"Kak Iman!" Terus Maya memeluk Imanina yang tercengang itu. Erat sekali.
"Maya, akak dah tak boleh bernafas dah ni," tegur Imanina sambil menepuk-nepuk belekang Maya.
Maya menyengih lalu meleraikan pelukan. Sejenak, keningnya berkerut. Imanina yang perasan perubahan wajah Maya, langsung berkata, "Kak Iman nak jumpa tunang akak kat sini. Tak sangka pula Maya berkerja kat pejabat ni. Kecil betul dunia ni kan?"
Tunang?
"Tunang Kak Iman kacak orangnya. Maya jangan tergoda pula," bisik Imanina lagi.
Maya telan air liur. Nampaknya sepupunya yang juga dikenali sahabatnya itu belum tahu statusnya yang sudah bertunang itu. Tak akan ayah belum beritahu.
Bunyi telefon mengejutkan Maya. Dia pantas mengangkat dengan wajah bengang. Hampir seminggu dia berperang dingin dengan Safwan. Langsung dia tidak mengikut segela arahan tunangnya itu seperti dahulu. Ingat dia ni mudah sangat ke?
Tapi memandangkan Imanina yang memerhatinya semacam membuatkan Maya akur. Khuatir Kak Iman berfikir lain. Maya melangkah masuk ke dalam pejabat Safwan. Eh.. Encik Safwan. Orang hebat kan?
Maya berdiri tegak, langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Safwan yang asyik menghadap komputer seperti biasa, mendongak. Wajahnya kelihatan serba salah.
"Maya... Maaf." Perlahan nadanya.
Maya mencebik bibir. Dia pura-pura tidak mendengar. Dikalihnya pandangan ke arah tingkap. Tengok burung lagi best.
Safwan menghela nafas. Dia meraup rambutnya ke belakang.
"Maya Ariana, saya minta maaf. Saya tak patut buat macam tu," ucapnya lagi dengan suara yang ditekankan.
Maya mengangkat kening serentak. Dia senyum senget. "Buat apa tu, Encik Safwan?" perkataan encik sengaja dia tekankan. Geram.
Safwan mengetap gigi.
"Tapi.. awak pun tak patut macam tu. Awak tak patut malukan Izz, adik saya macam tu," kali ini dia pula meluahkan perasaannya.
Semakin geram Maya dibuatnya. Tangan digempal. Tajam dia memandang tunangnya.
"So, awak nak cakap adik awak betul?"
Safwan diam. Baru dia hendak menjawab, Maya memotong, "Saya kena dengar aje segala hinaan mak su dan adik awak, macam tu? Kalau awak di tempat saya, awak mampu ke bertahan? Dan awak sendiri sebagai tunang saya, langsung tak bela saya. Seolah apa yang mereka kata tu benar!" Tinggi suara Maya.
"Awak memang tak pandai nak minta maaf, eh? Awak ingat orang minta maaf dengan awak sebab mereka salah ke? Dan awak betul? Safwan Imran, saya nak kita putus. Saya dah tak kesah pasal kerja saya. Awak bagilah dekat adik awak yang kemaruk sangat dengan kerja ni.
Saya ni memang miskin. Tapi saya pun ada harga diri. Bila saya tengok awak jemput ayah saya yang tak tahu apa tu datang ke majlis entah apa-apa tu, hormat saya kat awak, hilang! Hilang, Safwan!
Awak sama sahaja macam orang awak. Keluarga awak. Saya pun tak tahu macam mana kita boleh bertunang. Tak akan mama awak berkenalan dengan orang miskin macam kami?" Sempat dia memulangkan buah keras.
"Maya," kendur suara Safwan menegur.
"Jangan nak bermaya-maya dengan sayalah! Mulai hari ni, saya nak berhenti kerja. Nanti saya hantar surat!" Langsung Maya menghempas pintu. Pandangan pekerja tidak diendahnya. Dia tahu mereka mengata dia. Biarlah. Dia sudah lali, bosan dengan semua itu.
Boleh pula Maya bertembung dengan adik mamat berlagak itu di lif. Dia nampak senyuman di bibir lelaki itu. Gembiralah tu. Ambiklah! Ingat aku heran sangat ke?
"Tak nak keluar ke?" serius nadanya. Melihatkan lelaki itu tidak berganjak, dia masuk ke dalam. Sengaja dia melanggar badan tegap itu. Sakit tu memang, tapi tahan sajalah. Nak tunjuk garang punya pasal.
"Bukan main kuat aku dengar kau marah abang aku. Serupa singa betina," Izz mengutuk, selamba.
Maya diam. Dia pura-pura tidak mendengar. Malas soalnya.
"Aku tak tahu apa yang kau buat dekat abang aku. Entah-entah kau ada racun apa-apa kat dia. Mana tahu kan? Kempunan sangat harta orang," ejek Izz lagi.
Membahang pipi Maya. Pantas dia menoleh ke sisi. Tepat anak matanya bertembung dengan Izz. Kelihatan pegun sejenak lelaki itu. Namun, segera dikawal.
"Kenapa? Kau jatuh cinta dengan aku pula?" berlagaknya beriringan senyum simpul.
Maya menyinis. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Kemudian, barulah dia memandang semula Izz. Dia mengarah jari telunjuk kepada dirinya.
"Cakap dengan saya ke?"
Izz menjegilkan mata. Belum sempat dia menjawab, Maya terlebih dahulu memotong, "Perempuan kampung plus jahat. Tak mustahil perkara yang awak cakap tadi terjadi. Lagipun, saya merajuk ni bersebab. Mana tahu, tunang kesayangan saya tu nak bagi duit lebih. Nak pujuk, ye dok?" Bibir melorek senyuman.
"Terkejut?" teka Maya apabila Izz membisu. Dia mengernyitkan kening sejenak.
"Awak dah kenapa... Ah!"
Tiba-tiba lampu lif terpadam. Suasana di ruang sempit itu menjadi gelap-gelita tanpa sebarang cahaya.
Automatik, Maya terduduk. Telinganya dikatup rapat-rapat.
"Kau takut gelap eh?" Kedengaran suara Izz di sebelahnya. Nadanya aneh. Seperti ada sesuatu yang dirancang.
Ah, sudah! Kenapalah dia pergi naik lif? Terserempak pula dengan mulut tak bayar insurans ni. Nasib malang sungguh hari ini.
Seluruh badan Maya menggeletar. Kepala pula galak menggeleng. Izz yang perasan menjadi cuak.
"Hei, kau okey tak ni?" Dia bertanya lagi.
Maya terus-menerus menggeleng. Dia masih kaku di bawah. Mata ditutup rapat-rapat, cuba mencari kekuatan yang hilang.
"Hei, janganlah macam ni!" Geram nada Izz. Mana taknya. Badan kurus itu bergetar hebat. Takut dia melihat.
Lantas, jaket hitamnya diletakkan di tubuh Maya. Dia duduk di sebelahnya. Bibir merah dirapatkan ke telinga Maya.
"Tarik nafas secara perlahan," arahnya.
Maya patuh.
"Hembus. Perlahan, macam kau tarik nafas tadi."
Maya tidak membantah. Dia mengikut sahaja segala arahan walaupun daripada musuhnya sendiri. Sejenak, dia berasa tenang. Dari ekor matanya, dia perasan Izz begitu rapat dengannya.
Izz berdiri dan menekan butang kecemasan. Dia memberitahu segala informasi kepada pihak penyelenggara.
Beberapa minit, lampu kembali terang. Pantas Maya bangun. Dia menggaru-garu pipinya. Janggal rasanya.
"Maaf ya, encik."
Serentak mereka mengangguk. Pintu lif terus terbuka, pantas membuatkan Maya melangkah keluar dari situ.
Laju dia berjalan menuju ke pintu keluar. Tersentak dia tatkala Izz sudah berdiri tegak di hadapannya. Tidak lekang senyuman di bibir selepas keluar dari lif.
"A... Apa?" Maya sengaja menekankan suaranya walaupun jelas kedengaran gugup.
Izz tersenyum penuh makna.
"Mana terima kasih aku?"
Terkelip-kelip Maya.
"Terima kasih?"
Izz mengerutkan kening. Dia menggeleng-geleng. Sama seperti jarinya.
"Tak cukup."
"Tak cukup?" Maya mengulang semula.
Izz membalas dengan senggukan. Kali ini, jarinya menuding pula ke arah Maya.
"Bawa aku jumpa ayah kau," lancar dia berkata. Tidak sampai sesaat, Maya menggeleng. Anak mata gadis itu langsung bulat.
"Tak nak!" Bingkas dia berlalu dari situ. Sempat dia berpaling ke belakang. Tercengang dia apabila Izz mengikutnya.
"Jangan ikut sayalah!" marah Maya.
Izz menjelirkan lidah. Kian laju dia mengekori derap tapak kasut itu, sama seperti Maya yang semakin laju tiap langkah.
Terjegil biji matanya tatkala Maya dengan selambanya masuk ke dalam teksi. Siap lambai lagi padanya. Bibir diketap, geram. Perempuan tak kenang budi!
Izz mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Dia menelefon. Sesaat, kedengaran suara perempuan.
"Kak Iman tak boleh ke guna wali lain? Memang kena wali ayah saudara Kak Iman ke?" Sedikit kecewa nadanya.
Tidak lama, senyuman terukir di bibir.
"Kejap. Biar Adam jemput Kak Iman. Tunggu kat bawah tau," terus berubah ceria nada dan wajahnya. Berlari anak dia menuju semula ke bangunan besar tadi.
"Maya!"Tertoleh Maya ke belakang tanpa terniat. Walhal dia mahu mengelak dari berjumpa Puan Sarah. Tidak mahu wanita baik itu tahu mengenai pergaduhan dia dan Safwan."Mama ada buatkan puding. Baru ni kan Maya tak sempat makan. Makanlah. Tapi kali ni mama buat puding Oreo saja. Harap Maya sukalah," lembut nada Puan Sarah mempelawanya.Kelu lidah Maya. Tidak tega dia menolak pemberian ikhlas ini. Perlahan tangannya menyambut."Terima kasih mama," ucapnya seraya tersenyum.Puan Sarah membalas yang sama. Dia berjinjit sedikit untuk melihat ruang pejabat anaknya."Mama cari Safwan?" Maya yang perasan, menyoal.Terangguk-angguk Puan Sarah. Sedari tadi, tidak lekang senyuman di bibir."Bukan mama yang cari. Tapi Wan yang nak mama cari dia di pejabat. Katanya ada urusan mustahak. Entah apa-apalah. Macamlah mama ni reti perihal pejabat ni," katanya seriring tawa halus.Mustahak? Maya mengangkat bahu. Tak tahu. Malas nak a
Terik mentari mengingatkan Safwan pada saat kali pertama dia berjumpa Maya. Namun, langsung tidak diingati gadis itu. Wajah ayu, tingkahnya yang kelam kabut menambat hatinya."Ini dompet encik ke?"Safwan berpaling. Dalam kebingungan, dia mengangguk lalu menyambut huluran itu.Wajah ajnabi ditatap lama. Fikirannya yang serabut menjadi tenang serta merta. Hanya kerana selafaz ayat itu dia sudah jatuh cinta.Dahulu, mungkin dia tidak percaya dengan 'jatuh cinta pada pandangan pertama'. Tetapi dari detik itu, dia percaya. Yang cinta seperti itu wujud.Maya yang berdecit di sebelah, dipandang. Bosan kelihatan. Safwan menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak keruan hatinya. Bunga, coklat, sudah diberi. Apa lagi yang harus dia buat?"Cepatlah. Saya nak balik. Asyik termenung aje. Awak ingat saya ni patung ke, kena hadap muka awak. Bosan tahu tak," rengus Maya. Bengang nadanya. Marah sungguh gamaknya.Safwan melemparkan senyuman. Meluat
"Ish, abang ni. Malulah Maya," kata Maya, separuh berbisik. Dia menunduk, malu menghadap mata pekerja.Safwan senyum."Biarlah. Tunang incik bos kan?" selamba jawapannya. Lepas tu, siap kenyit mata lagi.Eii... rasa nak dicubit-cubit aje. Nasib baik sayang."Tunang pun kena jaga adab. Tunggulah kita nikah dulu," malu Maya menyebut perkataan 'nikah' itu.Safwan turun dari meja Maya. Memalukan betul kelakuannya. Tak pernah lagi Maya tengok perangai miang tunangnya itu. Tak sangka miang dia tahap gila macam ni. Ada ke bos macam ni?"Maya, esok abang ada lawatan kerja di Sabah. Abang harap Maya jaga diri ya," ucap Safwan, perlahan.Maya terkejut. Kecewa wajahnya."Ala. Janganlah macam ni. Jangan risau. Tak lama pun sayang. Dalam dua hari aje. Lepas tu, Maya hadaplah wajah abang ni lama-lama."Tersunging senyuman di bibir mungil Maya."Dan... Izz akan gantikan abang sementara," gumamnya perlahan tetap
Maya perasan lirikan tajam para pekerja. Seperti biasa, dia akan mengendahkannya. Mesti ada mereka mengatanya dari belakang. Pasti berita yang hangat dari ketuhar!"Cik Maya, boleh saya tanya sesuatu?"Maya kaget. Segera dia mengangguk."Awak bertunang dengan siapa? Encik Safwan atau Encik Adam? Hari tu bukan main saya nampak awak bermesra dengan Encik Adam. Awak jangan berani curang dengan Encik Safwan. Kalau awak curang, memang cari nahaslah dengan kami," ugut Rohana, pekerja di syarikat itu selaku peminat Safwan dari dulu.Rohana ni janda anak dua. Safwanlah yang menawarkan kerja kepadanya kerana simpati dengan ceritanya. Selepas kejadian itu, terus dia jatuh cinta dengan Safwan. Menurutnya, Safwan lebih tampan berbanding bekas suaminya.Pakaian yang dahulunya longgar, kian ketat pula dari hari ke hari. Selendang pula dililit, menampakkan lehernya. Langsung tidak kemas keterampilannya. Bukan main nak bersolek untuk menarik perhatian Safwan
Tatkala Izz membuka matanya, dia sudah berada di katil. Dia sedikit terkejut melihat Safwan di sebelah. Tubuh Safwan, kasar dia goyangkan tanpa henti."Bangunlah. Bangun. Ni katil sayalah," tinggi nadanya mengejut Safwan. Terpisat-pisat mata Safwan. Mamai kelihatan dia."Janganlah kacau aku," dalam keadaan sebegitu, Safwan memarahi semula."Tapi, ni katil aku," jawab Izz, tidak mahu mengalah. Dia menolak-nolak tubuh Safwan supaya turun. Namun, langsung tidak berganjak walau seinci pun."Aku ni abang kaulah!" Ketara nada geram Safwan. Dia bangun dari katil. Mencerlung matanya mengarah kepada Izz sebelum berlalu dari situ.Izz menggigit bawah bibir. Selepas beberapa minit, dia dapat mendengar kekecohan di luar bilik. Suara wanita tadi berselang-seli dengan suara ayah.Dia tidak berminat mahu keluar. Pantas dia merebahkan semula kepalanya. Belum sempat dia melelapkan semula mata, pintu bilik dihempas kuat. Bingkas dia bangun dari katil ta
"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge.Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk."Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya."Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya."Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.
Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya."Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L
"Dengan perempuan 'lorong' juga kau nak kan!"Pantas, bola mata Izz terbuntang luas. Badan tegak, duduk di atas katil, Kaget. Seolah suara Puan Isma, mamanya berada jelas di sebelah telinganya. Seperti benar. Benar-benar berlaku! Dia menghembuskan keluh kecil. Seminggu ini, dia kerap mimpikan mama. Tangan kanan menyentuh kulit leher yang berbalut kapas itu. Adakah ini petanda? Petanda, angkara kejadian seminggu yang lepas? Memori itu terimbau kembali di minda.Malas-malas Izz melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika cuma, langkahnya terhenti. Anak mata genap memandang suasana hening yang cukup tegang di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Sarah tanpa disedari sesiapa. Termasuk tetamu yang tidak diundang itu."A... Apa... yang terjadi?" gugup Izz berbisik. Puan Sarah sedikit tergamam. Entah sejak bila anak tirinya itu muncul. Namun, secepatnya dia mengawal riak wajah. Cuba untuk menampangkan riak tenang sehabis mungkin."Kamu kenal pak cik tu?" S
Maya mengetap gigi sebelum berpaling ke belakang. Kaki dihentak."Yang awak mengikut saya ni kenapa?" katanya dengan suara yang ditekankan. Semakin bertambah amarahnya apabila Safwan menyengih."Amboi, sayang abang dah tukar panggilan? Merajuk benar dengan abang," Safwan menyakat. Bukannya makin melembutkan hati Maya tetapi semakin geram pula gadis itu. Serasa Safwan mempermainkannya."Pergilah bela adik awak tu! Yelah, saya ni siapa. Bukan sedarah daging dengan awak. Sekadar terikat sebab tunang aje. Lainlah adik awak tu," gerutunya lalu melajukan langkah."Maya," lembut suara itu memanggil. Perlahan, Safwan melepaskan keluhan. Memori semalam menerjah kembali."Ini bilik Izz. Kalau perlukan apa-apa panggil saja aku. Insya Allah, aku boleh tolong kau," kata Safwan lalu meletakkan bagasi Izz di atas katil bersaiz bujang itu.Berkerut kening Safwan memandang Izz yang bercekak pinggang seraya menggeleng itu."Kau dah kenapa?" langsung dia bertanya.Izz menggeleng lalu duduk di birai kat
Safwan memandang tunang dan adiknya silih berganti. Seorang cemberut tanda merajuk manakala seorang lagi selamba sahaja wajahnya.Namun, bukan itu yang dia risaukan. Mangsa keadaan sekarang ini bukan dia. Tapi... Imanina.Canggung sahaja wanita berhijab bawal berona pucat itu. Kasihan Safwan melihat.Kenapalah kau tak beritahu nak datang Izz, oi! Gumamnya di hati. Geram.Ini pun nasib baik mereka kebetulan bertemu di pantai. Kalau tidak, mahu sesat adik tirinya itu."Kak Iman pergi dulu, Maya, Safwan. Mak dah suruh Kak Iman balik ni. Nanti bila-bila, Maya temanlah akak breakfast. Dekat-dekat gerai ni aje," Imanina bersuara setelah beberapa jam yang sunyi sepi. Dia bingkas pergi dari situ tanpa menghiraukan laungan Maya."Kak Iman..." Kendur suara Maya. Kepala tertoleh ke arah Izz. Bawah bibir digigit, geram. Yang makin membarakan hatinya, lelaki itu boleh mencebikkan bibir lagi."Ni semua sebab awak tau!" tiba-tiba Maya melepaskan amarahnya seraya bangun. Tepat dia menuding ke arah Iz
Rumah kayu kampung itu ditatap Maya lama. Berat rasa langkahnya hendak menjejak. Safwan yang di sebelah, menegur, "Ini ke rumah Maya? Cantik. Macam dekat muzium. Atap bumbung nampak 'gah' saja, seperti rumah orang kaya!" Melambung dia memuji. Sekadar senyuman dibalas Maya. Dia menghela nafas perlahan. Memori semalam menerjah kembali di benak fikirannya.Berkali-kali Maya menilik telefon bimbitnya. Seminit, dua minit, masih tiada panggilan daripada ayah. Sepi sahaja. Kebiasaannya ayah akan menelefonnya pada waktu pagi dan malam. Menanyakan khabarnya. Sudah hampir sebulan ayah tinggal bersama nenek. Kesihatan nenek semakin merosot menurut ayah."Tak akanlah ayah pun sakit," gumamnya. Rasa risau kian menggebu. Maya cuba untuk menelefon sekali lagi nombor telefon ayah. Masih. Sama.Ayah tidak mengangkat panggilannya.Akhirnya, Maya menekan nama Safwan. Tidak sampai sesaat suara itu kedengaran di cuping telinga.Selepas menceritakan hal tersebut, Safwan langsung mencadangkannya untuk p
"Iman nak putuskan pertunangan kita. Maafkan Iman, Adam." Luluh Imanina berbisik halus. Kepala yang menunduk sedari tadi, kembali mendongak. Jangkaannya meleset. Mimik wajah tunangnya langsung tidak kelihatan kecewa. Sedih? Jauh sama sekali. Hujung bibir lelaki itu menyenget, menyinis kepadanya.Air liur ditelan. Ingin sahaja ditarik semula kata-katanya. Namun, inilah keputusannya. Demi kebaikan Izz. "Kau curang dengan aku kan?" Terpancul lancar soalan itu dari mulut Izz. Panggilannya berubah. Nada menjadi kasar. Keningnya terjongket serentak.Terus Imanina menggeleng laju. "Apa maksud Adam ni?" sedih nadanya.Izz perasan. Tetapi dia tidak mengendahkan. Dia sudah penat berpura-pura, menghadapi kebohongan Imanina. Cukup-cukuplah mempermainkannya. "Bagi telefon kau," arahnya."Apa yang Adam nak buat dengan telefon Iman? Selama kita bertunang ni memang Adam tak percayakan Iman ke?" Kecewa Imanina. Matanya berkaca-kaca memandang Izz."Bagi sajalah." Pantas Izz merampas kasar telefon I
"Ayah nak pergi balik kampung?"Encik Mokhtar mengangguk. Dia seperti tahu reaksi anaknya. Dia tampak bersedia menghadapi. Namun, selepas satu soalan itu terlontar dari mulut Maya, tiada lagi yang ditanya.Pelik Encik Mokhtar dibuatnya. Perlahan hela nafas dilepaskan sebelum memulakan bicara, "Ayah mungkin akan tinggal dalam seminggu. Nak jaga nenek kamu. Teruk tekanan darahnya turun." Maya mendiamkan diri. Sekadar anggukan dia membalas. Kalau soal nenek, dia memang tidak mahu ikut campur."Ayah, ingat pesan Maya. Maya tahu di sini tanah ladang getah tidak terlalu luas seperti di kampung. Jadi Maya harap ayah tak ambil kesempatan untuk berkerja di ladang getah sana," titip Maya. Tegas bunyinya.Encik Mokhtar menyengih. Kepala anaknya diusap lembut."Insya Allah. Lagipun niat ayah balik kampung untuk jaga nenek. Bukannya berkerja," ujarnya pula.Muncung bibir Maya mendengar."Boleh percaya sangatlah ayah tu," gerutunya, perlahan."Ayah, kirim salam dengan nenek." Sejenak Maya termenu
"Iman minta maaf walaupun Iman tak faham kenapa Adam marah dengan Iman. Iman tak nak putuskan pertunangan kita. Sebulan saja lagi kita nak nikah Adam. Sanggup Adam buat Iman macam ni? Ah... tak. Ibu? Adam sanggup hancurkan hati ibu?"Hujung bibir Izz ternaik. Meluat."Cukuplah Imanina!""Saya tahu awak curang dengan saya! Awak pernah telefon abang saya kan? Apa hubungan awak dengan dia, hah? Perlu ke awak sembunyikan? Lagipun, saya terima pertunangan ni atas dasar simpati saja! Tak ada rasa cinta langsung! Perlu ke awak paksa saya terima awak, Imanina?" Di hujung ayat, kedengaran kendur nada Izz.Imanina sebak. Serta-merta air matanya mengalir."Iman... Iman tak faham apa yang Adam cakap ni." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya."Kita bincang baik-baik ya, Adam. Please, jangan buat Iman macam ni. Iman sayang Adam. Iman nak bersama Adam sampai mati," separuh merayu Imanina.Namun, jawapan Izz masih sama."Kenapa? Kenapa
"Dengan perempuan 'lorong' juga kau nak kan!"Pantas, bola mata Izz terbuntang luas. Badan tegak, duduk di atas katil, Kaget. Seolah suara Puan Isma, mamanya berada jelas di sebelah telinganya. Seperti benar. Benar-benar berlaku! Dia menghembuskan keluh kecil. Seminggu ini, dia kerap mimpikan mama. Tangan kanan menyentuh kulit leher yang berbalut kapas itu. Adakah ini petanda? Petanda, angkara kejadian seminggu yang lepas? Memori itu terimbau kembali di minda.Malas-malas Izz melangkah masuk ke dalam rumah. Seketika cuma, langkahnya terhenti. Anak mata genap memandang suasana hening yang cukup tegang di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mendekati Puan Sarah tanpa disedari sesiapa. Termasuk tetamu yang tidak diundang itu."A... Apa... yang terjadi?" gugup Izz berbisik. Puan Sarah sedikit tergamam. Entah sejak bila anak tirinya itu muncul. Namun, secepatnya dia mengawal riak wajah. Cuba untuk menampangkan riak tenang sehabis mungkin."Kamu kenal pak cik tu?" S
Menggeleng Puan Sarah melihat Izz yang mundar-mandir di halaman depan rumah. Sekejap kepalanya menggeleng, sekejap mengangguk-angguk laju. Sudah serupa burung belatuk tingkahnya. Kedengaran tawa halus daripadanya. Sudah hampir seminggu Izz keluar dari wad. Dan inilah rutin harian anaknya. Berkeliling taman sambil menulis surat untuk sahabat penanya. Bila si dia lambat membalas, runsing terus Izz dibuatnya. Terfikir juga di benak Puan Sarah.Siapalah 'orang bertuah' yang sanggup ditunggu lelaki seperti anak tirinya itu?Bukan dia mahu mengata Izz. Tetapi, anaknya yang satu ini susah benar hendak berlembut hati mahupun berkawan dengan orang. Mungkin daripada didikan arwah mamanya dahulu, yang tidak membenarkan Izz berteman dengan orang tidak hebat statusnya. Berkawan pun harus memilih. Jadinya, begitulah hasilnya."Izz, boleh tak duduk? Penat ibu menengok kamu pusing merata," tegur Puan Sarah.Terhinjut bahu Izz. Kedua belah keningnya terjongket serentak. L
"Maya, maaf abang tak dapat hantar Maya ke pejabat hari ni. Izz belum sembuh. Lebih kurang seminggu, baru dia boleh discharge.Takpe sayang. Esok, abang akan hantarkan driver baru abang untuk Maya. Lagipun dia baru kerja hari ni. Tak akan abang nak bagi gaji buta dekat dia kan?"Maya tersenyum beriringan kepala yang galak mengangguk."Abang, selama ni Maya okey aje. Hidup je sampai sekarang. Abang jangan risau okey. Maya pandai jaga diri," balas Maya.Kedengaran Safwan berdecit. Selepas itu, dia mengeluh pula. Resah bunyinya."Tapi sayang sekarang ni tunang abang. Tanggungjawab abang. Abang ada hak untuk jaga keselamatan tunang abang," bersungguh-sungguh dia memujuk Maya."Jadi please sayang, esok naik dengan driver abang okey?" sambungnya.Maya tergelak kecil. Dia mengangguk seraya menjawab, "Okey okey. Maya naik dengan driver abang. Nanti kalau Maya jatuh cinta dengan driver abang jangan marah pula." Sempat dia mengusik.