All Chapters of My Love Story ( Bahasa Indonesia ): Chapter 11 - Chapter 20

51 Chapters

MLS ¦ SEBELAS

"In dah sampai dah lapangan terbang." ujar Jong In yang tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan lapangan terbang antarabangsa Incheon."Okay appa... In letak dulu." sambung Jong In sambil dia menutup telefonnya itu mahu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya.Tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Jong In menunduk untuk mengambil semula telefon bimbitnya itu."Mianhee - maaf." ujar Jong In setelah itu dia segera menjauhi orang yang dilanggarnya itu sambil menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket jaket. Tiba-tiba matanya dapat menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan oleh ayahnya. "Chogiyo! - maafkan saya!" jerit Jong In ke arah gadis itu. "Nur Sara shi?" soal Jong In sambil mendekati gadis itu yang menoleh ke arahnya dengan pandangan terkejut."Ya saya..." jawab gadis itu dengan nada teragak-agak membuatkan Jong In tersenyum ke arahnya. "Saya Ki
last updateLast Updated : 2023-09-21
Read more

MLS ¦ DUA BELAS

Kami tiba di rumah milik Tuan Kim. Aku dan Irfan segera keluar dari kereta dan melihat keadaan sekeliling rumah tersebut. Besar malah lebih besar dari rumah aku di Malaysia."Jemput masuk..." lawa Jong In yang sudah meloloskan diri ke dalam kawasan rumah."Cik... saya rasa macam janggal." tiba-tiba Irfan bersuara yang sejak keluar dari kafe tadi hanya berdiam diri. "Dia ramah sangat dan dia anak keluarga Kim." sambung Irfan membuatkan aku tersenyum lalu mengangkat bahu."Memang sikap dia begitu?" jawab aku membuatkan Irfan mengeluh perlahan."Mungkin." balasnya ringkas."Masuk-masuk! Selamat datang ke Korea Sara." ujar seseorang ke arah aku lalu mendakap aku dengan erat.Kejap kenapa dia panggil aku dengan nama Sara? Kenapa tidak dengan nama sebenar aku? Bukan ke ayah kata nak beritahu yang aku bukan Nur Sara? Musykil juga aku dibuatnya.Kami dibawa masuk ke dalam rumah, kelibat keluarga Kim di ruang tamu menja
last updateLast Updated : 2023-09-22
Read more

MLS ¦ TIGA BELAS

    Sufian melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan raut wajah tegang. Sebaik saja dia membuka kasutnya, ibunya yang berada di ruangan dapur sedang memasak menengur dirinya."Lambat balik hari ni. Banyak kerja ke?" tanya Puan Senah kepada anak bujangnya itu. Rumah apartment yang diduduki oleh mereka dua beranak itu mula berasap menyebarkan bau masakan Puan Senah di segenap ruang membuatkan perut Sufian mula berkeroncong."Iyalah ibu..." balas Sufian acuh tidak acuh."Ni dah kenapa tegang je muka tu?" tanya Puan Senah yang perasan akan raut wajah Sufian itu."Pian kena buat dua kerjalah ibu. Itu yang penat fikirkannya." jawab Sufian sambil melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Tubuhnya dijatuhkan di atas sofa putih yang terletak di ruang tamu itu."Dua kerja apa pula?" soal Puan Senah tidak mengerti sambil berkerut dahi."Tuan Li minta Pian tengok-tengokkan anak bongsunya tu." jawab Sufian dengan nada malas."Dah
last updateLast Updated : 2023-09-23
Read more

MLS ¦ EMPAT BELAS

"Siapa kau?" tanya Nur Sara dengan nada meninggi. Matanya mencerlung tajam ke arah Sufian.Sufian pula mengeluh perlahan lalu memperkenalkan dirinya kepada gadis itu. "Saya Sufian..." jawab Sufian secara ringkas membuatkan Nur Sara memandangnya dengan pandangan seperti mahu menelannya."Kau ni pengintipkan?" jerkah Nur Sara sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah hidung Sufian. Sufian mengerutkan dahinya lalu menggeleng perlahan. "Bukan." jawabnya ringkas."Saya ditugaskan untuk bawa cik pulang ke rumah." jawab Sufian dengan nada lebih jelas daripada tadi agar Nur Sara mengerti."Aku tak nak baliklah! Kau ni siapa? Aku tak kenal kau." bahu Sufian ditunjal kasar lalu langkah Nur Sara mahu dibuka meninggalkan Sufian disitu.Namun sempat Sufian menarik lengan Nur Sara lalu mengeluh sekali lagi. "Jom balik!" ajak Sufian dengan nada tegas. Sufian terpaksa menengaskan nada suaranya agar Nur Sara dengar kata tetapi lain pul
last updateLast Updated : 2023-09-24
Read more

MLS ¦ LIMA BELAS

Aku terjaga dari lena kerana terkejut mendengarkan ketukan pintu diluar bilik tidur ini. Aku segera melirik ke arah meja kecil yang di mana telefon bimbit aku berada. Telefon itu segera aku gapai lalu melihat jam baru pukul tujuh setengah pagi dan aku segera menyelak kain selimut aku sambil mengeliat seketika. Aku bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Wajah seorang wanita yang tidak aku kenali menyapa mata aku. "Cik Sara dah pukul 8.30 dah ni, Cik Sara tak nak sarapan?" soal wanita itu kepada aku membuatkan aku terpingga-pingga. Sekarang pukul 8.30? Aik jam aku baru pukul 7.30. Aku yang silap ke mereka yang silap? "Saya mandi dululah lepas tu baru saya turun sarapan. Err Puan ni siapa ya?" soal aku ingin tahu sebelum wanita itu beredar pergi."Makcik pembantu rumah ni, tak usahlah panggil Puan. Panggil aje Ahjumma Min." ujarnya kepada aku lalu memberikan senyuman manisnya ke arah aku."Oh..." ha
last updateLast Updated : 2023-09-25
Read more

MLS ¦ ENAM BELAS

Nur Sara dan Sufian saling menduduk ke bawah kerana mata Puan Senah sedang mencerlung ke arah mereka berdua."Sekarang ni bagitahu ibu, kenapa dia panggil kamu PERVERT! PIAN?!" suara Puan Senah ditinggikan dihujung ayat. Tangan Puan Senah pula sedang memengang rotan dan ditalakan ke arah anak terunanya dan juga Nur Sara.Nur Sara yang mendengar nama Sufian dipendekkan menjadi Pian segera menoleh ke arah lelaki itu yang berdiri di sebelahnya. "Pian?" soal Nur Sara sambil menahan rasa ingin ketawanya dari meletus.Sufian menoleh ke arah Nur Sara dengan pandangan mengejut begitu juga dengan Puan Senah."Hahahahaha!" Nur Sara terus ketawa terbahak-bahak sambil memengang perutnya. Langsung tidak hirau dengan pandangan maut dari Puan Senah."Weh nama kau Pian?" laung Nur Sara sambil membongkokkan badannya kerana tidak mampu menahan sakit diperut akibat ketawa terlalu kuat.'Pak pak!' Tiba-tiba Nur Sara ter
last updateLast Updated : 2023-09-26
Read more

MLS ¦ TUJUH BELAS

Kini aku berada di dalam kereta milik Jong In. Tuan empunya kereta pula sedang memandu dengan wajah serius. Aku tak tahu mahu berbual dengannya bagaimana kerana ada aura lain yang dapat aku rasakan dari lelaki ini.Irfan pula tidak ikut aku sekali, kerana dia ada hal hendak diuruskan bersama-sama dengan Tuan Kim. Pelik pula aku setahu aku, Tuan Kim dan Irfan saling tidak mengenali jadi bagaimana mereka boleh jadi serapat itu.Aku melirik ke arah Jong In di tepi aku. "Awak..." panggil aku perlahan. Serasa macam tak terkeluar suara aku dari kerongkong suara ni."Hm..." sahutnya juga dengan perlahan."Saya tak tahu pula awak sebenarnya anak Tuan Kim, kenapa awak tak kenalkan diri awak semalam sebelum kita gerak ke rumah awak?" soal aku entah apa yang aku fikirkan pun aku sendiri tidak tahu. "Kau tak tanya." jawabnya sepatah. Ringkas dan padat. Aku mengangguk tanda mengerti."Sebab saya ingat awak pekerja Tuan Kim." jawabk
last updateLast Updated : 2023-09-27
Read more

MLS ¦ LAPAN BELAS

Muncul Tuan Li di hadapan pintu bilik kerja Nur Hara itu. Sufian mendekati Tuan Li yang berjalan masuk dan terus menuju ke arah sofa."Duduk..." arah Tuan Li kepada Sufian. Sufian hanya menurut tanpa banyak soal. Sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa itu. Tuan Li mula merenung tajam ke arah Sufian."Anak saya Nur Sara tak balik malam tadi." ujar Tuan Li dengan serius membuatkan Sufian berdehem seketika."Kamu hantar dia ke mana?" tanya Tuan Li dengan tegas. Sufian pula yang terasa gerun disitu."Saya tak hantar dia ke mana-mana, saya terpaksa bawa dia pulang ke rumah saya. Dia mabuk dan jatuh pengsan di hadapan kereta saya. Saya bawanya ke hospital untuk diperiksa dan bila semuanya dah selesai saya mahu menghantarnya pulang tapi anak Tuan tak nak balik. Jadi saya terpaksa bawa dia balik ke rumah saya." terang Sufian dengan panjang lebar.Mengundang kerutan dahi Tuan Li."Eh tapi Tuan jangan salah fa
last updateLast Updated : 2023-09-28
Read more

MLS ¦ SEMBILAN BELAS

"Jadi betullah nunaa ni bakal isteri hyung?" soal Jungkook sambil membeliakkan matanya ke arah aku.Aku teragak-agak mahu memberikan anggukan kepala ke arah mereka berdua."Macam mana nunaa boleh terpikat dengan hyung ais batu tu?" tanya Jungkook lagi membuatkan aku tersenyum terkejut. Ais batu dia panggil Jong In?"Tak terpikat, ini kan aturan keluarga." ujar aku memberikan penjelasan kepada mereka."Eh tapi takkan tak ada rasa suka langsung?" soalnya lagi membuatkan aku terdiam seketika. Aku tak pasti apa jawapan yang patut aku berikan kepada mereka."Sudah-sudahlah tu Kook oi, kau ni dah macam polis aku tengok. Selamat berkenalan, aku Jiwon." ujar Jiwon pula sambil menghulurkan tangannya ke arah aku.Aku mengangkat tangan lalu melambai perlahan membawa maksud aku tak boleh bersalam dengannya. Kepala aku turut digelengkan juga. Jiwon mengangguk tanda mengerti lalu dia menarik tangannya semula. "Nur Sara eh nama kau?"
last updateLast Updated : 2023-09-29
Read more

MLS ¦ DUA PULUH

Nur Sara dan Puan Zara melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan western untuk makan tengah hari mereka. Sebaik saja mereka melabuhkan punggung seorang pelayan datang memberikan menu kepada mereka berdua."Bagi saya chicken cop satu, carrot susu satu." pesan Nur Sara. "Mama?" tanya Nur Sara sambil memandang ke arah Puan Zara."Bagi saya bihun sup dengan apple jus." pesan Puan Zara pula. Selesai mereka memberi pesanan makanan, pelayan itu pun beredar."Ha... apa yang mama nak bincangkan dengan Sara tadi?" soal Nur Sara sambil meletakkan tangan di atas meja menghadapkan wajah betul-betul ke arah Puan Zara."Tentang anak kesayangan ayah kamu tulah." nada menyampah Puan Zara kedengaran di halwa telinga Nur Sara."Hara? Kenapa dengan dia?" tanya Nur Sara acuh tidak acuh. Dia sendiri pun rasa menyampah apabila mendengarkan panggilan Puan Zara kepada Hara itu."You know right? Dia dah masuk pejabat sekarang?" tanya Puan
last updateLast Updated : 2023-09-30
Read more
PREV
123456
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status