DARI tadi telinganya didendangkan dengan pelbagai bunyi tumbukan dan tendangan dari dalam bilik yang terletak di antara dapur dan juga ruang tamu. Dia hanya duduk seperti tunggul seorang diri di atas sofa sambil memakukan pandangannya pada pintu bilik khas itu. Dulu, pernah sekali dia menjejakkan kaki ke bilik itu tetapi kantoi pula dengan si abang. Sampai sekarang dia tidak jejak lagi bilik itu. Bilik itu memang mengundang aura seram dan ngeri bagi sesiapa yang berani melangkah masuk ke situ.
"Haih... bosannyalah. Apa bendalah yang abang aku buat dengan Si Adiyan tu? Teruk juga bunyi aku dengar dari dalam bilik tu. Teringin juga nak tengok."
Qasrina melepaskan keluhan panjang sambil melepaskan ikatan rambut sehingga rambutnya yang panjang terurai melepasi pinggang. Wajahnya diraup sekali. Luka pada lengannya tadi sudah siap berbalut dengan kemas.
"Buat apa?" soal Hilmi yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah sambil menyelitkan Glock 19 ke belakang kocek seluarnya.
"Menunggu dan terus menunggu. Penat!" jawab Qasrina sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya atas bibir sofa. Kepala didongakkan merenung siling.
"Bos dekat dalam lagi?"
Qasrina angguk. "Abang Hilmi tak payahlah masuk sana. Dah ramai tadi dengan abang Qas tu. Apa kata teman Qas dekat sini." Bibirnya dicebikkan. Dia betul-betul kebosanan. Hendak memejamkan mata langsung tak boleh. Mungkin matanya sudah terbantut mahu tidur dek dirinya diculik oleh Si Adiyan yang merupakan bekas anak buah abangnya itu.
"Kenapa tak tidur?"
"Tak boleh tidur. Macam mana nak tidur kalau bunyi bising macam tu?"
Hilmi mengerling ke arah pintu bilik itu sebelum menganggukkan kepalanya sekali. Nak tak nak, dia akur dengan permintaan Qasrina. Kasihan juga sekiranya ditinggalkan gadis ini sendirian tanpa teman. Selagi Qarizh tidak menyeru dirinya, bolehlah dia menemani Qasrina buat sementara.
"Tak mengantuk?"
Qasrina menggelengkan kepala. Dia pandang saja Hilmi yang sedang melabuhkan punggung betul-betul di sebelahnya. Bercantum kening dibuatnya. Dah macam tak ada sofa yang kosong nak diduduknya. Nak juga duduk dekat dengannya.
"Abang mengantuk sebenarnya tapi tulah..." Hilmi merenggangkan otot-ototnya yang terasa kejang. Sudah lama dia tidak merasai nikmat tidur seperti orang lain.
"Tidur jelah. Nanti Qas kejut." Senyum Qasrina.
"Eh, mana boleh. Nanti mengamuk abang Qas. Mati abang dikerjakannya."
Tergeleng-geleng kepala Hilmi membayangkan Qarizh mengerjakan dirinya sehingga patah riuk segala tulang-temulangnya. Hanya gara-gara dia tertidur saja. Ketuanya itu bukan boleh dibuat main. Tersilap langkah ibarat dibaham dengan buaya.
"Erm..."
Qasrina tidak menjawab sebaliknya selamba saja dia melentukkan kepalanya pada bahu Hilmi membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. Rambut lebat milik gadis itu memenuhi ruangan kornea matanya.
"Qas..." Tertelan air liurnya tatkala terasa tubuh Qasrina terlalu dekat dengannya. Ini kalau Si Qarizh tu nampak. Mahu dia kena lambung dari rumah ini terus sampai ke negara lain.
"Qas, mengantuk...," jawab Qasrina lalu dia menguap kecil. Tak cukup dengan melentukkan kepalanya, dia memeluk pinggang Hilmi ibarat memeluk bantal guling kesayangan yang berada di rumahnya.
"Aduh..." Hilmi mengurut pelipisnya. Habislah Qarizh nampak ni. Mati dia. Mati!
TUBUHNYA disandarkan pada dinding dengan tangannya disilangkan ke dada. Anak mata coklatnya merenung tajam ke arah Adiyan yang sedang duduk di atas kerusi dalam keadaan berikat. Peluh bercampur darah berjuraian pada wajah Adiyan sama sekali dia tidak peduli. Hatinya terlalu sakit. Sakit dikhianati oleh orang yang selama ini dia percayai.
"Kau nak cakap apa lagi?"
"Aku minta maaf, Qar. Aku tahu aku salah. Aku..."
Bum! Qarizh yang tadinya cuba untuk menenangkan dirinya lantas menyepak kerusi kayu yang berdekatan dengannya sehingga berlanggar dengan dinding sebelum jatuh menyembah bumi.
"Aku tak nak dengar semua tulah! Kau dah sentuh adik akulah, sial!" amuk Qarizh lalu merentap rambut Adiyan sehingga kepala lelaki itu terdongak kasar. Dia menatap tajam anak mata Adiyan yang sepertinya meminta simpati padanya.
"Aku tak akan makan dengan muka simpati kau tu. Kau dah sentuh adik aku bermakna riwayat hidup kau dah tak lama. Kau lupa agaknya apa yang jadi dekat mangsa-mangsa yang pernah berani sentuh adik aku." Qarizh tersenyum penuh sinis. Sekali pandang memang sebiji senyumannya seperti seorang psiko.
"Aku akan ikut saja apa yang kau suruh, Qar. Jangan bunuh aku. Aku merayu."
Qarizh menggeleng-gelengkan kepala tanda dia tidak langsung termakan dengan kata-kata simpati Adiyan. Dia memalingkan tubuhnya ke belakang dengan tangan kanannya dicekakkan ke pinggang manakala tangan sebelah meraup rambutnya ke belakang. Bengang.
Airiel yang turut ada di dalam bilik itu hanya mendiamkan diri. Sama sekali dia tidak masuk campur. Dia faham perasaan Qarizh. Perasaan di mana seseorang yang pernah dipercayainya selama ini mengkhianatinya tanpa sebab yang kukuh.
"Aku bukan lagi Qarizh yang kau kenal, Yan." Sepucuk pistol Glock 18 dikeluarkan dari belakang poket seluarnya lalu dihalakan ke arah Adiyan membuatkan lelaki itu kecut perut melihatnya.
Bang!
Mata Adiyan terpejam rapat tatkala Qarizh melepaskan tembakannya. Akan tetapi, tembakan tadi tidak menembusi mana-mana anggota badannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya lantas pandangannya terpaku pada Qarizh yang sedang meniup asap pada muncung pistolnya.
"Aku tak akan akhirkan riwayat kau malam ni. Sebab apa? Aku dapat rasakan yang akan ada musuh-musuh lain datang untuk serang kumpulan aku. Bukan aku tak tahu betapa liciknya kau ni, kan?" Bibir Qarizh tersungging sebuah senyuman sinis. Pistolnya tadi disimpan semula ke belakang poketnya sebelum keluar dari bilik.
"Qar, aku tak buat semua tu! Aku tak ada bersubahat dengan mana-mana kumpulan lain, weh!" jerit Adiyan cuba untuk memberitahu kebenaran yang sebenar pada Qarizh namun si ketua mafia itu langsung tidak mempedulikan dirinya.
"Qasri..." Terbantut seruan Qarizh tatkala melihat Qasrina yang sedang lena dibuai mimpi sambil berpelukan dengan Hilmi di atas sofa manakala lelaki itu pula sepertinya sedang tidur-tidur ayam sambil tangan kanannya melekap pada kepala si adik.
"Apa kena dengan dua ekor ni? Depan-depan aku dia orang buat aksi macam ni. Memang minta maut dengan aku ke apa?" bisik Qarizh pada dirinya sendiri lalu melangkah menghampiri dua susuk tubuh itu.
"Hoi!" jerkah Qarizh dengan suara lantangnya membuatkan Hilmi terus berdiri tegak manakala Qasrina jatuh terbaring di atas sofa. Terpisat-pisat dia membuka mata.
"So... sorry, bos." Hilmi menundukkan sedikit tubuhnya. Kecut perutnya mendengar jerkahan Qarizh.
"Sorry kepala hotak kau berjambul!" marah Qarizh.
"Apa abang ni, kacau jelah orang nak tidur. Mengantuk tahu tak? Wuarghh..." Qasrina menguap sambil menepuk-nepuk mulutnya. Dia betul-betul mengantuk saat ini. Langsung tidak peduli dengan wajah menyinga Qarizh.
"Amboi, sedap kau peluk Si Hilmi ni. Ingat dia suami kau? Bukan main kau, ya." Qarizh menyilangkan tangannya ke dada. Kepalanya digeleng sekali. Makin besar makin menjadi-jadi perangai adiknya ini. Mentang-mentang dah biasa berkawan dengan anak-anak buahnya sejak dulu. Segala batas haram halal tidak dipedulinya lagi.
"Sorry, adik tak sedar. Mengantuk sangat." Qasrina menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal dengan wajahnya kemutnya.
"Pergi masuk bilik aku. Esok pagi ada benda aku nak bincang dengan kau. Aku tak boleh biarkan kau bebas macam ni dah. Aku nak upah penjaga yang boleh jadi kawan kau. Dan semestinya penjaga kau tu seorang perempuan. Kau tak boleh nak bantah. Keputusan aku muktamad," ujar Qarizh dengan nada tegas sebelum meninggalkan Hilmi dan Qasrina di ruang tamu. Dia meloloskan dirinya ke dalam perut kereta.
"Indira Callista." Sebaris nama penuh itu meniti pada dua ulas bibirnya dengan senyuman kecil.
SEKEJAP mengiring ke kanan. Sekejap mengiring ke kiri. Kemudian, ditolak tubuhnya baring secara menegak pula. Siling yang dicat berwarna biru pastel itu direnungnya lama. Alana yang sedang tidur, dikerling sekali sebelum merenung semula siling biliknya itu. Jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Dia menghabiskan masa dengan mengiring ke kanan dan ke kiri sejak tiga jam yang lalu. Matanya langsung tidak mahu dipejamkan. Tak pernah-pernah dia alami seperti ini. Tak akanlah dia terkena penyakit insomnia pula. Hairan...
"Siapalah tiga orang lelaki yang serang aku dengan Lana hari tu? Kejadian itu berlaku pertama kali sepanjang 25 tahun aku hidup. Musuh? Tak mungkin..." Indira bermonolog dengan dirinya sendiri.
Sudah tiga hari berlalu tetapi kejadian itu masih segar di dalam ingatan seorang Indira Callista. Waktu tidurnya pun sudah semakin singkat. Seolah-olah nikmat tidurnya ditarik oleh Tuhan. Selama ini, tidurnya sering lena sehingga terlajak ke waktu tengah hari. Matanya seakan-akan sentiasa bertenaga walaupun seharian tidak cukup tidur.
"Mama...," panggil Dara Alana dengan nada suaranya yang masih serak. Mata pun masih lagi terpejam.
"Ya, sayang...," sahut Indira sambil memusingkan tubuhnya menghadap si anak saudara kesayangan. Rambut Alana diusapnya lembut sebelum mengucup dahi si kecil itu.
"School?"
Indira menganggukkan kepalanya. Selimut yang membaluti tubuh Alana ditolaknya ke tepi. Lantas Alana menegakkan tubuhnya lalu menggeliat panjang sehingga terkemut-kemut wajahnya.
"Mimpi indah ke, sayang mama ni?"
Alana sekadar tersengih lalu menganggukkan kepalanya. Dia bermimpi bertemu dengan arwah daddy dan mummynya sehinggakan dia tidak mahu bangun sama sekali.
"Let's go take a shower, okay? Nanti lambat nak pergi sekolah."
Indira bangun kemudian dia membuat senaman ringan sebelum mencapai sehelai tuala yang tergantung pada penyidai. Alana berdiri di atas katil sambil melompat-lompat kecil. Indira menggelengkan kepalanya sambil mendukung tubuh Alana lalu melangkah masuk ke dalam kamar mandi.
Izz Benazir sedang leka menikmati sandwic telur buatannya sendiri. Dalam rumah ini, dialah orang pertama yang bangun untuk menyediakan sarapan. Jarang dia hendak melihat Indira bangun terlebih dahulu daripada dirinya. Dia pun sudah terbiasa dari kecil, bangun pagi dan menyediakan sarapan untuk arwah abangnya dan juga Indira.
"Good morning, ayah ngah!" sapa Alana yang sudah siap berpakaian seragam sekolah sambil menggalas beg sekolah barunya itu. Kerusi yang terletak bersebelahan dengan Izz dipanjat dengan penuh berhati-hati.
"Good morning, princess ayah ngah. How's your sleep last night?"
"Much better! I had a beautiful dream last night, ayah ngah."
Izz tersenyum. Kepala anak saudaranya itu diusap mesra. "What is it? Mind to share with me?"
"Lana jumpa daddy dengan mummy. Dia orang bawa Lana pergi satu taman bunga. Lepas tu suasana taman tu semuanya warna putih. Cantik sangat!" Petah Dara Alana mengongsikan apa yang dimimpinya malam tadi dengan bibirnya yang mekar dengan senyuman lebar.
Izz hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Bukan baru hari ini dia dengar Alana bermimpi seperti itu. Sudah kerap kali. Dia tahu yang Alana sangat merindui kedua-dua orang tuanya itu. Apa boleh buat? Sudah tertulis takdirnya hidup di muka bumi ini sebagai seorang anak yatim piatu yang disayangi oleh pak cik dan mak cik kesayangannya.
"Hmph! Sedapnya sandwic telur yang angah buat ni. Thanks, angah. I love you!" ucap Indira sengaja menukar topik. Hatinya dipagut sayu mendengar mimpi Alana. Dia juga terlalu merindui arwah along dan kakak iparnya itu.
"I love you more, adik." Senyum Izz.
"Angah kerja hari ni?"
Izz menggelengkan kepalanya. "Angah tak pergi site hari ini. Masuk pejabat sekejap untuk bagi fail yang angah dah siapkan. Lepas tu, angah free."
"That's a good news! Bolehlah kita..."
"Oh, tadi Qarizh ada chat angah." Laju saja Izz mencantas percakapan adiknya itu tatkala teringat pesanan ringkas yang dihantar oleh Qarizh melalui aplikasi W******p.
Indira mencebikkan bibirnya. Tak habis-habis dengan lelaki bernama Qarizh itu. Ingatkan dah pencen jadi hero dia, rupanya belum lagi. Dia sama sekali tidak perlukan hero. Dia boleh pertahankan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Nampak sangat ke, dia seorang yang pentingkan diri sendiri?
"Hah, kenapa dengan mamat tu?"
"Dia ada nama. Apa mamat-mamat? Tak baik," tegur Izz membuatkan cebikan Indira semakin lebar.
"Yelah. Qarizh tu nak apa?"
"Dia nak ajak adik berjumpa. Katanya ada benda yang nak dibincangkan. Angah ada bagi contact number adik dekat dia, suruh beritahu adik. Tapi, dia cakap dia nak minta izin dekat angah dulu. Inilah ciri-ciri seorang lelaki yang gentleman." Izz tersenyum seraya mengangkat ibu jarinya. Bukan main dia memuji Si Qarizh itu.
"Gentleman la sangat. Menyampah. Benda apa yang nak dibincangkan? Bunyi macam penting sangat." Indira menggolengkan matanya. Meluat dia mendengar si angah memuji lelaki itu melambung-lambung.
"Mungkin penting. Antara hidup dan mati," ucap Izz dengan penuh berdramatik sambil telapak tangan kirinya dilekapkan pada dada manakala sebelah lagi tangannya diangkat ke udara. Izz Benazir memang seorang yang kuat dramatik!
Indira menggelengkan kepalanya. Nak tak nak, dia kenalah jumpa Qarizh itu. Kalau tidak, mahu dia kena jawab seribu satu soalan yang diajukan oleh Izz. Macam dia tak kenal angah dia yang satu itu. Kalau sekali abangnya itu sudah berkenan dengan seseorang, pasti diheretnya dia untuk sama-sama menyukai orang itu. Kalau dibantah, macam-macam soalan yang ditanya sampaikan Indira hilang jawapan untuk menjawab.
"Yelah. Pukul berapa dia nak jumpa?" soal Indira dengan nada malas.
Alana hanya memasang telinga tetapi satu apa pun dia langsung tidak faham. Dia lebih menikmati sandwic telur buatan Izz bersama hirupan air milo panas.
"Katanya dalam pukul sembilan nanti. Lana biar angah yang hantar dan ambil dia dekat tadika. Cik Indira Callista habiskan masa anda dengan Encik Qarizh, ya? Bukan selalu adik angah ni nak keluar dengan lelaki." Izz Benazir mengangkat-angkat kening kanannya sambil tersenyum lebar.
Indira menggelengkan kepala. Malas mahu melayan perangai si angah. Kalau makin dilayan, makin menjadi-jadi perangai angahnya itu. Baik dia akur saja dan berdiam diri. Pandai-pandailah dirinya nanti ketika berhadapan dengan Qarizh.
BUNYIderuman air terjun membuatkan Indira tersenyum sendiri seraya matanya dipejamkan rapat. Kedua-dua belah tangannya didepakan ke udara. Dia menyedut oksigen segar yang secukupnya sekali gus menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Kali terakhir ketika dia masih kecil lagi.Sungguh dia tidak sangka, Qarizh datang dengan menunggang motorsikal kemudian dirinya dibawa ke sini. Masak-masak dia ingatkan Qarizh membawanya ke pusat membeli-belah. Memang kekok benar tatkala dia membonceng motorsikal berkuasa tinggi dengan lelaki itu."Tenang?" soal Qarizh kepada Indira. Dia mengambil tempat tidak jauh dari gadis itu seraya tangannya dibawa silang ke dada.Indira mengerling Qarizh dari ekoran matanya. Lelaki itu tidak menoleh ke
Bang! Bang! Bang!TEMBAKANdilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas."Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kenablahdari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh."Masalahnya sekarang ni,sorangkena balas serangan dansoranglagi kena tunggang motor. Macam mana?"Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.
SEPERTIbiasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi."Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya.""Pergilah kejut. Sarapan sama-sama.""Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik
TERKEKEH-KEKEHQasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya."Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
TUBUHdihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
SEPANJANGperjalanan, masing-masing hanya menyepi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut ketika ini dek wajah Qarizh yang menyinga itu. Alana yang duduk di atas riba Qasrina turut mendiamkan diri. Dahinya sekejap-sekejap berkerut. Hairan melihat mereka yang hanya membisu. Hendak bersuara takut dirinya dimarahinya."Qas minta maaf. Ini semua salah, Qas. Qas yang ajak akak keluar. Qas...""Diam."Percakapan Qasrina terbantut tatkala sepatah perkataan keluar dari mulut Qarizh. Indira di sebelah hanya menjeling. Sama sekali tidak puas hati dengan cara Qarizh."Patutnya kau bersyukur yang kita orang selamat. Maksud aku, adik kau selamat. Benda dah jadi. Salah kau juga yang suka biarkan adik kau terperap dalam ru
KEMEJAbiru gelap itu dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam supaya kelihatan kemas. Hari ini hari pertama dia akan bekerja di Mestika Royals Holdings atas suruhan Qarizh sendiri. Selain skop kerjanya menjaga Qasrina, kini dia berpeluang untuk mencari pengalaman bekerja di dalam suasana pejabat. Dia dilantik untuk menjadi kerani pertanyaan kaunter bersama Qasrina. Di mana ada Qasrina, di situ wujudnya dia.Anak-anak buah Qarizh yang sudah diberikan kepercayaan untuk menghantar dan menjemput Alana di sekolahnya. Izz Benazir juga sudah memberikan keizinan kepada mereka. Jadi, tiada apa yang perlu Indira khuatirkan sekarang ini."Kak, siap dah? Abang Hilmi dah tunggu kita dekat luar. Abang dah gerak dulu tadi sebab adameetingpagi ni."In
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga