Tengku Fairuz duduk bersantai di beranda kamarnya di Teratak Qaseh. Fikirannya terkenangkan kekasih hati yang kini sering kali mengelak untuk berjumpa dengannya.
Kadang-kadang hatinya turut terdetik kemanakah hala tuju hubungannya dengan Qazrina. Temannya, Syed Ammar ada beritahu siang tadi dia ada terserempak dengan Dato' Sahamuddin, ayah Qazrina dan katanya lagi Qazrina bakal ditunangkan dengan Hisham anak Dato' Romzi hujung minggu ini. Satu keluhan berat dilepaskan.
Sudah 4 tahun hubungan cinta mereka terjalin selepas tamat pengajian di Ireland dulu. Dia mengenali Qazrina melalui sepupunya, Tengku Faiz Iskandar suatu ketika dulu. Qazrina, anak tunggal Dato' Sahamuddin salah seorang tokoh peniagaan yang disegani. Qazrina meneruskan minatnya dalam bidang peragaan busana muslimah biarpun ditentang hebat oleh ayahnya. Jiwa lasak sudah tersemat dalam diri biarpun orangnya ayu bertudung litup. Semangat kental dan petah bicaranya membuatkan Tengku Fairuz terpikat pada gadis itu.Ketukan pintu diluar kamar mengejutkan Tengku Fairuz dari terus memikirkan tentang Qazrina. Lambat-lambat dia membuka pintu. Wajah segak abangnya terselah di sebalik pintu.
"Umi dan abah panggil." Beritahu abangnya. Tengku Fairuz mengangguk dan mengekori langkah abangnya untuk ke ruang bawah. Di ruang tamu dia duduk bersebelahan abangnya dan mengadap kepada umi dan abahnya. "Ruz, kami panggil ni nak bincangkan tentang wasiat dan amanat arwah atok." Tengku Faisal memulakan bicaranya. "Macam yang dah Ruz dengar dari Tuan Haji Idrus bulan lepas, arwah atok berhasrat untuk jadikan Ruz sebagai pengganti arwah dalam Mentari Holding." sambungnya lagi. "Tapi abah, kalau Ruz ambil alih jawatan arwah atok, abah pula macam mana? Apa kata pemegang saham yang lain?" Fairuz menyoal kemudian. "Pemegang saham yang lain sudah pun sebulat suara bersetuju kalau jawatan itu dipegang oleh Ruz. Lagipun diorang percaya yang Ruz boleh handle Mentari Holding sama seperti arwah atok. Jelas terbukti bila Ruz berjaya handle projek di Jakarta dan Ayer Keroh baru-baru ni" "Tapi abah, Ruz masih mentah dalam dunia bisness ni. Banyak yang Ruz perlu belajar selok belok peniagaan dari orang-orang lama macam abah, Datuk Sufian dan Datuk Muaz. Ruz rasa Ruz tak layak untuk terima jawatan tu abah." "Maksudnya, Ruz menolak? Mengalah sebelum berjuang?" Uminya pula bersuara. Tengku Furqan hanya mendengar perbincangan mereka. Bukan dunianya! "Bukan tu maksud Ruz, umi. Ruz masih muda umi. Ruz takut nak pegang jawatan tu, terlalu besar tanggungjawab yang perlu Ruz pikul." "Ruz, apa jua keputusan yang kita pilih, ada risikonya masing-masing. Sekali kita berada dibawah, tak selamanya kita dibawah. Jatuh dan naik, untung dan rugi, sudah menjadi adat dalam perniagaan. Semuanya bergantung pada semangat dan keazaman kita untuk berjaya." Tengku Faisal bersuara lagi menyuntik semangat buat anaknya.Tengku Fauziah dan Tengku Furqan mengiakan kata-kata Tengku Faisal.
"Abah yakin Ruz boleh handle Mentari Holding?" "Hati abah tak pernah salah menilai Ruz." balas ayahnya. "Kalau dah itu yang abah katakan, Ruz terima jawatan itu." Tengku Fairuz memberikan kata persetujuan dan menganggap keputusan itu sebagai satu cabaran untuk dirinya. "Tetapi ada beberapa syarat yang telah perlu Ruz tahu dan semua syarat itu ditetapkan oleh arwah atok sebelum jawatan tu diambil alih oleh Ruz." "Syarat?" Tengku Fairuz menyoal. Mengerut dahi. Abahnya segera menghulurkan fail hitam dihadapannya. Lambat-lambat fail itu disambut oleh Fairuz. Kandungan isi fail berkenaan dibaca sekilas. Bulat matanya memandang abah dan uminya setelah selesai membaca kandungan syarat berkenaan. "Apa semua ni abah?" Soalnya. Kaget membaca syarat yang telah ditetapkan oleh arwah atuknya, Tengku Ibrahim. "Tak masuk akal!" Ujarnya lagi. Fail tersebut ditutup kasar dan diletakkan di atas meja. Tengku Furqan sekadar memandang. Dapat menjangkakan reaksi adiknya itu selepas menbaca syarat berkenaan. "Siapa Haji Shafie tu abah?" Soalnya lagi. Mukanya masih berkerut.Tengku Faisal dan Tengku Fauziah berpandangan sebelum menjawab soalan anaknya itu.
"Kawan baik atok. " Jawab uminya. "Kawan baik atok? Tak pernah dengar pun sebelum ni?" sejenak dia berfikir. "Apa semua ni abah? Boleh tak abah bagitahu Ruz apa makna semua ni?" Bertalu-talu soalan yang keluar. Belakang rambutnya dipegang kasar. "Ruz dengar dulu apa yang kami nak katakan. Atok buat semua ini bersebab." Uminya memujuk supaya Fairuz bersabar. "Bersebab? Umi, tak kan lah disebabkan dia kawan baik atok, atok peralatkan Ruz dan Is untuk kahwin dengan anak dia. Lagipun kalau disebabkan harta tu Ruz terpaksa kahwin dengan orang yang Ruz tak kenal, im sorry. I'm not interested. Umi dan Abah cubalah berbincang dengan Is. Manalah tahu kot-kot Is berminat. I'm sorry abah, umi. Ruz tak berminat. " Ujarnya pantas bangkit dari kerusi. Mula mengatur langkah ke tingkat atas. "Ruz, dengar dulu apa yang abah nak cakap!'' Abangnya pantas bersuara bagi menahan adiknya dari terus meninggalkan perbincangan mereka. Masing-masing berpandangan. "Dengar apa lagi abang? Arwah atok yang Ruz sayang sanggup buat Ruz macam ni, sama macam Ruz tak ada maruah. Abang ingat dengan harta yang atok tinggalkan untuk Ruz tu boleh buatkan Ruz bahagia, bila Ruz terpaksa berkahwin dengan orang yang Ruz tak kenal?" Luah Tengku Fairuz dengan amarahnya. Wajah abangnya dipandang sekilas. Kakinya mula mengatur langkah. "Ruz, duduk dulu. Abah tak habis cakap lagi kamu dah melenting tak tentu pasal. Just sit down now! dengar apa yang abah nak beritahu." Abahnya bersuara pula. Tengku Fairuz dan Tengku Furqan memandang abah mereka sebelum duduk semula di kerusi masing-masing."Sebenarnya ini semua janji arwah atuk dengan keluarga Haji Shafie 20tahun dulu. Pada masa tu, abah dengan ayah Chik dalam perjalanan balik dari meeting di Kelantan, kami kemalangan. Kereta yang kami naik bertembung dengan bas. Hancur remuk kereta. Kami cedera parah. Ayah Chik patah kaki. Abah kehilangan banyak darah sebab hati abah cedera parah. kebetulan pula darah abah jenis darah kumpulan O negatif. Susah nak jumpa darah dari kumpulan O negatif." Tengku Faisal menghela nafas perlahan. Terbayang dimata kemalangan ngeri itu berlaku dengan begitu pantas. "Haji Shafie ada terjumpa dengan arwah Atok di surau hospital. Dia sudi menghulurkan bantuan pada abah dan ayah Chik. Haji Shafie dermakan hati dan darahnya pada abah memandangkan darah kami sama dan serasi. Haji Mustafa, ayah kepada Haji Shafie pula dermakan darahnya kepada ayah Chik. Mereka sekeluarga kebetulan ada di hospital kerana isteri Haji Shafie baru sahaja melahirkan bayi perempuan mereka. Atok berjanji akan satukan anak itu dengan salah satu cucunya dari keturunan abah atau ayah Chik." "Atok sangat terhutang budi dengan Haji Shafie sekeluarga dan berjanji akan balas segala pengorbanan yang Haji Shafie dah buat. Haji Shafie menolak dengan cadangan atok kerana dia ikhlas membantu. Tapi atok tidak putus asa. Tiga kali atok pergi merisik anak itu. Kali pertama atok pergi merisik masa dia berumur 5tahun tetapi risikan itu ditolak sebab anak itu masih kecil. Kali kedua atok pergi merisik masa tu dia dah berumur 10tahun, tapi tetap ditolak. Kali. ketiga atok pergi merisik dia masa dia umur 15tahun, masa tu Ruz dan Is belajar di Ireland. Sebelum pergi merisik, atok ada tanya Is samada Ruz ataupun Is dah ada girlfriend ataupun belum. Is pernah cakap dia sudah ada pilihan sendiri. Jadi atok pergi merisik anak Haji Shafie tu atas nama Ruz bukan nama Is. Tanpa Ruz sedar, Ruz dah lama bertunang dengan dia. Hampir 6 tahun." Ujar Tengku Faisal dengan panjang lebarnya. Tengku Fairuz terdiam seketika. Masih terkejut dengan berita pertunangannya. 'Tunang?'
"Abah, kenapa Ruz dan Is yang dijadikan syarat? kenapa tidak Abang Qan, Abang Fahmi dan Abang Fakhri?"
"Sebab anak Haji Shafie tu selesa dengan Ruz dan Is. Mungkin Ruz lupa. Dulu Haji Shafie pernah tinggal di Gombak sebelum dia berpindah ke Terengganu. Kami selalu bawa korang pergi melawat mereka disana. Sejak dari kecik Ruz dan Is selalu berkepit dan anak haji Shafie tu. Sejak dulu Ruz selalu cakap dengan Is, 'dia aku punya lah." Jawab uminya sambil tersrnyum. Masih terbayang dimatanya Fairuz dan Faiz selalu bergaduh bila bersama anak Haji Shafie. Masing-masing berebut mahu melayan anak Haji Shafie itu. "Kenapa Ruz tak ingat pun memory tu? " "Sebab Ruz jatuh sakit lepas Haji Shafie berpindah dari Gombak. Ruz demam panas. Sebulan Ruz meracau ingatkan dia. Bila Ruz dah sembuh dari demam, Ruz dah tak ingat apa-apa tentang dia. Masa tu umur Ruz 9tahun. Sampai sekarang Ruz tak ingat tentang dia kan? "Soal uminya lagi.Tengku Fairuz mengangguk.
"Qan ingat lagi umi masa tu, umi minta Qan simpan semua gambar-gambar Ruz dengan dia dalam stor, tak mahu Ruz tengok. Risau kalau Ruz jatuh sakit lagi." Abangnya menambah cerita. Tengku Fairuz diam sejenak sebelum meluahkan apa yang terbuku dihati. "Tapi abah, umi... Ruz ada pilihan sendiri." Beritahunya perlahan. Tengku Faisal, Tengku Fauziah dan Tengku Furqan tersentak mendengarnya. Mereka saling berpandangan. "Siapa orangnya Ruz?" Tengku Fauziah bertanya sebelum sempat suaminya membuka mulut. "Qazrina. Anak Dato' Sahamuddin. Ruz dah lama berkawan dengan dia. Sejak balik dari Ireland. Banyak kali Ruz nak bincang soal masa depan kami tapi sejak kebelakangan ni, kami sibuk. Jadi kami masih belum dapat berbincang lagi. Ruz harap umi dan abah faham keadaan Ruz." ujarnya. "Qazrina anak Dato' Sahamuddin dari Nusantara Holding? " Tengku Faisal bersuara tatkala memikirkan sesuatu. Fairuz mengangguk. "Qazrina tu model pakaian muslimah kan Ruz?" Tanya Tengku Furqan juga seperti mengingat sesuatu. Tengku Fairuz menoleh pada abangnya, memohon pengertian dari abang supaya tidak membicarakan tentang hal itu. Dia tahu abah dan uminya tidak akan suka kalau melibatkan soal publisiti! "Apa Qan? Model? Ruz, tell me the truth!" Abahnya sudah bersuara lantang. Tajam renungannya memandang Fairuz.Fairuz sudah menelan air liur kesat.
"The truth is, Ya. Qazrina.. model pakaian muslimah. Tapi abah, dia tak macam yang abah sangkakan. Tak macam artis-artis tu. Dia just modelling je abah." Tergagap-gagap dia menjelaskan. Abahnya mendengus kasar. "No Ruz! I said no. Big NO!" balas abahnya keras. Fairuz diam. Furqan juga diam. Bersalah dengan apa yang ditanya kepada Fairuz sebentar tadi. Tengku Fauziah memandang suaminya. "Betul apa yang abah cakapkan tu Ruz. umi pun tak suka kalau menantu dan anak-anak umi terlibat dengan dunia peragaan macam tu. Ruz cubalah bincang dengan Qaz elok-elok. Kalau dia sayangkan Ruz dan maruah Ruz, dia akan berhenti dari buat sesuatu perkara yang Ruz tak suka." Ujar Tengku Fauziah. "Apa-apa pun Ruz, abah tetap dengan keputusan abah. Abah tak kan terima menantu selain dari anak Haji Shafie. You think about it! " Abahnya memberi amaran keras dan terus berlalu meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya.'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan.Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar. Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka. "Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang. "Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya. "Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang deng
Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang."Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya. "Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel? " Soalnya.'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie. "Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuh
Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading. Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju. "Yus.." Panggil ibunya di luar bilik. Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri. Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas. * &
Usai berjogging di sekitar kawasan berhampiran Teratak Qaseh, Fairuz berlalu ke kamarnya untuk mandi dan solat sunat Dhuha yang sudah menjadi kebiasaannya sejak dari dulu lagi. Telefon pintarnya berbunyi notification menandakan ada WhatsApp masuk. Jarang sekali notifications berbunyi di hujung minggu begini.Sudah ditetapkan peraturan, weekend just for my precious family. Lambat-lambat Fairuz melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Telefon itu diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp nya.Tertera nama Fatihah di skrin. Fairuz mengerut dahi, sudah sekian lama adik kesayangannya itu tidak menghubunginya .~Abang, are you OKAY now? ~ <Fatihah>~I'm okay. Tehah? ~ <Fairuz>~Abang Is dah bagitahu Tehah~ <Fatihah>~Abang dah bertunang?~ <Fatihah>~Emmmm~ <Fairuz> ~Macam tulah kalau ikut k
Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland.Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding. "Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat. Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri.Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya.
Syarifah Aishah dan Yusra Saidah melangkah keluar dari Perpustakaan Desa diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Penghulu Kmapung Keruak. Dua sahabat itu berjalan seiringan menuju ke sebuah bangku di bawah pohon angsana. "Kak Shah!" Panggil Ainul, salah seorang kanak-kanak yang mengikiti kelas tuisyen. Aishah berlalu pergi dan meninggalkan Yusra bersendirian di situ. Beberapa minit kemudian, Aishah muncul kembali mendapatkan Yusra. "Kenapa ni Yus?" Aishah bertanya. Wajah sugul kawannya ditenung. Muka sedikit pucat dan matanya bengkak seperti baru lepas menangis. 'Yusra menangis? kenapa?' Aishah menyoal sendiri. Wajah Yusra ditenung lagi. Wajah yang sembab itu mengingatkannya sewaktu dia dan Yusra terpaksa menolak tawaran untuk ke universiti di Australia dulu akibat kemalangan yang menimpa dia. 'Adakah Yusra masih mengalami s
Yusra Saidah masih berteleku di tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat sunat istikarah 2 rakaat. Mengharapkan petunjuk dari Nya dalam membuat sebarang keputusan. Jam dinding ketika ini sudahpun menunjukkan angka satu pagi. Dia bangkit melipat sejadah dan telekung kemudian dia memulakan pembaringan.Seluruh biliknya sudah berubah rupa. Hasil kerja pekerja Butik Pengantin De Roses. Cantik! Lagi empat hari dia akan dinikahkan dengan tunangannya, Tengku Fairuz bin Tengku Faisal. Sungguh cepat masa berlalu. Minggu depan Aishah dan Azam akan berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melapor diri sebagai mahasiswa. Nampaknya hanya dia yang tidak dapat sertai mereka. Lagipun surat penangguhan kemasukkan ke Universiti sudah pun dihantar tiga minggu lepas bersama Furqan. Kebetulan pula bakal mertuanya meminta Tengku Furqan menemani Yusra Saidah untuk mencuba baju pengantin di Butik De
Tengku Fairuz mengadap komputer riba setelah penat membelek kertas kerjanya. Kerja yang sedia ada perlu diserahkan kepada Syed Ammar sementara dia cuti menguruskan majlis perkahwinannya. Lagi 3hari akan berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan di rumah Yusra. Dua minggu kemudian, majlis bagi pihak lelaki pula akan dijalankan serentak dengan majlis penyerahan kuasa Mentari Holdings. Tiba-tiba teringat pada sepupunya merangkap kawan baiknya. Segera telefon bimbit dicapai untuk berhubung dengan Tengku Faiz Iskandar di aplikasi WhatsApp.~Assalamualaikum Is~ <Fairuz>~Waalaikummusalam Ruz.~ <Iskandar>~Apa cerita ni? Sihat tak?~ <Iskandar>~Alhamdulillah sihat.~ <Fairuz> ~Lagi 3 hari aku akan kahwin dengan tunang
"Papa, Pak Ngah, sini tengok Mak Ngah," jerit Tengku Farhana.Tengku Farhan duduk di sisi Yusra, meminta maaf berkali-kali kerana rasa bersalah. Tengku Furqan dan Tengku Fairuz bungkam seketika sebelum masing-masing bergegas bangun menghampiri Yusra yang sudah terduduk di atas batu-batu kecil di tepi kolam ikan koi. "Kenapa ni Yusra?" tanya Fairuz kerisauan.Dia duduk dihadapan Yusra. Muka Yusra yang berkerut menahan sakit itu dipandang. Tangan Yusra memegang pegelangan kaki. "Mak Ngah jatuh tadi masa kejar abang."Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tengku Farhana, membuatkan Fairuz mencerun pandangan pada Yusra. Tengku Farhan sudah berlari ke sebelah Papanya takut dimarahi Pak Ngahnya. "Seronok main kejar-kejar sampai lupa awak tu dah jadi isteri orang?" j
"Qazrina?" Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz.Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'.Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon.Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi.Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak. "Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.
"Haaacooo! Haaacooo!"Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam.Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula. "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk.Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo. 
Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~ <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya
Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi. Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya. "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz.Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut."Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra. "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?" Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F
Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik! Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden. Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara. Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.Indah
Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh.Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra
Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut! "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila. Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling. "Aishah, ni