BIBIR mungil itu tersenyum mekar saat nama si buah hati tertera di skrin telefon pintarnya. Jari runcing itu segera meleretkan butang hijau ke tepi.
“Assalamualaikum," ucap Tia sejurus telefonnya melekap di cuping telinga.
“Waalaikummusalam. Jom, pergi makan!” Ceria suara Syamil mengajak.
Tia menjeling pada jam tangan Fossil di pergelangan. Sudah jam satu! Patutlah perutnya berdangdut sakan.
“Mil, bos Tia ada kat pejabat ni,” jawab Tia separuh berbisik.
“Awak ni, Tia… itu ajelah jawapan awak bagi. Bos adalah, banyak kerjalah. Bila masa awak boleh bagi perhatian pada saya? Saya rasa terabai, tahu tak?” Ada keluhan kecewa di hujung suara Syamil.
Dia mula dah. Macam ada bau-bau perang dunia ketiga akan meletus. Tia picit pelipis, mata terpejam rapat dalam beberapa saat. Bukannya dia tak mahu keluar. Tapi, tugasnya sebagai seorang pembantu peribadi adakalanya memerlukan Tia berkorban masa dan tenaga.
“Mil faham kan kerja Tia macam mana? Tia… Hello! Hello!”
Syamil menamatkan talian mereka dan membiarkan Tia bercakap seorang diri.
'Ish… merajuk pulak dah….'
Tia garu kepala yang tidak gatal. Skrin yang gelap ditenung lama. Hatinya jadi libang-libu. Biarlah, lagipun fail-fail yang belum terusik masih bertimbun di atas meja. Draf-draf surat juga masih belum ditaip.
'Nanti-nanti sejuklah hati Syamil tu.' Tia menyedapkan hati sendiri.
“Tia, mana fail yang saya minta tadi?” soal Uzayr melalui interkom.
"Oh! Sebentar, ya… saya bawa masuk."
Tia mengutuk diri sendiri kerana terlupa. Otaknya berserabut memikirkan itu ini. Tia mendapatkan fail putih berkulit tebal lalu diserahkan kepada Uzayr.
Baru saja tubuhnya dipusing, nama Tia diseru.
“Tia, mana pen saya? Dari tadi saya cari tak jumpa.” Raut wajah Uzayr kelihatan bingung.
Ketika Uzayr berpusing menghadap komputer, kornea mata Tia menangkap satu benda yang tersepit di cuping telinga kiri Uzayr.
Tawa yang ditahan terhambur jua. Uzayr merenung gadis tinggi lampai persis ketinggian Nasha Aziz itu tidak berkerdip, tidak tahu kenapa Tia ketawa dengan tiba-tiba.
“Maafkan saya, bos. Saya rasa saya dah jumpa pen kesayangan bos tu.”
“Mana?” Uzayr menyoal laju.
“Tu....”
Telunjuk Tia lurus ke cuping telinga Uzayr. Semerta Uzayr menarik pen itu untuk diguna. Pipinya panas menahan malu. Habitnya sejak sekolah rendah itu sukar dikikis sehingga dewasa.
“Saya dah nyanyuk agaknya,” kata Uzayr diselangi ketawa hambar.
“Haa… saya rasa saya tahu apa yang bos perlukan,” balas Tia lalu beredar meninggalkan kamar kerja majikannya ke ruang pantry.
Beberapa minit kemudian, Tia masuk dengan dulang di tangan. Di atasnya, tersusun kepingan biskut coklat dan segelas susu. Tia meletakkan dulang itu di meja kecil tidak jauh dari Uzayr. Bola mata jejaka itu ligat memerhati ulah Tia.
“Macam tahu-tahu je saya tengah lapar. Tapi, kan… kalau dapat nasi kandar atau nasi ganja ke, lagi best.” Sempat Uzayr mengusik.
"Boleh… nanti saya order dengan Grab." Tia menjawab laju.
"Hahaha… saya bergurau je. Ni pun dah cukup. Terima kasih." Uzayr mengangguk tanda hormat. Dia bukanlah jenis yang memilih makanan. Asal perutnya dapat diisi sudah cukup buat jejaka berkulit kuning langsat itu.
Deringan telefon yang bergema mematikan lamunan Tia yang jauh mengembara. Hal Syamil diketepikan dahulu meskipun notifikasi di telefon pintar masuk bertalu-talu.
Waktu pantas berjalan dan jarum jam mencecah ke angka 5. Suasana pejabat sunyi-sepi dan Tia mengintai ke bilik Uzayr. Gelap, lampu yang terpadam menandakan Uzayr sedang siap-siap untuk pulang. Pandangan dijatuhkan ke papan kekunci semula.
Derapan tapak kasut yang menghentak lantai kian menghampiri meja Tia. Deheman Uzayr membuatkan tumpuan Tia terganggu dan sekaligus mukanya terdongak memandang jasad yang berdiri di depannya.
“Awak tak balik lagi, Tia?” Garau suara Uzayr menyapa Tia.
“Belum lagi. Sekejap lagi saya baliklah. Masih ada kerja yang perlu disiapkan," jawab Tia. Wajah tampan Uzayr ditatap sekilas.
“Hari macam nak hujan ni. Baik awak balik cepat. Lagipun….” Kata-katanya mati di situ. Nada suaranya juga direndahkan seakan-akan berbisik.
Raut wajah Uzayr seperti serba-salah. Kepalanya pula ditoleh ke kiri dan ke kanan seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu. Tangan kanannya mengusap dagu dengan mata disorot tajam ke arah Tia yang sedang bungkam.
“Lagipun apa, bos?” tanya Tia kehairanan. Nada suaranya juga direndahkan. Entah kenapa mereka berbisik-bisik begitu.
Bola mata Uzayr bergerak ke segenap ruang pejabat yang kosong. Wajahnya didekatkan kepada Tia seakan-akan ingin membisikkan sesuatu yang teramat sulit. Secara otomatik Tia memasang telinga.
“Lagipun… saya ada dengar staff di sini cakap yang pejabat ni berhantu.” Uzayr menyusun ayatnya satu per satu.
“Apa?” jerit Tia lalu berdiri secara spontan. Kulit muka terasa sejuk dan salur darahnya seperti membeku.
Lekas-lekas beg tangannya dicapai seraya membuntuti langkah Uzayr yang sengaja membuka langkah besar dengan laju.
"Bos… tunggu saya!"
Tia berlari menyaingi langkah Uzayr dan berjalan beriringan hingga ke pintu lif. Ini semua Uzayr punya pasal. Tak pasal-pasal dia kena balik awal.
“Penakut juga awak ni, ya?” Uzayr tersengih nakal sebaik saja pintu lif tertutup.
Tia tidak menjawab soalan itu sebaliknya mata bundar Tia terbeliak melihat sesuatu yang menakutkan di belakang Uzayr. Tia merapatkan tubuhnya ke dinding lif. Uzayr meoleh ke belakang dengan penuh tanda tanya.
"Kenapa dengan awak ni?" Uzayr bertanya geram.
Tia mengangkat wajahnya yang tanpa senyuman. Lama Uzayr ditenung. Seketika dia ketawa.
"Gotcha! Haaaa… bos pun penakut jugak!"
Suka hati Tia dapat mengenakan Uzayr kembali. Pemuda yang pada mulanya diserang ketakutan kini berlagak selamba. Jatuh air mukanya kalau rahsianya terbongkar.
Lif turun dengan perlahan dari tingkat 15 terus ke lobi. Tia menapak untuk keluar namun ditahan Uzayr.
“Esok saya masuk office lambat sikit. Saya nak ke kilang dulu untuk periksa corak terbaru sebelum dicetak."
Ekor mata Uzayr mengesan riak gembira pada wajah Tia. Kepala digeleng perlahan. Sukalah tu bila bos tiada di pejabat.
"Okey, bos…."
Tia tersenyum lebar sebelum pintu lif itu tertutup dan menuju ke aras bawah, iaitu tempat letak kereta di bangunan milik keluarganya, Juta Empire.
Tia berjalan ke stesen LRT yang berdekatan untuk pulang ke rumahnya di apartment Vista Angkasa, Kerinchi. Langit yang mendung mula menitiskan air hujan ke bumi. Orang ramai berasak-asak memasuki tren sebelum masing-masing dibasahi hujan. Sempat Tia menyelit antara celahan manusia yang tolak-menolak antara satu sama lain.
Gadis langsing dan tinggi lampai itu cuma berdiri di tepi pintu tren. Dia lebih suka begitu kerana senang untuk meloloskan diri sekiranya tiba ke destinasi. Lagipun, ada insan-insan lain yang lebih memerlukan tempat duduk daripadanya yang masih muda dan sihat tubuh badan.
Anak kunci dicucuk ke dalam tombol lalu dipusing. Dari luar rumahnya lagi hidungnya menangkap bau kek yang sedang dibakar di dalam oven.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam. Awal kau balik hari ni?”
“Aku takut hantu. Tu yang balik awal,” balas Tia selamba. Kasutnya ditanggalkan dan disangkut di atas rak kasut.
“Hantu?” tanya Erin terkejut.
“Tu yang Encik Uzayr cakap. Aku apa lagi, blah sajalah dari situ. Takkan nak berkenalan dengan hantu-hantu tu kut. Kau buat kek apa hari ni?”
“Pembetulan. Bukan kek, tapi muffin,” ujar Erin tersengih.
Minah peramah merangkap kawan baik dan kawan serumah Tia memang pakar dalam membuat kek dan roti. Cakaplah apa saja jenis kek yang Tia suka, semuanya pasti ada di depan mata. Untung juga ada kawan seperti Erin.
"Errr… ada beza ke antara kek dan muffin?" Soal Tia ingin tahu.
"Mestilah ada beza," balas Erin laju.
"Apa dia?" Banyak pula soalan Tia.
"Kau tanyalah Encik G****e. Nanti semua informasi fasal kek dan muffin kau dapat. Hahahaha."
Jelingan Tia mematikan sisa tawa Erin. Beberapa saat kemudian, Tia kembali teruja apabila melihat muffin yang sedang mekar di dalam oven.
“Mesti sedap, kan?” Wajah Tia didekatkan pada pintu kaca oven tersebut.
“Pernah ke aku buat tak sedap?” Kening Erin terjongket.
"Eleh, baru puji sikit dah riak." Tia menjelirkan lidah kepada Erin yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut.
“Aku masuk bilik dululah. Nak mandi.” Tia meminta permisi pantas kakinya diayun ke bilik tidur.
Pintu dikuak lebar dan tas tangan diletakkan di atas meja. Tia merebahkan diri ke katil. Seketika kemudian, dia teringat akan kiriman mesej yang belum dibacanya.
'Banyak betul mesej dari Syamil,' rungut Tia sambil memicit pelipis. Senarai mesej dibaca mengikut turutan.
'Nak balas ke tak?' monolog hatinya lagi.
Syamil dan Tia sudah hampir tiga tahun menjalin cinta. Seperti pasangan lain juga, hubungan cinta mereka ada pasang surutnya. Tetapi, cinta mereka tetap mekar dan utuh di hati masing-masing.
Syamil
Malam ni kita dinner sama-sama.
Tia
Erin dah masak. Esok boleh?
Syamil
No excuse. Tadi pun kita tak jadi lunch.
‘Adui, malasnya!’
Tia mengeluh sambil mengetuk perlahan dahinya dengan telefon pintar. Dia cuba mencari jawapan yang sesuai agar tidak menyinggung perasaan Syamel.
Dia sebenarnya kepenatan setelah berhempas-pulas bekerja pada siang tadi dan bercadang mahu berehat saja sambil menonton TV dan menikmati muffin red velvet di sofa empuk.
Tia
Baiklah.
Sebaik pesanan terakhir dihantar, Tia mencapai tuala dan langsung ke bilik air. Usai mandi dan bersolat dia bersiap-siap untuk keluar dengan si buah hati.
Terjengket-jengket Tia mencari bayang kereta milik Syamil di kawasan letak tempat kereta. Menurut Syamil tadi, dia sudah sampai di bawah apartment. Tetapi batang hidung Syamil pula langsung tidak nampak. Dalam termangu-mangu itu, tidak semena-mena sebuah kereta Mitsubishi berwarna perak berhenti betul-betul di Tia.
“Masuklah, sayang. Takkan nak tercegat saja kat situ,” arah Syamil sebaik saja cermin tingkap diturunkan.
Tia terkebil-kebil melihat tampang wajah Syamil yang tersengih di dalam kereta mahal itu. Selamba saja lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan, minda Tia sarat dengan pelbagai soalan.
“Kereta siapa ni?” soal Tia, bukan kerana teruja, tetapi lebih kepada rasa ingin tahu yang menebal.
“Kereta kawan. Mil pinjam sekejap.”
“Kereta Mil rosak ke?” tanya Tia lagi.
“Taklah. Saja nak test kereta baru dia.”
“Test kereta baru? Boleh pula dia bagi orang bawa kereta baru dia. Siapa kawan Mil tu? Tia kenal ke?”
Soalan demi persoalan yang diajukan membuatkan Syamil rimas. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan dan menoleh kepada Tia di sebelahnya. Air muka Syamil jelas berubah tidak seperti masa mereka mula-mula bertemu tadi.
“Apa masalahnya ni? Salah ke kalau dia bagi Mil bawa kereta dia? Takkanlah pasal kereta kita nak bertekak?”
Syamil meninggikan suara. Tangannya dihentak ke stereng beberapa kali tanda protes. Susah sangatkah untuk Tia berprasangka baik. Kenapa Tia tidak duduk diam-diam dan menikmati perjalanan tanpa banyak bunyi. Ini tidak, ada saja benda yang diungkit.
“Tia tak cakap pun salah. Tia tanya saja. Yang Mil nak marah-marah ni kenapa?” Mata Tia menikam tepat ke dalam mata Syamil. Dengusan nafas Syamil tidak keruan kerana dikuasai amarah.
“Sudahlah! Mil tak ada selera nak makan!” dengus Syamil dengan wajah kelat. Stereng diputar memasuki ke jalan raya.
“Keluar!”
Entah apa yang merasuk Syamil hingga hilang segala kewarasan akal. Bahu Tia ditolak kasar oleh Syamil setelah keretanya diberhentikan. Laju Syamil memecut kereta itu sebaik saja Tia menutup pintunya dan meninggalkan Tia tanpa pesan. Tersayat hati gadis lurus itu dengan tingkah kasar Syamil terhadapnya. Perlahan-lahan bayang kereta itu hilang dalam pekat malam.
“Eh, cepatnya kau orang makan?” Erin berhenti mengunyah apabila Tia labuh punggung di sebelahnya. Agak terkejut apabila tidak sampai setengah jam berlalu Tia pulang dengan wajah sugul.
“Tak jadi," jawab Tia pendek. Ditahan air mata dari gugur di depan Erin.
Ini bukanlah kali pertama Erin menyaksikan drama pergaduhan mereka berdua. Pasangan lain pun ada juga yang bertikam lidah. Tetapi, tidaklah sekerap mereka.
Tergeleng Erin kerana dapat mengagak apa yang terjadi. Erin berlalu ke dapur dengan sebiji pinggan di tangan. Nasi putih bersama lauk-pauk yang dimasaknya tadi diceduk ke dalam pinggan, lalu disua kepada Tia yang duduk menopang dagu di meja makan.
“Makanlah. Tak payah fikir tentang semua tu lagi. Kalau lambat makan nanti perut tu masuk angin," nasihat Erin bercampur simpati.
Telefon pintar milik Tia bergetar menandakan ada pesanan mesej yang diterima. Tia membaca barisan ayat itu dengan kerutan di dahi. Mata bundarnya berkaca lagi. Bahu terhinggut menahan rasa. Besar sangatkah kesalahannya hingga Syamil sanggup melukakan hatinya begitu sekali?
“Kenapa?”
Erin cuba mengintai mesej yang membuatkan air muka Tia berubah. Belakang badan Tia diusap bagi meredakan segala rasa yang membelit jiwa Tia saat itu.
'AKU benci kau, betina! Mampus lagi baiklah! Menyusahkan hidup aku saja!'Erin mengusap dadanya kerana terkejut. Lafaz istighfar tidak henti-henti meluncur di bibirnya. Dilihat Tia yang sudah berubah air muka. Jika Erin rasa sakit hati dengan mesej tersebut, maka Tia lebih lagi. Tubuh Tia yang terhinggut menangis didakap sepenuh hati.Titis-titis jernih mengalir di pipi mulus Tia. Seleranya terbantut dengan emosi Syamil yang bergelora seperti ombak ganas. Kini, pesanan mesej yang baru diterima merobek-robek hatinya yang sedia sakit.Setelah beberapa detik, keadaan Tia kembali tenang. Keluhan panjang dilepaskan seolah-olah turut sama membuang segala beban yang terpikul di pundak. Mat
SYAMIL meraup mukanya beberapa kali. Pandangan matanya merayap ke wajah Tia mengharapkan Tia sudi mendengar keluhan hatinya. Tia sabar menanti penjelasan daripada Syamil yang zahirnya kelihatan tenang, sedangkan hatinya berserabut dengan masalah.“Mil ada masalah sikit. Adik Mil nak sambung belajar, tapi tak cukup duit. Perniagaan Mil pun sekarang ni jatuh merudum. Mil Dah janji dengan mak akan selesaikan urusan pembelajaran adik, Linda.”“Duit simpanan Mil?” soal Tia laju. Syamil tersenyum nipis. Kepalanya digeleng berkali-kali.“Dah susut, Tia. Hampir semuanya Mil laburkan dalam perniagaan. Mil akan kumpul semula wang itu untuk pertunangan kita,” luah Syamil sebak. Anak mata dilarikan dari tikaman mata
“TERIMA kasih, bos. Maaf, sebab menyusahkan bos hantar saya ke klinik,” ucap Tia serba-salah.Dengan bantuan Gina, Tia dipapah ke bilik rehat. Setelah beberapa minit akhirnya Tia sedar dan diberikan minuman. Uzayr berkeras mahu Tia memeriksa kesihatannya di klinik. Berkali-kali Tia menolak kerana dia cuma mengalami sakit kepala biasa. Apakan daya, Uzayr tetap mahu Tia diperiksa lebih lanjut oleh doktor.Tia terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai pekerja yang kurang sopan. Uzayr cuak apabila wajah Tia yang pucat itu kelihatan tidak bermaya dan kusut. Mungkin Tia ada masalah peribadi dan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas.“Jangan cakap begitu. Saya ikhlas bantu awak. Lagipun, kalau
"SAYANG… sayang buat apa kat sini?"Terbejat langkah Tia tatkala suara yang amat dia kenali itu menyapa telinganya. Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok empunya suara itu. Kemudian bola matanya melekat pada seorang pemuda yang kemas berkemeja dan berseluar panjang."Mil… Tia ada kerja sikit kat sini." Dahi Tia dibasahi manik-manik jernih."Seorang?"Syamil merapati Tia yang kelihatan gelisah. Ligat bola mata Tia mengitari sekeliling. Syamil memerhati ulah Tia tanpa sedar. Kenapa Tia harus gelisah?"Tia tengok siapa?" Mendatar suara Syamil bertanya. Namun cuping telinganya sudah panas membahang. Ada sesuatu yang Tia c
ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d