Banglo setingkat yang mempunyai 11 bilik itu diberi nama Teratak Qaseh oleh Tengku Faisal buat isteri tercinta, Tengku Fauziah diawal usia perkahwinan mereka. Ruang atas dimana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur empat anak kesayangannya iaitu Tengku Furqan, Tengku Fairuz, Tengku Fatihah dan si bongsu, Tengku Farra. Turut tersedia dua buah bilik kerja untuk Tengku Furqan dan Tengku Fairuz.Di ruangan bawah pula menempatkan ruang tamu di tengah. Bilik solat di bahagian kanan dan bilik bacaan di sebelah kiri. Disebelah bilik bacaan terdapat satu lorong kecil yang digunakan untuk ke taman mini d laman belakang rumah. Antara ruang tamu dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding yang direka khas seperti pintu gerbang gua. Bilik pembantu rumah iaitu Siti dan Mak Kiah serta suaminya, Pak Mail turut tersedia berdekatan dengan ruang dapur.Ruang tamu itu riuh rendah dengan celoteh si kembar Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana. Si kecil yang baru berusia 5 tahun itu
Last Updated : 2021-07-21 Read more