Bang! Bang! Bang!
BERGEMA-GEMA suasana gudang simpanan senjata api yang terletak betul-betul di tengah-tengah hutan. Dia baru saja menerima panggilan daripada salah seorang anak buah yang paling dipercayainya bahawa gudang mereka diserang oleh sekumpulan musuh yang paling suka mengganggu ketenteraman mereka. Siapa lagi kalau kumpulan Drakers, yang membawa maksud naga.
"Apa yang korang nak lagi? Memang tak tahu malu ke, huh?" tengkingnya kepada si musuh-musuh yang berada di hadapannya. Sekali dia melampiaskan kemarahannya, secara automatik suasana gudang yang bingit tadi menjadi hening. Sekecil bunyi pun langsung tidak kedengaran.
"Tak akan kau tak tahu lagi apa yang kita orang nak?" ujar salah seorang musuhnya yang dalam keadaan bersiap sedia untuk menentang serangan.
"Pfft..." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang degil betul ketua musuhnya ini. Dah banyak dah anak-anak buah musuhnya terkorban dalam serangan mereka beberapa bulan yang lepas. Ini nak cari pasal lagi? Memang kepala batu!
"Ramai betul ketua korang hired orang nak jadikan anak-anak buah dia. Korang semua ni memang kental. Sanggup mati dalam keadaan sia-sia disebabkan nak rampas hak aku. Tsk... tsk..."
"Kau diam jelah. Aku tak ada masa nak layan bebelan kau. Malam ini, aku akan pastikan gudang ini menjadi milik kumpulan kami. Kau dengan kumpulan kau boleh berambus!"
Bang! Bang! Bang!
Tanpa membuang masa lagi, Tengku Qarizh Nadim mengambil kesempatan tatkala musuhnya itu tidak fokus. Itulah peluang yang paling ditunggunya dari tadi. Setelah puas menyerang musuh dengan menggunakan senjata kesayangannya. Kini, dia menyimpan pistolnya itu ke dalam belakang poket seluarnya kemudian menggunakan kudrat laki-lakinya untuk berlawan dengan segelintir lagi musuh yang masih bertenaga.
Buk! Buk! Abdomen si musuh dilutut berkali-kali sehingga darah terpercik keluar dari mulut lelaki itu. Tak cukup lagi dengan itu, dia menendang perut lelaki itu sekuat hati sebelum si musuh itu terhentak kasar pada dinding gudang.
Bang!
"Argh!" Qarizh meringis kesakitan ketika salah seorang musuh berjaya menembaknya dari belakang tepat mengenai bahunya. Tangannya meraba-raba poket seluarnya untuk mencapai pistol. Namun...
"Jangan sentuh abang aku!"
Seorang gadis yang rambutnya diikat satu selamat mendarat di atas lantai sebaik saja dia membuat lompatan dari tingkat atas. Tercengang Qarizh melihat aksi yang sangat berbahaya itu. Pergerakan mereka terhenti hanya kerana menumpukan perhatian mereka pada seorang gadis yang bertubuh genit . Semua berasa tidak puas hati kerana tidak dapat melihat wajah gadis itu yang berada di sebalik topeng muka berwarna hitam.
"Qasrina Najihah..." Terketap-ketap bibir Qarizh menyebut sebaris nama itu. Macam mana si adik boleh terlepas sehingga ke sini? Masa dia sampai dia tadi, tak nampak langsung kelibatnya. Dari rumah ke gudang ini mengambil masa 20 minit. Tup-tup saja muncul sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Memang nak kena ni.
"Hehehe..." Qasrina melepaskan tawa kecil sebelum menyerang anak-anak buah musuh abangnya itu dengan kekuatannya dan juga kemahirannya dalam menggunakan senjata. Bukan berkat dari abangnya. Tetapi, dirinya sendiri. Dia sendiri yang belajar secara senyap. Qarizh langsung tidak tahu. Sebab satu-satunya abangnya ini seorang yang sangat protective!
"Blah! Atau aku lepaskan tembakan ni tepat dekat dahi korang semua! Berani sangat, kan?" ujar Qasrina sambil menghalakan muncung pistolnya ke arah musuh secara rawak. Suaranya yang besar dan tegang itu mampu menggemakan suasana ruangan gudang itu.
Semua mengambil kesempatan melarikan diri. Tadi bukan main cakap besar, baru kena sergah dengan seorang perempuan bertubuh kecil sudah lari lintang-pukang. Baru kena 'sentuh' sikit dah lemah. Ingatkan hebat sangatlah tadi. Getus Qasrina di dalam hati.
"Tengku Qasrina Najihah!" Nafas Qarizh naik turun dengan laju. Ini lagi seorang dia nak kena hadap. Amat degil! Bahunya yang terkena tembakan sebentar tadi langsung tidak dihiraukan. Sebaliknya, dia mendekati adiknya itu dengan wajah bengis. Tapi, langsung tidak gentar bagi Qasrina.
"Ya, abang? Abang okey tak?" Segera Qasrina berlari anak ke arah Qarizh. Sempat lagi bahu Qarizh dibelek-beleknya sebelum tangannya ditepis oleh si abang.
"Apa kau buat dekat sini? Kan aku dah cakap, jangan masuk campur hal aku!" tengking Qarizh.
Qasrina melepaskan keluhan panjang. Itu sajalah ayat Qarizh Nadim. Asyik-asyik ulang ayat yang sama saja. Sampai diri dia pun dah boleh tahu apa yang bakal dikatakan oleh Qarizh. Setiap kali dia melibatkan diri dalam situasi begini pasti dia dimarahi teruk oleh Qarizh. Tapi dia dah biasa. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Tolong abang pun tak boleh. Bukannya adik tak ada kemahiran pun. Ada, okey. Abang je yang tak nak ambil tahu. Semuanya tak boleh." Tangan naik bersilang ke dadanya. Wajah abangnya yang dibasahi dengan keringat dan juga ada calar-balar dipandang dengan penuh perasaan tidak puas hati.
"Aku tak nak kau diapa-apakan. Kau faham tak? Tak akan kau..."
"Argh!" Terpejam mata Qarizh tatkala si adik menekan luka pada bahunya itu. Memang dah gila adik dia seorang ini!
"Qasrina! Kau dah kenapa? Sakitlah!" marah Qarizh sekali gus menepis tangan Qasrina yang masih melekat pada bahunya.
"Jangan nak bebel je. Balik rumah, jom. Rawat luka tu. Ke abang nak pergi hospital?" Sengaja Qasrina menyakat abangnya itu. Dia tahu sangat kelemahan abangnya itu walaupun Qarizh tunjuk kuat mana sekalipun.
"Kau jangan nak mengada-ngada. Balik." Qarizh menayangkan wajah bekunya. Wajah yang tiada perasaan seperti biasa. Serius saja 24 jam.
"Heartless," ejek Qasrina lalu memeluk lengan si abang sebelum melangkah bersama-sama keluar dari gudang tersebut.
"Kemas gudang ni semula. Ketatkan sekuriti. Kalau tak, sorang-sorang aku belasah," arah Qarizh dengan nada kosong. Setiap kali dia bercakap, pasti seperti tiada perasaan apa-apa. Sehinggakan Qasrina pun pelik melihat abangnya itu. Qarizh yang dia kenal dulu tidak seperti ini. Ada satu kejadian yang membuatkan abangnya itu berubah seratus peratus.
Tapi, dia sendiri tidak ingat. Kejadian mana yang membuatkan abang dia berubah seperti ini?
"Abang, laparlah. Jom kita makan dulu sebelum masuk tidur," ajak Qasrina sebaik saja membawa tubuhnya keluar dari perut kereta. Tepat 20 minit, mereka sampai di pekarangan rumah agam milik keluarganya itu.
"Aku tak lapar. Kau makanlah," ujar Qarizh. Pandangannya dipakukan pada bahunya yang sudah siap dirawat dan dibalut oleh adiknya sendiri. Sungguh kemas balutan Qasrina. Dia sendiri tidak menyangka selama ini, Qasrina belajar sendiri tanpa pengetahuannya.
"Ish, ajak abang ni. Asyik tak lapar je kerjanya. Baik ajak Abang Hilmi lah. Abang Hilmi jom teman Qas makan." Kedua-dua belah tangannya disatukan sebelum diletakkan di bawah dagu. Matanya dikelip-kelip beberapa kali. Memang begitulah setiap kali kalau dia mahu mengajak seseorang menemaninya.
"Err... tapi..." Hilmi menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengerling ke arah Qarizh yang sibuk menatal skrin telefon bimbitnya.
"Pergilah teman adik aku. Lepas tu, aku nak info tentang gudang tadi sama ada dah dibersihkan atau tidak. Periksa sekuriti tu sekali."
Hilmi tidak menjawab sebaliknya menganggukkan kepala tanda dia akur dengan arahan ketuanya itu seperti biasa. Apa-apa memang semua dia yang kena memandangkan Qarizh sangat mempercayainya sejak awal-awal kumpulan ini ditubuhkan lagi.
"Nak makan apa, Qas?" soal Hilmi yang sudah berdiri di hadapan Qasrina. Qarizh pula sudah masuk ke dalam rumah tanpa pandang kiri dan kanan lagi. Kerana itulah, Hilmi berani mendekati Qasrina. Kalau tidak, tak adanya dia nak dekat-dekat dengan adik ketuanya itu.
"Apa je yang buka sekarang ni?" Soalan dijawab dengan soalan. Jam tangan jenama Swatch yang terbelit pada pergelangan tangannya ditenung buat seketika. Sudah pukul dua pagi. Restoran apa saja yang bukak sekarang ni?
"Mamak ada. Fast food yang 24 jam pun ada." Hilmi memberi cadangan sambil menanggalkan sepasang kasutnya untuk masuk ke dalam rumah.
"Ya tak ya juga, kan? Jomlah. Abang makan sekali tau. Qas belanja." Dengan selamba saja, Qasrina menarik tangan Hilmi masuk ke dalam rumah. Memang sudah terbiasa dari dulu lagi. Anak-anak buah abangnya sudah seperti kawan-kawan dan abang angkatnya. Jadi, perasaan janggal itu sudah lama hilang.
"Eh, biarlah abang belanja. Qas dah banyak belanja abang."
Qasrina tidak menjawab sebaliknya hanya tertawa. Mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan sebelum memesan makanan untuk dijamu dengan menggunakan aplikasi Grab.
"Lagi berapa minit abang, nak sampai?" soal Qasrina memandangkan sudah 30 minit berlalu selepas mereka memesan makanan tadi.
"Lagi 10 minit dia sampai. Biar abang..."
"Tak apa, biar Qas ambil. Abang sediakan pinggan dengan gelas tau!"
Hilmi menggelengkan kepala. Tak sempat dia nak menghabiskan percakapannya, Qasrina laju saja mencantas dan berlalu pergi meninggalkannya begitu saja.
"Sabar sajalah budak ini..."
Qasrina yang sedang berlari anak ke muka pintu utama terdengar omongan halus Hilmi. Tak jauh pun dapur dengan pintu utama. Kerana itu, dia boleh dengar percakapan Hilmi tadi walaupun dengan nada perlahan. Tombol pintu utama ditarik lalu sepasang selipar berwarna kelabu dicapai di atas rak kasut.
"Eh..." Qasrina terkejut tatkala anak matanya menangkap kelibat seseorang yang melintas di hadapan pintu pagar rumahnya. Siapa pula itu?
Qasrina memberanikan diri untuk mencari kelibat itu. Tak mungkin dia salah lihat. Memang jelas dia nampak ada kelibat yang lalu di hadapan pintu pagar tadi. Perlahan-lahan kunci pintu pagar dileraikan sebelum dia melangkah keluar.
"Siapa tu?" soal Qasrina tatkala matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang duduk tersandar pada dinding tembok rumahnya. Dalam keadaan malap begini, sukar untuk dia memastikan siapa gerangan tersebut.
"Qas... Qasrina..."
"Abang Riel?" Qasrina segera mendapatkan seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Macam mana lelaki itu tahu alamat rumahnya di sini? Sedangkan sudah bertahun-tahun mereka berpisah hanya kerana mahu membawa haluan masing-masing.
"Qas..."
"Shh... abang cedera teruk ni. Abang tunggu sini sekejap. Qas panggilkan kawan Qas."
Qasrina berlari masuk ke dalam rumah semula. Hilmi yang sedang duduk di kerusi meja makan terkejut mendengar jeritan kecil milik Qasrina Najihah itu.
"Huh, Airiel? Serius?" soal Hilmi dengan nada seolah-olah tidak percaya.
"Ya, abang. Cepatlah tolong. Teruk cedera dia tu. Berdarah-darah. Abang bawa dia masuk dalam. Biar Qas ambil makanan. Karang mencari rider tu."
Hilmi akur. Dia berlari keluar mendapatkan Airiel manakala Qasrina pula mengambil pesanannya yang sudah sampai di hadapan rumah. Ngam-ngam saja penghantaran itu tiba.
SETELAH perutnya kenyang menjamu selera nasi goreng paprik dan juga air teh ais, dia mendaki anak tangga dengan membawa semangkuk bubur daging yang dimasak olehnya sebentar tadi. Sempat lagi dia mengerling ke arah pintu bilik abangnya itu. Sepi. Pasti sudah dibuai mimpi ataupun menatap skrin laptop seperti biasa. Memang jaranglah kalau abang dia nak tidur waktu-waktu macam ni.
Tok. Tok.
Perlahan saja dia mengetuk dedaun pintu kayu itu supaya tidak sampai ke pendengaran abangnya. Kalau tidak, pasti si abang akan menghalau abang sepupunya itu. Tidak sampai hati pula dia mahu membiarkan Airiel dalam keadaan cedera parah begitu. Mujur ada Hilmi, kalau tidak buntu kepala otaknya mahu memikirkan jalan.
"Abang Riel...," panggil Qasrina sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik tetamu itu. Kelihatan Airiel sedang duduk bersandar pada kepala katil dengan memejamkan matanya. Kakinya yang terlunjur panjang itu dikerling oleh Qasrina. Dia bernasib baik kerana Hilmi lebih cekap merawat orang yang cedera parah. Dia hanya tahu yang asas saja
"Abang Riel, jamahlah sikit bubur yang Qas masak ni. Lepas tu, Abang Riel makan ubat dan rehat okey?"
"Nanti kalau dia tahu, kau macam mana?" Nada suara berbaur risau. Mungkin khuatir sekiranya Qarizh dapat tahu kewujudannya di rumah mereka. Mahu mengamuk besar sepupunya itu nanti.
"Kalau abang tahu pun, nanti Qas yang cakap dekat dia," jawab Qasrina dengan nada bersahaja. Dia menyuakan sudu berisi bubur itu betul-betul di hadapan mulut Airiel.
Bam! Pintu bilik tetamu itu dibuka secara kasar dari luar sehingga terhentak pada dinding membuatkan Qasrina dan Airiel serentak memalingkan wajah mereka ke belakang. Tertayang wajah sebal milik Qarizh di muka pintu. Airiel dihurung dengan perasaan serba-salah. Takut-takut jikalau Qasrina menjadi mangsa. Tapi, tak mungkin perkara itu terjadi. Qarizh sangat menyayangi satu-satunya adiknya itu.
"Siapa yang suruh kau tolong jantan ni, huh?"
"Abang tenang dulu. Abang Riel dalam kesusahan. Dia cedera parah waktu adik jumpa dia. Cuba bawa bersabar. Hal lama janganlah dibawa sampai sekarang. Diakan sepupu kita. Keluarga kita. Tak akanlah adik nak biarkan je."
Tangan Qarizh naik memegang kepalanya sendiri sebelum dibawa geleng beberapa kali. Sungguh dia tidak faham akan adiknya seorang ini. Sepupu yang sudah dianggap musuh. Malah dibantu pula.
"Dia tu dari kumpulan musuh..."
"Aku dah keluar dari kumpulan tu..." Begitu pantas sekali Airiel mencantas percakapan Qarizh. Kepalanya didongakkan perlahan sebelum anak matanya bertembung dengan anak mata tajam milik Qarizh.
"Heh, asal kau keluar dari kumpulan tu? Baru nak nampak? Mata kau dah kena operate ke?" sindir Qarizh sambil tangan dibawa naik bersilang ke dada. Begitu pedas sekali sindirannya.
"Ya, aku minta maaf. Aku sedar yang aku dah buat satu kesilapan sehingga melibatkan nyawa anak aku."
"Mana Aiqa?" soal Qasrina yang baru saja menyedari bahawa anak saudaranya tidak ada bersama dengan Airiel.
"Aku dengan Amelia dah bercerai beberapa bulan yang lepas. Dia dapat hak penjagaan anak tu. Aku cuba nak rampas balik tapi..."
"Tapi apa, Riel? Sebab kau tu bodoh. Tahu tak kau tu bodoh? Aku dah cakap yang isteri kau tu sebenarnya nak mempergunakan kau aje. Sebab harta kaulah, sial."
"Abang, apa mencarut ni? Tak baiklah. Tak kesian ke dekat Abang Riel? Diakan cedera," marah Qasrina.
"Tak apa. Betul apa yang Qar cakap. Aku memang bodoh. Aku gagal lindungi anak aku. Sekarang ni, aku tak tahu anak aku dekat mana. Amelia dah bawa lari dia dari aku. Aku tak tahu lokasi dia orang sekarang dekat mana," lirih nada suara Airiel. Bapak mana yang tak sayang anak. Sudahlah bekas isteri sanggup mengkhianatinya. Ini anak pula dibawa pergi jauh darinya. Siapa yang tak sedih?
"Qas yakin. Aiqa dalam keadaan baik-baik saja. Abang Riel, jangan risau. Nanti kita cuba detect location dia orang, okey? Sudahlah jangan bergaduh. Benda tu dah lama. Kita boleh bawa berbincang," pujuk Qasrina.
"Tu pada kau, dik. Kau tak rasa apa aku rasa. Sakitnya bila orang yang selama ni kita rapat, lebih percayakan orang lain daripada kita. Sikit pun aku tak pernah lupa," ujar Qarizh dengan nada kecewa di hujung ayatnya sebelum dia mengorak langkah pergi masuk ke biliknya semula.
Qasrina menghelakan nafas panjang. Sudah masak dengan perangai abangnya itu yang memang susah nak memaafkan orang. Kena pujuk beribu kali barulah nak lembut hati tu. Itu pun susah!
"Abang Riel, makanlah dulu ya. Nanti pandai-pandailah Qas pujuk abang tu. Dia tu kepala batu sikit. Nak ikut cakap dia je."
Airiel tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Fikirannya menerewang memikirkan keberadaan anaknya itu. Harap-harap semuanya baik-baik saja. Sungguh dia merindui puteri tunggalnya itu.
Semoga anak papa bahagia duduk dengan mama, ya. Nanti papa datang cari princess papa. Getus Airiel di dalam hatinya.
TUBUH Alana dibawa ke dukungannya sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini, dia mahu meluangkan masa bersama Alana memandangkan Izz Benazir sibuk menjalankan tugas sebagai seorang arkitek. Pesan si abang keduanya itu, kemungkinan dia akan pulang ke rumah lewat kerana ada satu projek besar bakal dibina pada hujung tahun ini. Maka, menimbunlah kerja seorang Izz Benazir."Mama, boleh tak Lana nak beg sekolah baru? Boleh pakai esok." Alana merangkul leher Indira sambil tersenyum lebar sehingga kedua-dua belah matanya kelihatan sepet. Memang dia suka membuat Indira cair melihat senyumannya itu."Eh, beg yang lamakan elok lagi. Tak baik membazir tau.""Ala, mama. Bolehlah. Boleh tukar-tukar. Please..." Kedua-dua belah tangan dicantumkan sesama sendiri sebelum diletakkan dibawah dagu. Matanya pula dikelip-kelipkan beberapa kali tanda dia mahu memujuk Indira Callista."Okeylah
IZZ BENAZIRmemandang wajah Indira dan Qarizh bersilih ganti sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya dihurung dengan perasaan risau yang menggunung sebaik saja mendengar cerita dari mulut Qarizh. Alana sudah pun masuk ke dalam biliknya, disuruh oleh Indira."Macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah..." Izz meraup wajahnya perlahan lalu mendongak kembali memandang ke arah Indira dan Qarizh."Kita ada musuh ke, angah?" soal Indira penuh ingin tahu. Inilah kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Belum pernah terjadi lagi sebelum-sebelum ini.Lambat-lambat Izz menggelengkan kepalanya. Dia sedang berfikir. Setahu dia, keluarga mereka tidak pernah ada musuh. "Angah tak pasti. Tapi, selama ni yang angah tahu. Keluarga kita tak pernah ada musuh.
DARItadi telinganya didendangkan dengan pelbagai bunyi tumbukan dan tendangan dari dalam bilik yang terletak di antara dapur dan juga ruang tamu. Dia hanya duduk seperti tunggul seorang diri di atas sofa sambil memakukan pandangannya pada pintu bilik khas itu. Dulu, pernah sekali dia menjejakkan kaki ke bilik itu tetapikantoipula dengan si abang. Sampai sekarang dia tidak jejak lagi bilik itu. Bilik itu memang mengundang aura seram dan ngeri bagi sesiapa yang berani melangkah masuk ke situ."Haih... bosannyalah. Apa bendalah yang abang aku buat dengan Si Adiyan tu? Teruk juga bunyi aku dengar dari dalam bilik tu. Teringin juga nak tengok."Qasrina melepaskan keluhan panjang sambil melepaskan ikatan rambut sehingga rambutnya yang panjang terurai melepasi pinggang. Wajahnya diraup sekal
BUNYIderuman air terjun membuatkan Indira tersenyum sendiri seraya matanya dipejamkan rapat. Kedua-dua belah tangannya didepakan ke udara. Dia menyedut oksigen segar yang secukupnya sekali gus menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Kali terakhir ketika dia masih kecil lagi.Sungguh dia tidak sangka, Qarizh datang dengan menunggang motorsikal kemudian dirinya dibawa ke sini. Masak-masak dia ingatkan Qarizh membawanya ke pusat membeli-belah. Memang kekok benar tatkala dia membonceng motorsikal berkuasa tinggi dengan lelaki itu."Tenang?" soal Qarizh kepada Indira. Dia mengambil tempat tidak jauh dari gadis itu seraya tangannya dibawa silang ke dada.Indira mengerling Qarizh dari ekoran matanya. Lelaki itu tidak menoleh ke
Bang! Bang! Bang!TEMBAKANdilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas."Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kenablahdari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh."Masalahnya sekarang ni,sorangkena balas serangan dansoranglagi kena tunggang motor. Macam mana?"Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.
SEPERTIbiasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi."Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya.""Pergilah kejut. Sarapan sama-sama.""Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik
TERKEKEH-KEKEHQasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya."Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga