20 Tahun dulu.
Laju kaki Tengku Ibrahim melangkah ke unit kecemasan Hospital Bentong, Pahang apabila dia menerima panggilan dari pihak hospital yang menyatakan anak dan menantunya terlibat dalm kemalangan. Hampir sahaja tubuhnya melurut jatuh namun sempat di pegang oleh anak sulungnya, Tengku Farid.
"Assalamualaikum encik, boleh saya tanya bagaimana keadaan anak dan menantu saya?" ujarnya saat tiba d kaunter pendaftaran yang tersedia di situ.
"Waalaikummusalam. Namanya encik?" soal lelaki yang bertugas di situ. Tangannya pantas menekan-nekan papan kekunci dihadapannya.
"Tengku Ismail dan Tengku Faisal." Jawab Tengku Farid pantas sebelum sempat Tengku Ibrahim bersuara.
"Sekejap ye Tengku." Papan kekunci dihadapannya di tekan-tekan lagi.
"Ok, dah jumpa. Tengku berdua dah di bawa ke Unit Rawatan Rapi." sambungnya kemudian.
"Baiklah. Terima kasih ya" balas Tengku Farid.
Mereka melangkah ke ruang unit rawatan rapi. Longlai rasanya langkah tua Tengku Ibrahim. Sungguh tidak percaya anak dan menantunya terlibat dalam kemalangan ngeri. Bas lawan kereta Vios, tentu teruk Vios dibahangnya! bisik hati tuanya.
* * *
Pilu kian terasa saat terpandang tubuh anak dan menantunya yang terbujur kaku. Wayar berselerak di badan masing-masing. Sepi suasana di bilik berkenaan. Hanya kedengaran bunyi bip... bip... bip... bip... keluhan kasar dilepaskan. Masih terngiang-ngiang bait-baik kata dari Doktor Harun sebentar tadi.
Tengku Farid memandang ayahnya. Dia tahu ayahnya sedang berduka dengan apa yang berlaku. Telefon bimbit di kocek seluar bergetar. Segera telefon itu ditarik keluar. Nama Tengku Fauziah tertera. Dia bingkas berdiri dan keluar dari bilik berkenaan.
"Hello, assalamualaikum Ziah." perlahan sahaja suaranya.
"Waalaikummusalam abang. Abang, macam mana dengan keadaan Faisal? Abang Ismail pulak macam mana? Faisal dan abang Ismail ok kan abang?" bertalu-talu soalan dari Tengku Fauziah.
Tengku Farid memejam mata. Mencari kekuatan untuk berterus terang kepada adiknya.
"Ziah...." panggilnya perlahan.
"Mereka tenat." sambungnya bersama tangis halus. Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak dihati.
"Allahhhh" hanya itu kedengaran. Suasana senyap dihujung talian.
"Ziah.. ziah...ziah.. " panggilnya.
Namun sepi. Tiada sahutan dan akhirnya panggilan dimatikan.
* * *
"Assalamualaikum encik" sapa satu suara.
Tengku Ibrahim mendongak. Wajah lelaki disisinya dipandang.
"Encik ok ke?" tanya lelaki itu lagi.
Tengku Ibrahim meraut wajahnya berulang kali dan akhirnya keluhan berat dilepaskan. Berusaha memujuk hati sendiri. Pandangan dilontarkan ke kiri kanan. Sunyi sahaja perkarangan surau Hospital Bentong. Jam di dinding di toleh. Jam 1pagi!patutlah tiada orang di sini. Lelaki di sisinya masih memandangnya.
"Maaf kalau saya menganggu encik. Saya, Shafie." lelaki itu bersuara lagi lantas menghulurkan tangannya untuk bersalam. Lambat-lambat Tengku Ibrahim menyambut.
"Ibrahim." beritahunya kemudian.
"Encik Ibrahim ok ke? Maaf kalau saya bertanya, encik Ibrahim ada masalah ke?" tanya Shafie.
Keluhan Tengku Ibrahim kedengaran. Dia membaiki duduknya agar lebih selesa. Kepalanya diangguk kecik.
"Anak dan menantu saya. Mereka d ICU. Accident d highway bentong tadi" mendatar suara Tengku Ibrahim memberitahu.
Shafie bingkas duduk di sisi Tengku Ibrahim dan memeluk bahu itu. Tersentak Tengku Ibrahim dan perasaan sebak datang lagi.
"Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Anak dan menantu saya tenat." Luahnya.
"Boleh saya tahu doktor cakap apa?"
"Anak saya, Ismail cedera teruk dibahagian kaki. Kedua-dua belah kaki. Menantu saya, Faisal ada masalah sikit. Hatinya cedera akibat hentaman tu. Pendarahan tidak berhenti. Doktor tengah mencari darah jenis kumpulan O Negatif. Susah nak dapat. Darah kami tak sama." ujar Tengku Ibrahim perlahan.
"Kalau tidak menjadi masalah buat encik Ibrahim, boleh saya dermakan darah saya untuk menantu encik?" saat terdengar soalan yang keluar dari mulut Shafie, Tengku Ibrahim pantas memandang Shafie.
"Kebetulan darah saya O Negatif." Sambung Shafie.
"Ya Allah! betul ke ni? Alhamdulillah.. Alhamdulillah." Ucapnya syukur lantas meraup wajah tuannya. Tubuh Shafie dipeluk erat.
7 tahun dulu. Banglo setingkat itu dipandang. Jakun rasanya. Inilah kali pertama dia melihat banglo sebesar ini. Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya di kampung itu, rasanya jauh sangat bezanya. Bahagian dapur saja dah macam rumahnya dikampung, luasnya. 'uitt kalau rumah dia macam ni, alamatnya goyang kaki la akuuu' bisik hati kecil Yusra. Pandangan dilontarkan ke sekitar rumah banglo mewah itu. Masih belum puas ditilik rasanya. "Jom la Idah. Maaf la Idah.. Kak Fatt tak tahu la pulak abah dan umi akak pergi melawat abang akak." Suara Tengku Fatihah kedengaran sekaligus memecah keasyikkan Yusra Saidah dari terus menilik sekitar banglo itu. Yusra tersenyum memandang kakak angkatnya. "Alaa.. tak apalah akak. Bukan rezeki Idah la tu. " balas Yusra. Beg pakaiannya di angkat dan mengekori langkah kakak angkatnya. "Emm.. tapi akak rasa serba salah dengan Idah. Macam- macam dah akak plan aktiviti nak dibuat sejak ibu Idah b
"Yes!!" Jerit Yusra Saidah dan Aishah serentak. Sampul surat berwarna putih yang tertera lambang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakap erat oleh mereka. Akhirnya dapat juga mereka melangkah ke Universiti itu. Universiti yang menjadi kegilaan ramai pelajar kerana setaraf dengan Universiti antarabangsa. Ucapan syukur tidak henti-henti dari bibir dua sahabat karib itu. "Assalamualaikum.." Sapa satu suara memberi salam mengejutkan mereka yang sedang meraikan kegembiraan masing-masing. Kedua-duanya menoleh ke belakang. Jejaka berkulit hitam manis bersama motorsikalnya tersengih. "Gembira sakan nampak. Korang dapat U mana?" Sambung jejaka itu. "Kami dapat UKM. Kau?" Aishah menjawab smbil melayang-layangkan sampul surat berkenaan dihadapan Khairul Azam. Yusra disisi Aishah hanya mengangguk. "Eh, samalah kita. Tak sangka pulak kita dapat tempat yang sama kan? Aku ambil jurusan perubatan. Kau?" "Sama lah
Banglo setingkat yang mempunyai 11 bilik itu diberi nama Teratak Qaseh oleh Tengku Faisal buat isteri tercinta, Tengku Fauziah diawal usia perkahwinan mereka. Ruang atas dimana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur empat anak kesayangannya iaitu Tengku Furqan, Tengku Fairuz, Tengku Fatihah dan si bongsu, Tengku Farra. Turut tersedia dua buah bilik kerja untuk Tengku Furqan dan Tengku Fairuz.Di ruangan bawah pula menempatkan ruang tamu di tengah. Bilik solat di bahagian kanan dan bilik bacaan di sebelah kiri. Disebelah bilik bacaan terdapat satu lorong kecil yang digunakan untuk ke taman mini d laman belakang rumah. Antara ruang tamu dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding yang direka khas seperti pintu gerbang gua. Bilik pembantu rumah iaitu Siti dan Mak Kiah serta suaminya, Pak Mail turut tersedia berdekatan dengan ruang dapur.Ruang tamu itu riuh rendah dengan celoteh si kembar Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana. Si kecil yang baru berusia 5 tahun itu
Restoran Cili Api yang terletak elok di bawah bangunan milik Suria Mertari Holding dikunjungi oleh bakal CEO Suria Mentari Holding, Tengku Fairuz dan pasangan kekasihnya, Wan Qazrina bin Dato' Hisham. Pasangan yang sudah 4 tahun menjalin hubungan cinta itu kelihatan mesra sekali menikmati juadah tengahari. "So, bila orang tua Ruz boleh jumpa orang tua you, Qaz?" Soal Teruna kepada dara pujaan hati setelah selesai menikmati juadah tengahari. Wanita bertudung polos dihadapannya dipandang. "Jumpa? what you mean Ruz?" Soal Qazrina kehairanan. Tisu yang digunakan untuk mengelap bibirnya diletakkan ke meja. Wajah kekasihnya ditenung. Perlukan penjelasan. "Sebagai langkah pertama i untuk menghalalkan perhubungan kita." Jawab Tengku Fairuz dengan senyuman. "Wait Ruz.. i tak faham. Jumpa apa ni maksud you?" Tanya Qazrina lagi. Kerutan jelas terukir d dahi licinnya. &nb
Tengku Fairuz duduk bersantai di beranda kamarnya di Teratak Qaseh. Fikirannya terkenangkan kekasih hati yang kini sering kali mengelak untuk berjumpa dengannya. Kadang-kadang hatinya turut terdetik kemanakah hala tuju hubungannya dengan Qazrina. Temannya, Syed Ammar ada beritahu siang tadi dia ada terserempak dengan Dato' Sahamuddin, ayah Qazrina dan katanya lagi Qazrina bakal ditunangkan dengan Hisham anak Dato' Romzi hujung minggu ini. Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah 4 tahun hubungan cinta mereka terjalin selepas tamat pengajian di Ireland dulu. Dia mengenali Qazrina melalui sepupunya, Tengku Faiz Iskandar suatu ketika dulu. Qazrina, anak tunggal Dato' Sahamuddin salah seorang tokoh peniagaan yang disegani. Qazrina meneruskan minatnya dalam bidang peragaan busana muslimah biarpun ditentang hebat oleh ayahnya. Jiwa lasak sudah tersemat dalam diri biarpun orangnya ayu bertudung litup. Semangat kental dan petah bicaranya membua
Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya.'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan.Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar. Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka. "Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang. "Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya. "Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang deng
Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang."Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya. "Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel? " Soalnya.'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie. "Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuh
Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading. Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju. "Yus.." Panggil ibunya di luar bilik. Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri. Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas. * &
"Papa, Pak Ngah, sini tengok Mak Ngah," jerit Tengku Farhana.Tengku Farhan duduk di sisi Yusra, meminta maaf berkali-kali kerana rasa bersalah. Tengku Furqan dan Tengku Fairuz bungkam seketika sebelum masing-masing bergegas bangun menghampiri Yusra yang sudah terduduk di atas batu-batu kecil di tepi kolam ikan koi. "Kenapa ni Yusra?" tanya Fairuz kerisauan.Dia duduk dihadapan Yusra. Muka Yusra yang berkerut menahan sakit itu dipandang. Tangan Yusra memegang pegelangan kaki. "Mak Ngah jatuh tadi masa kejar abang."Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tengku Farhana, membuatkan Fairuz mencerun pandangan pada Yusra. Tengku Farhan sudah berlari ke sebelah Papanya takut dimarahi Pak Ngahnya. "Seronok main kejar-kejar sampai lupa awak tu dah jadi isteri orang?" j
"Qazrina?" Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz.Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'.Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon.Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi.Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak. "Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.
"Haaacooo! Haaacooo!"Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam.Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula. "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk.Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo. 
Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~ <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya
Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi. Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya. "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz.Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut."Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra. "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?" Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F
Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik! Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden. Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara. Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.Indah
Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh.Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra
Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut! "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila. Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling. "Aishah, ni