Banglo setingkat yang mempunyai 11 bilik itu diberi nama Teratak Qaseh oleh Tengku Faisal buat isteri tercinta, Tengku Fauziah diawal usia perkahwinan mereka. Ruang atas dimana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur empat anak kesayangannya iaitu Tengku Furqan, Tengku Fairuz, Tengku Fatihah dan si bongsu, Tengku Farra. Turut tersedia dua buah bilik kerja untuk Tengku Furqan dan Tengku Fairuz.
Di ruangan bawah pula menempatkan ruang tamu di tengah. Bilik solat di bahagian kanan dan bilik bacaan di sebelah kiri. Disebelah bilik bacaan terdapat satu lorong kecil yang digunakan untuk ke taman mini d laman belakang rumah. Antara ruang tamu dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding yang direka khas seperti pintu gerbang gua. Bilik pembantu rumah iaitu Siti dan Mak Kiah serta suaminya, Pak Mail turut tersedia berdekatan dengan ruang dapur.
Ruang tamu itu riuh rendah dengan celoteh si kembar Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana. Si kecil yang baru berusia 5 tahun itu tidak habis-habis bertanyakan soalan itu dan ini kepada datuk dan nenek mereka. Tak terlayan si nenek dan datuk melayan keletah mereka.
Nasib si kecil itu malang apabila ibunya, Nur Hanna meninggal dunia semasa melahirkan mereka lima tahun yang lalu. Mereka dibesarkan dan dijaga oleh kedua atuk dan nenek mereka. Tengku Farhan dan Tengku Farhana, permata hati Tengku Furqan. Duda anak dua yang segak. Sehingga kini masih belum ada sesiapa yang dapat mengisi kelosongan hatinya selepas perginya arwah Nur Hanna.
"Tokmi sayang adik tak?" Tanya Tengku Farhana kepada neneknya.
Tengku Fauziah mengeratkan lagi pelukannya sebelum menjawab pertanyaan cucunya itu.
"Mestilah tokmi sayang. Abang dan adik kan cucu tokmi dan tokbah. kenapa adik tanya?" soalnya kemudian.Tengku Farhana diribanya ditatap penuh kasih sayang. Sekilas dia memandang Tengku Farhan diriba datuknya, Tengku Faisal.
"Adik sayang tokmi. Sayang tokbah. Adik tak nak tokmi dan tokbah tinggalkan adik macam mama tinggalkan adik." Ujarnya. Ada nada sedih.Tengku Fauziah dan suaminya tersentak mendengarnya.
"Adik, tokmi dan tokbah sayang sangat kat adik. kami takkan tinggalkan adik. Mama adik pun sayangkan adik tapi Allah lebih sayangkan Mama. Mama adik kan baik, sebab itu Allah ambil mama adik dulu. Kalau abang dan adik sayang mama, adik dan abang kena banyak berdoa untuk mama. Jangan nakal-nakal nanti mama sedih." Tengku Fauziah berkata lembut dan melontar pandangan pada cucunya itu.
Ubun kepala Tengku Farhana dikucup kasih. Rasa sebak didada bila memikirkan cucunya itu merindui kasih dan belaian dari seorang ibu.
"Tokbah kenapa Papa jarang balik Johor?" Tengku Farhan di riba Tengku Faisal pula bertanya."Papa kan busy. Ramai patient yang perlu papa handle." Jawab Tengku Faisal. Suaranya lebih kepada memujuk. Tengku Farhan mendengus sebelum berkata.
"Papa selalu busy. Abang dah lama tak balik kampung jumpa Atuk dan Opah. Dekat klinik kan Uncle Khalil dan Uncle Azmi ada. Diorang boleh tolong papa handle patients bila papa cuti balik kampung."
"Abang ada cakap kat papa, abang rindu atuk dan Opah?" soal neneknya. Tengku Farhan mengeleng perlahan. Wajahnya muram.
"kenapa abang tak cakap kat papa?" soal neneknya lagi. "Papa sibuk. Selalu balik lewat. Bila sampai rumah mesti dah malam. Abang tahu papa mesti penat. Abang kesiankan papa." Beritahu Tengku Farhan jujur. "Abang, tokbah tak marah kalau abang nak balik johor jumpa Opah dan Atok tapi abang kena bincang elok-elok dengan papa. Nanti papa cuba cari masa untuk balik johor. Boleh?" Lembut suara datuknya bersuara. Tengku Farhan mengangguk. "Abang kenapa abang tak cakap dengan papa? kan adik dah pesan." Marah si adik. "Kenapa abang pulak? adik jelah cakap kat papa. Adik ni asyik suruh abang je." Bentak si abang. "Abang kan abang adik. Abang la yang kena cakap kat papa. Kan adik dah pesan banyak kali. Abang la yang salah." Jerit Tengku Farhana. Tengku Farhan mencerlung pandangan kepada adiknya. Segera dia berlari mendapatkan adiknya di riba Tengku Fauziah. Tengku Farhana pula bergegas melarikan diri. Nenek dan datuknya menggeleng kepala dengan keletah dua orang cucunya itu. "Ini baru dua orang cucu kita, abang. Kalu ramai macam cucu abang Long tu, hai macam mana lah agaknya saya nanti." Tengku Fauziah merungut kepada suaminya seraya senyuman terukir dibibir. Senyuman bahagia.* * *
"Ya Allah, kenapa abang pukul adik ni??" Jerit Tengku Furqan di laman rumah.
Tengku Farhana yang menangis dipeluk erat. Tengku Farhan memeluk tubuhnya sendiri. Berpaling membelakangkan tubuh Tengku Furqan dan adiknya. Muncung di bibir sudah ditarik. Masih geram dengan adiknya.
"Abang, papa tanya ni, kenapa abang pukul adik?" Soal Tengku Furqan apabila menyedari anak sulungnya mendiamkan diri. Merajuk. Farhana sudah berhenti menangis. "Adik tu.. dia cakap abang yang salah." Beritahu Tengku Farhan dengan rasa amarah masih tersisa. "Kenapa ni? Hal apa? Adik.. Abang.. cuba cerita elok-elok dekat papa. Kalau abang dan adik tak cerita kat papa, papa tak kan tahu hal apa." Tengku Furqan cuba memujuk anak-anaknya.'Sudahlah hari ni pesakit ramai di klinik, balik rumah anak-anak pula buat perangai. Pening! Pening!'
"Papa, abang rindu atok dan opah. Dah lama kita tak jumpa atok dan opah. Bila kita nak balik johor, papa?" Tengku Farhan bertanya perlahan.Tubuhnya berpusing mengadap papanya. Keruh wajahnya.
"Adik pun rindu opan dan atuk." ujar Tengku Farhana pula.Tengku Furqan mengeluh perlahan. Dia lantas duduk dan membawa tubuh anak-anaknya ke pelukannya
"Papa minta maaf sebab papa terlalu sibuk dengan kerja sampaikan papa abaikan anak-anak papa. Papa janji hujung minggu ni kita balik Johor." Tengku Furqan bersuara sambil membuat pinky promise kepada anak-anaknya.Mereka turut melakukan hal yang sama. Senyum terukir dibibir masing-masing.
* * *
"Umi, hujung minggu ni Qan ingat nak balik Johor." Beritahu Tengku Furqan kepada ibunya setibanya dia di ruang tamu.
Sofa disisi ibunya diisi. Tengku Fauziah melontar pandangan kepada suaminya sebelum kembali memandang Tengku Furqan.
"Qan nak ziarah pusara arwah Hanna. Dah setahun rasanya Qan tak jengguk pusara arwah. Lagipun anak-anak dah mula sebut nama Opah dan Atuk mereka. Rindu katanya." Sambung Tengku Furqan tanpa umi dan abahnya meminta perjelasan.
Uminya menghela nafas sebelum bertanya.
"Lama ke Qan balik Johor nanti? Klinik macam mana?" "Qan balik tak lama kot umi.. dalam empat hari saja. Jumaat, sabtu, ahad dan isnin dah balik sini. Klinik nanti Khalil dan Azmi tolong take over. Lagipun diorang baru je balik dari bercuti." Ujarnya.Dia tidak sanggup berada di Johor lama-lama kerana itu akan mengingatkan dia kepada kenangan bersama arwah isterinya yang tercinta.
"Oklah kalau macam tu Qan. Umi dan abah izinkan. Lagipun kesian dengan cucu-cucu umi tu. Petang tadi abang mengadu kat umi dan abah yang dia rindukan Atuk dan Opah. Qan, cuba lah luangkan sikit masa dengan diorang. Diorang rindukan Qan." Luah Tengku Fauziah. Mendung wajahnya. "Qan tahu tu umi tapi Qan betul-betul busy lately. Azmi dan Khalil ada emergency case. Masing-masing terpaksa balik kampung urus family matters. Qan tahu anak-anak perlukan Qan tapi Qan betul-betul busy lately." Ujar Tengku Furqan perlahan.Rasa bersalah menerpa diri tatkala memikirkan perasaan anak-anaknya yang rindukan belaian kasih sayang dari dia dan mungkin dari seorang ibu. 'Ibu? siapa yang sudi bersuamikan duda anak dua?' desis hati kecilnya.
"Iya Qan.. Umi faham. Cubalah Qan luangkan masa dengan mereka. InsyaAllah nanti mereka faham. Slow talk dengan diorang. Cucu umi tu bijak orangnya tentu diorang faham." "InsyaAllah umi. Qan akan cuba." "Mana cucu umi ni? dah tidur ke?" Soal Tengku Fauziah apabila menyedari kesepian rumahnya dari keletah cucunya itu.Jam di dinding dipandang. 'Masih awal lg.' desis hatinya.
"Sudah umi. Jam 9 tadi dah tarik spongebob masing-masing. Penat la tu mandi kolam petang tadi." "Emm macam-macam diorang ni. Perangai saling tak tumpah macam Qan kecil-kecil dulu. Nak tidur wajib tarik bantal busyuk dulu, kalu tak.. tak lena tidur la jawabnya." Ujar Tengku Fauziah sambil memandang anak sulungnya.Tengku Furqan tersenyum. Tengku Faisal turut tersenyum. Hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Matanya masih mengadap skrin tabletnya.
"Ruz, bila balik dari Jakarta abah?" Soal Furqan perihal adiknya, Tengku Fairuz yang kini masih berada di bumi Indonesia atas urusan peniagaan yang menjadi tonggak aset keluarganya. Adiknya mewarisi minat ayahnya yang minat dalam dunia peniagaan.Manakala dia pula berminat dalam bidang perubatan. Mujurlah kedua orang tuanya tidak pernah menghalang minat mereka adik-beradik.
"Tadi Ruz call abah katanya esok baru habis metting. Lusa baru tengok tapak projek. Lepas tengok tapak projek tu baru dia balik." Jawab Tengku Faisal berkerut-kerut wajahnya cuba mengingat kembali apa yang diberitahu oleh Tengku Fairuz sebentar tadi. "Nasib baik Ruz balik hari rabu. Sempat lah jumpa Farhana sebelum Qan balik Johor. Kalau tak, nangis tak berlagu la jawabnya." Tengku Fauziah menyambung selepas mendengar jawapan dari suaminya.Tengku Furqan mengangguk, mengiakan kenyataan yang diberitahu oleh ibunya. Bibirnya tersenyum apabila mengenangkan anak keduanya lebih rapat dengan Pak Ngah nya berbanding dengan dirinya.
"Tehah bila balik umi? Bila final exam?" Soalnya perihal adik ketiganya pula, Tengku Fatihah yang masih menuntut di University of Oxford di tahun akhir. "Kelmarin ada umi W******p dengan dia, katanya lagi sebulan nak final exam. Dah tak lama dah. InsyaAllah nanti habis konvokesyen dia balik sekali denga Is." Ujar Tengku Fauziah. "Farra macam mana dah sekarang umi?" Tentang adik bongsunya pula ditanya, Tengku Farra.Tengku Farra masih belajar di tingkatan 5, di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.
"Alhamdulillah.. dia sekarang dah boleh fokus dengan study dia. Bukan mudah dia nak hilangkan trauma tu tapi lama-lama dia dah boleh terima hakikat yang Dahlia dah tak ada." Beritahu Tengku Fauziah dengan suara mendatar.Masih jelas terbayang di matanya betapa Tengku Farra sangat terkesan dengan berita kehilangan sahabat baiknya, Dahlia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Restoran Cili Api yang terletak elok di bawah bangunan milik Suria Mertari Holding dikunjungi oleh bakal CEO Suria Mentari Holding, Tengku Fairuz dan pasangan kekasihnya, Wan Qazrina bin Dato' Hisham. Pasangan yang sudah 4 tahun menjalin hubungan cinta itu kelihatan mesra sekali menikmati juadah tengahari. "So, bila orang tua Ruz boleh jumpa orang tua you, Qaz?" Soal Teruna kepada dara pujaan hati setelah selesai menikmati juadah tengahari. Wanita bertudung polos dihadapannya dipandang. "Jumpa? what you mean Ruz?" Soal Qazrina kehairanan. Tisu yang digunakan untuk mengelap bibirnya diletakkan ke meja. Wajah kekasihnya ditenung. Perlukan penjelasan. "Sebagai langkah pertama i untuk menghalalkan perhubungan kita." Jawab Tengku Fairuz dengan senyuman. "Wait Ruz.. i tak faham. Jumpa apa ni maksud you?" Tanya Qazrina lagi. Kerutan jelas terukir d dahi licinnya. &nb
Tengku Fairuz duduk bersantai di beranda kamarnya di Teratak Qaseh. Fikirannya terkenangkan kekasih hati yang kini sering kali mengelak untuk berjumpa dengannya. Kadang-kadang hatinya turut terdetik kemanakah hala tuju hubungannya dengan Qazrina. Temannya, Syed Ammar ada beritahu siang tadi dia ada terserempak dengan Dato' Sahamuddin, ayah Qazrina dan katanya lagi Qazrina bakal ditunangkan dengan Hisham anak Dato' Romzi hujung minggu ini. Satu keluhan berat dilepaskan. Sudah 4 tahun hubungan cinta mereka terjalin selepas tamat pengajian di Ireland dulu. Dia mengenali Qazrina melalui sepupunya, Tengku Faiz Iskandar suatu ketika dulu. Qazrina, anak tunggal Dato' Sahamuddin salah seorang tokoh peniagaan yang disegani. Qazrina meneruskan minatnya dalam bidang peragaan busana muslimah biarpun ditentang hebat oleh ayahnya. Jiwa lasak sudah tersemat dalam diri biarpun orangnya ayu bertudung litup. Semangat kental dan petah bicaranya membua
Tengku Fairuz resah di pejabatnya. Masih memikirkan tentang wasiat yang arwah datuk tinggalkan. Cerita tentang keluarga Haji Shafie masih menganggu fikirannya.'Siapa tunangnya?' soalan yang masih tiada jawapan.Uminya memberitahu surat yang diamanatkan oleh datuknya masih belum diserahkan kepada mereka sekeluarga. Dia perlu menunggu dengan sabar. Ketukan dipintu bilik pejabatnya dibiarkan. Lama-lama ketukan itu hilang dan digantikan dengan bunyi pintu pejabatnya dibuka. "Ruz, jom lunch. Syahmi dah tunggu kita kat bawah." Suara Syed Ammar menyapa telinganya.Fairuz menoleh. Wajah ceria temannya dipandang. "Ruz.. jom laaa" Syed Ammar bersuara lagi. Bahu Fairuz ditepuk perlahan.Lambat-lambat Fairuz bangun dan mengekori langkah sahabatnya. "Kau dah kenapa ni Ruz? Muka macam orang baru putus cinta je ni.. Qaz ada buat hal ke? eh, kau dah bincang deng
Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang."Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya. "Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel? " Soalnya.'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie. "Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuh
Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading. Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju. "Yus.." Panggil ibunya di luar bilik. Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri. Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas. * &
Usai berjogging di sekitar kawasan berhampiran Teratak Qaseh, Fairuz berlalu ke kamarnya untuk mandi dan solat sunat Dhuha yang sudah menjadi kebiasaannya sejak dari dulu lagi. Telefon pintarnya berbunyi notification menandakan ada WhatsApp masuk. Jarang sekali notifications berbunyi di hujung minggu begini.Sudah ditetapkan peraturan, weekend just for my precious family. Lambat-lambat Fairuz melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Telefon itu diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp nya.Tertera nama Fatihah di skrin. Fairuz mengerut dahi, sudah sekian lama adik kesayangannya itu tidak menghubunginya .~Abang, are you OKAY now? ~ <Fatihah>~I'm okay. Tehah? ~ <Fairuz>~Abang Is dah bagitahu Tehah~ <Fatihah>~Abang dah bertunang?~ <Fatihah>~Emmmm~ <Fairuz> ~Macam tulah kalau ikut k
Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland.Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding. "Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat. Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri.Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya.
Syarifah Aishah dan Yusra Saidah melangkah keluar dari Perpustakaan Desa diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Penghulu Kmapung Keruak. Dua sahabat itu berjalan seiringan menuju ke sebuah bangku di bawah pohon angsana. "Kak Shah!" Panggil Ainul, salah seorang kanak-kanak yang mengikiti kelas tuisyen. Aishah berlalu pergi dan meninggalkan Yusra bersendirian di situ. Beberapa minit kemudian, Aishah muncul kembali mendapatkan Yusra. "Kenapa ni Yus?" Aishah bertanya. Wajah sugul kawannya ditenung. Muka sedikit pucat dan matanya bengkak seperti baru lepas menangis. 'Yusra menangis? kenapa?' Aishah menyoal sendiri. Wajah Yusra ditenung lagi. Wajah yang sembab itu mengingatkannya sewaktu dia dan Yusra terpaksa menolak tawaran untuk ke universiti di Australia dulu akibat kemalangan yang menimpa dia. 'Adakah Yusra masih mengalami s
"Papa, Pak Ngah, sini tengok Mak Ngah," jerit Tengku Farhana.Tengku Farhan duduk di sisi Yusra, meminta maaf berkali-kali kerana rasa bersalah. Tengku Furqan dan Tengku Fairuz bungkam seketika sebelum masing-masing bergegas bangun menghampiri Yusra yang sudah terduduk di atas batu-batu kecil di tepi kolam ikan koi. "Kenapa ni Yusra?" tanya Fairuz kerisauan.Dia duduk dihadapan Yusra. Muka Yusra yang berkerut menahan sakit itu dipandang. Tangan Yusra memegang pegelangan kaki. "Mak Ngah jatuh tadi masa kejar abang."Mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Tengku Farhana, membuatkan Fairuz mencerun pandangan pada Yusra. Tengku Farhan sudah berlari ke sebelah Papanya takut dimarahi Pak Ngahnya. "Seronok main kejar-kejar sampai lupa awak tu dah jadi isteri orang?" j
"Qazrina?" Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz.Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'.Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon.Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi.Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak. "Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.
"Haaacooo! Haaacooo!"Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam.Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula. "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk.Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo. 
Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~ <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya
Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi. Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya. "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz.Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut."Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra. "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?" Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F
Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik! Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden. Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara. Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.Indah
Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh.Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra
Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut! "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila. Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling. "Aishah, ni