IZZ BENAZIR memandang wajah Indira dan Qarizh bersilih ganti sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya dihurung dengan perasaan risau yang menggunung sebaik saja mendengar cerita dari mulut Qarizh. Alana sudah pun masuk ke dalam biliknya, disuruh oleh Indira.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah..." Izz meraup wajahnya perlahan lalu mendongak kembali memandang ke arah Indira dan Qarizh.
"Kita ada musuh ke, angah?" soal Indira penuh ingin tahu. Inilah kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Belum pernah terjadi lagi sebelum-sebelum ini.
Lambat-lambat Izz menggelengkan kepalanya. Dia sedang berfikir. Setahu dia, keluarga mereka tidak pernah ada musuh. "Angah tak pasti. Tapi, selama ni yang angah tahu. Keluarga kita tak pernah ada musuh.
"Berhutang?" teka Qarizh. Tangan dibawa naik silang ke dada.
"Excuse me. Teruk sangat ke muka kita orang ni nak berhutang? Kita orang ni boleh fikir lagi kalau nak berhutang sekalipun." Indira mula naik angin. Panas bila lelaki di sebelahnya itu selamba menuduh keluarganya mempunyai hutang.
"Eh, kau jangan nak angin pulak. Aku tanya aje. Tanya dengan tuduh lain." Qarizh membela dirinya. Seperti biasa, dia hanya menayangkan wajah bekunya itu. Langsung tidak gentar melihat wajah Indira yang sedang marah.
"Huh..." Indira menggolengkan matanya lalu tangan disilangkan ke dada. Malas mahu layan Qarizh yang selalu sangat menyakitkan hatinya.
"Tak apalah. Asalkan adik dan Lana selamat. Angah bersyukur sangat. Terima kasih ya, Qarizh."
Qarizh menggelengkan kepalanya lalu dia bangun dari duduknya untuk meminta diri pulang ke rumah.
"Angah nak tengok Lana sekejap. Risau tengok muka dia pucat tadi. Adik hantarlah Qarizh sampai depan pintu pagar. Lepas tu, rehat okey?"
Indira hanya menganggukkan kepala. Dia turut bangun lalu mengekori langkah Qarizh sehingga ke pintu pagar rumahnya. Tangannya masih lagi bersilang ke dada. Susuk tubuh Qarizh yang berada di hadapannya, diimbas.
"Aku balik dulu. Kau jaga diri. Aku bukan hero kau, nak kena 24 jam selamatkan kau."
Fuh! Baik punya mamat ni perli aku. Kurang asam betul. Bengang Indira di dalam hati.
"Aku tak ada mintak kau jadi hero aku pun. Kau yang tiba-tiba muncul. Mana aku tahu." Kedua-dua belah bahunya dijongketkan dengan bibirnya sedikit terjuih. Saja menayangkan wajah annoyying. Kalau tak kerana lelaki ini telah membantunya tadi, sudah lama dia hadiahkan tendangan padu Qarizh. Sabar saja....
"Aku ni masih ada hati dan perasaan nak selamatkan orang dalam kesusahan. Tak sampai hati pulak nak biarkan kau kena serang macam tu, kan?" bohong Qarizh. Selama ini dia tidak pernah pedulikan tentang kehidupan orang lain. Sekiranya ada orang lain yang ditimpa kesusahan di hadapan matanya, dia hanya berlalu pergi begitu saja tanpa ada niat mahu tolong.
Indira mengangguk-anggukkan kepalanya. Malas mahu bertelagah lagi dengan lelaki ini. Tiada manfaatnya. Sekarang ini, dia perlukan istirahat yang secukupnya. Sengal-sengal badan dibuatnya akibat bergelut dengan lelaki-lelaki jahat itu tadi.
"Kau nak balik ke tak sebenarnya?" perli Indira sambil merenung wajah putih Qarizh yang tiada perasaan itu dengan matanya yang separa terbuka. Mengantuk dia menghadap lelaki ini.
Qarizh tidak menjawab. Dia menjeling lalu memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Terbit rasa menyesal kerana membantu perempuan yang langsung tidak mengenang jasanya. Memerli saja kerjanya. Eh, sejak bila Qarizh peduli semua itu?
Indira mengunci pintu pagar lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya. Qarizh hanya merenung saja susuk tubuh Indira sehingga hilang dari pandangannya.
Dzztt.... Dzztt....
Qarizh berdecit kuat tatkala melihat nama yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Lambat-lambat dia menggeserkan butang hijau itu untuk mengangkat talian daripada Airiel. Entah apa yang sepupunya mahukan.
"Kau nak apa?"
"Qar, rumah kau kena attack. Qas kena culik!" cemas nada suara Airiel di hujung talian membuatkan Qarizh yang tadinya bersandar terus menegakkan badannya secara mengejut.
"What?" Kuat nada suara Qarizh mendengar berita yang disampaikan oleh Airiel.
"Balik, weh. Aku tunggu kau."
Qarizh mematikan talian. Dia menghentak tangannya pada stereng kuat sebelum brek tangan diturunkan lalu dia memecut kereta Toyota Vios miliknya pulang ke rumah.
NAFAS Qarizh naik turun dengan laju sambil anak matanya dipakukan pada titisan darah milik Qasrina yang berada di atas lantai ruang tamu. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat sehingga urat hijau menimbul. Tegang.
"Macam mana rumah ni boleh kena attack? Kan aku dah suruh korang jaga? Apa yang korang buat, bodoh? Arghhh!" amuk Qarizh. Belum pernah lagi, musuh-musuhnya berani menyerang rumahnya ini. Biasanya di markas atau gudang.
"Sumpah, bos. Kita orang dah cuba lawan tapi dia orang terlalu ramai." Hilmi cuba membela nasib dirinya dan kawan-kawannya yang lain.
"Alasan!" tempik Qarizh. Dia menendang sofa yang berada di hadapannya sehingga bergerak dari kedudukkannya.
Jeda. Suasana menjadi hening seketika tatkala Qarizh mendiamkan diri. Perlahan-lahan anak matanya naik memandang ke arah Airiel yang berdiri tidak jauh daripadanya.
"Kau yang rancang semua ni, kan? Kau memang tak guna!" tuduh Qarizh secara melulu tanpa usul-periksa.
Airiel menggelengkan kepalanya. Untuk apa dia rancang semua ni? Sedangkan Qasrina yang sudi membantunya sewaktu dia dalam keadaan cedera parah. Tak tergamak dia mahu mengambil kesempatan untuk berbuat jahat pada sepupunya sendiri. Dia sendiri sudah keluar daripada kumpulan itu.
"Qar, aku tak rancang semua ni. Sumpah! Untuk apa aku nak buat semua ni? Tolonglah percayakan aku. Aku dah keluar dari kumpulan tu!" Airiel mencengkam kedua-dua belah bahu Qarizh lalu digoncangnya tubuh si sepupu itu.
"Lepaslah!" tepis Qarizh lalu menolak tubuh Airiel kuat sehingga sepupunya itu jatuh terduduk di atas sofa.
"Fikir aku ada masa nak fikir semua tu, huh?" amuk Qarizh lalu meluru ke arah Airiel yang berada di atas sofa. Dia duduk di atas badan Airiel lalu melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada wajah Airiel.
Airiel menendang betis Qarizh sehingga lelaki itu terjatuh lalu terlanggar meja kopi yang berada di belakangnya. Airiel bangkit berdiri dengan pantas seraya mengundur beberapa tapak ke belakang. Dia tidak mahu bergelut dengan sepupunya itu.
"Kau pengecut, Riel!" Qarizh masih tidak puas hati dengan Airiel. Sekali lagi, dia menyerang Airiel dengan beberapa tumbukan dilepaskan pada wajah dan anggota badan Airiel.
Airiel tidak berdiam diri. Dia membalas tumbukan Qarizh untuk mempertahankan dirinya. Sepupunya itu memang sudah hilang akal. Tidak mampu mengawal diri lagi.
"Qarizh, sudahlah! Aku tak nak bergaduh dengan kaulah, weh!" tempik Airiel sekuat hati sebaik saja dia menolak tubuh Qarizh sehingga terhentak ke dinding.
"Disebabkan kau datang rumah ni, adik aku terus kena culik. Selama ni tiada siapa yang berani melepasi rumah akulah!"
Airiel melepaskan keluhan panjang. Sungguh dia tidak tahu kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa ketika dia berada di dalam rumah ni, ada musuh-musuh yang berani menganggu kawasan rumah sepupunya itu?
"Sumpah, Qar. Aku tak buat semua ni. Aku merayu kat kau tolonglah percayakan aku."
Qarizh tidak membalas. Hanya renungan tajam sekali gus dadanya yang berombak laju menahan amarah yang semakin membuak-buak.
"Bos, jangan bergaduh lagi. Sekarang ni keselamatan adik bos dalam keutamaan. Dia orang dah culik Qasrina."
Qarizh terdiam sejenak sebelum dia memerhatikan suasana sekeliling rumahnya. Baru dia sedar yang adiknya diculik oleh kumpulan musuhnya itu. Dia memejamkan matanya buat seketika sebelum dia mencapai jaket dan kunci kereta yang berada di atas meja kopi.
"Qar, tunggu!"
Qarizh diam. Langsung tidak menoleh ke belakang. Tetapi, langkahnya dihentikan. Dia masih lagi bertolak-ansur dengan sepupunya yang seorang itu.
"Aku ikut kau, Qar. Aku cam nombor plat kereta musuh tu. Dan, aku tahu yang kau boleh detect nombor plat kereta melalui telefon bimbit kau."
Qarizh angguk sekali. Dia terus meloloskan tubuhnya masuk ke dalam kereta lalu enjin kereta dihidupkan. Airiel masuk ke tempat duduk sebelah pemandu sekali gus memberitahu nombor plat yang diingati tadi.
Qarizh tidak banyak cakap. Dia hanya memasukkan beberapa huruf dan angka yang disebut oleh Airiel di dalam satu aplikasi yang ada di dalam telefon bimbitnya itu.
QASRINA merenung tajam ke arah lelaki muda, mungkin sebaya abangnya berdiri di hadapannya dengan pandangan sinis. Separuh wajah lelaki itu ditutupi dengan topeng mulut berwarna hitam. Ini kali pertama dia tewas dalam pergelutan bersama dengan musuh-musuhnya yang menyerangnya tadi. Sememangnya kudrat lelaki jauh lebih kuat daripada kudrat seorang perempuan. Tapi, tidak bermakna dia akan menyerah diri semudah itu.
"Kau nak apa, huh? Pengecut sangat kumpulan kau ni nak serang musuh sendiri yang tengah tidur," sindir Qasrina seraya tersenyum senget. Lebih kepada senyuman menyindir. Fikir dia takut dengan lelaki di hadapannya ini. Langsung tidak.
"Aku tak sangka yang kau ni seorang perempuan yang cukup berani walaupun kelilingi ramai lelaki dan hanya kau seorang saja yang perempuan." Si dia meninggung di hadapan Qasrina. Dagu gadis itu disentuhnya lembut supaya pandangan mereka statik.
"Jangan sentuh akulah!" marah Qasrina sambil mengalihkan pandangannya secara kasar. Dia sama sekali tidak suka apabila dirinya disentuh oleh bukan para ajnabinya.
"Haha!" Dia ketawa sehingga kepalanya terdongak ke atas. Suka dia melihat keberanian yang tertanam dalam diri Qasrina.
"Kau memang dah gila."
"Aku tak gila. Aku masih waras lagi, sayang." Rambut Qasrina yang menutupi dahi diselitkan ke belakang telinga. Pipi lembut Qasrina dielus perlahan.
"Argh!"
Selamba saja Qasrina menggigit jari lelaki itu yang berada pada pipinya. "Aku dah bagi kau amarankan, jangan sentuh aku."
Pang! Terteleng kepala Qasrina tatkala pipinya mendapat habuan kasar daripada lelaki itu. Turun naik nafas lelaki itu kala anak mata mereka bertemu kembali. Pandangan itu masih lagi tidak cukup untuk membuatkan Qasrina gentar.
"Kau memang lelaki dayus. Sentuh perempuan. Kau tunggu nasib kau. Abang aku tak akan lepaskan kau." Qasrina tersengih seperti kerang busuk. Perit yang menjalar pada pipinya cuba ditahan sebaik mungkin.
"Bos, kawasan kita kena attack!" jerit salah seorang anak buah si dia. Masing-masing kelam-kabut mengambil posisi untuk membalas serangan.
Qasrina tersenyum lebar. Tak usah diteka lagi siapa yang menyerang markas musuhnya ini. Siapa lagi kalau bukan abang kesayangannya itu.
Bang! Bang! Kedengaran bunyi tembakan saling balas-membalas. Qasrina hanya duduk diam menanti si abang datang menyelamatkannya.
Bum!
"Bagi adik aku baliklah!" jerkah Qarizh sebaik saja pintu yang ditendang kuat terbuka luas sehingga berlaga dengan dinding. Berdentum bunyinya memeranjatkan semua ahli kumpulan musuhnya.
"Adik kau selamat lagi, Qarizh. Janganlah kau risaukan sangat. Aku saja nak main-main dengan adik kau yang cantik ni. Tak salah, kan?" Tawa si dia meledak sehingga bergema-gema suasana ruangan markas itu.
Bang!
"Arghhh!" Dia meringis kesakitan tatkala peluru yang dilepaskan oleh Qarizh tepat mengenai perutnya. Laju darah merah mengalir membasahi bajunya. Dia tertunduk cuba menahan kesakitan yang menyengat sekali gus menekup perutnya itu.
"Kau jangan cabar aku!" Keras nada suara Qarizh memberi amaran. Sempat anak matanya mengerling ke arah Qasrina yang duduk di atas karpet dalam keadaan berikat. Meluap-luap kemarahannya melihat adiknya dalam keadaan begitu.
"Riel, kau tolong adik aku. Aku nak habiskan mamat tak guna ni," arah Qarizh kepada Airiel yang sedang berdiri di sisinya dengan menggenggam Glock 19 pada tangan kanannya.
"Kalau kau dekat, sia-sia kepala adik kau pecah..." Si dia masih tidak mahu mengalah. Tangkas dia menghalakan muncung pistol ke arah Qasrina.
Qarizh melepaskan dengusan kasar. Sempat lagi dia menyumpah-seranah lelaki itu sebelum dia meluru ke arah musuhnya itu lalu tumbukan padu dilepaskan pada perut musuhnya yang cedera itu.
"Arghh!" Tersembur darah dari mulutnya. Belikatnya terlalu sakit kerana terhentak pada dinding markasnya akibat ditolak oleh Qarizh.
Buk! Buk! Qarizh tidak berhenti setakat itu saja. Dia memijak kaki kanan musuhnya itu sehingga terdengar bunyi retakan tulang sekali gus menumbuk wajah lelaki itu tanpa henti. Habis wajah musuhnya itu dipenuhi dengan darah dan juga lebam.
"Aku dah cakap tadi jangan cabar aku. Kau dah sentuh adik, aku tak akan lepaskan kau dengan mudah macam tu," ujar Qarizh lalu merentap topeng muka milik musuhnya itu sehingga putus kedua-dua belah talinya.
Qasrina yang sudah dibebaskan oleh Airiel segera berdiri di belakang tubuh tegap abangnya itu. Dia menekup mulutnya tatkala anak matanya memandang wajah penuh musuh yang menculiknya itu.
"Abang Yan?" Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat bahawa bekas ahli kumpulan abangnya yang menculiknya. Tapi, untuk apa? Balas dendam? Bukan ke dia sendiri yang mahu keluar dari kumpulan abang atas dasar mahu cuci tangan? Kononnya ingin mencari kebahagiaan sendiri. Ini semua apa?
"Yan, kau memang sial. Aku tak sangka kau khianati aku. Sia-sia selama ni aku buat baik dengan kau. Dan yang paling teruk, aku pernah letak kepercayaan aku pada kau. Betapa bodohnya aku mempercayai kau." Topeng yang berada di tangan Qarizh dilemparkan tepat mengenai wajah Yan, atau nama sebenarnya Adiyan.
Adiyan tidak menjawab. Dia lebih rela menekur lantai daripada bertentangan mata dengan bekas ketuanya itu.
"Sampai hati Abang Yan buat Qas dengan abang macam ni. Tak cukup baik ke kita orang dekat Abang Yan? Qas percaya abang mati-mati tau yang abang dah tak nak kena mengena dengan kita orang sebab nak cuci tangan. Apa yang abang buat sebenarnya ni? Balas dendam ke?"
"Adik aku tanya tu, jawablah!" Kaki Adiyan ditendang kuat oleh Qarizh sehingga lelaki itu meringis kesakitan.
"Aku... aku..." Tergagap-gagap Adiyan hendak menjawab soalan Qarizh. Tadi bukan main cakap besar sewaktu identitinya masih lagi tidak diketahui mereka.
"Bodoh. Hilmi! Kau suruh budak-budak lain angkut si tak guna ni dengan anak-anak buah dia. Dia dah rindu agaknya nak tengok aksi-aksi aku.
"Qas... tolong abang Qas..." Adiyan ingin memeluk kaki Qasrina tetapi gadis itu pantas mengelat lalu keluar dari markas itu. Sungguh hatinya sakit melihat lelaki yang pernah dianggap seperti abang sendiri mengkhianati dia dan juga abangnya.
"Sorry, bro. Aku hanya ikut arahan," ujar Hilmi lalu mengikat kedua-dua pergelangan tangan Adiyan sebelum diheret keluar menuju ke kereta.
"Patutlah kuat semacam. Rupanya dia copy paste semua aksi abang.," ujar Qasrina sebaik saja meloloskan tubuhnya masuk ke dalam perut kereta milik abangnya itu. Airiel yang berada di bahagian pemandu hanya mendiamkan diri. Sesekali mengerling ke arah Qarizh yang berada di sebelahnya hanya membisu.
Qasrina melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Perasaan sebal semakin menggunung di dalam hati. Darah pada lengannya akibat terkena hirisan pisau sudah mengering. Perlahan dia mengusap lengannya. Tahulah nasib Adiyan nanti bila tiba di markas mereka nanti. Pasti Qasrina akan tidur di markas abangnya itu memandangkan rumah mereka sedang dibersihkan oleh beberapa orang anak buah Qarizh.
DARItadi telinganya didendangkan dengan pelbagai bunyi tumbukan dan tendangan dari dalam bilik yang terletak di antara dapur dan juga ruang tamu. Dia hanya duduk seperti tunggul seorang diri di atas sofa sambil memakukan pandangannya pada pintu bilik khas itu. Dulu, pernah sekali dia menjejakkan kaki ke bilik itu tetapikantoipula dengan si abang. Sampai sekarang dia tidak jejak lagi bilik itu. Bilik itu memang mengundang aura seram dan ngeri bagi sesiapa yang berani melangkah masuk ke situ."Haih... bosannyalah. Apa bendalah yang abang aku buat dengan Si Adiyan tu? Teruk juga bunyi aku dengar dari dalam bilik tu. Teringin juga nak tengok."Qasrina melepaskan keluhan panjang sambil melepaskan ikatan rambut sehingga rambutnya yang panjang terurai melepasi pinggang. Wajahnya diraup sekal
BUNYIderuman air terjun membuatkan Indira tersenyum sendiri seraya matanya dipejamkan rapat. Kedua-dua belah tangannya didepakan ke udara. Dia menyedut oksigen segar yang secukupnya sekali gus menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Kali terakhir ketika dia masih kecil lagi.Sungguh dia tidak sangka, Qarizh datang dengan menunggang motorsikal kemudian dirinya dibawa ke sini. Masak-masak dia ingatkan Qarizh membawanya ke pusat membeli-belah. Memang kekok benar tatkala dia membonceng motorsikal berkuasa tinggi dengan lelaki itu."Tenang?" soal Qarizh kepada Indira. Dia mengambil tempat tidak jauh dari gadis itu seraya tangannya dibawa silang ke dada.Indira mengerling Qarizh dari ekoran matanya. Lelaki itu tidak menoleh ke
Bang! Bang! Bang!TEMBAKANdilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas."Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kenablahdari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh."Masalahnya sekarang ni,sorangkena balas serangan dansoranglagi kena tunggang motor. Macam mana?"Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.
SEPERTIbiasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi."Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya.""Pergilah kejut. Sarapan sama-sama.""Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik
TERKEKEH-KEKEHQasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya."Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
TUBUHdihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
SEPANJANGperjalanan, masing-masing hanya menyepi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut ketika ini dek wajah Qarizh yang menyinga itu. Alana yang duduk di atas riba Qasrina turut mendiamkan diri. Dahinya sekejap-sekejap berkerut. Hairan melihat mereka yang hanya membisu. Hendak bersuara takut dirinya dimarahinya."Qas minta maaf. Ini semua salah, Qas. Qas yang ajak akak keluar. Qas...""Diam."Percakapan Qasrina terbantut tatkala sepatah perkataan keluar dari mulut Qarizh. Indira di sebelah hanya menjeling. Sama sekali tidak puas hati dengan cara Qarizh."Patutnya kau bersyukur yang kita orang selamat. Maksud aku, adik kau selamat. Benda dah jadi. Salah kau juga yang suka biarkan adik kau terperap dalam ru
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga