Yusra Saidah mengenakan baju kurung moden berona off-white di hari bahagianya. Baju kurung moden yang ditempah khas oleh Tengku Fauziah kelihatan anggun apabila disarungkan ke tubuh kecil moleknya. Baju yang dilapisi lace penuh dan dihiasi labuci serta taburan manik berwarna silver-white di hujung lengan baju menaikkan lagi ciri-ciri eksklusif pada si pemakai.
Yusra memilih selendang berona sama dengan bajunya. Veil polos turut dikenakan. Tampak berseri dan suci wajah itu. Wajahnya yang putih kemerah-merahan dicalitkan dengan sedikit alat mekap oleh Che Su, adik bongsu ibunya.
Yusra senang dan berpuas hati dengan cara solekan yang sederhana. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu menonjol. Lagipun dia bimbang kalau-kalau Tengku Fairuz tidak mengenalinya.
Sebentar lagi dia akan dinikahkan dengan Tengku Fairuz oleh ayahnya sendiri dan sebentar lagi juga dia akan melihat wajah tunangnya yang sebelum ini dia belum melihatnya walaupun melalui sekeping gamb
Yusra Saidah kelihatan anggun dan manis dalam persalinan baju kebaya labuh songket berwarna kuning diraja. Persalinan songket yang dihiasi sulaman motif bunga tabur itu merupakan permintaan dari keluarga mertuanya.Yusra turut mengayakan sibar di bahagian bahunya bagi menampakkan lebih berkelas dan sopan. Tema perkahwinan diraja tidak lengkap sekiranya dia hanya bergaya ringkas. Dia menyarung dokoh berwarna silver itu ke lehernya.Dokoh dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun menarik seperti corak bermotif daun sukun. Ada juga dokoh yang bertatahkan batu permata yang berwarna warni.Dokoh yang tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dalam adat perkahwinan. Kebiasaannya pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memakai dokoh bagi menaikkan lagi keserian dalam majlis raja sehari.Selesai memakai tudung berona sama dengan baju k
Jam sudah menunjukkan 6 petang, sudah agak lewat untuk menunaikan solat fardhu asar. Fairuz meminta diri dari tetamu yang hadir untuk berlalu ke kamar pengantin bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.Selepas salamnya disambut, dengan berhati-hati dia memulas tombol pintu bilik pengantin. Terjengul wajah Yusra yang sedang duduk di kerusi almari solek.Sebaik terpandang suaminya, Yusra bingkas bangun namun Fairuz mengisyaratkan supaya Yusra terus duduk dan membiarkan dia sahaja yang menghampiri Yusra. Yusra duduk ke posisi asal.Tengku Fairuz berdiri dibelakangnya dan melihat wajah Yusra disebalik pantulan cermin. Tangannya diletakkan di bahu Yusra.Yusra mematungkan diri bila terasa ada tangan di bahunya. Fairuz senyum sinis melihat reaksi Yusra. Tangannya diangkat dan segera dia berlalu ke katil. "Kau dah solat?" tanya Fairuz sebagai satu mukadimmah.
Toyota Corrolla Altis memasuki kawasan parkir sebaik sahaja sampai di homestay tempat keluarga Fairuz menginap sepanjang 4hari 3malam. 3 buah homestay telah disewakan untuk menampung sebahagaian besar keluarga arwah Haji Ibrahim untuk meraikan hari perkahwinan Fairuz dan Yusra. 1 homestay untuk Keluarga Tengku Faisal, 1 homestay untuk keluarga Tengku Farid dan 1 homestay untuk Tengku Ismail dan Tengku Sulaiman. Dari jauh sudah kelihatan sanak saudara Fairuz sedang menyusun beg pakaian ke dalam boot kereta masing-masing. Handbrake ditarik dan suis kereta dimatikan. Fairuz melirik pada Yusra di kerusi sebelah. "Kau jangan jauh dari aku. Aku tak suka kalau ada mata-mata yang pandang kau lain macam. Ingat sini ramai orang. Jaga tingkah laku kau sebagai isteri aku. And one more thing, don't forget to call me 'abang' when in front of our family," beritahu Tengku Fairuz
Yusra dan Fairuz berjalan seiringan menuju ke kedai runcit Ustaz Luqman. Masing-masing menyepi. Pergi ke kedai pun atas desakan Haji Shafie. Mungkin Haji Shafie mahu Fairuz dan Yusra berkenalan dengan lebih rapat lagi. "Pergilah masuk cari barang, aku tunggu kat luar je." Tengku Fairuz kemudiannya berlalu ke bangku yang disediakan di tepi kedai.Manakala Yusra Saidah melangkah masuk ke kedai dan mula mencari barang yang dipesan oleh ibunya sebentar tadi. "Eh pengantin baru, datang beli barang ke?" sapa satu suara dibelakang Yusra.Yusra menoleh. Kak Maryam sudah tersenyum sumbing. Kak Zainab pun sama. Yusra meneguk air liur berkali-kali.'Ah, sudah apa lah yang akan jadi kali...' Yusra mengeluh.Hari sebelum ni dia dah kena kecam, hari ini entah-entah kena kecam lagi. Dia mengeluh lagi. Senyuman diukir paksa, tidak mahu mencari pa
Teratak Qaseh tersegam indah dihadapan Yusra Saidah. Terlopong sekejap Yusra. 'Mak aih besar giler rumah! desis hatinya. Liurnya di teguk berkali-kali. Tengku Fairuz mematikan enjin kereta dan mula membuka pintu. Segera dia keluar dari kereta Toyota Corrolla Altis miliknya. Yusra disebelah langsung tidak dihiraukan. Yusra termangu seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka pintu kereta. Tengku Fauziah sudah tersenyum lebar di muka pintu. Menunggu kedatangan pengantin baru. Fairuz bersalam dengan uminya dan melangkah masuk. Yusra masih terpinga-pinga di sisi kereta. "Ruz, kenapa tinggal Yusra kat kereta?" Tanya Tengku Fauziah tatkala melihat anak keduanya menonong berjalan seorang diri tanpa meghiraukan isterinya. Fairuz berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang. Mendengus kecil seraya membuka kaca mata Rayban. Dia memusing badannya dan menghampiri Yusra. 
Tengku Fairuz membuka pintu kamarnya. Mencari kelibat Yusra Saidah. Terlihat sekujur tubuh sedang lena di atas sofa. Fairuz melangkah masuk dan menutup pintu biliknya. Yusra yang sedang lena didekati. Dia melabuhkan duduknya di tepi sofa.Cuba mengambil peluang untuk memerhati raut wajah yang sedang lena itu. Muka yang putih kemerahan- merahan itu kelihatan cantik walaupun sedang beradu.Mata itu cantik, mata bulat dan besar. Ya, dia tahu mata Yusra cantik dan dia suka curi-curi merenung mata itu. Hidung pula cantik terletak walaupun tidak mancung sangat. Bibir mungil itu kelihatan sentiasa segar dan sentiasa warna kemerahan walaupun tanpa secalit lipstik. Bila tersenyum terserlah lekuk lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.Rambut Yusra bukan hitam lebat tetapi berwarna keperangan. Rambut itu ikal mayang paras dada. Cantik persis bidadari! Fairuz meneguk liur. Mengiakan kata-kata Syahmi sebentar tadi dan dia akui Yusra memang cantik. Natural
Fairuz menghulurkan tali leher berwarna biru kepada Yusra. Yusra terpinga-pinga namun disambut jua. "Nak buat apa ni?" tanya Yusra lurus.Tali leher itu dipandang dengan pandangan kosong. Macam mana nak buat? Yang kena simpul-simpul tu ke? "Eh.. kau ingat aku nak bagi kau untuk apa ni? Aku nak pakai la. Apasal la kau ni Yusra." Fairuz sudah berdiri di hadapan Yusra. Sedikit menunduk bagi menyamai ketinggian Yusra yang di paras dagunya. Yusra meneguk liur. Tali leher itu dilingkarkan ke leher suaminya. Masih lagi memikirkan macam mana caranya mahu menyimpul tali leher. "Kau dah kenapa ni Yusra? Yang kau tenung tie tu bagai nak tembus tu kenapa? Cepat la ikatkan tie ni." "Hah? tapi..." "Kau tahu t
Tengku Fauziah masih memerhati menantunya. Tidak puas hati dengan baju yang baru dipakai oleh Yusra Saidah. "Long, kalau tukar baju ni boleh ke?" Tengku Fauziah bertanya kepada kakak iparnya, Tengku Salimah.Tengku Salimah mengangguk berkali-kali. Yusra dan Fairuz mula berkerut dahi. Saling berpandangan. "Wait... why umi?" Tengku Fairuz bertanya dengan kerutan di dahi. Sekali lagi pakaian yang membaluti tubuh isterinya dipandang. Yusra kelihatan anggun dan sopan dalam busan gaun labuh berwarna emerald green itu. Sangat cantik pada matanya tapi kenapa umi mahu tukar? Yusra hanya membisu. Tidak mahu masuk campur urusan mereka. Kalau berkenan yang ni, dia tiada masalah. Lagipun baju yang dipakai ini pun sudah kelihatan terlalu mewah bagi dia, anak orang kampung.