BELIKAT disandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbuk punching bag tanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakan punching bag. Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik.
"Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa.
"Awal pancit?" Indira tersengih.
Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
KERINGATyang meleleh pada permukaan dahinya dikesat kasar dengan menggunakan lengan baju. Dua susuk tubuh yang berada di hadapannya harus dikejar. Dia tidak mahu dirinya kalah dalam pertandingan Hari Sukan Peringkat Daerah ini. Sejak di bangku sekolah rendah lagi, sudah menjadi kebiasaan dia membolot semua pencapaian akademi mahupun kokurikulum. Orang lain tidak mampu merampas tempat pertama. Hanya dia saja yang kekal berada di tempat yang pertama. "Adik cepat! Adik!" jerit kedua-dua orang abangnya yang duduk di ruangan sorakan. Dia menggelengkan kepala lalu sempat mengerling ke arah abang-abangnya dengan menayangkan wajah toya. Dia terus memecut melepasi dua orang yang berada di hadapannya tadi. Tidak menghiraukan orang di sekelilingnya. Suara sorakan yang tadinya bingit di gegendang pendengarannya kini kedenga
Buk! Buk! Buk!INDIRA CALLISTAmelampiaskan segala kudratnya padapunching bagkesayangannya. Dalam sehari, pasti dia akan meluangkan masa bersendirian di dalam bilik. Sehingga tidak sedar, sudah berjam-jam dia menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik itu. Matanya dipejam buat seketika sejurus itu perbuatannya turut terhenti. Air matanya mengalir tanpa sedar. Kepala dibawa geleng beberapa kali. Tak, dia tak boleh lemah. Sama sekali tak boleh!"Indira Callista, kau tak boleh lemah. Sampai mati pun, jangan pernah kau tunjukkan kelemahan kau pada orang lain!"Buk! Buk!Tumbukan kembali aktif. Bertubi-tubi tanpa ada niat untuk berhenti walaupun keringat sudah membasahi tubuhnya. Rambutnya turut basah kerana bermandi peluh
Bang! Bang! Bang!BERGEMA-GEMA suasana gudang simpanan senjata api yang terletak betul-betul di tengah-tengah hutan. Dia baru saja menerima panggilan daripada salah seorang anak buah yang paling dipercayainya bahawa gudang mereka diserang oleh sekumpulan musuh yang paling suka mengganggu ketenteraman mereka. Siapa lagi kalau kumpulan Drakers, yang membawa maksud naga."Apa yang korang nak lagi? Memang tak tahu malu ke, huh?" tengkingnya kepada si musuh-musuh yang berada di hadapannya. Sekali dia melampiaskan kemarahannya, secara automatik suasana gudang yang bingit tadi menjadi hening. Sekecil bunyi pun langsung tidak kedengaran."Tak akan kau tak tahu lagi apa yang kita orang nak?" ujar salah seorang musuhnya yang dalam keadaan bersiap sedia untuk menentang serangan."Pfft..." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang degil betul ketua musuhnya ini. Dah banyak
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga