Home / All / Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia) / Chapter 11 - Chapter 20

All Chapters of Cinta Buat Yusra Saidah (Malaysia) : Chapter 11 - Chapter 20

38 Chapters

Bab 9 : CBYS

Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland. Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding.        "Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat.       Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri. Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya. 
last updateLast Updated : 2021-09-08
Read more

Bab 10 : CBYS

Syarifah Aishah dan Yusra Saidah melangkah keluar dari Perpustakaan Desa diikuti oleh beberapa orang kanak-kanak yang mengikuti kelas tuisyen anjuran Penghulu Kmapung Keruak. Dua sahabat itu berjalan seiringan menuju ke sebuah bangku di bawah pohon angsana.       "Kak Shah!" Panggil Ainul, salah seorang kanak-kanak yang mengikiti kelas tuisyen.  Aishah berlalu pergi dan meninggalkan Yusra bersendirian di situ. Beberapa minit kemudian, Aishah muncul kembali mendapatkan Yusra.       "Kenapa ni Yus?" Aishah bertanya.  Wajah sugul kawannya ditenung. Muka sedikit pucat dan matanya bengkak seperti baru lepas menangis.  'Yusra menangis? kenapa?' Aishah menyoal sendiri. Wajah Yusra ditenung lagi. Wajah yang sembab itu mengingatkannya sewaktu dia dan Yusra terpaksa menolak tawaran untuk ke universiti di Australia dulu akibat kemalangan yang menimpa dia.  'Adakah Yusra masih mengalami s
last updateLast Updated : 2021-09-14
Read more

Bab 11 : CBYS

Yusra Saidah masih berteleku di tikar sejadah setelah selesai menunaikan solat sunat istikarah 2 rakaat. Mengharapkan petunjuk dari Nya dalam membuat sebarang keputusan. Jam dinding ketika ini sudahpun menunjukkan angka satu pagi. Dia bangkit melipat sejadah dan telekung kemudian dia memulakan pembaringan. Seluruh biliknya sudah berubah rupa. Hasil kerja pekerja Butik Pengantin De Roses. Cantik! Lagi empat hari dia akan dinikahkan dengan tunangannya, Tengku Fairuz bin Tengku Faisal. Sungguh cepat masa berlalu.      Minggu depan Aishah dan Azam akan berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melapor diri sebagai mahasiswa. Nampaknya hanya dia yang tidak dapat sertai mereka. Lagipun surat penangguhan kemasukkan ke Universiti sudah pun dihantar tiga minggu lepas bersama Furqan.       Kebetulan pula bakal mertuanya meminta Tengku Furqan menemani Yusra Saidah untuk mencuba baju pengantin di Butik De
last updateLast Updated : 2021-09-14
Read more

Bab 12 : CBYS

Tengku Fairuz mengadap komputer riba setelah penat membelek kertas kerjanya. Kerja yang sedia ada perlu diserahkan kepada Syed Ammar sementara dia cuti menguruskan majlis perkahwinannya.         Lagi 3hari akan berlangsungnya majlis akad nikah dan persandingan di rumah Yusra. Dua minggu kemudian, majlis bagi pihak lelaki pula akan dijalankan serentak dengan majlis penyerahan kuasa Mentari Holdings.        Tiba-tiba teringat pada sepupunya merangkap kawan baiknya. Segera telefon bimbit dicapai untuk berhubung dengan Tengku Faiz Iskandar di aplikasi WhatsApp. ~Assalamualaikum Is~      <Fairuz>~Waalaikummusalam Ruz.~    <Iskandar>~Apa cerita ni? Sihat tak?~       <Iskandar>~Alhamdulillah sihat.~      <Fairuz>        ~Lagi 3 hari aku akan kahwin dengan tunang
last updateLast Updated : 2021-09-15
Read more

Bab 13 : CBYS

Telefon Tengku Fairuz berdering lagi. Dengan malas dia keluarkan telefon dari saku seluarnya. Sekilas dia melihat skrin telefon. Nama 'Tehah' yang tertera. Segera ditekan butang hijau.         "Hello, Assalamualaikum Tehah." Sapanya pembuka kata.         "Waalaikummusalam. Abang....." Suara adiknya, Tengku Fatihah kedengaran sayu.         "Kenapa ni Tehah?"         "Tadi Is bagitahu Tehah, abang dh nak kahwin lusa... betul ke?" Esakkan kecik kedengaran.           "InsyaAllah kalau ikutkan perancangan umi dan abah macam tu la Tehah. Kenapa ni?" Tanyanya. Mula gelisah mendengar adik kesayangannya menangis dihujung talian. Dia membetulkan duduknya cuba fokus untuk mendengar apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Fatihah.         "Kenapa tak tunggu Teh
last updateLast Updated : 2021-09-15
Read more

Bab 14 : CBYS

Yusra Saidah dan Syarifah Aishah melangkah masuk ke kedai runcit Ustaz Luqman. Kudin yang sedang menyusun stok minuman ke dalam peti sejuk menoleh bila terpandangkan susuk rakan sekelasnya. Dia menghentikan kerja itu lalu menutup pintu peti sejuk. Kakinya mendapatkan Yusra dan Aishah.        "Eh, korang bila daftar masuk U?" Tanya Kudin. Aishah dan Yusra berpandangan sebelum Aishah memberi jawapan pada soalan Kudin.        "InsyaAllah kalau tak ada hal, lagi 3 hari aku pergi KL daftar U."Jawab Aishah.        "Korang pergi sekali lah nanti? Azam dah pergi kan?" Tanya Kudin lagi.        "Aku pergi dengan mak aku. Yus tak pergi. Azam dah pergi ke? Aku tak tahu pun." Jawab Aishah lagi.        ''Kau tak pergi Yus? kenapa?" Kudin sudah berkerut. Sepertinya dia sudah ketinggalan cerita ni.
last updateLast Updated : 2021-09-16
Read more

Bab 15 : CBYS

Yusra Saidah mengenakan baju kurung moden berona off-white di hari bahagianya. Baju kurung moden yang ditempah khas oleh Tengku Fauziah kelihatan anggun apabila disarungkan ke tubuh kecil moleknya. Baju yang dilapisi lace penuh dan dihiasi labuci serta taburan manik berwarna silver-white di hujung lengan baju menaikkan lagi ciri-ciri eksklusif pada si pemakai. Yusra memilih selendang berona sama dengan bajunya. Veil polos turut dikenakan. Tampak berseri dan suci wajah itu. Wajahnya yang putih kemerah-merahan dicalitkan dengan sedikit alat mekap oleh Che Su, adik bongsu ibunya. Yusra senang dan berpuas hati dengan cara solekan yang sederhana. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu menonjol. Lagipun dia bimbang kalau-kalau Tengku Fairuz tidak mengenalinya.Sebentar lagi dia akan dinikahkan dengan Tengku Fairuz oleh ayahnya sendiri dan sebentar lagi juga dia akan melihat wajah tunangnya yang sebelum ini dia belum melihatnya walaupun melalui sekeping gamb
last updateLast Updated : 2021-09-16
Read more

Bab 16 : CBYS

Yusra Saidah kelihatan anggun dan manis dalam persalinan baju kebaya labuh songket berwarna kuning diraja. Persalinan songket yang dihiasi sulaman motif bunga tabur itu merupakan permintaan dari keluarga mertuanya. Yusra turut mengayakan sibar di bahagian bahunya bagi menampakkan lebih berkelas dan sopan. Tema perkahwinan diraja tidak lengkap sekiranya dia hanya bergaya ringkas. Dia menyarung dokoh berwarna silver itu ke lehernya.Dokoh dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun menarik seperti corak bermotif daun sukun. Ada juga dokoh yang bertatahkan batu permata yang berwarna warni. Dokoh yang tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dalam adat perkahwinan. Kebiasaannya pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan  memakai dokoh bagi menaikkan lagi keserian dalam majlis raja sehari. Selesai memakai tudung berona sama dengan baju k
last updateLast Updated : 2021-09-16
Read more

Bab 17 : CBYS

Jam sudah menunjukkan 6 petang, sudah agak lewat untuk menunaikan solat fardhu asar. Fairuz meminta diri dari tetamu yang hadir untuk berlalu ke kamar pengantin bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Selepas salamnya disambut, dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu bilik pengantin. Terjengul wajah Yusra yang sedang duduk di kerusi almari solek. Sebaik terpandang  suaminya, Yusra bingkas bangun namun Fairuz mengisyaratkan supaya Yusra terus duduk dan membiarkan dia sahaja yang menghampiri Yusra. Yusra duduk ke posisi asal. Tengku Fairuz berdiri dibelakangnya dan melihat wajah Yusra disebalik pantulan cermin. Tangannya diletakkan di bahu Yusra. Yusra mematungkan diri bila terasa ada tangan di bahunya. Fairuz senyum sinis melihat reaksi Yusra. Tangannya diangkat dan segera dia berlalu ke katil.           "Kau dah solat?" tanya Fairuz sebagai satu mukadimmah. 
last updateLast Updated : 2021-09-17
Read more

Bab 18 : CBYS

Toyota Corrolla Altis memasuki kawasan parkir sebaik sahaja  sampai di homestay tempat keluarga Fairuz menginap sepanjang 4hari 3malam. 3 buah homestay telah disewakan untuk menampung sebahagaian besar keluarga arwah Haji Ibrahim untuk meraikan hari perkahwinan Fairuz dan Yusra. 1 homestay untuk Keluarga Tengku Faisal, 1 homestay untuk keluarga Tengku Farid dan 1 homestay untuk Tengku Ismail dan Tengku Sulaiman.             Dari jauh sudah kelihatan sanak saudara Fairuz sedang menyusun beg pakaian ke dalam boot kereta masing-masing. Handbrake ditarik dan suis kereta dimatikan. Fairuz melirik pada Yusra di kerusi sebelah.          "Kau jangan jauh dari aku. Aku tak suka kalau ada mata-mata yang pandang kau lain macam. Ingat sini ramai orang. Jaga tingkah laku kau sebagai isteri aku. And one more thing, don't forget to call me 'abang' when in front of our family," beritahu Tengku Fairuz
last updateLast Updated : 2021-09-17
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status