Chapter: SIMH:14"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
Last Updated: 2021-09-27
Chapter: SIMH:13"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
Last Updated: 2021-09-27
Chapter: SIMH:12"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
Last Updated: 2021-09-23
Chapter: SIMH:11MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
Last Updated: 2021-09-19
Chapter: SIMH:10TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
Last Updated: 2021-09-19
Chapter: SIMH:9"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
Last Updated: 2021-09-18