Share

Bab 1 : CBYS

Author: Sm.mh
last update Last Updated: 2021-07-21 15:53:06

"Yes!!" 

Jerit Yusra Saidah dan Aishah serentak. Sampul surat berwarna putih yang tertera lambang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakap erat oleh mereka. Akhirnya dapat juga mereka melangkah ke Universiti itu. Universiti yang menjadi kegilaan ramai pelajar kerana setaraf dengan Universiti antarabangsa. Ucapan syukur tidak henti-henti dari bibir dua sahabat karib itu.

"Assalamualaikum.."

Sapa satu suara memberi salam mengejutkan mereka yang sedang meraikan kegembiraan masing-masing. Kedua-duanya menoleh ke belakang. Jejaka berkulit hitam manis bersama motorsikalnya tersengih.

"Gembira sakan nampak. Korang dapat U mana?" Sambung jejaka itu. 

"Kami dapat UKM. Kau?" Aishah menjawab smbil melayang-layangkan sampul surat berkenaan dihadapan Khairul Azam. 

Yusra disisi Aishah hanya mengangguk.

"Eh, samalah kita. Tak sangka pulak kita dapat tempat yang sama kan? Aku ambil jurusan perubatan. Kau?"

"Sama lah aku. Cuma Yus je lain" Kendur suara Aishah. Terkilan sebenarnya kerana dia dan Yusra tidak sama jurusan nanti.

"Yus ambil jurusan apa?" Soal Azam kemudian sambil memandang Yusra.

"Yus dapat bioperubatan. Kalau ikutkan minat, Yus minat perubatan tapi tak tahu lah macam mana boleh dapat jurusan ni. Azam dari mana?"

"Azam dari rumah Mazlan. Tolong servis laptop kakak dia. Ni korang dah habis mengajar ke?"

"Dah. Kitorang dah nak balik dah pun. Singgah sini tengok-tengok surat je." Beritahu Yusra jujur.

Azam terangguk-angguk. Matanya tidak lepas dari menatap wajah lembut Yusra. Yusra menunduk. Aishah menyedari perubahan temannya lantas bersuara.

"Oklah Azam. Rasanya dah lama kami kat sini,nanti risau pulak Haji Shafie tu anaknya lambat balik. Kami balik dulu ya. Assalamualaikum. Yus, jom!" segera tangan Yusra ditarik. 

Yusra hanya menurut langkah Aishah yang semakin laju melangkah meninggalkan Azam dengan motorsikalnya.

*  *   *

"Shah, dah la.. Azam dah jauh dah." Beritahu Yusra. 

Segera tangannya menarik tangan Aishah supaya Aishah menghentikan langkah lajunya. Aishah menurut. Wajah Yusra dipandang.

"Aku tahu kau tak selesa dengan Azam selepas dia meluahkan perasan dia pada kau. Tapi Yus, kenapa kau tak suka dia? Dia kan kawan kita. Kita sama-sama study, makan, lepak di kantin, di library.. kenapa kau tak suka dia?" soal Aishah kemudian. 

Sudah lama dia simpan soalan ini. Hendak dituju kepada Yusra, dia bimbang kalau soalannya membuatkan Yusra tidak selesa.  Yusra mengeluh sebelum memberikan jawapan.

"Aku bukan tak suka dia Shah, cuma aku tak nak berikan dia harapan palsu. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Jujur aku cakap, aku selesa dengan dia tetapi hanya sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Lagipun aku masih tak boleh lupakan abang Faiz."

"Aku tahu dia sukakan aku sebab dia belum mengenali orang lain diluar sana. Mungkin bila dia mengenali dunia diluar, jumpa dengan ramai orang, baru dia faham apa itu rasa dicintai dan menyintai. Aku percaya suatu hari nanti dia akan jumpa dengan orang yang betul-betul menyintai dia. Dan yang pastinya orang itu bukan aku, Shah" Luah Yusra.

Aishah kehilangan kata-kata. Wajah comel sahabatnya direnung. Akhirnya dia mengangguk kecil disertai segaris senyuman dibibir. Lengan Yusra dipeluk erat lalu mereka melangkah bersama. 

Yusra atau nama penuhnya Yusra Saidah binti Haji Shafie telah lama bersahabat dengan Sharifah Aishah bin Syed Hamidi. Persahabatan mereka bermula dari zaman hingusan sehingga ke zaman persekolahan. Kebetulan pula mereka tinggal berdekatan. Sejak dari sekolah rendah dan beralih ke sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara di Kuala Berang, mereka berpindah ke sekolah harian biasa di kampung mereka kerana Aishah baru sahaja kehilangan ayahandanya yang tercinta. Manakala nenek Yusra juga sedang sakit tenat.

Biarpun bersekolah di kawasan pendalaman, keputusan Sijil Penilaian Menengah (SPM)  menjadi saksi kejayaan Aishah dan Yusra bila masing-masing mencatatkan keputusan yang membanggakan. Tetapi rezeki mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak menyebelahi apabila tiba-tiba Aishah ditimpa kemalangan. Sebagai kawan baik kepada Aishah, Yusra memutuskan untuk meneruskan pengajian d tingkatan 6 sahaja disamping dapat membantu Aishah meneruskan rawatannya dan membantu Aishah dalam pelajaran.

Kali ini, dengan keputusan STPM yang cemerlang, mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke UKM. Dengan harapan yang tinggi menggunung, mereka berharap kali ini tiada lagi halangan untuk mereka terus menjejak kaki ke menara gading. Menggapai cita-cita mereka. 

Yusra dan Aishah diberikan kepercayaan oleh penduduk kampung untuk mengajar di Pusat Tuisyen yang ditempatkan di Perpustakaan Desa anjuran penghulu kampung pada setiap hari minggu.

*   *   *

"Assalamualaikum.." Yusra Saidah memberi salam tatkala sampai di halaman rumahnya. 

Terjengul kepala Che Da Ana di celah-celah pokok bunga ros yang pelbagai warna yang di tanam di laman rumahnya. Che Da Ana, kakak ibunya merangkap jiran tetangga yang paling rapat dengan keluarganya.

"Rajin Che Da berkebun" tegurnya dan meneruskan langkah menghampiri Che Da Ana.

"Salin pasu je Yus. Che Da tengok pokok-pokok ni dah besar dari pasu, tu yang tukar pasu tu. Lewat balik. Pergi mana?" Tanya Che Da Ana sambil menanggalkan sarung tangan yang dipakai. Peluh di dahu dilap dengan tuala 'good morning' yang diletakkan dibahunya.

"Yus dari kedai Ustaz Lokman tadi. Saja tengok-tengok surat dan Yus jumpa surat ni Che Da" Beritahu Yusra sambil tersenyum.

Surat itu dihulurkan kepada Che Da Ana. Che Da Ana menggeleng.

"Surat apa tu Yus? bukalah. Tangan Che  Da kotor, nanti kotor pulak surat tu Yus."

"Surat dari U Che Da. Yus dapat masuk UKM Che Da" Jawab Yusra girang. Che Da tersenyum.

"Alhamdulillah.. Tak sia-sia pengorbanan Yus selama ini." Che Da Ana meraup wajah dengan telapak tangannya. Syukur.

"Mudah-mudahan Che Da. Aishah pun dapat sama dengan Yus, lagilah Yus suka Che Da. Ibu dan ayah ada dirumah tak Che Da?" Soal Yusra kemudian sambil menjeling ke laman rumahnya yang sunyi seperti tidak berpenghuni. Motorsikal Kriss ayahnya juga tiada d garaj. Hanya kereta proton wira  sahaja yang tersadai elok di tempatnya. 

"Tadi ibu dan ayah Yus pergi kebun. Lama dah perginya. Kejap lagi baliklah tu." Jawab Che Da Ana. 

Langkah di atur ke bangku kayu dan melabuhkan punggungnya di situ. Yusra mengekori langkah Che Da Ana. Intan Suhana, cucu Che Da Ana muncul di sebalik dapur sambil menatang sedulang air teh o bersama karipap.

"Nek, minum dulu. Kak Yus jom la join sekali" ujar Intan Suhana kemudian. Tangannya sibuk menuang air ke cawan. Sungguh tertib kelakuan anak itu biarpun baru berusia 8tahun.

"Abang Idi mana Sue?" tanya Yusra. Cawan teh o diangkat n dihirup sedikit. 

"Tadi Sue tengok dia pergi memancing sungai belakang rumah . Ikut Pak Salleh." Jawab Intan Suhana sambil mengunyah karipap. 

*   *   *

Rumah Haji Shafie dan Hajah Sumayyah riuh rendah dengan suara saudara mara dan jiran tetangga terdekat. Hari ini mereka mengadakan kenduri kesyukuran sempena Yusra Saidah dan adiknya, Yusran Saidi memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM. Yusra Saidah bakal ke UKM dan Yusran Saidi bakal ke Matrikulasi Pahang. Senyuman tidak lekang dari bibir masing-masing. 

Haji Shafie sangat berbangga dengan kejayaan anak-anaknya dan berharap mampu menjadi contoh kepada remaja yang lain. Anak sulungnya, Yadif Safwan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah pendalaman orang asli d Gua Musang, Kelantan. 

Anak keduanya, Yasmin Safwah tidak dapat pulang ke kampung bagi meraikan kejayaan adik- adiknya kerana cuti tidak diluluskan. Yasmin Safwah sudahpun berumahtangga dengan seorang doktor dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yamin Zafrin dan Yasmin Zehra. Dia dan suaminya, Doktor Zulkifli berkhidmat di bumi Sandakan, Sabah.

Related chapters

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 2 : CBYS

    Banglo setingkat yang mempunyai 11 bilik itu diberi nama Teratak Qaseh oleh Tengku Faisal buat isteri tercinta, Tengku Fauziah diawal usia perkahwinan mereka. Ruang atas dimana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur empat anak kesayangannya iaitu Tengku Furqan, Tengku Fairuz, Tengku Fatihah dan si bongsu, Tengku Farra. Turut tersedia dua buah bilik kerja untuk Tengku Furqan dan Tengku Fairuz.Di ruangan bawah pula menempatkan ruang tamu di tengah. Bilik solat di bahagian kanan dan bilik bacaan di sebelah kiri. Disebelah bilik bacaan terdapat satu lorong kecil yang digunakan untuk ke taman mini d laman belakang rumah. Antara ruang tamu dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding yang direka khas seperti pintu gerbang gua. Bilik pembantu rumah iaitu Siti dan Mak Kiah serta suaminya, Pak Mail turut tersedia berdekatan dengan ruang dapur.Ruang tamu itu riuh rendah dengan celoteh si kembar Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana. Si kecil yang baru berusia 5 tahun itu

    Last Updated : 2021-07-21
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 3 : CBYS

    Restoran Cili Api yang terletak elok di bawah bangunan milik Suria Mertari Holding dikunjungi oleh bakal CEO Suria Mentari Holding, Tengku Fairuz dan pasangan kekasihnya, Wan Qazrina bin Dato' Hisham. Pasangan yang sudah 4 tahun menjalin hubungan cinta itu kelihatan mesra sekali menikmati juadah tengahari. "So, bila orang tua Ruz boleh jumpa orang tua you, Qaz?" Soal Teruna kepada dara pujaan hati setelah selesai menikmati juadah tengahari. Wanita bertudung polos dihadapannya dipandang. "Jumpa? what you mean Ruz?" Soal Qazrina kehairanan. Tisu yang digunakan untuk mengelap bibirnya diletakkan ke meja. Wajah kekasihnya ditenung. Perlukan penjelasan. "Sebagai langkah pertama i untuk menghalalkan perhubungan kita." Jawab Tengku Fairuz dengan senyuman. "Wait Ruz.. i tak faham. Jumpa apa ni maksud you?" Tanya Qazrina lagi. Kerutan jelas terukir d dahi licinnya. &nb

    Last Updated : 2021-07-21
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 4 : CBYS

    Tengku Fairuz duduk bersantai di beranda kamarnya di Teratak Qaseh. Fikirannya terkenangkan kekasih hati yang kini sering kali mengelak untuk berjumpa dengannya. Kadang-kadang hatinya turut terdetik kemanakah hala tuju hubungannya dengan Qazrina. Temannya, Syed Ammar ada beritahu siang tadi dia ada terserempak dengan Dato' Sahamuddin, ayah Qazrina dan katanya lagi Qazrina bakal ditunangkan dengan Hisham anak Dato' Romzi hujung minggu ini. Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah 4 tahun hubungan cinta mereka terjalin selepas tamat pengajian di Ireland dulu. Dia mengenali Qazrina melalui sepupunya, Tengku Faiz Iskandar suatu ketika dulu. Qazrina, anak tunggal Dato' Sahamuddin salah seorang tokoh peniagaan yang disegani. Qazrina meneruskan minatnya dalam bidang peragaan busana muslimah biarpun ditentang hebat oleh ayahnya. Jiwa lasak sudah tersemat dalam diri biarpun orangnya ayu bertudung litup. Semangat kental dan petah bicaranya membua

    Last Updated : 2021-07-21
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 5 : CBYS

    Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya.'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan.Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar. Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka. "Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang. "Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya. "Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang deng

    Last Updated : 2021-08-16
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 6 : CBYS

    Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang."Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya. "Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel? " Soalnya.'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie. "Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuh

    Last Updated : 2021-09-08
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 7 : CBYS

    Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading. Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju. "Yus.." Panggil ibunya di luar bilik. Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri. Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas. * &

    Last Updated : 2021-09-08
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 8 : CBYS

    Usai berjogging di sekitar kawasan berhampiran Teratak Qaseh, Fairuz berlalu ke kamarnya untuk mandi dan solat sunat Dhuha yang sudah menjadi kebiasaannya sejak dari dulu lagi. Telefon pintarnya berbunyi notification menandakan ada WhatsApp masuk. Jarang sekali notifications berbunyi di hujung minggu begini.Sudah ditetapkan peraturan, weekend just for my precious family. Lambat-lambat Fairuz melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Telefon itu diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp nya.Tertera nama Fatihah di skrin. Fairuz mengerut dahi, sudah sekian lama adik kesayangannya itu tidak menghubunginya .~Abang, are you OKAY now? ~ <Fatihah>~I'm okay. Tehah? ~ <Fairuz>~Abang Is dah bagitahu Tehah~ <Fatihah>~Abang dah bertunang?~ <Fatihah>~Emmmm~ <Fairuz> ~Macam tulah kalau ikut k

    Last Updated : 2021-09-08
  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 9 : CBYS

    Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland.Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding. "Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat. Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri.Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya.

    Last Updated : 2021-09-08

Latest chapter

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 36 : CBYS

    "Papa, Pak Ngah, sini tengok Mak Ngah," jerit Tengku Farhana.Tengku Farhan duduk di sisi Yusra, meminta maaf berkali-kali kerana rasa bersalah. Tengku Furqan dan Tengku Fairuz bungkam seketika sebelum masing-masing bergegas bangun menghampiri Yusra yang sudah terduduk di atas batu-batu kecil di tepi kolam ikan koi. "Kenapa ni Yusra?" tanya Fairuz kerisauan.Dia duduk dihadapan Yusra. Muka Yusra yang berkerut menahan sakit itu dipandang. Tangan Yusra memegang pegelangan kaki. "Mak Ngah jatuh tadi masa kejar abang."Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tengku Farhana, membuatkan Fairuz mencerun pandangan pada Yusra. Tengku Farhan sudah berlari ke sebelah Papanya takut dimarahi Pak Ngahnya. "Seronok main kejar-kejar sampai lupa awak tu dah jadi isteri orang?" j

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 35 : CBYS

    "Qazrina?" Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz.Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'.Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon.Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi.Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak. "Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 34 : CBYS

    "Haaacooo! Haaacooo!"Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam.Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula. "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk.Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo. 

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 33 : CBYS

    Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~ <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 32 : CBYS

    Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi. Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya. "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz.Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut."Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra. "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?" Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 31 : CBYS

    Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik! Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden. Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 30 : CBYS

    Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara. Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.Indah

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 29 : CBYS

    Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh.Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra

  • Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia)    Bab 28 : CBYS

    Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut! "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila. Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling. "Aishah, ni

DMCA.com Protection Status