ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu.
"Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.
Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu.
"Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.
Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan dan kata-kata nista dari Syamil. Yang dia tahu, dia mesti pertahankan Tia agar gadis itu tidak dilayan seperti boneka bernyawa.
"Aku ada buat nasi lemak. Sebelum pergi kerja, jamahlah dulu. Dari semalam kau tak makan, kan?" Idea tersebut tiba-tiba melintas dalam kepalanya.
"Oh… terima kasih, Erin. Nanti aku makan. Kalau tak sempat, aku bungkus je dan makan kat pejabat."
Segaris senyuman manis dilorek khas buat Erin. Erin meminta diri untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia perlu keluar lebih awal dari Tia memandangkan jarak tempat kerjanya agak jauh. Jika terlewat sedikit, pastinya lalu lintas akan menjadi sesak. Hidup di kota besar seperti itu, dia harus pandai mengatur masanya sendiri.
Sejurus keluar dari pintu lif, Erin terlihat akan kereta Syamil yang tersadai di ruang parkir. Bibir dicebik tanda benci. Jantan tersebut tidak sudah-sudah mengganggu hidup Tia. Entah apa lagi yang dia mahu. Kalaulah dia tidak mengejar masa saat itu, pasti lelaki tersebut terpaksa menadah telinga mendengar bebelan berbisanya.
"Sayang!" panggil Syamil apabila Tia melintasi ruang parkir itu.
Tertoleh-toleh Tia mencari arah suara Syamil. Matanya yang bengkak disorot tajam pada tampang wajah Syamil yang tersenyum ceria, sepertinya tiada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka berdua. Itulah sikap Syamil yang cukup memeningkan kepala Tia.
"Mil buat apa kat sini?" soal Tia malas. Lilitan jam di pergelangan dikerling.
"Mil nak hantar Tia pergi kerja."
Hujung mata Tia meneliti penampilan Syamil. Baju dan seluar sama yang dipakainya semalam masih tersarung di tubuh lelaki itu. Tidak pulang ke rumah agaknya lelaki itu.
"Mil tak kerja ke?" Saja Tia menduga Syamil.
"Ke… kerja. Mil pergi kerja lepas hantar Tia lah," balas Syamil teragak-agak.
"Tak mandi dulu?"
Bertubi-tubi soalan terlontar dari bibir Tia. Air muka Syamil berubah serta-merta. Dia benar-benar terlupa untuk menukar baju kerana terlalu asyik mengulit asmara dengan gadis berkaki seksi. Segera Syamil tarik muka masam.
"Kalau kau ada jantan lain nak hantar ke tempat kerja cakap ajelah. Jangan nak cari salah aku!" Suara Syamil mula meninggi.
Tia menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu Syamil cuba mengelak. Beberapa pasang mata mula mencuri pandang ke arah mereka berdua. Tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya, Tia segera melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang keledar dipasang kemas.
"Apa masalah kau ni, hah? Aku cuba nak berbaik-baik dengan kau, tapi mulut kau tu tak reti nak diam. Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku ni?" Seperti diduga, stereng kereta menjadi mangsa Syamil melampiaskan amarahnya.
"Tia dah ikut cakap Mil, kan? Apa lagi yang Mil tak puas hati?" Keras suara Tia menjawab.
Syamil cukup pantang apabila Tia melawan kata-katanya. Tia seharusnya patuh, taat dan senantiasa mengikut segala telunjuknya. Dan bukannya terus-menerus berbahas dan mencari salahnya pula.
"Aku tak sangka kau berubah macam ni sekali. Kau belajar dari siapa? Erin? Betina tu kalau aku dapat aku sepak-sepak mulut dia!" bentak Syamil dengan muka merah padam.
Kesabaran Tia menipis bila nama Erin dikaitkan dengan perbalahan mereka. Syamil di sebelahnya ditenung tajam. Tubuhnya dipusing menghadap Syamil dan sedia meluahkan apa yang terbuku di dada.
"Tolonglah! Tolong jangan kaitkan sesiapa terutamanya Erin dalam hubungan kita. Dia tak ada kena-mengena dalam hal ni. Hubungan kita bermasalah, Mil. Dan masalah tu berpunca daripada Mil sendiri! Bukannya tuding jari sana-sini untuk tutup kesalahan Mil tu!"
Sakit tekak Tia kerana terpaksa menjerit. Syamil harus mengaku kesilapan dan sepatutnya cuba menyelesaikan masalah antara mereka. Kini, sebaliknya pula yang terjadi.
Kereta yang dipandu Syamil tidak tentu arah. Tiba-tiba Syamil memecut laju sehingga Tia terjerit-jerit ketakutan. Dia terpaksa berpaut kepada pemegang sokongan di bahagian atas. Tubuhnya terhuyung-hayang mengikut rentak pemanduan membabi-buta Syamil. Basah pipinya oleh kesan air matanya sendiri. Kalimah suci Allah tidak putus-putus dibaca dalam hati moga perjalanan mereka terhindar dari sebarang kecelakaan.
"Mil dah gila ke?" hambur Tia setelah kereta itu berhenti betul-betul di depan Wisma Juta Empire.
"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi!" Syamil menyinga.
Berlaku aksi tolak-menolak antara mereka berdua. Lekas-lekas Tia meloloskan diri dari 'neraka' ciptaan Syamil. Pintu dihempas kuat tanda protes. Tertunduk-tunduk gadis itu berjalan dan berdoa moga tiada sesiapa yang melihat adegan mereka berdua sebentar tadi. Tanpa menghiraukan sapaan pengawal keselamatan di situ, langkah Tia diayun laju ke bilik air.
Pintu bilik air dikunci rapat. Mujurlah awal-awal pagi begini pekerja-pekerja di wisma itu masih ramai yang belum tiba di pejabat. Imej dirinya di dalam cermin ditenung sayu. Hatinya sakit! Wajah yang siap disolek kini tercemar dengan kesan air mata. Air pili mengalir deras di sinki, sederas linangan air matanya yang membasahi pipi.
Tia meraung di dalam tandas melepaskan segala beban yang terkurung di hati. Dihambat rasa sedih itu jauh-jauh dari lubuk kalbu sengsara. Air pili ditadah dengan tangan langsung disapu ke mukanya berulang kali. Beberapa helai tisu ditarik rakus dan wajahnya dilap serta dibersihkan sehingga kesan comot itu hilang.
Seterusnya, bedak kompak berjenama antarabangsa itu ditempek ke mukanya, menutup semula sisa-sisa solekan yang bercapuk-capuk. Pemerah pipi dan gincu dioles menjadikan wajahnya kembali segar. Tetapi, solekannya itu tidak dapat menutup kesan sembab di sekitar matanya.
Sebagai pembantu peribadi, dia harus kelihatan kemas dan berkeyakinan kerana perlu berurusan dengan pelbagai lapisan manusia dari pelbagai jawatan. Dia juga bertindak sebagai 'wajah' syarikat kerana bergandingan dengan Uzayr, pemilik syarikat Juta Empire.
Tia memerlukan sedikit masa lagi untuk mententeramkan jiwanya yang berkecamuk. Nafas dihela berkali-kali. Detakan kasut tumit tingginya memecah kesunyian pagi. Setiap langkah kaki diiringi dengan selawat ke atas Nabi junjungan. Butang lif ke tingkat 15 ditekan dan lif itu meluncur laju ke destinasi yang dipilih.
Setelah meletakkan barangan peribadinya ke dalam loker, Tia memasuki pejabat Uzayr dengan sebotol air mineral lalu dituang ke dalam gelas yang siap sedia diletakkan di situ. Tia tidak perlu bersusah-payah menyediakan air kopi setiap pagi melainkan diminta sendiri oleh Uzayr. Beberapa helai tabloid yang dilanggan disusun kemas di atas meja sebelah kiri. Fail-fail yang berada di bahagian 'keluar' diambil dan dia perlu bertindak mengikut arahan pada minit terakhir Uzayr.
Tia kembali ke tempat duduknya semula. Punggung dihempas di kerusi. Komputer dihidupkan dan fail e-mel diketik bagi memeriksa kandungan e-mel terkini. Sepuluh minit kemudian, Uzayr masuk ke pejabat dengan langkah penuh karisma dan berkeyakinan seperti selalu.
"Selamat pagi, bos!" ucap Tia tersenyum. Ucapan itu disambut dengan satu anggukan dan batang tubuh Uzayr hilang di sebalik pintu.
"Bos ada?" Nelly bertanya angkuh. Rambut panjangnya sengaja dilibas hampir mengenai muka Tia.
"Ada… masuklah, Cik Nelly." Nelly memutar bola mata sebelum langkah di atur ke bilik Uzayr.
Hampir terbeliak mata Tia melihat skirt ketat dan singkat yang tersarung di tubuh Nelly. Potongan skirt itu jelas menampakkan bentuk tubuh dan juga kulit kaki Nelly yang putih melepak dengan lenggok yang menggoda. Tia meneguk liur yang berkumpul di kerongkong. Apakah agaknya reaksi lelaki-lelaki gatal apabila melihat penampilan seksi sebegitu? Segera Tia beristighfar kerana terlalu jauh berfikir.
"Lap air liur kau tu. Meleleh sampai ke dagu." Entah dari mana Gina muncul dengan tiba-tiba.
"Mengadalah kau, Gina."
"Makin putih Mak Lampir tu sekarang ni. Dia buat bleaching ke?" Seperti biasa, Gina si kepoh sibuk membuat ulasan.
"Entahlah, Gina. Bukan urusan kita pun nak ambil tahu," ujar Tia malas.
"Aku pun nak buat jugalah. Barulah cantik macam artis." Gina tersengih-sengih sendiri.
"Lupa pula, aku ke sini nak bagi kau fail laporan QC kain ni. Nampak Mak Lampir tu sampai hilang tujuan sebenar aku." Gina menghulurkan fail yang dimaksudkan. Terus saja dia beredar dari situ apabila angin Tia yang didapati kurang baik.
Telefon pintar Tia bergetar di atas meja. Tia kerling sekilas skrin tersebut, sesaat kemudian dia mengeluh. Syamil memang tidak pernah mengerti. Sampai kiamat pun Syamil tidak akan pernah faham dengan skop kerja Tia yang begitu rumit.
Syamil
Mil kat bawah. Turun lunch dengan Mil sama-sama.
Tia
Maaf, Tia sibuk.
Syamil
Sibuk kerja atau sibuk menggatal dengan jantan lain?
Tia
Suka hati Mil lah nak cakap apa.
Syamil
Kau nak turun sekarang atau aku naik ke atas dan heret kau turun?
Lama Tia pandang skrin tersebut. Keluhan demi keluhan terlepas dari bibirnya yang menggumam marah.
Syamil
Tia!
"Tia, awak tak keluar makan?" Uzayr tercegat di depannya dengan kening terjongket sebelah. Hampir terlucut telefon pintar Tia dari tangan dan jantungnya bagai mahu terlompat keluar dari rangka.
"Err… sekejap lagi saya makan, bos."
Nelly berdiri tegak di belakang Uzayr dengan wajah masam. Sesekali dia menilik kukunya yang baru diwarnakan di spa. Nama saja Melayu dan beragama Islam. Akan tetapi, cara hidup Nelly sudah jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya. Sekali lagi Tia beristighfar. Siapalah dia untuk menilai amalan orang lain sama ada diterima atau tidak oleh-Nya. Dirinya sendiri belum tentu sempurna.
"Pergilah makan dulu. Sambung buat kerja lepas habis rehat. Atau awak nak join saya makan tengah hari dengan Nelly?"
Kerlingan Nelly berupa amaran. Apatah lagi gadis itu menggeleng kepala sebagai isyarat tidak mahu ruang privasi mereka diganggu.
"Tak mengapa, bos. Saya dah janji nak keluar makan dengan Gina." Laju Tia memberi alasan.
"Baiklah. Kalau begitu, saya pergi dulu." Uzayr dan Nelly pamit serentak.
Tangan Nelly cuba memaut lengan Uzayr manja, namun pantas saja niat Nelly terkubur apabila Uzayr menolak dengan sopan. Tia ketawa sendiri dengan cubaan berani mati Nelly. Nampak sangat Nelly terdesak sehingga sanggup merendahkan martabat sebagai wanita yang perlu dipelihara kedudukannya.
Deringan telefon mematikan sengihan Tia. Dia hampir terlupa dengan ajakan Syamil. Beg tangan dicapai dan kelam-kabut Tia menuju ke pintu lif yang sesak dengan pekerja-pekerja di wisma untuk makan tengah hari.
'Ah! Turun tangga ajelah.'
Haluannya dilencong ke ruang tangga. Sampai ke lobi, Tia tercungap-cungap kekurangan oksigen.. Langkah terus diatur ke kereta Syamil di tempat biasa. Seperti ditelah, Syamil mencuka dengan sebatang rokok yang disepit di bibir lebamnya.
"Maaf, Tia lambat sebab lif penuh tadi." Tia cuba menjelaskan keadaanya.
"Terhegeh-hegeh. Ajak makan pun lembab!"
Herdikan Syamil melukakan hati Tia. Dipendamkan saja rasa itu kerana tidak mahu ia berlarutan dan merosakkan masa mereka. Kereta dipandu laju jauh dari Wisma Juta Empire.
Santapan tengah hari Tia bagaikan menelan racun berbisa. Telinganya tidak habis-habis dipaksa mendengar bebelan Syamil tanpa menghiraukan di mana mereka berada. Malu rasanya bila mereka menjadi tumpuan pelanggan-pelanggan lain di restoran.
"Dah habis makan? Pergilah bayar. Mil tak ada duit." Selamba saja Syamil mengarah Tia yang terpinga-pinga.
Bukannya Tia yang beriya-iya mahu keluar makan. Sebaliknya dia pula yang terpaksa membayar harga makanan di kaunter. Berdecit Tia tanda geram. Baru saja kaki ingin melangkah namanya diseru Syamil. "Belikan Mil rokok sebungkus."
Tia mengecilkan matanya, benci melihat Syamil yang mengatur dirinya seperti patung dengan sesuka hati. Dia ingin cepat-cepat beredar dari situ dan menjauhkan diri dari Syamil.
"Rokok aku mana?" Tangan Syamil ditadah meminta kotak rokok yang dipesan.
Beg tangan Tia diselongkar dan menyerahkan bungkusan nikotin itu dengan marah. Syamil tersengih lalu mengucapkan terima kasih. Tia dihantar semula ke tempat kerja setelah berjaya meredah jalan raya yang agak sesak pada petang itu.
"Terima kasih," ucap Tia atas keprihatinan Syamil yang menghantarnya ke pejabat dengan selamat. Pintunya dibuka namun tangan Syamil lebih cepat menahannya dari pergi.
"Sayang…," panggil Syamil meleret. Wajahnya dimaniskan semanis madu. Sekaligus bisa mencairkan hati mana-mana wanita dengan kekacakan semulajadi milik Syamil.
"Tolong Mil, sayang…."
"APA dia? Tia dah lambat ni." Beberapa kali muka jam tangannya dikerling.Hujung lengan baju Tia ditarik, menghalang gadis itu dari melangkah pergi. Hajatnya yang satu itu belum lagi tertunai. Tia tenung wajah sayu Syamil dengan penuh tanda-tanya."Kalau Tia tak keberatan, boleh tak Tia pinjamkan Mil duit? Mil tengah sesak ni."Jawapan Tia dinanti dengan sabar. Air muka Tia sukar ditebak saat ini. Umpama bak air tasik yang tenang. Namun siapa tahu, dasarnya bergelora hebat. Syamil yakin, Tia tidak sanggup menolak permintaannya. Dia kenal benar hati budi Tia yang tidak betah melihat dirinya berada dalam kesusahan."Duit apa lagi ni? Mana Tia ada
AIR mata yang deras mengalir diseka dengan hujung jari. Posisi tubuh diubah, lantas Tia melihat semula nama yang terpapar di skrin."Bos?" panggil Tia serba-salah.Malunya! Bagaimanalah dia boleh tersilap orang. Itulah, fikirkan sangat tentang Syamil. Sampai terigau-igau dalam lenanya yang sebentar itu."Siapa Syamil, Tia?" tanya Uzayr di corong telefon."Oh! Itu nama mamat penghantar piza. Dia selalu hantar piza ke sini." Tia cuba berdalih.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Uzayr tahu kewujudan Syamil dalam hidupnya. Cukuplah sekali Syamil tersalah anggap hubungannya dengan Uzayr. Dia takut sekiranya Syamil bertindak di l
"KENAPA awak tak jawab panggilan tu?" soal Uzayr pelik. Tia sekadar melihat sekilas telefonnya pintarnya yang bergetar di atas meja."Tak penting," balas Tia selamba.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa jiwanya sedang berantakan. Dia kembali ke dapur, mencapai senduk lalu mengacau bubur yang mula membentuk gelembung-gelembung kecil."Tia… nak saya tolong jawabkan?"Telefon Tia sudah berada di genggaman Uzayr dan bersedia menekan butang hijau sekiranya mendapat kebenaran Tia."Jangan!"Sepantas kilat Tia meluru ke arah Uzayr lalu merampas telefon itu dan laju memasukkannya k
TUMPUAN Tia tidak lagi dipusatkan kepada wayang gambar. Adegan jelik Syamil dan pasangannya lebih menarik perhatian. Ternyata perancangan Allah itu lebih sempurna daripada segala-galanya. Buktinya ialah dengan apa yang terpampang di depan matanya kini. Sisi Syamil yang sebenar terbongkar pada masa yang tepat.Dalam kegelapan itu, Erin langsung tidak menyedari bahawa emosi sahabatnya itu sedang kacau-bilau. Ditambah pula dengan latar suara dari filem yang begitu kuat, mana mungkin esak tangisnya dapat didengari oleh sesiapa. Selama dua jam di dalam panggung itu dadanya berasa sempit, nafasnya sesak. Tidak seincipun pandanganya beralih kepada mereka berduaBeginikah rasanya bila diri dikhianati dan dicurangi? Air matanya umpama empangan pecah yang tidak henti-henti mengalir.
MOTOKAR Mitsubishi berwarna perak itu memecut laju sejurus keluar dari simpang rumah Tia. Haluannya hanya satu, iaitu ke Cheras di mana buah hatinya berada. Setelah meredah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, Syamil memarkir keretanya di kotak parkir berhampiran laluan pejalan kaki. Jambangan bunga mawar merah dan juga coklat tidak lupa dibawa bersama. Dia tersenyum sendiri lantas menekan butang lif untuk ke tingkat 13.Siulan lagu mengiringi langkah Syamil ke rumah yang dituju. Kini, dia berdiri di depan pintu bernombor 4. Rambut disikat kasar dengan jari agar kekal rapi. Kesan darah di dahi telah dilap dengan bersih. Hanya tercalit sedikit darah beku pada luka itu. Senyuman yang paling manis dan menggoda diukir buat si jantung hati. Setelah menghela nafas panjang, pintunya diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, keden
"OH! Awaklah gadis tu. Ada apa awak cari saya? Rasanya saya tak ada apa-apa hutang dengan awak," tempelak Tia sambil bercekak pinggang. Tudung bawal yang senget di kepalanya dibetulkan.Jika Fairuz boleh bersikap jengkel, dia juga boleh jadi seribu kali ganda menjengkelkan. Lagipun itu adalah kediamannya. Dan dia boleh menghalau Fairuz bila-bila masa sahaja yang dia suka. Fairuz telah memberikan gambaran buruk saat pertama kali mereka bertemu empat mata. Dan itu menyebabkan hatinya sakit serta-merta."Awak silap. Bukan awak seorang, tapi kita. Kita yang saling berhutang." Tegang suara Fairuz menyapa gegendang telinga Tia.Tia membiarkan Fairuz berdiri seperti tiang elektrik di luar rumah tanpa b
"TIA, ini Encik Zahrin, designer baru Juta Empire. Mula hari ni, Encik Zahrin akan bertanggungjawab dalam hal-hal rekaan corak terbaru untuk tekstil syarikat ini." Zahrin menghadiahkan satu senyuman manis buat Tia. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Tia membalas senyuman itu dan tangannya dibawa ke dadanya sendiri sebagai tanda hormat. Berubah air muka Zahrin dan pantas tangannya ditarik. "Selamat datang ke Juta Empire, Encik Zahrin," ucap Tia sopan. Anak matanya dilarikan apabila dia sentiasa menjadi tatapan mata coklat Zahrin sedari tadi. "Boleh awak tunjukkan Encik Zahrin pejabat baru beliau?" Permintaan Uzayr mematikan resah di hati Tia. "Boleh. Silakan, Encik Zahrin."
"MIL ada nampak tak kad ATM sayang?" Puas Fairuz menyelongkar setiap inci ruang tas tangan miliknya mencari sekeping kad ATM berwarna merah hati. Itu sajalah satu-satunya kad yang dia ada. Setiap celah dan ruang juga diperiksa. Manalah tahu jika dia sendiri yang tersalah letak dan ada terselit di mana-mana lipatan. Kadang-kadang dia juga pelupa orangnya lantaran memori otaknya kian penuh. "Huh!" Terlepas satu keluhan kecil dari bibir berona merah jambu itu. Rasa sedih dan penat bercampur-baur menjadi satu. Sudahlah pagi itu dia agak lewat untuk ke kuliah. Wajah dipaling kepada Syamil yang terbaring terlentang membelek telefon pintarnya. "Mil…." "Hmmm…," jawab Syamil sepatah dan m

ERIN mengetuk pintu bilik Tia dari luar. Setelah apa yang Tia lalui semalam, dia perlu memastikan keadaan Tia pada pagi itu."Tia… kau dah bangun?" tanya Erin apabila Tia tidak menyahut seperti selalu.Bunyi derap tapak kaki kian menghampiri pintu. Wajah Tia yang terjengul di muka pintu dengan telekung merah jambu."Aku dah bangun. Maaflah, aku baru selesai solat Subuh. Ada apa kau cari aku?" Berlapis dahi Tia melihat Erin sudah terpacak di depan biliknya pagi-pagi buta begini.Erin serba-salah. Risau pula takut dicop sebagai penyibuk. Ya, dia memang penyibuk. Dia jadi begitu kerana terlalu sayangkan Tia. Dia tidak mahu jiwa dan perasaan Tia sakit. Dia juga tidak takut akan tiap ugutan d