TERKEKEH-KEKEH Qasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya.
"Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.
Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi What
Lima tahun yang lalu,ALDIberpegangan tangan dengan isterinya sebaik saja keluar dari perut kereta. Rumah bungalow dua tingkat itu dipandang sekilas sebelum jari telunjuk naik menekan punat loceng rumah sehingga kedengaran loceng itu berbunyi nyaring."Abang, nak jumpa dia untuk apa? Bukan urusan hari tu dah selesai?" soal si isteri."Memang dah selesai. Abang dengan dia ada hal sikit nak dibincangkan.""Abang percayakan dia ke? Entah-entah dia pun musuh kita dalam selimut. Macam mana?"Aldi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali. Dia faham akan perasaan isterinya yang risau akan dirinya kerana selama ini mudah percayakan orang sehingga mereka
TUBUHdihempaskan kasar di sebelah Alana yang sudah diulit mimpi sejak dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu juga, Izz Benazir baru saja memarkirkan keretanya di dalam garaj. Pelik Indira dibuatnya. Semakin kerap angahnya itu pulang lewat ke rumah. Bila ditanya, kerja yang menimbun tak pernah habis. Musykil."Haih, aku geram betullah. Siapa yang iri hati sangat dengan aku ni? Apa yang Qarizh buat dengan lelaki tu? Banyak betul soalan bermain dalam kepala otak aku. Boleh jadi gila macam ni...," bebel Indira seorang diri dengan nada perlahan. Tidak mahu si kecil yang sedang lena tidur terganggu dengan suara bebelannya."Angah pun asyik balik lambat aje. Kerja arkitek dah serupa kerja Perdana Menteri. Apalah dia buat sampai tengah malam macam ni baru nak balik?"
SEPANJANGperjalanan, masing-masing hanya menyepi. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut ketika ini dek wajah Qarizh yang menyinga itu. Alana yang duduk di atas riba Qasrina turut mendiamkan diri. Dahinya sekejap-sekejap berkerut. Hairan melihat mereka yang hanya membisu. Hendak bersuara takut dirinya dimarahinya."Qas minta maaf. Ini semua salah, Qas. Qas yang ajak akak keluar. Qas...""Diam."Percakapan Qasrina terbantut tatkala sepatah perkataan keluar dari mulut Qarizh. Indira di sebelah hanya menjeling. Sama sekali tidak puas hati dengan cara Qarizh."Patutnya kau bersyukur yang kita orang selamat. Maksud aku, adik kau selamat. Benda dah jadi. Salah kau juga yang suka biarkan adik kau terperap dalam ru
KEMEJAbiru gelap itu dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam supaya kelihatan kemas. Hari ini hari pertama dia akan bekerja di Mestika Royals Holdings atas suruhan Qarizh sendiri. Selain skop kerjanya menjaga Qasrina, kini dia berpeluang untuk mencari pengalaman bekerja di dalam suasana pejabat. Dia dilantik untuk menjadi kerani pertanyaan kaunter bersama Qasrina. Di mana ada Qasrina, di situ wujudnya dia.Anak-anak buah Qarizh yang sudah diberikan kepercayaan untuk menghantar dan menjemput Alana di sekolahnya. Izz Benazir juga sudah memberikan keizinan kepada mereka. Jadi, tiada apa yang perlu Indira khuatirkan sekarang ini."Kak, siap dah? Abang Hilmi dah tunggu kita dekat luar. Abang dah gerak dulu tadi sebab adameetingpagi ni."In
GAMBARbersaiz kecil yang muat diletakkan di dalam dompetnya diusap perlahan. Entah kenapa hari ini, perasaan rindu pada arwah Ilman Renaldi membuak-buak di dalam hatinya. Setiap kali dia melihat Dara Alana, sepertinya Ilman berada di hadapannya. Masih segar lagi pesanan Ilman dan Kaisara sehari sebelum mereka meninggalkan dunia."Along takut yang along tak dapat nak jaga adik lagi. Semuanya abang serahkan dekat angah. Giliran dia pegang tanggungjawab along. Tolong jaga dan didik Alana bila along dengan kak long tak ada nanti. Itu saja pesanan abang. Dan pegang ayat yang pernah along ajar tu sampai bila-bila."Matanya terpejam rapat bila suara arwah bermain di gegendang telinganya. Dia kena kuat. Hatinya harus cekal. Dia tidak boleh lembik mahupun lemah sama sekali."Kak, jauhnya termenung," tegur Qasrina yang baru saja menuruni anak tangga."Hah, tak adalah. Akak tunggu kaulah. Dah siap ke?"Qasrina tersenyu
ENTAHke berapa kali dia mendengar Qarizh melepaskan keluhan panjang. Sekejap meraup wajahnya. Sekejap meramas rambutnya. Dah serupa orang tidak terurus saja. Apalah yang menyerabutkan fikiran lelaki itu? Indira sendiri yang melihat pun naik serabut kepala dibuatnya."Kenapa ni, Qar? Kau fikir apa sampai macam ni sekali? Serabai dah rambut kau tu aku tengok. Kau dekat ofis sekarang ni. Jangan lupa pula," tegur Indira setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa tujuan Qarizh memanggilnya."Dira, Qas betul-betul marahkan aku pasal Yazir tu. Aku tak tahulah apa yang ada dalam fikiran dia tu. Dia lebihkan Si Yazir tu daripada aku. Dan sekarang ni, dia cakap. Dia dah tak nak kau jaga dia lagi. Dia dah duduk dekat rumah mak long. Apa aku nak buat sekarang ni? Puas dah aku pujuk."
KERTAS-KERTASyang siap disusun diletakkan di dalam fail mengikut bahagian. Itulah kerja sehariannya kalau tiada Qasrina. Kalau tidak, pasti mereka akan membahagi-bahagikan tugas dan buat bersama-sama. Tapi hari ini, hanya dia saja yang kena uruskan."Lepas ni, kerja aku dekat pejabat ni sajalah. Budak tu pun dah tak nak aku jadi penjaga dia. Nak buat macam mana, kan? Disebabkan si sepupu dia tu, sanggup buang aku dengan Qarizh. Entah apa yang hebat sangat tentang Tengku Yazir tu pun, aku tak tahulah." Indira melepaskan keluhan. Tertanya-tanya juga dia. Baik sangatkah Tengku Yazir itu sampaikan Qasrina terlalu marah pada Qarizh?"Dira..."Suara garau milik Qarizh sedikit memeranjatkan Indira yang sedang leka menyusun fail di dalam rak. Secara refleks kepalanya men
SENYUMAN Qarizh tidak lekang dari bibir. Hatinya berbunga-bunga dapat meluangkan masa bersama dengan Indira pada petang ini. Hilang sedikit bebanan yang membengkung di dalam kepala otaknya. Lagi-lagi bila dia sudah meluahkan perasaannya pada Indira sebentar tadi. Lega sangat hatinya. Sekarang cuma tunggu jawapan dari mulut Indira sendiri."Kenapa kau suka aku, Qar?" soal Indira sebaik saja mereka berdiri di hadapan kereta Qarizh."Aku suka kau sebab personaliti kau yang lain daripada perempuan dekat luar sana. Dan sebab kau juga, aku tekad nak ubah diri aku supaya tak kena buli lagi dengan orang."Indira tersenyum. Kepala diangguk sekali. Sengaja dia bertanya soalan seperti itu kepada Qarizh. Entah kenapa, dia rasa macam mimpi sekarang ni. Dia tak sangka ada lelaki yang menyimpan perasaan terhadapnya."Kau boleh tunggu, kan?""Tunggu apa tu, Dira?""Tunggu
Tiga tahun kemudian...."ARGH!Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.
Lima bulan kemudian....QARIZHberlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh."Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bi
BIBIRNYAtidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi."Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.
TANGANQarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar."Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.
"BILAkau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya."Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk."Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri."Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbukpunching bag.Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.
BELIKATdisandarkan ke belakang. Tangan dibawa bersilang ke dada. Keringat yang menjejeh di dahi, diseka menggunakan belakang telapak tangannya. Pandangannya dipusatkan pada si isteri yang sedang ligat menumbukpunching bagtanpa ada niat mahu berhenti. Seakan-akan melepaskan dendam sepuas-puas hatinya. Lagipun sudah lama, mereka tidak mengasah skil menggunakanpunching bag.Sibuk sangat menguruskan orang gila yang tidak kenal erti serik."Fuh!" Indira melepaskan jeritan lega sambil melompat kecil. Dia memandang ke arah Qarizh yang sedang duduk di atas sofa."Awal pancit?" Indira tersengih.Qarizh mencebik kecil. "Penatlah. Lagipun, nak bagi ruang dekat sayang. Dah lama tak asah, kan?"
BINGITsuara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu."Mama...Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar."Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.Haura hanya senyum."Jom kita menari!" ajak Alana.Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain maca
HABISsemua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan."Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlahkorangbuat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera
PANDANGANNYAdipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa."Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teraga