkepuk dia mengutuk tunangnya.
Puan Sarah menguntum senyuman.
"Duduklah dulu. Mama ambilkan hidangan sampingan sahajalah. Dan Maya."
Maya mengangkat kening apabila diseru.
"Jangan panggil mama, mak cik, okey?" sambungnya sebelum berlalu.
Maya terkedu. Dalam masa yang sama dia gembira. Berpeluang juga dia memanggil seorang wanita dengan panggilan itu. Mama. Desisnya.
"Hah?" Pelik Safwan. Maya yang tidak perasan, hanya beriak biasa.
"Kita... tak nak duduk?" berhati-hati dia bertanya. Yelah. Tadi kan dah kena marah.
Safwan menoleh sekilas kepadanya sebelum membalas, "Kalau jadi lagi macam ni, jangan duk terhegeh-hegeh nak makan. Datang lewat, tak akan nak buat muka tak malu nak makan. Sudahlah. Ikut saya. Kita duduk sama-sama. Nanti kalau mereka tanya apa-apa, awak senyap sahaja okey?" Sejurus berkata begitu, dia berlalu.
Maya menunduk. Perasaan malu semakin menebal. Bingkas dia pergi ke arah Safwan. Melihat wajah berang itu cukup membuatnya kecut perut.
"Eh? Tunang Safwan ke? Kenapa selekeh semacam mak su tengok?" Selamba Mak Su Esah mengutuk. Sinis senyumnya melirik ke arah Maya.
Safwan mengangguk. Maya hanya memerhati. Dalam hati, dia berharap sangat Safwan membelanya. Masakan dia tidak kesah apabila tunangnya dihina depan-depan begini. Namun hampa.
"Tunang Safwan. Maya Ariana."
Hanya itu jawapan yang diberi lelaki itu. Entah kenapa dada Maya berasa sesak. Walhal Safwan tidak pernah pun membelanya selama ini. Namun, kenapa malam ini dia mahu lelaki itu melindunginya?
"Abang Wan ingat abang je ada tunang. Izz pun dah tunanglah."
Langsung berubah wajah Maya mendengar suara itu. Dia kaku seperti patung cendana.
"Tapi dibandingkan dengan tunang Abang Wan, tunang Izz lawa lagi kut. Yelah, orang yang setaraf dengan kita. Sekadar orang kampung, memang Izz tak naklah," selamba suara itu berkata sambil mata melirik ke arah Maya.
Maya menggigit bibir. Tangan digempalkan sekuat mungkin. Mata dihalakan kepada Safwan. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu membelanya.
Dia memang bertolak ansur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Tapi tidak kepada seterunya. Lelaki kurang ajar! Maya bangun dari kerusi. Dia mendongak memandang figura yang tinggi lampai itu.
"Encik Izz Adam." Ambik! Sekali dengan nama penuh aku sebut.
"Orang kampung tak semestinya pakai tudung. Orang kampung tak semestinya tak ada maruah, harga diri. Dan mungkin dalam khalayak Encik Izz ni ramai yang berasal dari kampung.
Di kubur nanti, ada ke di batu nisan masing-masing? Ada ke tertera status encik? Izz Adam. Orang bandar. Ada? Tapikan encik. Saya rasa encik salah sebut tu. Saya rasa encik nak sebut orang miskin kan?
Tak sangkakan. Belajar sampai ke universiti. Tapi miskin dengan kampung pun tak pandai beza?" panjang lebar Maya menjawab. Tersungging senyum senget di bibir sebelum dia menyambung lagi.
"By the way, orang kampung ni juga yang dapat posisi Encik Izz kan? Posisi yang Encik Izz nak sangat tu?" Pedas sindirannya.
Berubah wajah Safwan. Mata dijegilkan. Namun langsung tidak diendahkan gadis itu.
"Maya," bisiknya sedikit kuat. Dia perasan wajah adiknya sudah merah bak tomato. Lama-lama pasti akan meletus!
"Saya nak balik," ujar Maya lalu berlalu dari situ. Air mata yang ditahan mengalir jua. Tidak layakkah dia mendampingi lelaki bernama Safwan Imran? Hebat sangat ke mereka, sehingga menghinanya sebegini?
"Maya? Kenapa menangis ni?" Puan Sarah yang terserempak dengannya, menegur. Khuatir nadanya. Tangan Maya digenggam erat.
"Kenapa ni? Cuba beritahu mama. Maya lapar ke nak? Maaf lah mama lambat. Mama baru potong puding karamel ni. Mama buat sendiri tau!"
Maya melirik sekilas. Perlahan dia melurutkan tangannya. Hanya gelengan dibalas sebelum pergi.
Laju derap tapak kakinya menuju ke depan rumah. Mata Maya dikecilkan untuk melihat satu kelibat yang sedang menuju ke rumah ini.
Dia pantas menghampiri. Mulut ternganga luas. Terkejut raut wajahnya.
"Ayah? Apa ayah buat kat sini?"
Encik Mokhtar tersenyum. Girang sekali dia.
"Mestilah nak jumpa anak ayah. Safwan ada telefon ayah tadi. Dia ajak ayah makan malam. Maya tahu tak dekat mana? Dalam rumah ke? Ayah tak sempat tanya pula," soalnya sambil menggaru-garu kepala.
Maya mengetap gigi. Tak guna punya lelaki! Sama sahaja seperti adiknya! Apa niatnya menjemput ayah? Nak suruh ayah tadah telinga, dengar segala hinaan mereka?
Pantas Maya mengawal riak wajah. Senyuman palsu ditayangkan sehabis mungkin.
"Ala. Kenapa ayah datang lambat? Dah habis dah pun makan malam tu, yah," bohongnya.
Terkejut Encik Mokthar. Ketara riak bersalah pada wajahnya.
Itulah ayah. Bukan salahnya pun.
"Takpe ayah. Kita makan kat lainlah. Maya lapar," adu Maya, manja lalu menggamit lengan ayahnya kejap. Berkerut keningnya. Ayah dipandang silih berganti.
Ayah semakin kurus. Perlahan dia bergumam sendiri.
"Aik? Kamu pun lewat?"
Maya mengangguk. "Haah. Maya ralit buat kerja. Tengok-tengok dah habis dah. Tak kesampaian lah hajat Maya nak makan ayam panggang!" Rungutnya pura-pura. Sejujurnya memang dia terkilan. Terliur betul dia melihat ayam panggang yang ditatang pelayan.
"Kamu teringin ayam panggang? Kenapa tak kasi tahu ayah?" Langsung Encik Moktar bertanya.
Maya sekadar menyengih. Bergegas dia menarik lengan ayahnya pergi dari situ.
"Kita makan KFC, yah. Guna duit gaji Maya," katanya.
Bersama dua beranak itu berjalan di bawah cahaya bulan. Dari jauh, terdapat seseorang memerhatikan mereka. Sayu pandangannya.
"Kak Iman!" Terus Maya memeluk Imanina yang tercengang itu. Erat sekali."Maya, akak dah tak boleh bernafas dah ni," tegur Imanina sambil menepuk-nepuk belekang Maya.Maya menyengih lalu meleraikan pelukan. Sejenak, keningnya berkerut. Imanina yang perasan perubahan wajah Maya, langsung berkata, "Kak Iman nak jumpa tunang akak kat sini. Tak sangka pula Maya berkerja kat pejabat ni. Kecil betul dunia ni kan?"Tunang?"Tunang Kak Iman kacak orangnya. Maya jangan tergoda pula," bisik Imanina lagi.Maya telan air liur. Nampaknya sepupunya yang juga dikenali sahabatnya itu belum tahu statusnya yang sudah bertunang itu. Tak akan ayah belum beritahu.Bunyi telefon mengejutkan Maya. Dia pantas mengangkat dengan wajah bengang. Hampir seminggu dia berperang dingin dengan Safwan. Langsung dia tidak mengikut segela arahan tunangnya itu seperti dahulu. Ingat dia ni mudah sangat ke?Tapi memandangkan Imanina yang memerhatiny
"Maya!"Tertoleh Maya ke belakang tanpa terniat. Walhal dia mahu mengelak dari berjumpa Puan Sarah. Tidak mahu wanita baik itu tahu mengenai pergaduhan dia dan Safwan."Mama ada buatkan puding. Baru ni kan Maya tak sempat makan. Makanlah. Tapi kali ni mama buat puding Oreo saja. Harap Maya sukalah," lembut nada Puan Sarah mempelawanya.Kelu lidah Maya. Tidak tega dia menolak pemberian ikhlas ini. Perlahan tangannya menyambut."Terima kasih mama," ucapnya seraya tersenyum.Puan Sarah membalas yang sama. Dia berjinjit sedikit untuk melihat ruang pejabat anaknya."Mama cari Safwan?" Maya yang perasan, menyoal.Terangguk-angguk Puan Sarah. Sedari tadi, tidak lekang senyuman di bibir."Bukan mama yang cari. Tapi Wan yang nak mama cari dia di pejabat. Katanya ada urusan mustahak. Entah apa-apalah. Macamlah mama ni reti perihal pejabat ni," katanya seriring tawa halus.Mustahak? Maya mengangkat bahu. Tak tahu. Malas nak a
Terik mentari mengingatkan Safwan pada saat kali pertama dia berjumpa Maya. Namun, langsung tidak diingati gadis itu. Wajah ayu, tingkahnya yang kelam kabut menambat hatinya."Ini dompet encik ke?"Safwan berpaling. Dalam kebingungan, dia mengangguk lalu menyambut huluran itu.Wajah ajnabi ditatap lama. Fikirannya yang serabut menjadi tenang serta merta. Hanya kerana selafaz ayat itu dia sudah jatuh cinta.Dahulu, mungkin dia tidak percaya dengan 'jatuh cinta pada pandangan pertama'. Tetapi dari detik itu, dia percaya. Yang cinta seperti itu wujud.Maya yang berdecit di sebelah, dipandang. Bosan kelihatan. Safwan menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak keruan hatinya. Bunga, coklat, sudah diberi. Apa lagi yang harus dia buat?"Cepatlah. Saya nak balik. Asyik termenung aje. Awak ingat saya ni patung ke, kena hadap muka awak. Bosan tahu tak," rengus Maya. Bengang nadanya. Marah sungguh gamaknya.Safwan melemparkan senyuman. Meluat
"Ish, abang ni. Malulah Maya," kata Maya, separuh berbisik. Dia menunduk, malu menghadap mata pekerja.Safwan senyum."Biarlah. Tunang incik bos kan?" selamba jawapannya. Lepas tu, siap kenyit mata lagi.Eii... rasa nak dicubit-cubit aje. Nasib baik sayang."Tunang pun kena jaga adab. Tunggulah kita nikah dulu," malu Maya menyebut perkataan 'nikah' itu.Safwan turun dari meja Maya. Memalukan betul kelakuannya. Tak pernah lagi Maya tengok perangai miang tunangnya itu. Tak sangka miang dia tahap gila macam ni. Ada ke bos macam ni?"Maya, esok abang ada lawatan kerja di Sabah. Abang harap Maya jaga diri ya," ucap Safwan, perlahan.Maya terkejut. Kecewa wajahnya."Ala. Janganlah macam ni. Jangan risau. Tak lama pun sayang. Dalam dua hari aje. Lepas tu, Maya hadaplah wajah abang ni lama-lama."Tersunging senyuman di bibir mungil Maya."Dan... Izz akan gantikan abang sementara," gumamnya perlahan tetap
Maya perasan lirikan tajam para pekerja. Seperti biasa, dia akan mengendahkannya. Mesti ada mereka mengatanya dari belakang. Pasti berita yang hangat dari ketuhar!"Cik Maya, boleh saya tanya sesuatu?"Maya kaget. Segera dia mengangguk."Awak bertunang dengan siapa? Encik Safwan atau Encik Adam? Hari tu bukan main saya nampak awak bermesra dengan Encik Adam. Awak jangan berani curang dengan Encik Safwan. Kalau awak curang, memang cari nahaslah dengan kami," ugut Rohana, pekerja di syarikat itu selaku peminat Safwan dari dulu.Rohana ni janda anak dua. Safwanlah yang menawarkan kerja kepadanya kerana simpati dengan ceritanya. Selepas kejadian itu, terus dia jatuh cinta dengan Safwan. Menurutnya, Safwan lebih tampan berbanding bekas suaminya.Pakaian yang dahulunya longgar, kian ketat pula dari hari ke hari. Selendang pula dililit, menampakkan lehernya. Langsung tidak kemas keterampilannya. Bukan main nak bersolek untuk menarik perhatian Safwan
Tatkala Izz membuka matanya, dia sudah berada di katil. Dia sedikit terkejut melihat Safwan di sebelah. Tubuh Safwan, kasar dia goyangkan tanpa henti."Bangunlah. Bangun. Ni katil sayalah," tinggi nadanya mengejut Safwan. Terpisat-pisat mata Safwan. Mamai kelihatan dia."Janganlah kacau aku," dalam keadaan sebegitu, Safwan memarahi semula."Tapi, ni katil aku," jawab Izz, tidak mahu mengalah. Dia menolak-nolak tubuh Safwan supaya turun. Namun, langsung tidak berganjak walau seinci pun."Aku ni abang kaulah!" Ketara nada geram Safwan. Dia bangun dari katil. Mencerlung matanya mengarah kepada Izz sebelum berlalu dari situ.Izz menggigit bawah bibir. Selepas beberapa minit, dia dapat mendengar kekecohan di luar bilik. Suara wanita tadi berselang-seli dengan suara ayah.Dia tidak berminat mahu keluar. Pantas dia merebahkan semula kepalanya. Belum sempat dia melelapkan semula mata, pintu bilik dihempas kuat. Bingkas dia bangun dari katil ta
"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge.Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk."Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya."Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya."Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.
Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya."Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L
Maya mengetap gigi sebelum berpaling ke belakang. Kaki dihentak."Yang awak mengikut saya ni kenapa?" katanya dengan suara yang ditekankan. Semakin bertambah amarahnya apabila Safwan menyengih."Amboi, sayang abang dah tukar panggilan? Merajuk benar dengan abang," Safwan menyakat. Bukannya makin melembutkan hati Maya tetapi semakin geram pula gadis itu. Serasa Safwan mempermainkannya."Pergilah bela adik awak tu! Yelah, saya ni siapa. Bukan sedarah daging dengan awak. Sekadar terikat sebab tunang aje. Lainlah adik awak tu," gerutunya lalu melajukan langkah."Maya," lembut suara itu memanggil. Perlahan, Safwan melepaskan keluhan. Memori semalam menerjah kembali."Ini bilik Izz. Kalau perlukan apa-apa panggil saja aku. Insya Allah, aku boleh tolong kau," kata Safwan lalu meletakkan bagasi Izz di atas katil bersaiz bujang itu.Berkerut kening Safwan memandang Izz yang bercekak pinggang seraya menggeleng itu."Kau dah kenapa?" langsung dia bertanya.Izz menggeleng lalu duduk di birai kat
Safwan memandang tunang dan adiknya silih berganti. Seorang cemberut tanda merajuk manakala seorang lagi selamba sahaja wajahnya.Namun, bukan itu yang dia risaukan. Mangsa keadaan sekarang ini bukan dia. Tapi... Imanina.Canggung sahaja wanita berhijab bawal berona pucat itu. Kasihan Safwan melihat.Kenapalah kau tak beritahu nak datang Izz, oi! Gumamnya di hati. Geram.Ini pun nasib baik mereka kebetulan bertemu di pantai. Kalau tidak, mahu sesat adik tirinya itu."Kak Iman pergi dulu, Maya, Safwan. Mak dah suruh Kak Iman balik ni. Nanti bila-bila, Maya temanlah akak breakfast. Dekat-dekat gerai ni aje," Imanina bersuara setelah beberapa jam yang sunyi sepi. Dia bingkas pergi dari situ tanpa menghiraukan laungan Maya."Kak Iman..." Kendur suara Maya. Kepala tertoleh ke arah Izz. Bawah bibir digigit, geram. Yang makin membarakan hatinya, lelaki itu boleh mencebikkan bibir lagi."Ni semua sebab awak tau!" tiba-tiba Maya melepaskan amarahnya seraya bangun. Tepat dia menuding ke arah Iz
Rumah kayu kampung itu ditatap Maya lama. Berat rasa langkahnya hendak menjejak. Safwan yang di sebelah, menegur, "Ini ke rumah Maya? Cantik. Macam dekat muzium. Atap bumbung nampak 'gah' saja, seperti rumah orang kaya!" Melambung dia memuji. Sekadar senyuman dibalas Maya. Dia menghela nafas perlahan. Memori semalam menerjah kembali di benak fikirannya.Berkali-kali Maya menilik telefon bimbitnya. Seminit, dua minit, masih tiada panggilan daripada ayah. Sepi sahaja. Kebiasaannya ayah akan menelefonnya pada waktu pagi dan malam. Menanyakan khabarnya. Sudah hampir sebulan ayah tinggal bersama nenek. Kesihatan nenek semakin merosot menurut ayah."Tak akanlah ayah pun sakit," gumamnya. Rasa risau kian menggebu. Maya cuba untuk menelefon sekali lagi nombor telefon ayah. Masih. Sama.Ayah tidak mengangkat panggilannya.Akhirnya, Maya menekan nama Safwan. Tidak sampai sesaat suara itu kedengaran di cuping telinga.Selepas menceritakan hal tersebut, Safwan langsung mencadangkannya untuk p
"Iman nak putuskan pertunangan kita. Maafkan Iman, Adam." Luluh Imanina berbisik halus. Kepala yang menunduk sedari tadi, kembali mendongak. Jangkaannya meleset. Mimik wajah tunangnya langsung tidak kelihatan kecewa. Sedih? Jauh sama sekali. Hujung bibir lelaki itu menyenget, menyinis kepadanya.Air liur ditelan. Ingin sahaja ditarik semula kata-katanya. Namun, inilah keputusannya. Demi kebaikan Izz. "Kau curang dengan aku kan?" Terpancul lancar soalan itu dari mulut Izz. Panggilannya berubah. Nada menjadi kasar. Keningnya terjongket serentak.Terus Imanina menggeleng laju. "Apa maksud Adam ni?" sedih nadanya.Izz perasan. Tetapi dia tidak mengendahkan. Dia sudah penat berpura-pura, menghadapi kebohongan Imanina. Cukup-cukuplah mempermainkannya. "Bagi telefon kau," arahnya."Apa yang Adam nak buat dengan telefon Iman? Selama kita bertunang ni memang Adam tak percayakan Iman ke?" Kecewa Imanina. Matanya berkaca-kaca memandang Izz."Bagi sajalah." Pantas Izz merampas kasar telefon I
"Ayah nak pergi balik kampung?"Encik Mokhtar mengangguk. Dia seperti tahu reaksi anaknya. Dia tampak bersedia menghadapi. Namun, selepas satu soalan itu terlontar dari mulut Maya, tiada lagi yang ditanya.Pelik Encik Mokhtar dibuatnya. Perlahan hela nafas dilepaskan sebelum memulakan bicara, "Ayah mungkin akan tinggal dalam seminggu. Nak jaga nenek kamu. Teruk tekanan darahnya turun." Maya mendiamkan diri. Sekadar anggukan dia membalas. Kalau soal nenek, dia memang tidak mahu ikut campur."Ayah, ingat pesan Maya. Maya tahu di sini tanah ladang getah tidak terlalu luas seperti di kampung. Jadi Maya harap ayah tak ambil kesempatan untuk berkerja di ladang getah sana," titip Maya. Tegas bunyinya.Encik Mokhtar menyengih. Kepala anaknya diusap lembut."Insya Allah. Lagipun niat ayah balik kampung untuk jaga nenek. Bukannya berkerja," ujarnya pula.Muncung bibir Maya mendengar."Boleh percaya sangatlah ayah tu," gerutunya, perlahan."Ayah, kirim salam dengan nenek." Sejenak Maya termenu
"Iman minta maaf walaupun Iman tak faham kenapa Adam marah dengan Iman. Iman tak nak putuskan pertunangan kita. Sebulan saja lagi kita nak nikah Adam. Sanggup Adam buat Iman macam ni? Ah... tak. Ibu? Adam sanggup hancurkan hati ibu?"Hujung bibir Izz ternaik. Meluat."Cukuplah Imanina!""Saya tahu awak curang dengan saya! Awak pernah telefon abang saya kan? Apa hubungan awak dengan dia, hah? Perlu ke awak sembunyikan? Lagipun, saya terima pertunangan ni atas dasar simpati saja! Tak ada rasa cinta langsung! Perlu ke awak paksa saya terima awak, Imanina?" Di hujung ayat, kedengaran kendur nada Izz.Imanina sebak. Serta-merta air matanya mengalir."Iman... Iman tak faham apa yang Adam cakap ni." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya."Kita bincang baik-baik ya, Adam. Please, jangan buat Iman macam ni. Iman sayang Adam. Iman nak bersama Adam sampai mati," separuh merayu Imanina.Namun, jawapan Izz masih sama."Kenapa? Kenapa
"Dengan perempuan 'lorong' juga kau nak kan!"Pantas, bola mata Izz terbuntang luas. Badan tegak, duduk di atas katil, Kaget. Seolah suara Puan Isma, mamanya berada jelas di sebelah telinganya. Seperti benar. Benar-benar berlaku! Dia menghembuskan keluh kecil. Seminggu ini, dia kerap mimpikan mama. Tangan kanan menyentuh kulit leher yang berbalut kapas itu. Adakah ini petanda? Petanda, angkara kejadian seminggu yang lepas? Memori itu terimbau kembali di minda.Malas-malas Izz melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika cuma, langkahnya terhenti. Anak mata genap memandang suasana hening yang cukup tegang di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Sarah tanpa disedari sesiapa. Termasuk tetamu yang tidak diundang itu."A... Apa... yang terjadi?" gugup Izz berbisik. Puan Sarah sedikit tergamam. Entah sejak bila anak tirinya itu muncul. Namun, secepatnya dia mengawal riak wajah. Cuba untuk menampangkan riak tenang sehabis mungkin."Kamu kenal pak cik tu?" S
Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya."Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L
"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge.Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk."Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya."Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya."Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.