Bab 1: Terbang ke Jakarta
Putrajaya, Malaysia
"Bang Mika, Fiya tetap mahu pergi ke persidangan perusahaan antarabangsa di Jakarta nanti. Tolonglah beri Fiya peluang untuk ke sana. Fiya merayu sangat-sangat pada Bang Mika," rayu seorang gadis muda dengan bersungguh-sungguh.
Seorang gadis muda sedang duduk di hadapan seorang lelaki bertubuh kekar dan berwajah tegas. Lelaki itu masih ralit menaip sesuatu di papan kekunci laptopnya. Setelah itu, dia memandang ke arah perempuan yang berada di hadapannya lalu bersuara.
"Tidak boleh, Fiya. Bang Mika dah minta Encik Fauzi untuk menjadi wakil syarikat kita di persidangan itu nanti. Cuba Fiya beritahu Bang Mika. Kenapa Fiya beria-ria sangat mahu ke sana? Fiya ada buah hati pengarang jantung yang tinggal di Jakarta?" soal Mikail dengan nada curiga saat menatap adik perempuannya itu.
Pertanyaan Abang Mika membuatkan kedua-dua bola mata Safiyya terbeliak karena terkejut apabila dia mendengar tuduhan yang tidak berasas dari abang sulungnya, Mikail.
"Ya Allah, apa yang Bang Mika maksudkan dengan perkataan buah hati pengarang jantung Fiya? Bang Mika sendiri tahu Fiya tidak ada teman istimewa atau kekasih hati. Baiklah, biar Fiya jujur dengan Bang Mika. Fiya mahu pergi ke persidangan itu sebab Fiya nak bercuti (berlibur) di sana. Tak salah, kan?" tanya Fiya sambil merenung anak mata Mikail.
“Persidangan itu penting, Fiya. Lebih penting dan utama berbanding niat Fiya mahu berjalan-jalan di sana. Dan Bang Mika yakin Umi tidak akan mengizinkan Fiya ke Jakarta. Fiya itu masih gadis. Belum berkahwin. Tidak ada mahram yang boleh menemani Fiya di sana. Abang Mika ada pertemuan bisnes dengan ahli perniagaan dari Brunei sewaktu persidangan itu berlangsung. Jadi, Abang Mika tak dapat pergi ke sana bersama Fiya." jelas Mikail dengan harapan adik bongsunya itu akan menerima penjelasannya dan membatalkan niat untuk ke Jakarta. Namun, hampa karena Safiyya masih tidak mahu mengalah dan bersikeras untuk memujuk hati abangnya itu.
"Tolonglah Fiya, Bang Mika. Kali ini saja. Fiya betul-betul nak pergi ke Jakarta. Fiya janji pada Bang Mika untuk mengutamakan persidangan itu. Setelah persidangan selesai, Fiya akan berjalan-jalan di sana sebentar. Fiya akan jaga diri dan maruah Fiya saat berada di Jakarta nanti. Abang Mika pujuklah Umi untuk izinkan Fiya ke Jakarta atas urusan kerja. Boleh lah, Bang Mika. Pliss." rayu Safiyya sambil memuncungkan bibirnya.
"Bang Mika tak dapat nak berjanji dengan Fiya. Fiya tahu sendiri bahawa Umi sangat menyayangi Fiya. Fiya satu-satunya anak perempuan Umi dan Abah. Tapi, Bang Mika akan cuba yakinkan Umi nanti." ucap Mikail setengah hati.
Kata-kata Bang Mika membuatkan Safiyya tersenyum lebar sebelum bersorak dengan nada separa berteriak. Mujur ruangan kerja abangnya itu 'private' dan terpisah dari ruangan kerja karyawan yang lain.
"Yess! Terima kasih, Bang Mika. Fiya doakan Bang Mika akan bahagia di dunia dan akhirat. Bang Mika satu-satunya abang kesayangan Fiya. Fiya sayang abang. Terima kasih banyak, Bang Mika." ujar Fiya dengan gembira.
"Sudah. Pergi siapkan semua kerja Fiya dulu. Pastikan semua kerja Fiya selesai sebelum Fiya ke Jakarta. Abang Mika tak akan izinkan Fiya ke sana kalau masih ada kerja yang tidak selesai." ugut Abang Mika sambil memandang wajah Safiyya seakan-akan memberi amaran kepada gadis itu. Safiyya terus berdiri dan memberi tanda hormat pada Bang Mika sebelum berkata,
"Baik, kapten." kata Fiya dengan senyuman tercetak manis di wajahnya.
'Yey, impianku untuk melancong ke Indonesia akan tercapai. Tak sabarnya!' hati Safiyya bersorak gembira.
Kemudian, Fiya keluar dari ruangan kerja milik Mikail dengan perasaan riang. Mikail hanya memandang langkah adik perempuannya yang menuju ke pintu ruangan sebelum berbisik perlahan,
"Umurmu sudah 26 tahun, Fiya tapi kelakuanmu seperti anak berumur 6 tahun. Siapa aja yang ingin menikahi adikku ini?"
Mikail mengeluh berat. Setelah memicit kepalanya yang tiba-tiba pusing dengan sikap Safiyya tadi, dia kembali menyambung semula tugasnya yang tergendala.
***
"Tidak, Fiya. Umi tak izinkan Fiya ke sana. Fiya itu perempuan. Masih tidak bernikah. Kalau jadi apa-apa di sana, tiada siapa yang boleh menolong Fiya." bantah Puan Hafizah dengan tegas.
"Umi, jangan berkata seperti itu. In shaa Allah, Fiya akan baik-baik saja di sana. Lagipun, Bang Mika sudah menempah bilik hotel 5 bintang di Jakarta. Fiya dengar, keselamatan hotel di sana memang terbaik, Umi. Izinkanlah Fiya pergi ke sana, Umi. Kali ini saja." rayu Safiyya dengan bersungguh-sungguh.
Tuan Ibrahim merupakan Abah Safiyya sedang membaca surat khabar (koran). Dia segera memandang istrinya, Puan Hafizah dari balik koran sebelum memulakan bicara dengan nada memujuk.
"Umi, izinkan saja Fiya ke sana. Bukan lama pun. Satu minggu aja. Tapi, Fiya mesti jaga diri ketika berada di sana. Jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan harga diri Fiya sebagai muslimah. Fiya mesti ingat pesanan abah ini." nasihat Abah dengan nada lembut.
"Fiya janji, Abah. Umi, adakah Umi mengizinkan dan melepaskan Fiya untuk pergi ke Jakarta?" Fiya memasang wajah memohon simpati. Moga-moga hati Uminya itu akan bertukar lemah saat melihat wajahnya saat itu. Akhirnya Puan Hafizah terpaksa mengalah dan menurut kehendak putrinya itu.
“Baiklah. Umi izinkan. Tapi Fiya mesti telefon Umi setiap hari supaya Umi tidak bimbang dengan keadaan Fiya di sana. Di sana nanti, Fiya kena jaga adab dan perilaku sebagai tetamu. Fiya wajib hormat segala peraturan tuan rumah dan jaga kelakuan Fiya. Umi tak nak Fiya buat perangai tak elok di rantau orang," pesan Puan Hafizah yang bersalut amaran.
"Baik, Umi. Fiya janji, Fiya akan selalu telefon Umi setiap hari dan Fiya akan ingat segala pesanan Umi dan Abah selama lapan hari seminggu dua puluh lima jam sehari. Terima kasih, Umi. Fiya sayaaaanng Umi." kata Safiyya dengan girang.
Tuan Ibrahim hanya tertawa kecil mendengar kata-kata anak gadisnya itu. Dia hanya tersenyum manis saat Safiyya memeluk isterinya itu dengan erat. Biarpun hati seorang ibu sentiasa gundah gulana dan bimbang akan keselamatan Safiyya, Puan Hafizah hanya menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa untuk melindungi putrinya itu. Apatah lagi, Safiyya merupakan putri tunggal dalam keluarga mereka dan menjadi sumber gelak tawa mahupun kebahagiaan dalam rumah tangganya bersama Tuan Ibrahim.
***
Safiyya sedang menatap ke luar jendela kapal terbang (pesawat) Malaysia Airlines. Dia menghela nafas panjang. Batinnya lega karena usahanya untuk meyakinkan orang tuanya berhasil. Dia tidak sabar untuk menjejakkan kakinya di bumi Indonesia nanti. Dia segera mengeluarkan brosur mengenai tempat-tempat percutian menarik yang terdapat di Jakarta. Matanya terpancar rasa tidak sabar saat dia membaca tentang keindahan Pulau Ancol, Masjid Istiqlal yang menjadi salah satu ikon Jakarta dan pelbagai lagi tempat yang menarik. Setelah dia selesai membaca brosur tersebut, rasa kantuk mulai menerpa ke dalam diri Safiyya. Dia melihat arlojinya.
"Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta akan mengambil masa selama dua jam lima minit (2 jam 5 minit). Jadi, aku masih ada masa untuk tidur sebentar."
Fiya membetulkan duduknya agar dia selesa untuk melelapkan mata walau sebentar cuma. Dia memejamkan mata dan tidak lama, dia sudah berlayar ke alam bawah sadarnya.
***
Setelah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta mengambil masa kira-kira dua jam lima minit, akhirnya pesawat milik Malaysia Airlines itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang turut dikenali sebagai Cengkareng Airport. Seperti penumpang yang lain, Safiyya menuruni anak tangga pesawat dengan berhati-hati menuju ke dalam bandara yang tersegam indah dan penuh dengan fasilitas yang terbaik.
"Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku selamat tiba di Jakarta." Fiya berjalan sambil menarik bagasinya dengan langkah gembira menuju ke pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Cengkareng Airport) sambil matanya melihat-lihat ke sekeliling bandara itu dengan kagum.
Bugh!
Tanpa sadar, Fiya telah terlanggar seorang lelaki. Tubuh mereka bertembung membuatkan Fiya mengaduh kesakitan di dalam hatinya.
'Ya Allah. Keras sekali dada lelaki ini. Rasanya aku seperti terlanggar tembok besar China.'
Fiya menyentuh bahu dan dadanya yang terasa sakit akibat pelanggaran sebentar tadi. Telinganya segera menangkap butir bicara lelaki yang berada di hadapannya itu.
"Aduh! Apa kamu buta?" tegur lelaki asing itu pada Safiyya. Safiyya pula hanya mampu tergamam dan terkaku di situ. Matanya lekat memandang wajah lelaki itu.
'Alangkah tampannya lelaki ini. Benar-benar ganteng seperti putera raja!" Safiyya memuji keindahan rupa lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan marah.
"Hei, aku sedang bicara dengan kamu. Apa kamu tidak melihat aku saat kamu berjalan tadi? Kok kamu bengong begini?" tanya lelaki misterius itu lagi.
Lelaki itu menggoyangkan telapak tangan kanannya ke arah kiri dan kanan betul-betul di hadapan wajah Safiyya. Jarak telapak tangan lelaki itu hanya 10 sentimeter dari muka gadis itu. Safiyya akhirnya tersadar dan dia memandang lelaki itu dengan pandangan bersalah sebelum bersuara dengan nada perlahan,
"Maaf, Encik. Saya tak sengaja tadi. Saya tak ada niat langsung nak langgar Encik. Saya betul-betul minta maaf. Boleh Encik maafkan saya?"
Pertanyaan Safiyya itu dibalas tatapan tajam Sang Lelaki.
"Maaf? Apa kamu pikir dengan maaf itu bisa menyelesaikan semua masalah? Jika begitu, dunia ini tidak perlu peradilan mau pun kewujudan hukum kalau dengan maaf itu bisa menyelesaikan segala-galanya." ujar lelaki itu dengan garang.
Bicara lelaki itu membuatkan Safiyya mulai muak dengan sikap lelaki yang seolah-olah tidak ada adab sopan santun.
"Setidaknya, bila saya meminta maaf pada Encik, itu menunjukkan budi bahasa saya. Sekali lagi, saya mohon maaf. Saya minta diri dahulu ya, Encik ganteng. Permisi."
Safiyya sempat mengerdipkan mata sebelah kirinya kepada lelaki asing itu sebelum segera berjalan dengan pantas meninggalkan tempat itu sambil tersenyum sinis.
Lelaki itu hanya merenung ke arah Safiyya yang sudah semakin jauh meninggalkannya.
"Dasar perempuan aneh! Sepertinya gadis itu bukan warga Indonesia. Pasti dari Malaysia. Ah, sudahlah. Bukan urusanku juga dari mana dia datang. Pasti Hani sudah lama menungguku. Mendingan aku segera ke sana." ujar lelaki itu lagi.
***
Salam kenal, teman-teman. Aku writer baru yang hanya mau berkarya. Jika ada kesalahan perkataan maupun ejaan, aku mohon maaf ya. Terima kasih sudah membaca cerita ini :)
Bab 2: Gadis AnehJakarta, IndonesiaRizky mencari kelibat tunangannya, Hani Alisya di sekitar bandara namun dia masih tidak bertemu dengan gadis itu. Dia mengeluarkan ponselnya dari poket seluar sebelum mendail nomor Sang Kekasih Hati. Tapi panggilannya tidak berjawab."Aihh, Hani ini ke mana aja sih? Katanya udah ada di bandara. Apa jangan-jangan dia sudah pulang sendiri? Nggak mungkin lah. Dia sudah berjanji untuk menunggu ku di…"Tiba-tiba belakang tubuh kekar milik Rizky dipeluk erat oleh seseorang. Terus saja bibir Rizky mengukir senyum. Ya, dia kenal siapa orang yang sedang memeluk tubuhnya saat itu. Dari bau parfum saja sudah cukup bagi Rizky untuk meneka dengan tepat. Orang itu tidak lain adalah Hani Alisya, tunangannya."Hani, kamu masih ingin terus memelukku di sini?" tanya Rizky yang masih berdiri tanpa melakukan apa-apa. Bibirnya masih tercetak senyuman manis ikhlas dari hat
Bab 3: Bunga-bunga pertengkaranSafiyya berdiri di hadapan elevator (lif) berdekatan lobi hotel untuk ke kamar hotelnya. Dia menguis hujung sepatu miliknya di atas lantai marmar hotel itu. Tiba-tiba ada satu suara berbisik di telinganya. Suara khas milik pria."Hai." Bisikan itu jelas kedengaran di telinga Safiyya.'Milik siapakah suara ini? Aku sepertinya pernah mendengar suara ini. Adakah…'Belum sempat Safiyya menghabiskan monolog dalamannya, dia segera memandang wajah insan yang sedang berdiri rapat dengan tubuhnya saat itu. Tepat sekali firasat hatinya! Lelaki itu adalah lelaki misterius yang Safiyya secara tidak sengaja bertemu di bandara dan di Asia Restaurant sore tadi! Wajah lelaki itu kelihatan tenang dan iris coklat gelap miliknya terpancar aura dingin."Kamu Nona sombong yang aku ketemu di bandara pagi tadi, bukan?" tanya lelaki itu dengan suara yang serius.Safiyya hanya menggelengkan kepalanya sebelum membalas
Bab 4: Hampir berciuman!"Apa? Penjahat kelamin? Maksudmu apa, Encik Ganteng? Aku tidak pernah mendengar perkataan itu." tanya Safiyya ingin tahu. Dia sudah berhenti ketawa."Loh, kamu tidak tau penjahat kelamin itu seperti apa? Kalau kamu mau tau, akan aku tunjukkan padamu," kata Rizky dengan senyuman penuh makna.Tanpa sempat Rizky menahan hasratnya untuk menguji perasaan gadis yang dia sendiri tidak tahu identitasnya, jemari Rizky segera menyentuh lalu menggenggam telapak tangan kanan gadis itu secara tiba-tiba. Safiyya kaget dengan kontak fisik secara mendadak itu lalu mencoba untuk menarik semula tangannya namun gagal karena tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding dirinya. Dengan pantas, tangan kiri Safiyya segera memukul tubuh Rizky dengan tas miliknya.'Lepaskan tanganku. Aku bilang, LEPASKAN TANGANKU!" teriak Safiyya dengan keras." Tidak akan pernah, Nona
Bab 5: KetahuanNamun tanpa sempat Rizky mengecup bibir gadis itu, tiba-tiba lif terbuka. Safiyya lega. Dia segera menolak tubuh Rizky menjauh dari tubuhnya. Tubuh Rizky yang tidak bersedia dengan tindakan pantas Safiyya itu berundur beberapa langkah ke belakang. Tapi apa yang mengejutkan Safiyya, orang yang sedang berdiri di hadapan pintu lif saat itu adalah… VIVIAN! Sahabatnya!'Ya Allah. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Aku bakalan mati jika Vivian mengabarkan hal ini kepada Abang Mikail!' batin Safiyya.Safiyya masih terkaku berdiri di situ. Dia dan Vivian masih berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing memasang wajah yang penuh rasa kaget. Rizky memandang kedua gadis itu dengan pandangan bingung tetapi dia tidak berkata apa-apa."Oh maaf. Kalian pasti sedang sibuk. Aku tunggu lift yang lain saja." Vivian berbicara sambil tersenyum mengusik. Matanya tepat memandang ke arah Saf
Bab 6: PersidanganSafiyya menyelak langsir untuk melihat keindahan pemandangan Kota Jakarta pada waktu malam melalui jendela kaca kamar hotelnya. Hatinya seolah-olah terbuai saat matanya menyaksikan keindahan Kota Jakarta saat itu. Gedung-gedung hotel dan gedung lain yang berdiri megah dihiasi lampu berwarna-warni menghidupkan lagi suasana malam. Bibir Safiyya mengukir senyuman sedih. Rasa gembira saat dia tiba di Jakarta bertukar sedih dan galau. Apatah lagi dia mengenangkan peristiwa yang terjadi antara dirinya dengan lelaki tanpa nama itu. Entah mengapa dia khawatir jika lelaki itu akan bertindak di luar kawalan dan batas pergaulan jika mereka bertemu lagi.'Kenapa semua ini terjadi padaku? Apakah karena aku tidak menuruti kemahuan Umi untuk tidak datang ke Jakarta lalu aku harus menerima hukuman seperti ini? Aku benar-benar berharap bahwa aku tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Jika aku terpaksa berurusan dengan dia, aku moho
Bab 7: Zafril"Sudahlah, Fiya. Sekarang, kita harus fokus dengan persidangan ini. Dan kau jangan berkeliaran tak tentu arah di sini tanpaku. Di sini, kau akan bertemu dengan lelaki bajingan yang suka mengincar gadis perawan sepertimu dan kau juga akan bertemu dengan ramai pewaris perusahaan yang tampan dan berkeperibadian baik. Jadi, pastikan kau sentiasa berada di sisiku agar lelaki hidung belang tidak akan berani untuk menghampirimu," bisik Vivian dengan suara yang tegas."Iya, aku tau. Mereka tidak akan pernah berani untuk mengusik apa pun yang menjadi kepunyaaan Dato' Vivian Adrienne Loh, pemilik perusahaan manufaktur tekstil ternama di Malaysia dan China sepertimu, sahabat," ujar Safiyya sambil tersenyum manis memandang wajah Vivian."Bagus. Aku akan melindungi dirimu atas permintaan Abang Mikail. Tidak, jujur saja aku memang ingin melindungimu kerana kau terlalu mudah mempercayai orang. Jadi, mari kita memasang waj
Bab 8: SelingkuhRizky dan beberapa karyawan berdiri di tepi pintu masuk aula hotel. Mata Rizky memerhatikan gelagat manusia yang memegang pelbagai gelaran hebat dan status tinggi dalam dunia perusahaan internasional sedang berjalan masuk ke dalam aula hotel. Papa dan Bundanya sedari awal sudah memasuki aula untuk menyertai persidangan itu. Hanya dirinya saja yang tidak layak untuk menyertai persidangan karena statusnya hanyalah sebagai karyawan biasa di kantor milik Papanya, Tuan Syahputra Wijaya.Malang sekali nasib hidupnya. Jika rakyat marhaen berpikir putra tunggal dari keluarga millionaire bisa mendapatkan kuasa, pangkat dan harta menimbun yang tidak pernah habis hingga tujuh keturunan dengan mudah, nasib Rizky sangat bertentangan dengan pemikiran rakyat marhaen itu. Sedari kecil dia sudah diajar dan dididik untuk mandiri dalam menghadapi gelombang hidup yang penuh dugaan.Dia dipaksa untuk membuktikan kemamp
Bab 9: JodohAkhirnya persidangan perusahaan internasional telah selesai sore itu. Sewaktu persidangan berakhir, Safiyya sempat bertukar kartu bisnis dengan beberapa ahli perniagaan dari pelbagai negara untuk menambah lagi koneksi bisnis perusahaan milik abangnya, Mikail. Zafril, Safiyya dan Vivian berjalan keluar dari aula hotel. Wajah mereka tampak lelah tetapi bersalut rasa gembira karena persidangan itu telah selesai mengikut jadwal yang telah ditetapkan. Perut mereka juga sudah kenyang karena usai persidangan, mereka dijamu dengan aneka juadah minum petang yang telah disediakan oleh pihak hotel."Fiya, apa malam ini kamu ada acara?" tanya Zafril dengan nada berbisik tetapi sempat didengari Vivian."Amboi, Zaf. Apa kau mahu mengajak Fiya keluar malam ini? Hanya kalian berdua?" soal Vivian."Iya, hanya berdua. Kau harus menemani suamimu, kan? Jadi, jangan menganggu rencanaku untuk keluar b
Bab 92: Setelah Tiga Tahun Berlalu"Kau yakin mau bertemu Rizky?" Vivian bertanya pada Safiyya yang sedang sibuk menyisir rambut dua putra kembarnya yaitu Amir Syahputra dan Aariz Syahputra. Kedua nama tersebut diberi oleh bapa mertuanya. Alasan terbesar Tuan Syahputra Wijaya ketika memberikan nama tersebut adalah beliau mau cucu-cucunya itu yang akan mewarisi perusahaan Wijaya Groups dan Wijaya Properties. "Bukan aku yang mau. Dia yang hendak bertemu denganku setelah dia tahu papanya akan menyerahkan dua perusahaan kepada Amir dan Aariz," jelas Safiyya, tenang. "Terus kenapa kau mau?" Desak Vivian, tak puas hati. "Vi. Aku harus bertemu dengannya. Lagian, dia sudah berjanji untuk bercerai denganku dan menyerahkan hak asuh anak-anak jika aku bersetuju menyerahkan dua perusahaan tersebut kepadanya.""Lelaki itu betul-betul gila! Dia sanggup menceraikanmu demi harta," cemooh Vivian. "Aku tak peduli tentang harta itu, Vi. Lagian semua itu memang milik keluarganya Rizky. Almarhum ayah
Bab 91: HamilMikail melihat arloji di pergelangan tangannya beberapa kali. Sebentar lagi, pesawat dari negeri tetangga akan tiba di KLIA. "Bro." Satu tangan menepuk lembut bahu Mikail. Mikail lantas menoleh ke belakang. Matanya membulat. "Kau buat apa dekat sini?" tanya Mikail dengan nada sebal. "Aku datang nak berjumpa dengan Safiyya lah," sahut Tengku Zafril enteng. Laki-laki itu tidak peduli dengan tatapan jengkel yang ditunjukkan Mikail secara terbuka. "Zaf, dah banyak kali kita berbincang tentang hal ini. Kau tak boleh berjumpa dengan adik aku buat sementara waktu. Apalagi Safiyya—""Bang Mika!" Mikail terdiam ketika dia melihat Safiyya berlari ke arah mereka. Tengku Zafril pula hanya tersenyum tipis di saat Safiyya meluru ke dalam dekapan Mikail. "Hai, Zaf." Vivian menyapa Tengku Zafril seraya tersenyum ramah. Di belakang wanita itu ada dua bagasi berukuran sederhana besar. "Oh, hai Vi. Sikitnya barang kau," seloroh Tengku Zafril. "Itu semua tak penting. Boleh kita ber
Bab 90: TerusirBRAKK!Tubuh Safiyya menegang sewaktu dia mendengar bunyi pintu kamar tidur dibanting dengan keras. Dia baru saja selesai berdoa setelah menunaikan salat Isya. Rizky langsung melabuhkan tubuh di atas ranjang. Matanya tajam merenung langit-langit kamar. Dadanya turun naik saat menarik dan membuang nafas.Selepas melipat dan meletakkan mukena di lemari, Safiyya berjalan mendekati ranjang lalu duduk di samping Rizky yang masih berbaring. Wajah suaminya terlihat gusar dan urat lehernya bahkan terlihat jelas. "Ada apa kamu ke mari, Riz?" Perlahan Safiyya membuka bicara. Rizky bangkit dari pembaringan. "Kenapa? Kamu tak suka melihatku datang? Apa kamu menyembunyikan laki-laki lain di sini?"Tuduhan tak masuk akal yang dilemparkan Rizky berhasil merobek hati Safiyya. "Aku bukan seperti kamu yang tak bisa menjaga hati, Riz. Langsung saja ke intinya. Tak usah bertele-tele."Rizky mendesah berat. "Hani keguguran.""Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Terus kondisi Hani se
Bab 89: Mengemis Restu Bunda"Keluar. Aku jijik melihat wajahmu," cerca Vivian seraya melempar bantal ke arah Roby. Jemarinya memegang erat selimut yang membungkus tubuhnya. "Duh, Sayang. Ternyata kamu masih galak seperti dulu." Roby terkekeh senang. "KELUAR!" Roby masih bergeming. Bibirnya mengukir senyuman mengejek. "Apa kamu lupa isi perjanjian kita? Kamu akan memuaskan dahaga batinku selama satu jam jika aku berhasil membujuk Tante Rafedah untuk membeberkan rahasia pernikahan siri Rizky dan Hani kepada Bunda Yasmin. Wanita tua itu bersetuju dan semuanya berjalan mulus. Kamu harus ingat, Vi. Aku sudah berhabis banyak uang semata-mata untuk membantumu." Nada suaranya terdengar dingin. Mata Vivian mendelik. "Membantuku? Yang benar saja. Kau sendiri tahu kalau aku melakukan ini demi Safiyya. Dia dalam kesusahan gara-gara ulah Rizky yang tak mau bercerai secara baik-baik. Fiya juga tak bisa mengurus gugatan cerai karena Mikail sialan itu tidak mau keluarga mereka dan keluarga Wij
Bab 88: Amarah Bunda YasminTiga bulan kemudian. Safiyya merenung mata Adit dengan tatapan tak percaya. "Apa benar—" Bicara Safiyya terhenti. Wanita itu menghembus nafas pelan. Dia masih tak percaya dengan kabar yang baru saja dia dengar. Sementara itu, raut wajah Adit terlihat datar biarpun hati laki-laki itu diterpa rasa bersalah yang teramat sangat. Mau tak mau, dia terpaksa memberitahu kabar ini pada Safiyya sebelum wanita itu pergi ke pengadilan agama untuk memproses gugatan cerai."Benar, Fiya. Hani sedang hamil anak Rizky. Kandungannya sudah masuk tiga minggu."Safiyya bergeming. Lelucon apakah ini? Kenapa dia harus mendengar berita ini di saat hatinya sudah mantap dan dirinya sudah kuat untuk menggugat cerai dari Rizky? Safiyya tertawa kecil tetiba. Sesungguhnya dia mentertawakan nasibnya yang malang. Seketika, dia merasa cemburu dengan kebahagiaan keluarga kecil Rizky dan Hani. Tidak! Dia tidak boleh lemah apalagi merasa iri dengan kebahagiaan orang lain. Dia harus terima
Bab 87: Istri Kedua Rizky IqbalHani menyentak tangannya dari genggaman jemari Rizky ketika mereka sudah berada di tempat parkir rumah sakit. Raut wajahnya terlihat bengis."Kenapa kamu maksa aku keluar? Aku belum selesai bicara dengan wanita munafik itu, Rizky!""Cukup, Hani. Aku tidak suka kamu marah-marah seperti ini. Aku memaksamu keluar karena aku tidak mau kalian terus-terusan bertengkar. Kamu sendiri lihat bagaimana kondisi Safiyya barusan. Kepalanya terluka! Kalau kesehatannya memburuk gara-gara kamu, papa dan bunda tidak akan pernah mau menerima kamu sebagai istriku. Aku tidak ingin hal itu terjadi," terang Rizky bersungguh-sungguh."Terus, bagaimana bisa kamu dan Safiyya berciuman? Apa kamu kembali suka padanya? Sadar, Rizky! Orang yang kamu cinta dan sayang itu hanyalah aku. AKU!" Hani membentak keras."Ciuman itu hanya sandiwara Safiyya semata-
Bab 86: Kotak Ingatan Yang TerbukaVivian sedang duduk di atas kursi lipat dengan santai sambil melihat dua jasad tanpa roh terbakar di hadapannya.Api telah memakan sekujur badan dua pria malang yaitu Black Ring dan Blue Ring. Asap mengepul ke udara lalu ditiup angin. Vivian sama sekali tidak khawatir karena kawasan terpencil ini terletak jauh dari tempat tinggal penduduk. Jadi, tidak ada siapa pun yang akan memergokinya."Bagaimana bisa kalian menjadi pembunuh yang idiot? Benar-benar menjengkelkan. Blue Ring, seharusnya kau berusaha sebaik mungkin untuk melukai Safiyya agar permainan ini makin menyenangkan. Setelah itu, aku bisa menghancurkan Sarah. Malangnya, kau hanya psikopat bodoh yang dibutakan kesenangan sesaat. Yah, kau pantas mati dengan cara memalukan
Bab 85: Blue RingSetelah mendengar kabar duka tentang kematian Arvin Rafael dari Jasmine, Safiyya langsung bergegas mengajak Adit mencari tiket penerbangan ke Surabaya. Berkat bantuan Tuan Syahputra Wijaya, Safiyya dan Adit berhasil mendapatkan tiket pesawat.Tiba di bandara, seorang sopir pribadi menjemput mereka dan membawa mereka ke permakaman.Safiyya yang duduk di kursi mobil bagian penumpang berkali-kali menyeka air matanya menggunakan saputangan berwarna merah muda. Sejujurnya, amat sukar untuk dia menerima kabar kematian Arvin yang menurutnya sangat tiba-tiba."Relakan Arvin, Fiya. Dia telah berpulang ke alam baka. Rahasia rezeki dan ajal seseorang hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Ak
Bab 84: Berpulang ke Alam BakaMobil Arvin membelah jalan raya dengan kelajuan maksimal. Angin malam menerobos masuk jendela mobil yang sengaja dibiarkan tidak tertutup.Pria berwajah tampan itu berkali-kali mengesat air matanya tetapi cairan bening itu semakin buas menodai pipi.Dia memijit kasar pelipisnya ketika merasa kepalanya berdenyut sakit."ARGHHH! Dasar pelacur kotor! Hani, kau tunggu saja pembalasan Tuhan. Baik di dunia dan di akhirat kelak kau tidak akan pernah merasa bahagia!"Seakan belum puas melontarkan amarah, Arvin lantas memukul setir mobilnya kuat-kuat.