SYAMIL meraup mukanya beberapa kali. Pandangan matanya merayap ke wajah Tia mengharapkan Tia sudi mendengar keluhan hatinya. Tia sabar menanti penjelasan daripada Syamil yang zahirnya kelihatan tenang, sedangkan hatinya berserabut dengan masalah.
“Mil ada masalah sikit. Adik Mil nak sambung belajar, tapi tak cukup duit. Perniagaan Mil pun sekarang ni jatuh merudum. Mil Dah janji dengan mak akan selesaikan urusan pembelajaran adik, Linda.”
“Duit simpanan Mil?” soal Tia laju. Syamil tersenyum nipis. Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Dah susut, Tia. Hampir semuanya Mil laburkan dalam perniagaan. Mil akan kumpul semula wang itu untuk pertunangan kita,” luah Syamil sebak. Anak mata dilarikan dari tikaman mata Tia yang penuh kehampaan.
Bukan hal pertunangan yang Tia risaukan, akan tetapi hal pengajian Linda yang mungkin tertangguh gara-gara masalah kewangan yang dialami.
“Berapa lagi jumlah yang Syamil perlukan?” tanya Tia polos.
Syamil mendongak. Dia menggeleng tanda menolak pelawaan secara tidak rasmi dari Tia. Tidak seharusnya Tia diheret bersama dalam kemelut masalah keluarganya. Ikhtiar lain akan dicari, tetapi bukannya terus mengharap ihsan Tia setiapkali ditimpa musibah..
“Tak perlu, Tia. Mil cuma nak luahkan apa yang Mil hadapi. Sekurang-kurangnya itu akan buat Mil rasa lega.”
“Mil, Tia ikhlas untuk meringankan beban Mil. Berapa lagi yang Mil perlukan?” ulang Tia bersungguh-sungguh.
“Lagi lima ribu ringgit.” Terbeliak mata Tia mendengar jumlah yang disebut Syamil.
“Ba… banyak tu.” Tergagap-gagap Tia membalas.
“Ya. Tapi Mil dah mati kutu nak cari kat mana lagi.” Nampak benar kekusutan yang melanda diri Syamil.
“Tak apa. Tia akan bantu.”
“Tapi….”
“Tia ikhlas nak bantu Mil. Tolong jangan menolak,” kata Nia nekad.
“Terima kasih, sayang.”
Tia mengukir senyuman manis. Syamil membalas renungan Tia yang redup, cuba bermain mata dengan sang kekasih. Tia jatuh dalam api cinta yang marak menyala.
“Mil janji pengorbanan Tia takkan sia-sia. Mil juga akan bayar hutang-hutang Tia itu nanti.” Bersungguh-sungguh Syamil menabur janji dan memberi ayat manis.
“Iyalah. Kita jangan cakap lagi tentang hal ni. Anggap saja masalah Mil dah selesai. Tia laparlah, Mil. Apa kata kita makan dulu?” cadang Tia sekaligus menutup topik perbualan mereka.
“Bo… boleh. Tia belanja Mil, boleh? Poket Mil tengah kering ni.” Pipi Syamil merona kemerahan menahan malu.
“Poket kering? Habis tu, tadi Mil belikan Tia bunga tu kenapa?”
Rasa marah mula membara di hati Tia. Syamil memang suka membazir untuk perkara yang tidak penting dan sia-sia. Buktinya, dia lebih mementingkan jambangan bunga untuk memujuk dirinya dari hal-hal yang lebih perlu.
“Mil nak pujuk Tia. Mil tak patut biarkan emosi menguasai diri Mil semalam. Mil minta maaf,” tutur Syamil perlahan. Seraut wajah penyesalan terpamer jelas di depan mata.
Tia menyandarkan tubuh di kerusi. Betapa singkatnya pemikiran Syamil dalam membuat keputusan. Tidak pasal-pasal Syamil menadah telinga mendengar leteran Tia, tentang hal berjimat-cermat, tentang pengurusan kewangan dan segala-galanya yang berkaitan dengan wang memaksa Syamil memaniskan muka.
"Mil tahu tak? Ada Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al-Isra':27)
Tolonglah, Mil. Tia rayu sangat-sangat buanglah segala sikap membazir yang ada dalam diri Mil. Tia tak suka. Tia tak perlu bunga atau hadiah untuk memujuk Tia. Apa yang paling penting, Mil jaga hati Tia, sebagaimana apa yang Tia lakukan sekarang ini pada Mil. Faham tak maksud Tia?"
Syamil merasa terpukul dengan hujah Tia yang begitu mendalam maksudnya. Dia menyedut minuman sehingga separuh gelas bagi menutupi jutaan rasa yang bergolak di dada.
Jeda menguasai suasana mereka berdua. Beberapa minit kemudian Tia membuat pesanan makanan setelah sekian lama berbual panjang. Sehingga itu, hanya kebisuan yang menemani perjumpaan mereka kali ini sehinggalah pesanan tiba di meja mereka.
“Mil hantarkan Tia balik, ya,” pelawa Syamiil usai Tia membuat pembayaran di kaunter.
“Tak apalah. Tia boleh balik sendiri.”
“Tia, biar Mil hantar Tia balik. Mil dah banyak terhutang budi dengan Tia.”
Syamil memegang kedua-dua belah bahu Tia dan merenung tepat ke dalam anak mata gadis manis itu. Tia kurang selesa dengan perbuatan Syamil lantas memberi isyarat agar tangannya itu dijatuhkan. Akhir-akhir ini, tangan Syamil kerap menyentuh badannya biarpun secara berlapik. Tia tidak suka dengan hal itu. Dia ada prinsip yang tegas tentang bab bersentuhan antara pasangan yang bukan muhrim. Tubuhnya dikeraskan seperti batu kerana terlalu takut.
Tangan Syamil jatuh ke bawah, dan dia cuba untuk memegang telapak tangan Tia yang digenggam kemas. Pantas Tia mengelak dan berundur setapak ke belakang. Tia bersedia untuk pergi tanpa perlu Syamil menghantarnya pulang.
Lengan baju Tia ditarik perlahan sekaligus menghalang Tia dari melangkah pergi. Tia berdiri di situ tidak berganjak. Wajah Syamil pula langsung tidak dipandang.
"Sekurang-kurangnya, berilah Mil peluang untuk membalas budi Tia. Atau… Tia malu dengan Mil yang tak berduit ni?" Nada suara Syamil seakan merajuk.
Seperti biasa, mana mungkin Tia membiarkan hati insan yang disayanginya disakiti. Lambat-lambat dia mengangguk setuju. Syamil tersenyum suka apabila Tia tidak menolak pelawaannya. Segera dia ke tempat letak kereta lalu menjemput Tia di hadapan restoran tempat mereka menjamu selera.
‘Kereta ni lagi?’ Tia tiba-tiba sakit hati namun tetap melangkah masuk tanpa banyak soal.
Dia sudah malas untuk berbalah tentang isu sama walaupun pelbagai persoalan menerjah ke benaknya. Kereta Mitsubishi yang dipandu Syamil memasuki perkarangan apartment Tia. Gear diubah ke N setelah brek tangan diangkat.
“Jadi… bila agaknya Tia boleh bagi Mil duit tu?” Syamil bertanya sebelum sempat Tia keluar dari keretanya.
“In shaa Allah, esok. Sempat, kan?” Tia membalas. Pandangan mata mereka bertembung seketika. Ulas bibir Syamil menguntum senyum. Hanya dia yang mengerti akan senyuman itu.
“Sempat sangat. Terima kasih, sayang,” ucap Syamil dengan kenyitan mata.
"Sama-sama. Saya naik dulu. Penat sangat hari ni banyak kerja.” Sebelah kaki Tia sudah memijak tanah.
“Bye, sayang!” Syamil melambaikan tangan tatkala Tia menapak ke arah lif.
***
USAI membersihkan diri, rambut panjang Tia dilap dengan tuala. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja solek. Laci meja ditarik perlahan, lantas buku berkulit biru dikeluarkan. Helaiannya diselak dan jumlah angka yang bercetak ditatap.
‘Lima ribu ringgit,’ keluh Tia hampa.
Bersusah-payah dia menyimpan duit gajinya sedikit demi sedikit untuk keperluan di masa kecemasan. Kini dia terpaksa mengeluarkan wang tersebut demi kegunaan Syamil.
‘Inipun dikira kecemasan juga.’ Tia menyedapkan hatinya sendiri. Janjinya kepada Syamil perlu dikota. Sesekali bibir itu tidak dapat menyembunyikan keluh-kesah di hati.
“Tia, jom makan!” Tersembul wajah Erin di balik pintu. Rambutnya yang separas bahu terurai menutupi separuh bahagian wajah bujur sirihnya.
Tia terburu-buru menyembunyikan buku bank simpanannya di dalam laci sehingga tidak sedar jari telunjuknya tersepit.
“Aduh!”
“Kau tak apa-apa ke, Tia?” soal Erin cemas lalu melangkah ke dalam bilik Tia tanpa dipelawa. Pantas jari Tia yang tersepit itu dipegang dan diperiksa.
“Cuai sangat kau ni,” bebel Erin bercampur marah. Berkerut-kerut dahinya membelek keadaan jari Tia. Selagi tidak patah atau luka, maknanya jari Tia baik-baik saja.
Tanpa sengaja mata Erin tertancap pada buku biru di dalam laci yang renggang. Erin menolak tangan Tia dengan kuat, lalu dia bercekak pinggang. Erin seperti dapat menghidu niat tersembunyi Tia walaupun gadis itu tidak berkata apa-apa.
“Kali ni siapa pula? Jangan cakap untuk Syamil lagi!”
Tia menekur lantai. Lidahnya kelu. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan. Segala telahan Erin sebenarnya benar belaka. Dia tersepit antara rasa malu dan bersalah. Semuanya berlumba-lumba menyerbu dada sehingga Tia menjadi bisu.
“Ya Allah! Sedarkanlah kawan aku seorang ni. Kau memang tak tahu erti serik ke, Tia? Hutang-hutang kau yang sebelum ni si Syamil dah lunaskan ke belum?”
Tia menggeleng perlahan. Jari-jemarinya diramas-ramas. Air matanya juga hampir merembes ke pipi. Takungan air mata itu membuat pandangannya menjadi kabur.
“Kali ni aje, Erin. Aku kesian kat adik Syamil. Dia nak sambung belajar tapi tak cukup duit.”
“Mak ayah dia ada, kan? Lagipun, itu tanggungjawab Syamil sebagai anak sulung, bukannya kau!” Suara Erin kuat bergema di dalam bilik.
“Lambat-laun keluarga Syamil nanti akan jadi keluarga aku juga. Biarlah aku bantu sekadar yang termampu.” Tia membalas kata.
“Tia! Kau bukan isteri Syamil lagi. Sekalipun kau sah menjadi isteri Syamil, itu bukannya tanggungjawab kau untuk menanggung segala masalah dia orang. Sampai bila si Syamil nak jadikan kau bank bergerak? Sedarlah!” Bahu Tia digoncang kuat. Tia tersedu-sedan menangis.
“Buku kau ni aku simpan. Maafkan aku, Tia. Aku tak sanggup nak tengok kau dipijak-pijak dan dipergunakan oleh Syamil.”
Tanpa amaran, Erin merampas buku simpanan Tia kerana tidak mahu sahabatnya itu terjerumus ke perangkap Syamil lagi. Walau puas dirayu dan dipujuk, Erin tetap tidak berganjak dari keputusannya.
‘Apa aku nak beritahu pada Syamil esok?’ lirih suara hati Tia
***.
“INI duitnya.” Tia menyuakan sekeping sampul surat kepada Syamil.
Syamil menyambut sampul surat bersaiz kecil itu dengan serba-salah. Matanya mengintai ke dalam sampul dengan kepingan wang yang agak tebal.
“Jumlahnya cukup macam yang Mil minta, lima ribu ringgit. Beritahu Linda, belajar rajin-rajin. Tak perlu nak risaukan apa-apa lagi dah.” Sempat lagi Tia menitipkan pesan.
“Terima kasih, Tia. Mil janji, Mil takkan mensia-siakan hidup Tia,” kata Syamil bersungguh-sungguh.
Dia hampir menangis kerana Tia sanggup berkorban bukan sahaja untuk dirinya, bahkan kepada keluarganya juga. Gadis lurus bendul di hadapannya berusaha menarik senyum walau hatinya terselit rasa terkilan.
“Minggu depan aku nak balik kampung. Kau nak ikut?” Erin bersuara sebaik saja melabuhkan punggung di sisi Tia.
Mata Tia tertancap tepat ke kaca TV yang memaparkan filem aksi lakonan Jackie Chan. Walaupun filem itu sudah lama, Tia tetap setia menonton sehingga ke penamat cerita asalkan hero kesayangan Tia yang beraksi.
“Kalau sekadar balik hujung minggu aku tak ada masalah, tapi kalau nak tambah cuti aku tak dapat. Kau tahulah kerja aku macam mana. Nak kena cari pengganti dululah, itulah... inilah.”
Tia menyeluk tangannya ke dalam bekas kerepek kentang milik Erin. Pantas tangan kanan Tia disambar Erin. Dia membelek-belek pergelangan tangan Erin yang kosong. Mata Erin terlalu tajam seperti mata helang. Ada-ada saja yang dia perhatikan.
“Mana gelang kau?” tanya Erin kehairanan. Erin menarik lengan baju Tia hingga ke pangkal lengan. Apa yang dicarinya tiada di situ. Roman wajahnya masam mencuka.
“Gelang aku? Oh, gelang tu. Aku simpan. Rimas, susah nak buat kerja bila pakai gelang,” dalih Tia tanpa memandang ke muka Erin yang tentunya bertukar seperti singa lapar.
Gelang emas milik Tia yang dimaksudkan mempunyai kenangan sentimentalnya yang tersendiri. Ia dibeli dengan hasil gaji pertama Tia di tempat dia bekerja sekarang. Sejak tersarung di tangannya, Tia tidak pernah menanggalkan gelang itu sehinggalah ke hari ini.
“Tia, kau jawab betul-betul kat mana gelang kau sekarang?” Oktaf suara Erin meninggi. Tia buat-buat tidak dengar sambil mengunyah kerepek kentang sehingga tinggal separuh botol lutsinar itu.
Tanpa diduga Erin merentap lengan Tia sekaligus memaksa Tia bertentang mata dengannya. Tia meringis kesakitan. Apa yang Erin tahu, Tia sedang berbohong. Kata-kata yang terluah di bibirnya tadi sekadar menutup perbuatan yang cuba ditidakkan oleh akal Erin.
‘Moga-moga kata hati aku tersilap,’ bisik Erin.
“Apa dia, Erin?” soal Tia malas. Agak sentap bila hal peribadinya cuba dicabul oleh Erin.
“Kau jual gelang kau, eh?” tekan Erin. Matanya mencerun tajam kepada Tia yang gelisah bak cacing kepanasan itu.
“Kenapa kau diam? Betul tak apa aku cakap tadi?”
Tia cuba mengelak daripada bertembung pandang dengan Erin. Sahabatnya itu boleh bertukar menjadi raksasa pada bila-bila masa saja bila diserang amarah.
“Aku tahu kau tak selesa bila aku cuba masuk campur hal kau, Tia. Tapi kau tu kawan aku. Kita kenal sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aku cuma ambil berat tentang diri kau. Aku tak nak kau dijadikan alat untuk kepentingan diri manusia tak berhati perut. Kenapa kau berfikiran dangkal begini?”
Air mata Tia bergenang di pelupuk yang terpejam. Tayangan filem aksi di depan mata bertukar hambar seiring dengan perasaan Tia ketika ini. Jelas terpancar riak kecewa di tampang wajah Erin.
“Aku tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Dan aku pun tak tahu sama ada kau ni terlalu lurus ataupun terlalu bodoh. Kau selalu je ikut telunjuk si Syamil. Bagi aku Syamil tu cuma memperkudakan kau saja. Kau fikirlah kata-kata aku ni, Tia. Aku rasa kau dah cukup matang untuk hadam semua benda yang aku pernah cakap kat kau sebelum ni.”
Tanpa berlengah, Erin mengangkat punggung lalu beredar ke bilik tidur. Pintu bilik dihempas kuat menandakan sahabatnya itu benar-benar marah. Demi meringankan beban Syamil, sekaligus menyelesaikan masalah buah hatinya yang dikenali hampir empat tahun itu, Tia sanggup menjual gelang tangannya untuk mendapatkan sejumlah wang.
Dia tidak sanggup berkata ‘tidak’ dan membiarkan Syamil berhutang dengan orang lain. Lagipun, dia yakin dengan cinta Syamil terhadapnya bukanlah satu sandiwara.
***
“MONYOK je hari ni? Tertelan biji nangka ke?” Gina dapat mengesan kekeruhan di wajah ayu Tia pada pagi itu.
Tia tidak bersemangat dan aktif seperti hari-hari sebelumnya. Dia duduk di meja melakukan tugas-tugas hakikinya seperti biasa. Adakalanya, Tia akan termenung dan menyeka air mata yang hampir menitis.
“Aku sakit kepala.” Ringkas jawapan Tia dan dia amat berharap agar tiada lagi soalan yang akan diajukan dari Gina.
Anginnya tidak berapa baik. Pagi tadi sebelum keluar rumah, dia cuba menegur Erin. Namun Erin langsung tidak menghiraukan Tia. Dia menganggap Tia seperti tidak wujud di rumah sewa itu.
“Nah! Makan panadol ni. Karang melarat sakit tu susah pula Encik Uzayr.”
“Terima kasih.”
Tia mengerling sekilas dua biji panadol pemberian Gina yang diletakkan di atas meja bersama sebotol air mineral. Gina berlalu meninggalkan Tia setelah telefonnya berdering minta diangkat.
“Tia, masuk sekejap,” arah Uzayr dari dalam.
Buku catatan dan sebatang pensel disambar sebelum tubuhnya dibawa ke bilik Uzayr.
“Duduklah. Awak ambil dictation ni sekejap.”
Satu tabiat Uzayr yang Tia perasan, jika memberi dictation, Uzayr akan berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Sesekali tangannya disilang ke belakang badannya. Tia mengambil dictation tersebut dengan khusyuk.
“Baiklah, cuba awak baca balik apa yang saya beritahu tadi.”
Tia tersentak dari lamunan. Segera dia membaca semula garisan-garisan trengkas yang dicatat. Setelah berpuas hati, Uzayr akan menyuruh Tia menaipnya dan diberikan kepadanya semula untuk ditandatangani.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” kata Tia lemah.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut dengan kuat. Sinaran cahaya lampu yang menyuluh ke wajahnya dirasakan terlalu menyakitkan mata. Longlai langkah yang diayun sebelum dia terjatuh terjelepok ke lantai.
Bunyi kuat seperti nangka busuk itu membuatkan Uzayr mengangkat wajah. Batang tubuh Tia sudah sudah menyembah bumi dan terlentang tidak bergerak
“Gina, tolong saya. Tia pengsan!”
Uzayr lantas bangun tergesa-gesa cuba mendapatkan Tia yang terbaring di tengah-tengah ruang pejabatnya itu.
***
“TERIMA kasih, bos. Maaf, sebab menyusahkan bos hantar saya ke klinik,” ucap Tia serba-salah.Dengan bantuan Gina, Tia dipapah ke bilik rehat. Setelah beberapa minit akhirnya Tia sedar dan diberikan minuman. Uzayr berkeras mahu Tia memeriksa kesihatannya di klinik. Berkali-kali Tia menolak kerana dia cuma mengalami sakit kepala biasa. Apakan daya, Uzayr tetap mahu Tia diperiksa lebih lanjut oleh doktor.Tia terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai pekerja yang kurang sopan. Uzayr cuak apabila wajah Tia yang pucat itu kelihatan tidak bermaya dan kusut. Mungkin Tia ada masalah peribadi dan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas.“Jangan cakap begitu. Saya ikhlas bantu awak. Lagipun, kalau
"SAYANG… sayang buat apa kat sini?"Terbejat langkah Tia tatkala suara yang amat dia kenali itu menyapa telinganya. Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok empunya suara itu. Kemudian bola matanya melekat pada seorang pemuda yang kemas berkemeja dan berseluar panjang."Mil… Tia ada kerja sikit kat sini." Dahi Tia dibasahi manik-manik jernih."Seorang?"Syamil merapati Tia yang kelihatan gelisah. Ligat bola mata Tia mengitari sekeliling. Syamil memerhati ulah Tia tanpa sedar. Kenapa Tia harus gelisah?"Tia tengok siapa?" Mendatar suara Syamil bertanya. Namun cuping telinganya sudah panas membahang. Ada sesuatu yang Tia c
ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b