Prince's Lover : Thelma
Thelma. Seorang perempuan yang sangat gemar mendengar cerita dari sang pencerita. Hidupnya penuh dengan warna-warni kehidupan dan terlahir dari rakyat biasa. Namun untuk mencari mata pencarian sehari-hari, kedua orang tuanya terpaksa berpindah ke kota. Ayahnya membuka kedai buku atas bantuan ayah kepada isterinya.
Walter. Seorang lelaki yang dalam diam mendambakan cinta dari perempuan idamannya. Perasaan yang membuak-buak sehingga dia sanggup buat apa sahaja untuk perempuan idamannya menyedari kewujudannya. Namun ternyata hubungan terhalang dek kerana darjat mereka yang jauh berbeza.
Bak kata orang mencintai itu tidak seharusnya memiliki. Dan itu juga yang Walter hadapi saat hatinya menginginkan Thelma, dirinya harus berhadapan dengan pilihan orang tuanya. Baginya hidup seorang manusia itu, bila mencari pasangan sehidup semati, tidak harus memandang pada darjat atau kekayaan semata. Tapi cinta.
Namun pelbagai dugaan harus ditempuhi. Hubungan cinta mereka diuji dan Thelma memilih untuk pergi saat dirinya jatuh tersungkur.
Adakah kesudahan bahagia menanti mereka berdua? Disaat seorang dari mereka beralah pergi, akan adakah peluang kedua untuk cinta mereka menyatu kembali?