Share

08 | Adam

Author: Flizwn 33
last update Last Updated: 2021-09-09 14:10:10

HUJUNG JARI MEMERAH akibat kesan getah yang berulang kali ditarik tegang. Suasana sekeliling aku tidak peduli. Lauk pauk yang ada aku bungkus siap-siap dan asingkan ke tepi.

           "Awak okay?"

Susuk tubuh itu duduk selang satu kerusi berhadapan dengan aku. Aku diam tidak menjawab. Kesal… kerana itu Adam. Bukan Hanzalah.

Dan satu lagi, aku benci sebab dia perasan yang aku memang tengah tak okay sekarang. Tadi aku nampak Hanzalah kejar Delilah di luar rumah. Jelas dari tingkap bilik aku di tingkat dua. Cuma aku tak dapat dengar apa yang mereka sembangkan dan hanya bahagian bawah tubuh sahaja jelas kelihatan kerana mereka berhenti betul-betul di sebalik pokok yang merendang di laman.

           "Khadeeja. Awak ikat plastik kosong tu."

Aku lepaskan plastik di tangan. Adam aku hadiahkan jelingan tajam.

           "Jangan panggil nama saya macam tu. Saya tak suka."

Adam hanya tersenyum. Dia buta ke? Tak nampak aku tengah moody macam ni? Tapi, senyumannya membuatkan aku tertarik pada memori lalu. Saat aku masih belum terikat dengan sesiapa. Saat aku hanya perlu memikirkan diri sendiri, perasaan sendiri.

Aku beralih ke bahagian tepi laman berumput, jauh dari pandangan orang yang berada di bahagian hadapan rumah. Aku pandang pokok yang merendang di tengah-tengah laman. Dek kerana pokok inilah aku tak nampak apa yang mereka bualkan.

PAPP!

Hujung kaki automatik menendang pangkal pokok sebelum aku sendiri terloncat menahan sakit. Rasa nak patah hujung jari kaki. Tak memasal emosi ni.

Ada tawa terdengar di belakang dan aku tahu itu Adam. Sakitnya hati bila sedar dia ikut aku sampai ke situ. Aku berpaling memandang dia di belakang dengan hati yang sebal. Dia berhenti ketawa namun masih tersenyum memandang aku.

          "Awak tak okey dan awak patut rehat. Jangan paksa diri, Dija."

Heh, acah nak ambil berat pasal aku. Sikit pun aku tak membalas kata-katanya. Dia mendekat sebelum berhenti beberapa langkah di hadapanku. Mata aku mengekori tubuhnya yang menunduk, meletakkan sandal di hadapan kaki aku yang tidak beralas. Baru aku sedar aku berkaki ayam.

          "Saya balik dulu. Assalamualaikum."

Aku pandang belakang Adam sehingga dia hilang dari balik pintu gelangsar. Adam, kau tak patut buat aku macam ni. Aku bukan single macam dulu untuk kau tunjukkan sisi gentleman kau tu.

          "Dija."

Aku menoleh ke sisi, agak terkejut melihat Hanzalah yang muncul entah dari mana. Wajahnya tegang tanpa senyuman. Entah kenapa, ada sedih bertaut apabila memandang wajah itu.

Tanpa amaran, dia mengangkat aku ke dalam dukungan. Hampir-hampir aku menjerit namun pantas kedua tangan aku menutup mulut. Tak pasal-pasal nanti semua tetamu dengar.

          "Turunkan saya!" Dalam tegas aku bersuara.

Hanzalah terkaku. Dahinya berkerut memandang anak mata ku.

           "Awak pakai minyak wangi?"

Terkebil-kebil aku menghadam soalannya. Oh, baru aku teringat hadiah Delilah tadi. Botol kaca berukir indah berisi minyak wangi berwarna peach. Memang aku ada semburkan sikit di udara untuk menghidu baunya. Tak sangka melekat sampai ke baju.

          "Pakai tak sengaja." Nak tak nak aku menjawab.

          "Jangan pakai lagi. Saya tak suka bau ni."

Aku menjeling wajahnya yang dekat di sisi. Suka hati akulah nak pakai apa pun kat badan. Hati tak terkawal dari mendongkol geram.

           "Turunkanlah orang!" Aku meronta sedikit.

           "Duduk diam-diam. Kaki berdarah tu!"

Aku merenung hujung kaki yang disimbah cahaya lampu kalimantang. Ada cairan merah berkilat di situ. Tak perasan pula kaki aku terluka gara-gara menyepak pokok tadi. Cash Tuhan balas.

          "Turunkan saya!" Ternyata aku masih berdegil. Kenapa entah emosi ini terasa tunggang terbalik. Aku jadi tak suka dekat dengannya. Aku benci dengan rasa sangsi yang mendera.

          "Apa yang tak kena, Dija?"

          "Siapa Delilah?" Tanpa berselindung aku bertanya. Pantas rangkulannya dilepaskan. Aku menjauh beberapa tapak ke belakang.

          "Jodoh tak kesampaian. Macam awak dengan Adam." Tanpa berlapik juga dia menjawab. Selamba. Tiada riak. Tiada nada.

           "Awak tinggalkan dia sebab abi suruh kahwin dengan saya ke?"

           "Tak."

Itu saja? Itu saja jawapan dia?

          "Awak masuk meminang saya dan kahwin dengan saya sebab abi suruh, kan?"

         "Ya.” Jeda. Hati aku rasa sakit mendengarnya.

         "…dan tidak." Dia menyambung.

          "Hah?" Kening aku bertaut. Apa maksud dia ya dan tidak? Mana boleh bagi dua jawapan macam tu!

           "Saya nampak dengan jelas cara awak pandang Delilah. Awak masih cintakan dia, kan?" Ya Tuhan, aku memang sengaja nak cari gaduh. Aku tak suka simpan dalam hati. Nanti sakit sendiri.

Dari dalam poket, Hanzalah membawa tangannya bersilang di dada. Dia merenung aku tanpa berkelip.

             "Tak mudah kita nak lupakan orang yang kita cintai bertahun lamanya, betul kan?"

Lama kami berdiri di situ tanpa suara. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Semakin ditanya semakin sakit hati aku. Maknanya betullah sangkaan aku. Hanzalah masih menyimpan hati terhadap Delilah.

             "Jom balik. Kita sapu ubat kat kaki awak."

             "Tak nak." Aku mengelak dari dicapai tangannya.

             "Okey. Kita bermalam kat sini." Dia nak pujuk aku ke?

             "Saya tak nak tidur dengan awak. Saya perlu ruang sendirian."

Dia pandang aku lama. Aku mengalih wajah ke sisi, memeluk tubuh tanda aku perang dingin dengannya. Entahlah, dari tadi aku pun tak faham kenapa serabut sangat fikiran aku malam ni.

           "Okey.”

Aku menoleh pada dia yang sudah berpaling menuju ke arah pintu dapur di belakang rumah.

Itu saja?

Okey je?

Ahh, Khadeeja! Apa yang kau harapkan? Memang kau tak nak dia ada depan mata, kan? Bila dia pergi kau geram pulak?

Erghh… aku sendiri pun tak faham dengan diri sendiri.

           "By the way, Khadeeja…” Tiba-tiba sahaja dia berpaling semula, memandang aku tanpa riak wajah.

           "Saya juga nampak macamana cara awak pandang Adam."

Aku terpasung keras.

Rumit.

•        •        •        •        •

JAM MENUNJUKKAN hampir 1.00 pagi ketika semua selesai dikemas. Tetamu pun sudah pulang. Lambat pula majlis habis malam ni.

Aku mengelap tangan yang sudah berkedut di hujung jari. Dari tadi basuh pinggan dan segala dulang, kuali mak nenek yang macam tak habis-habis. Memang sengaja jauhkan diri dari orang ramai. Aku perlu tenangkan diri.

           "Eh, Dija. Kamu tak ikut Han balik ke?" Kak Long menguis bahu aku.

Aku menggeleng. Terdengar suara abi di ruang tamu. Aku intai dari balik dinding. Hanzalah siap bersarung jaket kulit yang selalu dipakai jika menunggang motornya.

          "Tidurlah sini, Han. Dari tadi buat kerja mesti penat." Semangat abi memujuk, tidak mahu melepaskan genggaman menantunya sedari tadi. Hanzalah nampak serba salah sebelum matanya terpaku memandang aku.

          "Saya ada kerja esok pagi. Kena keluar awal. Barang-barang semua di rumah."

Aku tahu itu alasan… atau mungkin betul dia ada kerja esok hari. Aku saja yang tak tahu sebab dia tak pernah kongsikan apa-apa hal kerja dengan aku.

           "Dija tak ikut balik?" Abi turut memandang aku yang terkaku.

           "Kesian dia, abi. Tak hilang lagi rindu kat abi dengan Kak Long. Lagipun esok saya tak ada kat rumah, tinggal dia seorang pula.” Dia menjawab dengan senyuman di wajah yang penat. Aku nak mencelah tapi dia sudah pun mengucup menyalami abi.

Aku mengekori langkahnya ke laman hadapan yang sudah siap berbasuh. Sedih pulak bila dia nak tinggalkan aku kat sini.

Helmetnya disarung. Melalui visor yang terbuka, dia memandang aku dengan salam yang dihulur. Sejuk tangannya menggenggam tanganku.

           "Take care. Ambillah seberapa banyak masa yang awak perlukan. Kalau dah okey, kita jumpa di rumah ya?" Nadanya lembut sahaja. Tidak marahkah dia pada aku yang jelas sengaja merumitkan keadaan?

Aku kelu. Masih tak mampu berkata apa-apa hinggalah dia hilang dalam kegelapan malam. Dia betul-betul tinggalkan aku!

          "Nak balik tu balik sajalah…”

Aku menjeling pada abi yang berdiri di muka pintu. Pasti dari tadi abi memerhatikan kami. Malunya!

         "Awal-awal ni memanglah banyak benda nak diseimbangkan sebab kau berdua baru nak kenal perangai masing-masing tapi ingat, Dija tak boleh letakkan dalam fikiran tu untuk ubah Han ikut selera dan kemahuan Dija. Dia adalah siapa yang terbentuk dari kehidupan dia 25 tahun ni," pesan abi waktu aku termenung di hujung anak tangga. Mengantuk tapi terkenangkan sang suami yang pulang sendirian.

          "Betul tu. Abang Long tengok Han macam tak biasa beramai-ramai macam ni. Abang Long dengar dia anak yatim dan dari kecil memang susah dan kalau tengok dari gaya dia pun mungkin dia akan struggle untuk bersikap open tentang sisi peribadi dia pada Dija. Dija la yang kena ke depan, kena mengorat, kena mulakan langkah. Dekat-dekatkan diri, sedarkan dia setiap hari yang Dija ni wujud depan mata dia," tambah Abang Long, panjang lebar.

          "Apa pulak Dija kena mengorat?" rungutk, tak puas hati.

         "Vibe gatal tu kan memang ada dalam diri Dija. Kalau bukan sebab abi yang selalu jaga dan pesan itu ini mesti Dija sempat couple lima, enam kali sebelum kahwin dengan Han," bidas Kak Long.

Pantas aku mencubit lengannya.

          "Ish, janganlah buat isteri orang. Kesian dia. Sakit ya sayang." Abang Long mula berdrama, mengusap lembut lengan Kak Long yang mencebik minta kaki.

Abi hanya ketawa, dah biasa melayan drama anak dan menantu sulung dia. Iyalah, rumah mereka betul-betul belakang rumah abi. Hampir setiap hari jumpa siap tukar-tukar bilik tidur lagi. Mengada.

          "Ingat Dija, belajarlah tarik perhatian dia."

Malunya bila abi yang pesan macam ni!

Umi, tolong Dija!

                               

KERETA KANCIL Kak Long yang lama tidak beranjak di garaj, aku pinjam untuk pulang ke rumah. Gara-gara tidak boleh lena sepanjang malam, aku terus bergerak pulang selepas Subuh.

Namun… sadis sekali. Mungkin kerana lama tersadai, Kancil tersengguk-sengguk sebelum mati enjinnya. Mujurlah aku sempat berhenti di bahu jalan. Kalau tidak, naya nak menolak pulak. Satu hal pulak. Itulah, bergaduh dengan suami, kan dah kena bala. Huk…

Matahari baru menampakkan sinarnya jadi tidaklah terik aku menapak lagipun tinggal dalam 400 meter sahaja untuk sampai ke rumah.

          "Eh, Dijah!" Kak Ambah yang baru membuka kedai runcitnya melambai-lambai pada aku. Aku membalas lambaiannya. Malas sebenarnya nak bertegur sapa dalam keadaan mood aku sendiri tunggang terbalik.

          "Sinilah, Dijah!"

Aduh… Kak Ambah ni tak nampak ke muka aku tengah tak ikhlas. Memang aku rajin melayan sebab selalu membeli kat kedai dia ni. Mahu tak mahu, melencong juga kaki aku masuk ke kedainya. Sibuk Kak Ambah menyusun ikan di dalam kotak polistren.

          "Awok dari mana?"

          "Saja ambil angin pagi-pagi." Malas nak berterus terang. Karang jadi panjang.

          "Oh ingatkan nak ke mana-mana. Kalau nak naik bas, jangan tunggu kat bus stop tu, tunggu kat simpang sana. Cerah sikit. Orang sini jarang guna bus stop. Bas pun memang berhenti kat simpang tu sebab tak ganggu jalan orang.”

          "Eh tak adalah. Tak cari bas pun."

          "Iyalah. Motor rosak, kan? Kesian tengok si Hanzalah tu dok menolak motor pagi-pagi buta."

Eh?

Dari malas melayan, aku tatap muka Kak Ambah dekat-dekat. Hanzalah tolak motor?

           "Akak nampak ke?"

          "Iyalah. Pagi-pagi dalam 3, 4 pagi macam tu akak dengan suami akak kan pergi pasar ikan cari ikan segar. Dalam perjalanan nak ke pasar tu nampak laki awok tolak motor. Nak tolong tapi dia tak mau sebab dah dekat dengan rumah kau orang."

Ya Tuhan… Hanzalah balik dalam jam 1 pagi. Kalau Kak Ambah nampak dia jalan kaki pukul 3 atau 4 pagi macam tu maknanya jauhlah dia menapak?

          "Saya balik dulu ya, kak!" Tanpa menunggu balasan, aku terus berlari anak menuju ke rumah. Semakin dekat, semakin kuat debar di hati. Rasa sedih pula memikirkan suami aku jalan seorang tolak motor tengah malam buta. Sudahlah kepenatan.

Pagar laman aku tolak perlahan tanpa bunyi. Dalam suasana pagi yang mula cerah, aku tergamam melihat motor yang bertongkat senget di depan mata. Ada kesan calar pada sisi motor. Cermin sisi juga patah terjuntai di situ. Bahagian tepi tempat duduk turut koyak..

Hanzalah jatuh dari motor ke? Kemalangan?

Makin sedih hati aku. Rasa bersalah mencanak-canak. Pintu aku buka perlahan. Sekujur tubuh yang baring di bilik jelas nampak kepenatan. Matanya rapat terpejam dengan mulut yang sedikit terbuka. Berkain pelikat dan tshirt putih yang nipis. Ada balutan yang tidak kemas di lengannya.

Beg dan tudung aku campak ke tepi. Ya Allah… berdosanya aku biar suami macam ni.

Tidak teragak-agak, aku naik ke atas katil dan memeluk tubuhnya. Bau badannya yang neutral terasa bersatu dalam nafasku. Tanpa dapat ditahan, aku menangis perlahan.

           "Dijah?" Serak suara Hanzalah menyeru namaku. Pasti saja dia terkejut dengan kemunculan aku yang tiba-tiba.

Aku eratkan pelukan di tubuhnya.

           "Auch!"

Terduduk aku dibuatnya apabila dia mengaduh macam tu. Bajunya aku selak ke atas tanpa sempat dia menghalang. Jelas kesan merah kehitaman di bahagian rusuk kanannya. Makin galak aku menangis. Rasa bersalah. Rasa berdosa.

Aku perasan dia senyum menyenget dalam kesakitan. Bahu aku ditarik agar berbaring semula di sisinya.

          "Syhh..." Tepukan lembut di bahu terasa menyesakkan dada. Hujung jarinya menyeka tubir mataku.

           "Sorry..." Aku berbisik dalam esakan.

           "Tak ada apalah. Dah, saya mengantuk ni. Awak pun rehatlah."

Tangannya yang kasar menolak rambutku ke belakang sebelum rangkulannya semakin erat di tubuhku. Dan aku turut terlelap tanpa sedar, merasa selamat dalam pelukannya.

🍂

"No longer two but one."

Zen,

09.09.21

Related chapters

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   09 | Match Made In Heaven

    AKU TERJAGA apabila Hanzalah membetulkan selimut yang menyelimuti diriku. "Awak nak keluar? Kerja? Awak kan jatuh motor semalam," soal aku, menolak selimut dan duduk memandangnya yang sedang memilih baju di almari. "Nak jumpa orang." Pendek dia menjawab. "Tapi luka kat tangan dan badan tu..." "Khadeeja, jatuh motor tu benda biasalah kalau dah jadi penunggang motosikal." Dia nampak sedang cuba untuk bersabar. Sorry la, aku dah jadi sebahagian dari hidup dia.Ternganga aku mendengar balasan dari Hanzalah. Adakah ini terlalu normal baginya? "Macamana kalau awak pengsan tengah jalan, tiba-tiba sakit. Pergilah klinik dulu. Penting sangat ke nak jumpa orang tu? Tak boleh tangguh?" Aku mula risau

    Last Updated : 2021-09-10
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   10 | Takut

    SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah."Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?""Tapi...""Pengajarannya lain kali balik dengan saya."Ouch, aku sentap!Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long."Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap."Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza."Kita nak ke mana?"

    Last Updated : 2021-09-11
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   11 | Calar

    "KHADEEJA."Aku diam tanpa membuka mata. Gara-gara ketakutan malam semalam, aku demam panas. Tak tahulah nak cakap macamana tapi penyakit penakut aku ni memang susah nak buang. Kalau dah takut sangat aku memang boleh jatuh sakit.Terasa katil bahagian belakang sedikit tenggelam apabila Hanzalah duduk di situ. Mungkin ingin melihat jika aku masih tidur. Aku kekal beku mengiring membelakanginya.Lama.Serba salah pulak. Aku tak suka membelakangi suami aku macam ni. Aku syak dia tengah tenung aku. Agak-agak dia tahu tak yang aku pura-pura tidur.Tiba-tiba bilik terang benderang dengan lampu. Walaupun dalam keadaan siang tapi kerana langsir yang tidak diikat menjadikan suasana bilik agak suram awal tadi. Automatik aku berpaling memandang ke arah Hanzalah yang berdiri di muka pintu bilik dengan tangan yang masih melekat di suis lampu.Eh, bila pulak dia dah kat te

    Last Updated : 2021-09-11
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   12 | Cemburu

    “You tak nak ke masuk kerja balik? Masih tak ada sesiapa boleh ganti you,” ujar Cetta di hujung talian. “Hmm… dah jadi isteri orang ni aku malas terikat dengan waktu ofis. Kesian husband aku nanti. Dia kerja sendiri,” balasku, lambat-lambat. Dulu aku kerja di bahagian sumber manusia atau singkatnya mudah disebut HR, Human Resources. Walaupun stress dengan macam-macam ragam tapi rakan sekerja yang sekepala sedikit sebanyak membuatkan hidup aku lebih berwarna warni. “You tahu, semalam seorang budak rekrut dah cabut lari. Bisinglah Mr. Cho sebab manpower tak cukup. Baru sebulan yang lepas budak baru yang seorang lagi tu menghilang sebab dapat sambung belajar. Aku pening la you tak ada. Mr. Cho kan sayang you,” cerita Cetta dengan slanga Melayu yang fasih walaupun dia berbangsa India. Wanita anggun berlesung pipit di kiri kanan pipinya. “Anastasia kan gantikan aku.” “Iyalah, ganti sementara je. D

    Last Updated : 2021-09-12
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   13 | Suami Isteri

    PETANG.Aku menapak balik dari surau berdekatan menuju ke kereta semula. Menunggu Hanzalah habiskan sesi outdoor photoshoot di sekitar kediaman pengantin.Susuk tubuh yang bersandar di kereta Kancil aku pandang pelik. Delilah? Apalagi dia nak? Tak cukup sakitkan hati aku waktu majlis tahlil arwah umi hari tu?Aku berhadapan dengannya. Macamana aku nak masuk dalam kereta kalau dia menghadang? Punyalah banyak kerusi bawah khemah sana nun, depan pintu kereta cikai ini jugalah dia pilih untuk bersandar.Kami berpandangan seketika tanpa bicara. Dia menatap mataku lama. Matanya cantik sekali. Aku yakin itu mata aslinya, bukan contact lens. Indahnya.Tiba-tiba dia berlalu pergi.What? Itu saja? Kau sandar lama-lama kat sini semata nak tunjuk mata yang lawa tu ke?Aku soroti langkahnya mendekati se

    Last Updated : 2021-09-12
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   14 | Beza

    PIN! PIN!Aku menjengah melalui tingkap. Ada seorang penghantar membunyikan hon motosikal berkali-kali. Rasanya aku tak ada beli barang online. "Sekejap!" Hanzalah muncul dari dapur, berlari anak ke pintu depan dan tergesa-gesa menyarung selipar. Mereka berbual sebentar sambil bungkusan petak yang besar bertukar tangan.Baru aku perasan ada kesan kotoran bentuk tapak kaki di lantai. Aku ikut kesan itu sampai ke pintu dapur. Memang tadi Hanzalah menebas rumput di belakang rumah lepas tu sesuka hati dia berjalan terus masuk ke dalam rumah tanpa membasuh kaki?Eee... "Kenapa awak tak lalu ikut tepi laman je?" soalku, menahan sabar. Bukan sikit-sikit kesan tanahnya. Dari dapur sampai ke depan pak tu. "Oh, betul jugak. Tapi ikut mana-mana pun sama je." Di

    Last Updated : 2021-09-17
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   15 | Memahami

    "Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku. "Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!" "Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku. Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri. "Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria. "Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri. Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau

    Last Updated : 2021-09-24
  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   01 | Langkah Pertama

    AKU SALAM ABI DAN melangkah berat menuju ke kereta. Sebelum mencapai pemegang pintu, sekali lagi aku menoleh ke belakang. Walaupun abi sedang tersenyum, tapi aku nampak riak sayu di wajah tua itu. Aku tak rapat sangat dengan abi, kalau tidak mungkin aku sudah berlari memeluknya."Nak saya bukakan pintu ke?"Aku pandang ke hadapan. Sinisnya bunyi suara. Dengan kening terangkat-angkat. Baru pagi kelmarin nikah, dah tunjuk dah lagak veto dia. Sebagai tanda protes, aku menghempas pintu dengan kuat. Dari hujung mata, aku perasan dia tersenyum senget. Sebelum kereta melepasi pagar, aku melambai pada abi.'Abi, Dija sayang abi.'Rasa sesal kerana aku tak pernah beritahu abi tentang itu.•

    Last Updated : 2021-09-07

Latest chapter

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   15 | Memahami

    "Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku. "Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!" "Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku. Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri. "Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria. "Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri. Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   14 | Beza

    PIN! PIN!Aku menjengah melalui tingkap. Ada seorang penghantar membunyikan hon motosikal berkali-kali. Rasanya aku tak ada beli barang online. "Sekejap!" Hanzalah muncul dari dapur, berlari anak ke pintu depan dan tergesa-gesa menyarung selipar. Mereka berbual sebentar sambil bungkusan petak yang besar bertukar tangan.Baru aku perasan ada kesan kotoran bentuk tapak kaki di lantai. Aku ikut kesan itu sampai ke pintu dapur. Memang tadi Hanzalah menebas rumput di belakang rumah lepas tu sesuka hati dia berjalan terus masuk ke dalam rumah tanpa membasuh kaki?Eee... "Kenapa awak tak lalu ikut tepi laman je?" soalku, menahan sabar. Bukan sikit-sikit kesan tanahnya. Dari dapur sampai ke depan pak tu. "Oh, betul jugak. Tapi ikut mana-mana pun sama je." Di

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   13 | Suami Isteri

    PETANG.Aku menapak balik dari surau berdekatan menuju ke kereta semula. Menunggu Hanzalah habiskan sesi outdoor photoshoot di sekitar kediaman pengantin.Susuk tubuh yang bersandar di kereta Kancil aku pandang pelik. Delilah? Apalagi dia nak? Tak cukup sakitkan hati aku waktu majlis tahlil arwah umi hari tu?Aku berhadapan dengannya. Macamana aku nak masuk dalam kereta kalau dia menghadang? Punyalah banyak kerusi bawah khemah sana nun, depan pintu kereta cikai ini jugalah dia pilih untuk bersandar.Kami berpandangan seketika tanpa bicara. Dia menatap mataku lama. Matanya cantik sekali. Aku yakin itu mata aslinya, bukan contact lens. Indahnya.Tiba-tiba dia berlalu pergi.What? Itu saja? Kau sandar lama-lama kat sini semata nak tunjuk mata yang lawa tu ke?Aku soroti langkahnya mendekati se

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   12 | Cemburu

    “You tak nak ke masuk kerja balik? Masih tak ada sesiapa boleh ganti you,” ujar Cetta di hujung talian. “Hmm… dah jadi isteri orang ni aku malas terikat dengan waktu ofis. Kesian husband aku nanti. Dia kerja sendiri,” balasku, lambat-lambat. Dulu aku kerja di bahagian sumber manusia atau singkatnya mudah disebut HR, Human Resources. Walaupun stress dengan macam-macam ragam tapi rakan sekerja yang sekepala sedikit sebanyak membuatkan hidup aku lebih berwarna warni. “You tahu, semalam seorang budak rekrut dah cabut lari. Bisinglah Mr. Cho sebab manpower tak cukup. Baru sebulan yang lepas budak baru yang seorang lagi tu menghilang sebab dapat sambung belajar. Aku pening la you tak ada. Mr. Cho kan sayang you,” cerita Cetta dengan slanga Melayu yang fasih walaupun dia berbangsa India. Wanita anggun berlesung pipit di kiri kanan pipinya. “Anastasia kan gantikan aku.” “Iyalah, ganti sementara je. D

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   11 | Calar

    "KHADEEJA."Aku diam tanpa membuka mata. Gara-gara ketakutan malam semalam, aku demam panas. Tak tahulah nak cakap macamana tapi penyakit penakut aku ni memang susah nak buang. Kalau dah takut sangat aku memang boleh jatuh sakit.Terasa katil bahagian belakang sedikit tenggelam apabila Hanzalah duduk di situ. Mungkin ingin melihat jika aku masih tidur. Aku kekal beku mengiring membelakanginya.Lama.Serba salah pulak. Aku tak suka membelakangi suami aku macam ni. Aku syak dia tengah tenung aku. Agak-agak dia tahu tak yang aku pura-pura tidur.Tiba-tiba bilik terang benderang dengan lampu. Walaupun dalam keadaan siang tapi kerana langsir yang tidak diikat menjadikan suasana bilik agak suram awal tadi. Automatik aku berpaling memandang ke arah Hanzalah yang berdiri di muka pintu bilik dengan tangan yang masih melekat di suis lampu.Eh, bila pulak dia dah kat te

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   10 | Takut

    SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah."Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?""Tapi...""Pengajarannya lain kali balik dengan saya."Ouch, aku sentap!Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long."Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap."Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza."Kita nak ke mana?"

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   09 | Match Made In Heaven

    AKU TERJAGA apabila Hanzalah membetulkan selimut yang menyelimuti diriku. "Awak nak keluar? Kerja? Awak kan jatuh motor semalam," soal aku, menolak selimut dan duduk memandangnya yang sedang memilih baju di almari. "Nak jumpa orang." Pendek dia menjawab. "Tapi luka kat tangan dan badan tu..." "Khadeeja, jatuh motor tu benda biasalah kalau dah jadi penunggang motosikal." Dia nampak sedang cuba untuk bersabar. Sorry la, aku dah jadi sebahagian dari hidup dia.Ternganga aku mendengar balasan dari Hanzalah. Adakah ini terlalu normal baginya? "Macamana kalau awak pengsan tengah jalan, tiba-tiba sakit. Pergilah klinik dulu. Penting sangat ke nak jumpa orang tu? Tak boleh tangguh?" Aku mula risau

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   08 | Adam

    HUJUNG JARI MEMERAH akibat kesan getah yang berulang kali ditarik tegang. Suasana sekeliling aku tidak peduli. Lauk pauk yang ada aku bungkus siap-siap dan asingkan ke tepi. "Awak okay?"Susuk tubuh itu duduk selang satu kerusi berhadapan dengan aku. Aku diam tidak menjawab. Kesal… kerana itu Adam. Bukan Hanzalah.Dan satu lagi, aku benci sebab dia perasan yang aku memang tengah tak okay sekarang. Tadi aku nampak Hanzalah kejar Delilah di luar rumah. Jelas dari tingkap bilik aku di tingkat dua. Cuma aku tak dapat dengar apa yang mereka sembangkan dan hanya bahagian bawah tubuh sahaja jelas kelihatan kerana mereka berhenti betul-betul di sebalik pokok yang merendang di laman. "Khadeeja. Awak ikat plastik kosong tu."Aku lepaskan plastik di tanga

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   07 | Delilah

    SERONOK DUDUK BERAMAI-RAMAI di dapur siapkan hidangan untuk majlis tahlil malam ni. Hidangan dalam 350 orang makan. Biasanya kami buat 100 pax sahaja tapi abi kata nak raikan sekali menantu baru.Selebihnya biasa kami tapau dan hantar pada mana-mana rumah anak yatim dan asnaf zakat. Abi rajin naik motor hantar ke rumah jiran-jiran yang tak dapat hadir ke majlis rumah. Biasanya kami buat selang seli di rumah, ada waktu buat di masjid.Bakul berisi bawang dan cili yang siap dibasuh dari malam tadi aku atur siap-siap untuk dikisar dan digunakan. Di pintu dapur yang terbuka, aku melihat Hanzalah terbongkok-bongkok membasuh halaman depan rumah untuk dihampar tikar supaya tetamu yang datang boleh makan di situ sambil menikmati angin malam. Melihat wajahnya yang berkerut, ada rasa kasihan menerpa di dada. Aku tahu dia tak tidur sepanjang malam tadi sebab siapkan kerjanya."Jangan tenung lama-lama, pergilah hantar air kat Han aw

DMCA.com Protection Status