'SELAMAT PENGANTIN BARU. Maafkan abi, ya.' Rasa nak meraung bila baca mesej dari abi. Tak pernah-pernah abi minta maaf. Ya, memang aku ada rasa marah pada abi. Semuanya sebab abi tak setuju bila aku kata aku nak terima pinangan Adam, anak kawan abi sendiri. Abi kata, abi tak boleh terima Adam sebab abi dah setuju dengan peminangan dari Hanzalah. Paling bengang bila aku dapat tahu abi yang suruh Hanzalah, si suami aku sekarang ni, masuk meminang aku. Itupun Kak Long yang cerita. Kalau tak, memang mati-mati aku ingat si Hanzalah tu yang masuk meminang dulu sebelum Adam. 3 hari 3 malam jugaklah aku mogok. Berbanding Hanzalah, Adam tu lagi nampak baik. Gentleman. Dah macam Imam Muda. Bila baca Al Quran memang taranum habis boleh melayang orang yang mendengarnya. Abi sendiri secara peribadi, agak akrab dengan mak ayah Adam.
Last Updated : 2021-09-07 Read more