TUBUH Alana dibawa ke dukungannya sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini, dia mahu meluangkan masa bersama Alana memandangkan Izz Benazir sibuk menjalankan tugas sebagai seorang arkitek. Pesan si abang keduanya itu, kemungkinan dia akan pulang ke rumah lewat kerana ada satu projek besar bakal dibina pada hujung tahun ini. Maka, menimbunlah kerja seorang Izz Benazir.
"Mama, boleh tak Lana nak beg sekolah baru? Boleh pakai esok." Alana merangkul leher Indira sambil tersenyum lebar sehingga kedua-dua belah matanya kelihatan sepet. Memang dia suka membuat Indira cair melihat senyumannya itu.
"Eh, beg yang lamakan elok lagi. Tak baik membazir tau."
"Ala, mama. Bolehlah. Boleh tukar-tukar. Please..." Kedua-dua belah tangan dicantumkan sesama sendiri sebelum diletakkan dibawah dagu. Matanya pula dikelip-kelipkan beberapa kali tanda dia mahu memujuk Indira Callista.
"Okeylah. Pastikan pakai dua-dua, okey? Jangan membazir." Kepala Alana diusap-usapnya penuh manja dan kasih sayang sebelum melabuhkan sebuah kucupan pada dahi si anak kecil itu.
Beria-ria Alana menganggukkan kepalanya. Dia mengeratkan lagi rangkulannya pada leher Indira. Tidak sabar mahu mencari beg kesukaannya yang kini menjadi trending. Tak lain tak bukan, beg sekolah design Unicorn.
Troli ditarik sebelum meletakkan Alana di dalam troli tersebut. Kemudian, Indira menyorong troli itu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam pusat membeli-belah yang berdekatan dengan rumahnya. Hanya mengambil masa 40 minit untuk sampai ke pusat membeli-belah itu.
"Nak pergi makan dulu atau cari beg yang Lana nak tu?" soal Indira kepada Alana yang sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling. Riuh dengan suara kanak-kanak dan tangisan bayi. Ada beberapa buah kiddie ride vending machine yang diletakkan di sebelah deretan kedai, mampu menarik perhatian ramai kanak-kanak yang dalam lingkungan setahun sehingga 12 tahun.
"Nak main tu, mama!" Alana menunjukkan ke arah sebuah kiddie ride vending machine yang berbentuk kuda Unicorn.
Indira menghelakan nafasnya. Lain soalan yang diberikan, lain jawapan yang dia dapat. Sabar sajalah kalau melayan satu-satunya anak saudaranya ini.
"Come..." Tubuh Alana didukung kemudian troli diletakkan di sebelah bangku berwarna coklat. Dua helai duit kertas bernot RM1 dimasukkan ke dalam mulut mesin tukar syiling secara layan diri itu.
"Yeay!" Alana bersorak kegembiraan sehingga kedua-dua belah tangannya diangkat ke udara. Duit syiling yang berada di atas telapak tangan Indira diambilnya dengan laju sambil tersengih lebar.
"Baik-baik naik tu," pesan Indira kepada Alana sebaik saja dia menurunkan tubuh kecil itu di hadapan permainan tersebut.
Dengan penuh berhati-hati, Alana menunggang permainan mesin kuda Unicorn itu. Duit syiling tadi dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan sebelum permainan kuda Unicorn itu bergerak sekali gus memainkan lagu kesukaan kanak-kanak zaman kini.
"Dara Alana, look at the camera. Smile..." Indira menghalakan lensa kamera Oppo Reno 5 Pro ke arah Alana yang tersenyum lebar.
"Smile!" balas Alana sambil melebarkan lagi senyumannya tatkala memandang ke arah Indira.
"Good girl. Nice!" Indira tertawa kecil sebelum kakinya mengorak langkah ke arah Alana.
Buk! Tubuh Indira berlanggar dengan tubuh tegap milik seseorang sehingga menyebabkan Oppo Reno 5 Pro milik Indira jatuh mencium lantai bangunan pusat membeli-belah itu. Indira tercengang seketika tatkala melihat telefon bimbitnya yang selamat menyembah lantai.
Habislah skrin telefon aku tu. Sempat lagi dia bermonolog di dalam hatinya.
"Jalan tu, tengok depan. Bukan tengok skrin." Suara garau yang memberi teguran itu menampar gegendang telinga Indira sekali gus menyedarkan Indira untuk melihat gerangan siapa yang telah melanggarnya. Apa dia tak cukup besar ke sampai nak kena langgar?
"Eh, siapa yang langgar siapa? Macamlah belakang aku ni tak ada jalan, ya?" balas Indira dengan nada cukup selamba lalu mengambil Oppo Reno 5 Pro yang masih lagi mencium lantai.
Sepi. Tiada balasan dari lelaki itu. Indira mengangkat wajahnya betul-betul di hadapan gerangan yang melanggarnya tadi.
Pendeknya aku. Asal dia ni tinggi sangat? Aku syak masa dia kecik, dia suka makan kayu galah. Gumam Indira di dalam hati.
"Kutuk aku?" tanya Qarizh kepada Indira dengan kening dijongketkan sebelah. Dahinya berkerut halus.
"Jangan nak perasan sangat." Indira menggelengkan kepalanya. Reaksi wajahnya tampak tenang saja. Padahal baru saja sekejap tadi, dia mengata lelaki itu di dalam hati.
"Eh, kejap." Qarizh mengimbas kembali wajah Indira dengan tempoh selama 10 saat sekali gus mengarahkan kotak ingatannya itu bekerja untuk mengingat kembali siapa perempuan di hadapannya ini. Tak sampai 10 saat, kotak ingatannya memberi respon lalu mengimbau kembali kejadian beberapa hari lepas di Alamanda Shopping Centre.
"Kau."
Indira menjungkitkan bahunya. Tangan dibawa silang ke dadanya. Seperti tadi, masih menayangkan wajah tidak bersalah. Dia langsung tak ingat siapa lelaki ini. Perlu ke dia nak ingat? Siapa lelaki ini?
"Kau, perempuan hari tu yang berani lutut perut aku."
Indira terdiam sejenak. Memaksa otaknya untuk bekerja keras mengembalikan semula memori yang lepas. Wujud ke lelaki ini di dalam memorinya untuk beberapa hari yang lalu?
"Ohhhh..." Indira mengangguk-anggukkan kepalanya. Lelaki ini yang telah menjumpai Alana sewaktu mereka mencari Alana di Alamanda Shopping Centre. Kecil betul dunia ini. Tidak sangka dia menjumpai lelaki ini sekali lagi.
"Jadi, kau nak suruh aku buat apa? Perangai kau yang menjengkelkan. Memang mendapatlah kau dengan aku walaupun kau yang jumpa Alana."
Qarizh hanya menayangkan wajah bekunya seperti biasa. Tiada riak. Membuatkan Indira berkerut kecil.
"Hello, aku cakap dengan tunggul ke apa?" Indira melambai-lambai tangannya tepat di hadapan wajah Qarizh. Namun masih sama. Tiada riak apa-apa.
"Sahlah, kau ni kena sumpah jadi tanggang dekat dalam mall ni. Kau nak aku panggil sekuriti ke apa?" Tangan ditarik semula bersilang ke dadanya. Sempat lagi dia mengerling ke arah Alana yang masih menunggang permainan itu walaupun sudah berhenti.
"Moron." Hanya sepatah saja yang terpacul dari dua ulas bibir milik Qarizh sebelum dia mengorak langkahnya meninggalkan Indira begitu saja.
"Weh! Seriously? Dia tinggalkan aku macam tu je? Padahal dia yang beria-ria tadi. Macam nak cari gaduh. Memang nak kena mamat ni!" Lekas-lekas, Indira mendukung tubuh Alana lalu dia mengejar langkah Qarizh yang sudah agak jauh darinya.
"Hoi!" jerit Indira dari belakang membuatkan Qarizh mengerutkan dahinya.
Perempuan ni kejar aku? Aku ingatkan dia brutal sangat. Rupanya sama je macam perempuan lain. Getus Qarizh di dalam hati. Dia menyambung semula langkahnya tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
Puk!
"Ssstt..." Qarizh berdecit kesakitan sehingga terpejam matanya. Siapa pula yang baling benda dekat dia ni? Memang berani betul. Dah salah cari fasal dengan dia ni. Lihatlah apa nasib si gerangan yang berani sangat tu.
"Tahu pula sakit. Aku ingatkan kau ni memang tak ada perasaan," ujar Indira dengan perasaan sebalnya terhadap Qarizh. Sudahlah langgar sampai telefon bimbit dia jatuh ke atas lantai. Lepas tu, mengajak dia ingat mengimbau perkara yang lepas. Langsung tak ada kata maaf. Memang taklah, dia nak lepaskan orang yang dah menyakitkan hatinya semudah itu.
Qarizh hanya membisu sebaik saja memandang ke arah gerangan yang membaling benda ke arahnya tadi. Betul-betul kena dekat belakang badan dia. Rupa-rupanya benda itu adalah kasut kepunyaan gadis itu. Memang tekad betul nakkan perhatian dia sampai sanggup baling kasut.
"Kau memang tak ada adab, eh? Langgar orang lepas tu blah macam tu je. Fikir kau tu anak raja ke? Kerabat tengku? Yang nak kena hormat?" Dengan satu nafas sahaja, Indira mengajukan soalan kepada Qarizh secara bertubi-tubi. Kasut dipakai semula pada kaki kirinya. Itulah kelebihan kasut kesukaannya itu. Sekali baling dekat orang boleh bengkak badan orang itu.
Sedikit pun Qarizh langsung tidak menjawab soalan-soalan Indira. Sebaliknya, dia merenung dalam sepasang anak mata milik gadis itu. Sepertinya ada sesuatu yang ada di dalam diri Indira sehingga menyebabkan jantungnya berdetak tidak berirama. Anak mata itu sepertinya dia pernah lihat. Tapi, di mana?
"Hoi, aku dah hilang sabar ni. Kau memang dilahirkan tuli ke apa?" Indira menurunkan Alana sebelum tangan anak saudaranya itu digenggam erat.
"Aku dengar. Apa yang kau tak puas hati?" soal Qarizh dengan nada biasa. Tidak ada menunjukkan yang dia sedang marah kepada gadis itu. Sedangkan semasa tindakan Indira melutut perutnya, dia pernah berpesan kepada anak-anak buahnya untuk mencari gadis ini sehingga dapat. Tapi bila dah ada depan mata, lain pula yang jadinya.
"Eh, eh mamat ni. Aku soal kau, kau soal aku balik." Indira menggeleng-gelengkan kepalanya. Makin menggunung perasaan sebalnya melihat lelaki ini. Memang sengaja nak cari gaduh dekat tengah-tengah bangunan pusat membeli-belah ini.
"Kau nak aku minta maaf?" soal Qarizh dengan nada suaranya diperlahankan sedikit. Antara dengar dan tidak dengar.
"Aku bukan hadap sangat nak kau minta maaf. Cara kau tu buat aku sebal tau. Hari tu pun sama. Ubah perangai kau tu," ujar Indira dengan nada sedikit menyindir sebelum dia meninggalkan Qarizh yang masih lagi tercegat di situ. Malas dia mahu membazirkan tenaganya mengajak lelaki itu bertekak. Tiada manfaat langsung.
"Kenapa mama marah sangat dengan uncle tu? Dia baik tau, mama. Dia yang tolong Lana masa Lana sesat tak jumpa mama dengan ayah ngah." Alana mendongakkan kepalanya. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Sepertinya dia tidak suka Indira melayani Qarizh secara kasar begitu sedangkan lelaki itulah yang menyelamatkannya tempoh hari.
"Ya, mama tahu. Mama cuma geram dengan perangai dia. Dengan muka tak ada perasaan macam tu. Macam hebat sangat. Mama tahu dia selamatkan anak mama yang comel ni." Alana diangkat sebelum dibawa ke dalam dukungannya. Laju saja tangan anak kecil itu melingkar pada lehernya. Pipi Alana dikucupnya bertubi-tubi sehingga anak itu tertawa suka.
"Jom, kita pergi beli beg yang Alana nak. Lepas tu, kita pergi makan."
Terangguk-angguk kepala Alana tanda dia bersetuju dengan cadangan Indira. Troli yang masih lagi berada di tempatnya ditolak oleh Indira menuju ke sebuah kedai yang menjual barangan sekolah.
LANGIT yang tadinya bercerah sudah bertukar gelap. Awan hitam sudah mengambil alih awan putih. Sepertinya hujan akan mencurah-curah permukaan bumi tidak lama lagi. Jam sudah menunjukkan pukul enam petang. Hari sudah senja barulah Indira dan Alana menjumpai jalan keluar dari bangunan pusat membeli-belah itu. Sekiranya Indira leka, memang malamlah mereka akan pulang ke rumah. Mahu membebel Izz nanti bila dapat tahu. Bukannya tidak pernah terjadi, seringkali terjadi setiap kali Indira keluar berjalan bersama Alana.
"Okey, perut sudah kenyang. Kehendak semua sudah dapat. Semuanya cukup lengkap. Jadi marilah kita pulang, ya sayang."
Alana mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Tubuhnya juga sudah berasa letih. Semestinya sebentar lagi, dia akan terlelap di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Lana masuk dulu. Mama nak letak barang kat belakang. Pakai seatbelt terus," arah Indira yang sudah menarik pintu penumpang bahagian belakang. Beberapa beg kertas dan beg plastik mula dimasukkan ke dalam perut keretanya.
Alana akur. Dia terus memboloskan dirinya di bahagian penumpang sebelah pemandu. Tali pinggang keledar ditariknya kemudian dicantumkan pada kekuncinya. Dia memerhatikan Indira yang sedang ligat memasukkan barang melalui cermin pandang belakang.
"Arghhhh!" Indira menjerit kuat tatkala tubuhnya ditarik dari belakang sebelum belakang tubuhnya terhentak pada badan kereta. Berdecit sakit dibuatnya.
"Weh, ambil budak tu. Lekas!" arah lelaki yang sedang mengunci pergerakan Indira.
"Korang siapa? Jangan berani sentuh anak akulah!" tempik Indira sambil meronta-ronta kasar. Memang silap mereka mencari nahas dengannya.
Pang!
"Kau diamlah, perempuan!"
Pipi Indira ditampar kuat sehingga terteleng ke tepi dibuatnya. Mata turut terpejam sama tatkala menerima tamparan padu itu. Pipi yang terasa pijar diabaikan. Dia mengumpul kekuatan yang ada untuk melawan lelaki-lelaki yang menyerangnya itu.
Duk! Buk! Buk!
Dia melepaskan tendangan kaki kirinya tepat mengenai alat sulit lelaki itu sebelum tumbukan secara bertubi-tubi diaktifkan. Bagaikan dia sedang menumbuk punching bag kesayangannya itu. Memang sudah set di dalam kepalanya sekiranya dia diserang oleh orang jahat.
"Mama! Mama!" jerit Alana dengan begitu kuat sehingga bergema-gema suasana parking lot yang sunyi itu. Hanya ada beberapa buah kereta saja. Tiada seorang pun berada di situ melainkan mereka.
"Korang memang setan!" Indira melompat ke atas bonet keretanya sebelum menerkam tubuh lelaki yang sedang mendukung tubuh Alana.
Buk! Buk! Buk! Dengan sepuas hati Indira melepaskan tumbukan pada wajah dan dada si penyerang sehingga darah mengalir dari hidung dan mulut lelaki itu.
"Mama!" Sekali lagi Alana menjerit. Kali ini lebih kuat berbanding tadi kerana ada seorang lagi lelaki yang sedang mara ke arah Indira dengan menggenggam sebilah pisau belati.
Belum sempat Indira mahu memalingkan wajahnya ke belakang, tubuhnya ditolak oleh seseorang sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai parking lot itu.
"Korang memang tak guna!" Qarizh menarik belakang baju lelaki itu lalu dihentakkan kepala lelaki itu secara bertubi-tubi pada dinding berdekatan mereka.
Sepantas kilat, Indira memeluk tubuh Alana erat. Wajah Alana ditolak ke dadanya. Tidak mahu anak kecil itu melihat aksi yang mengerikan itu.
"Weh, cukup. Mati orang tu nanti."
"Biarkan dia orang mati. Dia orang dah lama sangat hidup," balas Qarizh dengan nada suaranya ditekankan.
Indira terdiam. Dia tidak menyangka Qarizh seberani itu. Melihat aksi yang ditunjukkan oleh Qarizh membuatkan dia berasa kagum. Selalunya dia hanya lihat aksi-aksi itu di dalam kaca televisyen. Sekarang, depan-depan mata!
"Mampus kau. Silap orang kau nak cari pasal." Qarizh menolak kasar tubuh yang terkulai tidak sedarkan diri itu ke atas lantai. Keringat dan percikan darah yang melekat pada wajahnya, dilap kasar menggunakan lengan baju. Rambutnya yang menutupi dahi, disebak ke belakang. Dia cuba menenangkan dirinya. Dadanya yang berombak laju, kini sudah kembali normal.
"Kau okey?" soal Qarizh penuh prihatin. Belum pernah lagi dia menunjukkan keprihatinannya pada orang luar adiknya sendiri. Hanya Tengku Qasrina Najihah saja yang selama ini dia ambil berat. Dengan orang lain, jangan harap dia akan berbuat begitu.
"Aku... aku okey. Terima kasih," ucap Indira. Teragak-agak dia mahu merenung wajah Qarizh yang kelihatan serius. Sangat serius!
"Aku ikut kau dari belakang sampai kau balik rumah." Qarizh berlalu pergi meninggalkan Indira dan Alana tanpa sempat Indira berkata apa-apa. Terkebil-kebil Indira dibuatnya.
"Lana okey, kan sayang?"
Alana hanya menganggukkan kepalanya. Indira turut menganggukkan kepala kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah Qarizh yang sudah meloloskan diri ke dalam perut kereta. Berkerut nipis dahinya melihat sikap Qarizh yang tiba-tiba saja mahu mengekorinya dari belakang sehingga sampai ke rumahnya.
Biar betul lelaki ni nak ikut sampai ke rumah. Tak akanlah senang-senang aku nak dia tahu rumah aku dekat mana. Dia ingat, dia dah jadi hero ala-ala Tom Cruise tadi aku boleh terus percayakan dialah? Sabar sajalah aku dengan mamat ni. Aku harap sangat angah dah balik. Tak adalah aku risau sangat dengan lelaki ni. Creepy.
IZZ BENAZIRmemandang wajah Indira dan Qarizh bersilih ganti sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya dihurung dengan perasaan risau yang menggunung sebaik saja mendengar cerita dari mulut Qarizh. Alana sudah pun masuk ke dalam biliknya, disuruh oleh Indira."Macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah..." Izz meraup wajahnya perlahan lalu mendongak kembali memandang ke arah Indira dan Qarizh."Kita ada musuh ke, angah?" soal Indira penuh ingin tahu. Inilah kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Belum pernah terjadi lagi sebelum-sebelum ini.Lambat-lambat Izz menggelengkan kepalanya. Dia sedang berfikir. Setahu dia, keluarga mereka tidak pernah ada musuh. "Angah tak pasti. Tapi, selama ni yang angah tahu. Keluarga kita tak pernah ada musuh.
DARItadi telinganya didendangkan dengan pelbagai bunyi tumbukan dan tendangan dari dalam bilik yang terletak di antara dapur dan juga ruang tamu. Dia hanya duduk seperti tunggul seorang diri di atas sofa sambil memakukan pandangannya pada pintu bilik khas itu. Dulu, pernah sekali dia menjejakkan kaki ke bilik itu tetapikantoipula dengan si abang. Sampai sekarang dia tidak jejak lagi bilik itu. Bilik itu memang mengundang aura seram dan ngeri bagi sesiapa yang berani melangkah masuk ke situ."Haih... bosannyalah. Apa bendalah yang abang aku buat dengan Si Adiyan tu? Teruk juga bunyi aku dengar dari dalam bilik tu. Teringin juga nak tengok."Qasrina melepaskan keluhan panjang sambil melepaskan ikatan rambut sehingga rambutnya yang panjang terurai melepasi pinggang. Wajahnya diraup sekal
BUNYIderuman air terjun membuatkan Indira tersenyum sendiri seraya matanya dipejamkan rapat. Kedua-dua belah tangannya didepakan ke udara. Dia menyedut oksigen segar yang secukupnya sekali gus menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Kali terakhir ketika dia masih kecil lagi.Sungguh dia tidak sangka, Qarizh datang dengan menunggang motorsikal kemudian dirinya dibawa ke sini. Masak-masak dia ingatkan Qarizh membawanya ke pusat membeli-belah. Memang kekok benar tatkala dia membonceng motorsikal berkuasa tinggi dengan lelaki itu."Tenang?" soal Qarizh kepada Indira. Dia mengambil tempat tidak jauh dari gadis itu seraya tangannya dibawa silang ke dada.Indira mengerling Qarizh dari ekoran matanya. Lelaki itu tidak menoleh ke
Bang! Bang! Bang!TEMBAKANdilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas."Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kenablahdari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh."Masalahnya sekarang ni,sorangkena balas serangan dansoranglagi kena tunggang motor. Macam mana?"Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.
SEPERTIbiasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi."Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya.""Pergilah kejut. Sarapan sama-sama.""Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik
TERKEKEH-KEKEHQasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya."Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
TUBUHdihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga