"SAYANG… sayang buat apa kat sini?"
Terbejat langkah Tia tatkala suara yang amat dia kenali itu menyapa telinganya. Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok empunya suara itu. Kemudian bola matanya melekat pada seorang pemuda yang kemas berkemeja dan berseluar panjang.
"Mil… Tia ada kerja sikit kat sini." Dahi Tia dibasahi manik-manik jernih.
"Seorang?"
Syamil merapati Tia yang kelihatan gelisah. Ligat bola mata Tia mengitari sekeliling. Syamil memerhati ulah Tia tanpa sedar. Kenapa Tia harus gelisah?
"Tia tengok siapa?" Mendatar suara Syamil bertanya. Namun cuping telinganya sudah panas membahang. Ada sesuatu yang Tia cuba sembunyikan dari pengetahuannya.
"Tak… tak ada apa-apa." Gelengan kepala Tia serentak dengan jawapan yang diberi.
"Betul? Habis tu kenapa Tia takut semacam?"
"Err… mana ada? Tia okey je. Mil buat apa kat sini?" soal Tia gugup.
"Macam Tia jugak. Kerja," balas Syamil malas.
"Tia, saya tunggu awak dalam kereta," panggil Uzayr kuat.
Uzayr tidak nampak akan sosok Syamil yang terlindung di sebalik dinding yang memisahkan ruang makan itu.
Panjang leher Syamil mengintai si pemanggil. Wajah Uzayr yang tampan sedikit sebanyak mengocak ketenangan hatinya. Segera pandangannya beralih kepada Tia yang berdiri kaku.
"Itu siapa? Dengan jantan mana kau keluar, Tia? Beritahu aku sekarang!" Dengusan nafas Syamil berubah kencang. Urat-urat di sekitar kepalanya timbul reaksi dia menahan marah.
Tia memejam mata rapat-rapat. Perkara inilah yang paling dia takuti. Dalam berhati-hati dia terkandas jua dalam situasi yang tidak disangka-sangka.
"Dia bos Tia."
"Tipu! Kau dah pandai nak menipu aku, kan? Itu teman lelaki baru kau, kan? Cakaplah!" herdik Syamil sekuat hati. Mujurlah tidak ramai orang pada waktu itu.
Tia tunduk. Tidak berani bertentang mata dan menatap wajah bengis Syamil.
"Iye, Mil. Tu bos Tia. Discussion kami baru habis. Tia kena balik sekarang, bos dah panggil."
Laju kaki Tia menapak keluar hotel. Panggilan Syamil langsung tidak diendahkan. Tia risau jika Uzayr menunggunya terlalu lama. Hal antara dia dan Syamil akan diuruskan kemudian. Lagipun dia sudah biasa dengan pergolakan hubungan mereka.
'Kurang ajar punya perempuan! Kau tunggulah nanti!' omel Syamil seorang diri menahan hati yang sakit. Tia sudah berani menduakan dirinya secara terang-terangan.
Telefon pintar milik Tia bergetar di dalam tas tangan sepanjang perjalanan ke pejabat. Pasti peti simpanan suara sudah penuh dengan panggilan tidak berjawab dari Syamil. Bukan hati Syamil saja yang sakit, malahan hatinya juga. Syamil suka melenting dan cemburu buta tanpa usul-periksa.
"Kenapa tak jawab call aku? Beratus kali aku call, tak jawab-jawab. Kau tengah memadu asmara dengan jantan tu ke?" Sinis soalan Syamil tanpa sempat memberi salam.
Selepas pulang ke pejabat, Tia perlu menyiapkan laporan berhubung satu urus niaga yang akan dilakukan bersama klien mereka siang tadi. Ingatkan bila pulang otaknya dapat berehat dari sebarang gangguan. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Syamil tidak habis-habis menghubunginya tanpa jemu.
"Astaghfirullahal'adzim… kenapa Mil merepek sampai macam ni sekali? Tia tengah kerja. Bukan macam apa yang Mil fikirkan." Sebak dada Tia dengan tuduhan tidak berasas itu. Air mata sudah berjuraian di pipi.
"Aku tak bodohlah betina miang! Kau ni memang tak cukup dengan satu jantan, kan? Tak kira siapa semua kau sauk!" Bingit telinga Tia dengan tempikan kuat suara Syamil. Telefon pintarnya dijauhkan dari cuping telinganya yang tiba-tiba berdesing.
"Kenapa diam? Sebab aku betul, kan? Kau memang betina sundal. Eii… sakitnya hati aku ni. Kau jangan biar aku jumpa dengan kau lagi, betina! Mampus kau aku kerjakan!"
Semakin galak air matanya membasahi pipi. Ditadah sahaja kata-kata itu di pendengarannya. Segala cacian dan penghinaan ditelan laju-laju walau hatinya disakiti.
"Syamil…." Serak suara Tia memanggil nama itu mengharapkan hati Syamil dapat dilembutkan.
"Apa? Kau nak pergi menyundal lagi?" tuduh Syamil entah kali yang ke berapa.
"Istighfar dulu, jangan ikutkan hati Mil yang panas tu. Jangan kalah dengan hasutan syaitan. Dia cuba kuasai diri Mil." Lembut sekali Tia memujuk.
"Ah! Kau siapa nak ajar-ajar aku? Baik sangat ke diri kau? Mulia sangat ke kau? Kalau diri kau sendiri pun kau dah jual, kau tak payah nak nasihatkan aku bulan bintang. Jijik aku, tahu tak?"
Tia memegang dadanya yang cukup sebak. Sakit hatinya hanya Allah yang tahu. Inikah ucapan yang sepatutnya terluah dari bibir orang yang dicintainya? Dia penat. Letih dengan drama sama yang diulang tayang oleh Syamil.
Masing-masing sudah meniti ke alam dewasa. Syamil sepatutnya lebih rasional dalam berfikir. Dan bukannya bersikap kebudak-budakan ketika berbalah dan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
"Cakaplah apa yang Mil nak cakap. Demi Allah memang Tia pergi ke sana atas urusan kerja. Tia masih ada iman dan akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Mil tak ada hak nak hina Tia sampai macam tu sekali. Tia penat, nak rehat. Esok nak kerja. Selamat malam, Mil."
Butang merah pada skrin telefon pintar ditekan kuat sekaligus menamatkan perbualan mereka. Tubuh kurusnya direbah ke katil. Genangan air mata diseka kasar dengan tangan. Tangisannya semakin kuat apabila kata-kata caci itu berlegar-legar dalam kepalanya tiada henti.
"Hesy! Dia letak telefon pulak!"
Nombor telefon Tia didail tanpa jemu. Setiapkali berdering, setiap kali itulah panggilannya terus masuk ke peti simpanan suara. Tubuh Syamil menggigil menahan geram. Ditarik-tarik rambutnya dengan kuat bagi melegakan rasa sakit hatinya. Dinding yang tidak berdosa ditumbuk berulangkali hingga dicemari kesan darah.
"Tak guna kau, Tia!" Jeritan Syamil bergema di tingkat tujuh pangsapuri yang disewanya sehingga mengejutkan jiran tetangga.
"Siapa pula yang datang lewat malam begini?"
Tumpuan Erin pada drama bersiri Korea terganggu dengan ketukan bertalu-talu di pintu. Dengan malas, terpaksa juga dia bangun untuk melihat tetamu yang tidak diundang itu.
Mata mengintai pada lubang intip di pintu. Dia menarik nafas panjang sebelum tombolnya diputar.
"Tia mana? Betina tu mana?"
Lemah semangat Erin yang ditengking sebelum sempat diberi salam. Keadaan Syamil yang kusut cukup menggambarkan kecelaruan fikirannya saat itu. Erin kerling buku lima Syamil yang berlumuran darah. Orang panas baran memang begitu. Lebih baik terjun saja ke dalam lombong atau perigi buta. Tidaklah Tia selalu berendam air mata. Tangan Erin disilang ke dada. Lensa mata dilempar benci kepada pemuda yang tidak beradab tersebut.
"Boleh tak kau jangan buat kecoh kat sini? Malu aku dengan jiran-jiran, tahu tak?" lawan Erin berani.
"Aku peduli apa? Bukan masalah aku! Aku tanya kau baik-baik, Tia mana?" Jeriji besi yang memisahkan jarak mereka digoncang kuat. Bunyi bising memecah kesunyian malam yang semakin larut.
Ulas bibir Erin diketap geram. Tidak reti bahasa agaknya pemuda ini. Berkali-kali ditegur, kepala anginnya juga yang diikut.
"Tia tak ada!" jawab Erin malas. Berputar bola mata Erin tanda menyampah.
Dia berdoa agar Tia diam-diam saja di dalam bilik dan tidur lena dan tidak bangun-bangun lagi. Jika Tia keluar juga, alamatnya babak lain pula yang menanti.
"Dia ke mana? Keluar dengan jantan lain?"
"Amboi, sedap mulut kau je kata kawan aku jahat. Tapi, dia memang layak dapat lelaki lagi bagus dari kau yang tak tahu bersyukur. Kau cermin dulu diri kau layak ke tidak nak berkawan dengan dia!" Erin bercekak pinggang menentang Syamil di luar pintu. Rasa malu terhadap jiran-jiran yang menjengah di muka pintu ditolak ke tepi.
"Jadi, betullah dia ada jantan lain?" Syamil tersenyum sinis. Ternyata suara hatinya tidak silap.
"Erin, Syamil. Apa bising-bising ni? Syamil, apa awak buat kat sini?"
Teguran Nia menyentak ketenangan hati Erin. Kenapalah Tia keluar dari bilik pada saat-saat begini? Hampir-hampir saja dia berjaya menghasut Syamil agar melepaskan Tia. Membebaskan gadis itu dari cengkaman dunia ciptaan Syamil yang durjana.
Tidak berkerdip mata Syamil merenung Tia dalam pijama tidur. Begitu terserlah bentuk badan Tia yang boleh dikatakan menggiurkan itu. Rambut Tia ditutup dengan kain tuala yang dipegang dengan jarinya saja pada bahagian dagu.
Syamil ingin lihat lebih dari itu. Melihat hak milik Tia yang cantik dan indah di matanya. Kulit lengan Tia yang putih bersih tanpa cela, dan keindahan rambut Tia yang berbau harum walau ditutup dengan sehelai tuala. Terjentik jua nafsu lelakinya dan dalam sekelip mata amarahnya yang memuncak terpadam begitu sahaja.
"Sayang…."
Panggilan manja Syamil kepada Tia amat meloyakan Erin. Erin membuat aksi ingin muntah dan tidak pula bercadang untuk memberi ruang kepada pasangan kekasih berkenaan berbincang.
Berdenyut-denyut kepala Tia menahan sakit kerana suara mereka berdua mengejutkannya dari lena. Terpisat-pisat mata digenyeh dan digagahi dirinya supaya bangun. Jika dibiarkan lagi lama, boleh runtuh rumah mereka dibuatnya.
"Mil buat apa malam-malam buta kat sini? Baliklah, ni rumah anak dara. Tak manis kalau jiran-jiran lain nampak." Tia berkata dengan mata terpejam.
"Mil cuma nak periksa keadaan sayang. Sayang okey tak? Dah makan?"
Tangan Syamil memegang jeriji besi dengan kuat, cuba mendekati Tia yang berada dalam rumah itu sedekat mungkin. Mata Tia bengkak akibat menangis. Semuanya gara-gara dia. Peluang seperti ini jarang-jarang sekali diperoleh dan Syamil perlu manfaatkannya sebaik mungkin.
Ketika duduk berdua-duaan dengan Tia, dia tidak pernah diberi peluang untuk memegang tangan Tia seperti pasangan kekasih yang lainnya. Terlalu banyak peraturan yang ditetapkan oleh Tia sehingga adakalanya dia menjadi rimas.
"Sudah. Baliklah, Mil. Tia tak nak kami jadi buah mulut orang." Pintu utama ditutup sebelum sempat Syamil mengucapkan selamat malam.
Baru beberapa tapak Tia melangkah, sekali lagi pintu rumah diketuk dengan kuat.
"Apa lagi?" marah Tia sebaik saja pintu dibuka.
Beberapa wajah asing yang tidak pernah dilihatnya sedang berdiri tegak di luar jeriji. Pegangan tuala yang semakin melorot di kepalanya ditarik dengan kemas.
"Assalamualaikum," sapa lelaki pertengahan usia itu.
"Waalaikumussalam," jawab Tia dan Erin yang datang secara tiba-tiba. Erin baru berkira-kira untuk membasuh otak Syamil yang disangkanya datang semula. Tekaannya meleset pula kali ini.
"Saya Pak Yusof, ketua blok pangsapuri ni. Saya ada terima aduan tentang lelaki bukan muhrim datang ke rumah cik berdua. Jadi, saya datang untuk menyiasatnya sendiri," terang Pak Yusof berbasa-basi.
"Oh, maafkan kami, Pak Yusof. Itu sepupu saya. Dia tengah ada masalah. Saya pulak lambat buka pintu. Itu yang kecoh sikit," jawab Erin laju.
Dua orang pemuda di sebelah Pak Yusof berpandangan sesama sendiri sambil tersengih.
"Kalau begitu, kami balik dululah. Maaf mengganggu cik berdua. Tapi kalau ada berlaku apa-apa yang mencurigakan, jangan segan-segan hubungi pak cik," ujar Pak Yusof seraya meminta diri untuk beredar.
Daun pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Tia bersandar di dinding dan memandang sayu sahabatnya itu dengan mata berkaca.
"Terima kasih, Erin. Aku dah banyak menyusahkan kau," lirih Tia dalam sedu-sedan yang baru terbit.
Tubuh Tia dipeluk seeratnya, rambut dan belakang badan Tia yang longlai diusap penuh kasih sayang.
"Shhh… tak perlu minta maaf. Kau kawan aku. Kita dah janji untuk hidup susah dan senang bersama-sama." Bisikan lembut di telinga Tia membuatkan jiwanya rapuh. Mujurlah ada Erin sebagai sandaran saat dia terluka.
Tidak puas rasanya menatap penampilan Tia yang cukup berbeza malam itu. Syamil menongkat dahi dengan tangan menanti lampu isyarat bertukar hijau di jalan raya. Tia yang manis, Tia yang baik hati dan Tia yang sentiasa ada dengannya di saat-saat sukar.
'Apa aku dah buat ni?'
Hatinya dihimpit dengan rasa bersalah. Gadis sebaik Tia tidak patut dilayan begitu. Sikap panas baran dan rasa cemburunya memang tidak boleh dikawal langsung. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tergamak melontarkan kata-kata kesat kepada Tia. Hatinya memberontak, marah dan benci datang silih berganti.
Lampu isyarat bertukar hijau. Dan telefon pintar milik Syamil berdering memaparkan sebaris nama pemanggil yang tersimpan dalam senarai kenalan. Pantas bibirnya mengoyak senyum dan peristiwa indah dua hari yang lalu mula bermain-main dalam mindanya.
Stereng dibelok ke kanan memasuki laluan ke Cheras. Sejurus tiba di tempat yang dijanjikan, pintu kereta di sebelahnya dibuka. Haruman Dior Addict mengisi rongga hidung. Pemilik sepasang kaki bersepatu merah jambu memasuki ke dalam perut kereta itu dengan senyuman paling manis.
ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m