“TERIMA kasih, bos. Maaf, sebab menyusahkan bos hantar saya ke klinik,” ucap Tia serba-salah.
Dengan bantuan Gina, Tia dipapah ke bilik rehat. Setelah beberapa minit akhirnya Tia sedar dan diberikan minuman. Uzayr berkeras mahu Tia memeriksa kesihatannya di klinik. Berkali-kali Tia menolak kerana dia cuma mengalami sakit kepala biasa. Apakan daya, Uzayr tetap mahu Tia diperiksa lebih lanjut oleh doktor.
Tia terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap sebagai pekerja yang kurang sopan. Uzayr cuak apabila wajah Tia yang pucat itu kelihatan tidak bermaya dan kusut. Mungkin Tia ada masalah peribadi dan terlalu banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas.
“Jangan cakap begitu. Saya ikhlas bantu awak. Lagipun, kalau PA saya jatuh sakit saya juga yang susah. Ibarat sebelah tangan saya ni lumpuh.”
Uzayr ketawa besar. Jauh di lubuk hatinya, itulah yang sebenarnya dia rasa bila Tia jatuh pengsan sebentar tadi. Dunianya bagaikan terbalik. Tanpa Tia, sudah tentu kerja-kerjanya di pejabat menjadi pincang. Uzayr merenung sepasang mata indah milik Tia tanpa sedar.
Sepasang mata itu seperti mempunyai satu kuasa ajaib. Tenang dan mendamaikan hati sesiapa saja yang melihatnya. Tia cepat-cepat mengalih pandangannya ke tempat lain, takut mengundang fitnah terhadap mereka berdua.
“Cik Tiara Amanda!” panggil pembantu klinik di situ sekaligus memecahkan momen janggal antara mereka.
Langkah Tia diatur ke kaunter mengambil ubat. Setelah diterangkan jenis-jenis ubat dan cara pengambilannya, Tia mengeluarkan dompet untuk membayar kos ubat-ubatan.
“Tak payah, Tia. Biar saya yang aje yang bayar,” celah Uzayr dari belakang, dan sehelai not bernilai seratus ringgit dihulur kepada gadis merangkap pembantu klinik itu.
Jarak tubuh mereka begitu hampir sehingga minyak wangi yang dipakai Uzayr menusuk-nusuk ke rongga hidung Tia. Belum sempat berkata apa-apa, plastik berisi ubat-ubatan sudah berada di tangan Uzayr.
“Jom!”
“Errr… ke mana?” Bingung Tia seketika dengan Uzayr.
“Saya hantarkan awak balik.” Penggera kereta mewah berjenama antarabangsa milik Uzayr berbunyi bila ia ditekan.
“Awak nak tercegat dekat situ sampai besok ke?” soal Uzayr dari dalam kereta selepas cermin tingkap diturunkan.
Tergesa-gesa Tia membuka pintu kereta lalu duduk di sebelah Uzayr. Tersungging senyuman nakal Uzayr melihat kekalutan Tia apabila digertak.
"Awak tengah diet ke, Tia?" tebak Uzayr.
"Hah! Ma… mana ada, bos." Tia menjawab gugup.
"Awak dah kurus benar saya tengok. Tak perlu nak berdiet sangat sampai pengsan." Uzayr memerhati Tia di sebelahnya dengan ekor mata.
"Saya dah beritahu tadi, bos. Saya tak pernah diet pun."
Tia cuba mengawal suaranya yang keras. Tiada sangkut-paut langsung antara diet dan kejadian pengsan yang dialaminya.
"Saya penat. Semuanya bos punya pasal. Bagi saya kerja banyak sangat." Tia sengaja menyakat Uzayr untuk melihat reaksi pemuda itu.
"Banyak sangat ke kerja awak kat pejabat tu? Macam tipu je. Bukan main senang hati lagi awak bergelak-ketawa dengan Gina Montel tu."
Suka-suka hati Uzayr memberi gelaran 'montel' di hujung nama Gina. Kalaulah Gina tahu… mesti leper Uzayr dikerjakan.
Nampak gayanya Tia tidak boleh lagi bersembang dengan Gina lama-lama. Dalam diam-diam, ulahnya diperhati oleh Uzayr. Sekalipun mereka bersembang, hal kerja tetap didahulukan.
"Kenapa diam? Sebab tak betul, kan?" Tia kebam bibir apabila kenyataannya tadi menjerat dirinya sendiri.
Uzayr menjeling dengan bibir berguman. Tia langsung tidak mendengar biji butirnya.
“Ni ubat awak. Makan ubat tu, tahu. Jangan disimpan buat pekasam.”
Gegendang telinga Tia dipaksa mendengar nasihat Uzayr. Plastik ubat disumbat ke dalam tas tangan seiring dengan ucapan terima kasih.
“Doktor tak bagi saya cuti sakit pun, buat apa saya nak balik?” Tia menatap wajah Uzayr dari sisi. Dahi pemuda itu berkerut dengan soalan dari Tia.
“Saya selaku bos awak, mengarahkan awak untuk berehat hari ni. Hari ni tak payah kerja. Titik!”
Tia memuncungkan mulut. Dia lebih rela bekerja daripada duduk di rumah. Dia akan lebih banyak berfikir jika duduk berseorangan. Ini akan membuatkan dia rasa lebih sakit. Lebih sedih. Sementelahan, Erin juga terus-menerus memulaukan dirinya. Hidup mereka kini terasing. Sunyi tanpa canda gurau seperti selalu.
“Rumah awak kat mana?” soal Uzayr mematikan lamunan Tia.
“Saya balik sendiri ajelah, bos.” Cepat-cepat Tia memintas.
“No! Awak di bawah tanggung jawab saya. Saya akan hantar awak balik. Cepat, beritahu saya kat mana rumah awak?” tekan Uzayr.
“Kerinchi.” Tia menjawab malas. Uzayr menggeleng. Dalam keadaan sakit pun masih lagi mahu bertekak.
Kereta Uzayr menelusuri ke jalan Bangsar yang tidak berapa sesak ketika itu. Sejak tadi, mereka berdua lebih banyak melayan perasaan masing-masing. Tia sibuk dengan telefon pintarnya. Manakala, Uzayr sesekali menjeling Tia yang tampak ayu dalam persalinan berwarna merah jambu, lebih terserlah sifat feminin Tia.
“Nak sampai dah. Kat lampu isyarat tu, bos kena buat pusingan U,” arah Tia terpaksa.
Uzayr mengangguk. 300 meter lagi Uzayr akan membuat pusingan U sebelum masuk ke perkarangan pangsapuri milik Tia.
“Terima kasih, Encik Uzayr. Saya dah cakap tak nak balik, tapi bos hantar saya balik juga,” bebel Tia selamba.
“Sama-sama. Ingat, rehat cukup-cukup. Esok saya dera awak bagi kerja banyak-banyak. Hahaha.” Bukan main seronok Uzayr ketawa.
Tia melambai kepada Uzayr sebelum pemuda itu berpatah balik ke pejabat.
“Assalamualaikum." Kaki melangkah masuk ke dalam rumah serentak dengan ucapan salam.
Tia tidak berhasrat untuk berehat di bilik tidur. Matanya belum lagi mengantuk. Langsir di pintu gelangsar ditarik ke sisi dan jaluran jingga dari sang matahari menyusup masuk ke dalam rumah.
'Layan TV lagi baik,' omel Tia dan tercari-cari saluran menarik untuk ditonton.
'Yang inipun bolehlah…,' bisik hati Tia saat filem Inggeris ditayang di kaca TV.
Baru lima minit menonton TV, telefon pintarnya bergetar tanda ada pesanan masuk. Tia buat tidak tahu dan terus memaku pandangan pada filem aksi itu. Seketika kemudian, deringan yang amat dikenalinya mengganggu konsentrasi Tia.
"Hello, bos. Ada apa?" tanya Nia malas.
"Hello… wah, marahnya!" jawab Uzayr tetapi masih tetap fokus pada pemanduan.
"Maaflah, bos. Saya tengah syok tengok TV tapi bos pulak kacau daun," terang Tia jujur.
"Awak tengok TV? Saya bagi awak cuti supaya awak dapat berehat. Bukannya tengok TV," tekan Uzayr di hujung talian.
"Saya memang tengah rehat. Baring-baring sambil tengok TV," ujar Tia sambil menguap.
Matanya semakin mengecil dan kudup mata mula terkatup perlahan-lahan. Mungkin kesan ubat yang dipaksa ambil oleh Uzayr sebentar tadi. Suara Uzayr sayup-sayup kedengaran di cuping telinganya.
"Tia! Tia! Awak dengar tak ni?" panggil Uzayr cemas apabila suara Tia tidak lagi kedengaran. Dia berkira-kira untuk berpatah balik semula untuk memeriksa keadaan Tia.
'Laaa… tidur rupa-rupanya!'
Uzayr ketawa sendiri apabila dengkuran halus menerjah pendengarannya. Tia tertidur ketika bercakap dengan Uzayr. Tidak jadi dia membebel lagi dan bising-bising tentang kesihatan Tia.
Tubuh Tia dikalih ke kiri setelah agak lama tidur telentang. Teraba-raba tangan Tia mencapai objek di dahi. Tuala kecil yang masih basah diletakkan ke dahinya oleh seseorang ketika dia tidak sedarkan diri. Pandangannya ditebar ke sana-sini. Dia masih berada di sofa di ruang tamu rumahnya. Perlahan-lahan tubuh ditegakkan untuk bangun.
"Kau demam. Lepas makan bubur nanti kau makan ubat ni pula."
Tia menoleh ke arah suara itu. Erin berjalan sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan air kosong lalu diletakkan di meja sisi.
"Makanlah. Nanti perut masuk angin," arah Erin tanpa memandang muka Tia.
Erin mahu beredar segera namun tangannya pantas disambar Tia. Keprihatinan Erin terhadap dirinya amat meruntun sekeping hati milik Tia yang libang-libu.
"Erin… maafkan aku. A… aku tahu kau marahkan aku. Aku berharap sangat, kau faham situasi aku," rayu Tia sesungguh hati.
Erin tetap seperti tadi. Beku dan bercakap apabila perlu. Langkah Erin dibawa ke kamar. Pintu bilik ditutup rapat. Setitik demi setitik air mata Tia jatuh membasahi pipi. Sedih kerana berasa diri tersisih. Tubuh terhinggut mengikut irama tangisannya yang pecah tanpa dapat ditahan lagi.
Tiba-tiba bahu Tia dicuit. Tubuh Tia dipeluk dengan kemas. Tia menangis semahunya dalam dakapan Erin yang duduk di sebelahnya.
"Sudahlah tu. Habis bengkak mata kau tu," kata Erin perlahan. Belakang tubuh Tia diusap lembut.
"Ma… maafkan aku, Erin." Tidak henti-henti ungkapan itu meniti di bibir Tia.
"Aku dah maafkan kau, Tia. Cuma aku minta tolong dekat kau. Lepas ni, tolonglah fikirkan diri kau dulu sebelum orang lain. Aku bukannya suka-suka nak marah kau. Aku sayangkan kau macam adik-beradik aku sendiri. Bila kau sengsara, aku pun rasa sengsara, Tia," lirih Erin dalam sendu.
Tangannya diletakkan di dadanya sendiri. Sungguh, jiwa dan raganya perit menyaksikan Tia dilambung-lambung seperti boneka.
Tia teresak-esak menangis sehingga penglihatannya menjadi kabur. Erin mengambil mangkuk bubur yang semakin sejuk. Sudu yang dikaut dengan bubur nasi disua ke mulut Tia. Mulut Tia dingaga membiarkan dirinya dimanja oleh Erin.
Tangan Tia merampas sudu tadi lantas menyudu bubur itu dan disuap kepada Erin pula. Kedua-duanya saling berpelukan kembali dan menghamburkan isi hati yang terpendam.
"Aku ada sesuatu untuk kau," kata Erin selepas adegan penuh air mata tadi beransur pergi.
"Apa dia?" soal Tia kehairanan.
Erin berlalu ke kamarnya meninggalkan Tia yang terpinga-pinga. Seminit kemudian, dia ke ruang tamu dan meletakkan sesuatu di tapak tangan Tia. Air mata Tia semakin laju mengalir seperti sungai. Mulutnya ditekup kerana tidak percaya selepas melihat objek yang berada di tapak tangannya.
"Kenapa, Erin? Kenapa kau sanggup buat sampai begini sekali?" Bahu Erin digoncang kuat.
Hujung jari-jemari Erin menyeka air mata yang bergenang di tubir mata Tia yang semakin ketara membengkak.
"Sebab aku tahu, gelang ni amat bermakna buat engkau. Ini amanat aku. Tolong jaga gelang ni baik-baik. Jangan sekali-kali kau jual lagi seperti semalam. Boleh, kan?"
Semakin berjujuran manik-manik jernih di pipi Tia yang tidak pernah kering. Begitu mulia hati Erin sehingga sanggup berkorban begitu rupa. Kedua-dua belah tangan Erin digenggam kemas.
"Tak terbalas budi kau pada aku, Erin. Kau satu-satunya sahabat aku, di dunia dan di akhirat." Erin tersenyum gembira melihat senyuman Tia menata wajah bujur sirihnya.
***
"UNTUNGLAH badan…," sapa Gina yang sudah duduk di depan Tia tanpa dipelawa.
"Apa yang untungnya ni, Gina?" Berlapis dahi Tia dengan kenyataan Gina.
"Bos sayang betul dengan kau. Nampak sangat dia ambil berat pasal kau bila kau jatuh pengsan." Terjongket-jongket kening Gina menerangkan situasi sebenar.
"Mana-mana pekerja yang jatuh pengsan depan dia pun mesti dia akan bertindak hal yang sama."
Tia malas untuk bercakap banyak. Bahaya betul mulut si Gina. Habislah bergoncang satu wisma jika Gina menjaja inti cerita yang tidak betul. Gina mengusap hujung dagunya yang bulat. Matanya dikecilkan seraya menyorot tajam kepada Tia yang kelihatan tenang.
"Mengikut firasat akulah, bos tu ada hati kat kau kut, Tia." Gina terkekeh-kekeh ketawa. Mana tahu telahannya betul. Jika benar, Nelly lah salah satunya manusia yang akan kecewa dan makan hati.
"Ah! Pandailah kau. Dia buat semua tu atas dasar ihsan dan belas sebagai seorang manusia. Bukan sebab hal peribadi. Ni… kau jangan fikir bukan-bukan, eh? Hal semalam tak perlu nak ungkit lagi. Aku pun dah sihat walafiat. Kau tak ada kerja ke?" Tia memberi amaran secara tidak langsung kepada Gina.
"Yelah… yelah. Tak perlu nak halau aku. Aku pergilah ni," rajuk Gina seraya menolak kembali kerusi Tia di tempat asal.
"Rehat nanti jumpa aku kat pantri. Aku ada bawa kek coklat."
Gina tersengih suka. Bukan susahpun hendak pujuk Gina. Bab coklat dan kek, laju saja kesalahan Tia dimaafi. Gina melayangkan satu flying kiss buat Tia. Tergeleng kepala Tia tanpa membalas perbuatan Gina.
"Ehem… dah sihat?" tegur Uzayr yang tercegat di depan Tia beberapa minit yang lepas.
Tia begitu tekun melaksanakan tugasannya sehingga batang tubuh Uzayr berada di depannya langsung tidak disedari.
"Eh, bos! Selamat pagi. Alhamdulillah, saya dah sembuh sepenuhnya." Tia menjawab pertanyaan Uzayr dengan sopan.
"Baguslah. Kalau begitu, tengah hari ni bolehlah ikut saya dengan Nelly. Ada lunch discussion dengan klien," pesan Uzayr.
"Ikut bos dengan Cik Nelly? Baiklah. Nanti saya sediakan apa yang patut," jawab Tia mendatar.
Dia kurang selesa berhadapan dengan Nelly walaupun atas tiket rakan sekerja. Ini kerana, Nelly suka mencari kesilapan Tia walaupun sebesar hama. Entah apa tanggapan Nelly terhadap Tia yang sebenarnya dia pun tidak tahu.
Panjang muncung Gina saat diberitahu tentang pembatalan temujanji mereka hari itu. Namun, Tia bijak memancing angin Gina dengan memberinya kek coklat seperti yang dijanjikan.
Pertemuan mereka dengan klien berjalan dengan lancar. Kini, tiba saatnya untuk mereka menjamu selera.
"Bos, saya ke restroom sekejap." Tia meminta diri sebelum berlalu ke tandas di bangunan hotel bertaraf lima bintang itu.
"Aku tak sangka pula zaman sekarang ni PA masih ada hubungan sulit dengan bos sendiri." Hampir rebah Tia mendengar tuduhan tidak berasas sari teman sekerjanya sendiri.
Nelly mengerling Tia sekilas di singki untuk mencuci tangan. Sebatang gincu dikeluarkan dari tas tangan milik Nelly, lalu gincu berjenama terkenal itu dioles di bibirnya yang seksi.
"Cik Nelly tak ada hak nak tuduh saya yang bukan-bukan. Hubungan saya dengan Encik Uzayr hanya sebagai majikan dan pembantu peribadi. Tidak lebih dari itu," jelas Tia yang kepanasan hati.
Nelly senyum sinis. Gincu dimasukkan semula ke dalam tas tangan dan rambutnya dirapikan dengan jari-jemarinya.
"Macamlah aku tak tahu. Perempuan macam kau tu lembut gigi dari lidah. Diam-diam ubi berisi. Nak hidup senanglah katakan. Nampak aje baik. Tapi…." Ayat Nelly tergantung di situ.
Jelingan maut Nelly sedikitpun tidak menakutkan Tia. Nelly ralit meneliti lukunya yang baru dirias di salon.
Tia berdiri di depan Nelly dengan muka masam. Kulit muka yang hanya nampak gebu hasil solekan tebal itu ditatap dengan benci.
"Saya anggap kata-kata Cik Nelly tadi ditujukan khas untuk diri Cik Nelly sendiri. Satu bangunan sedia maklum yang Cik Nelly berusaha keras menagih cinta Encik Uzayr.
Agak-agaknya, siapa lagi yang tidak bermaruah macam Cik Nelly cakapkan tadi? Saya, atau Cik Nelly?"
Tia berlalu pergi meninggalkan Nelly dengan muka merah padam dan hatinya puas bila dapat mencantas tuduhan melulu Nelly.
***
"SAYANG… sayang buat apa kat sini?"Terbejat langkah Tia tatkala suara yang amat dia kenali itu menyapa telinganya. Tertoleh-toleh kepalanya mencari sosok empunya suara itu. Kemudian bola matanya melekat pada seorang pemuda yang kemas berkemeja dan berseluar panjang."Mil… Tia ada kerja sikit kat sini." Dahi Tia dibasahi manik-manik jernih."Seorang?"Syamil merapati Tia yang kelihatan gelisah. Ligat bola mata Tia mengitari sekeliling. Syamil memerhati ulah Tia tanpa sedar. Kenapa Tia harus gelisah?"Tia tengok siapa?" Mendatar suara Syamil bertanya. Namun cuping telinganya sudah panas membahang. Ada sesuatu yang Tia c
ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."