All Chapters of My Love Story ( Bahasa Indonesia ): Chapter 21 - Chapter 30

51 Chapters

MLS ¦ DUA PULUH SATU

Aku dan Jiwon melangkah masuk ke dalam kafe. Kedatangan kami menjadi perhatian ramai termasuklah Jungkook dan juga Jong In. Jungkook segera mendekati kami berdua yang sudah terduduk di atas kerusi tidak jauh dari kaunter pesanan. Jong In yang masih berada di dalam gim melirik ke arah kami dan wajah tertanya-tanya mendekati kami."Hyeong! Kenapa ni?" tanya Jungkook dengan nada terkejutnya melihatkan wajah Jiwon sepertinya bengkak sebelah dan mulutnya berdarah."Kena ragut tadi." ujar Jiwon bersahaja membuatkan Jungkook terkejut beruk."Siapa kena ragut? Sara ke?" tanya Jungkook kepada aku pula. Aku hanya mengangguk dalam keadaan lemah."Kena ragut yang muka hyung sampai berlebam ni kenapa? Ragut bukan beg ke kenapa muka pula jadi mangsa?" tanya Jungkook seolah-olah sengaja bersikap bebal atau tidak pun aku dan Jiwon tak faham.Jiwon segera menarik beg tangan aku lalu dicampakkan ke arah Jungkook namun sempat disambut jejaka itu.
last updateLast Updated : 2023-10-01
Read more

MLS ¦ DUA PULUH DUA

"Hello sayang..." tegur wanita itu ke arah Sufian membuatkan Sufian dan Rose segera menoleh ke arahnya."Do you remember me?" soalnya membuatkan Sufian menoleh semula ke arah Rose."Kalau ada apa-apa hal mustahak panggil saya." arah Sufian lalu dia mendekati wanita itu dan menarik lengan bajunya masuk semula ke dalam bilik pejabat. Pintu segera ditutupnya membuatkan Rose hanya mendiamkan diri.Dia sendiri pun rasa seram sejuk dengan wanita itu. Gayanya seolah-olah mahu menggoda Sufian pun buatkan Rose geli sendirian."Apa awak dekat office saya ni?" tanya Sufian ingin tahu. Wajahnya yang berkerut seribu membuatkan wanita itu ketawa kecil kerana geli hati."Kenapa takut semua staff kau fikir bukan-bukan ke?" tanya wanita itu sambil terangkat kening kanannya memandang tepat ke wajah Sufian."Bukan sebab itu, cumanya macam mana awak tahu ini pejabat saya?" soal Sufian yang kelihatan agak resah dengan kehadiran wanita itu
last updateLast Updated : 2023-10-02
Read more

MLS ¦ DUA PULUH TIGA

Aku dan Jong In melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian yang agak berjenama. Jong In memandang aku sekilas sebelum memandang ke arah pelayan butik di hadapan kami berdua."Selamat datang, boleh saya bantu?" tanya pelayan itu dengan ramah."Tolong carikan dress yang sesuai dengan warna kulit dia." pinta Jong In lalu dia menolak aku ke hadapan mendekati pelayan butik itu."Baiklah encik, mari cik kita ke sudut sana." pinta pelayan butik itu kepada aku membuatkan aku hanya tersenyum simpul sambil melirik ke arah Jong In yang hanya melihat telefon bimbitnya.Setelah puas pelayan butik itu mencari beberapa helai dress yang sesuai akhirnya dia perolehi. "Saya rasa dress ni sesuai untuk cik. Cuba cik masuk dalam bilik salin dulu. Cuba." pinta pelayan butik itu dan aku hanya menurut. Dress itu aku gapai dengan cermat lalu masuk ke dalam bilik salin dengan segera. Setelah selesai aku menyalin. Aku diarahkan keluar untuk diperlihat
last updateLast Updated : 2023-10-03
Read more

MLS ¦ DUA PULUH EMPAT

Nur Sara melangkah masuk ke dalam kelab malam yang selalu dikunjungi olehnya bersama teman-teman liarnya. Sebaik saja Nur Sara melangkah masuk tubuhnya mula mengikut rentak lagu yang dipasang kuat di dalam kelab malam tersebut.Dalam keseronokkan yang dialaminya itu untuk menghilangkan rasa stress akibat kereta mewahnya ditarik oleh jabatan JPJ kerana meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya.Lelaki bernama V yang perasan akan keghairahan Nur Sara menari mula membuang puting rokoknya dan mula membuka langkah mendekati Nur Sara.Perlahan-lahan tubuhnya mengikut rentak lagu sambil mendekati Nur Sara. Apabila tubuh mereka tersangat dekat, pinggang Nur Sara dipeluknya erat sambil menari bersama-sama dengan gadis itu.Nur Sara mula tidak selesa dengan kehadiran V disitu membuatkan Nur Sara segera menolak tangan V melepaskan pinggangnya. Namun V langsung tidak hiraukannya, tangannya dinaikkan semula memeluk erat pinggang Nur Sara."
last updateLast Updated : 2023-10-04
Read more

MLS ¦ DUA PULUH LIMA

Aku dan Jong In pulang ke rumah agak malam. Ketika aku melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Kim dan juga Sun Kyu sedang menonton telev isyen."Baru balik In?" sapa Puan Kim dengan mesra ke arah anak terunanya itu."Iya eomma. Cerita apa tu?" soal Jong In sambil mengambil tempat duduk di sebelah Puan Kim. Bantal kusyen diambilnya lalu dipeluk erat."Biasalah drama malam-malam ni." ujar Puan Kim."Sara macam mana?" tanya Puan Kim dengan senyuman melebar ke arah aku. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Sun Kyu."Macam mana?" tanya aku kehairanan."Berjalan ke mana? Jong In bawa Sara tak?" tanya Puan Kim lagi sambil melirik ke arah anaknya pula. Jong In memandang tepat ke wajah aku. Aku tersenyum kekok."Saya duduk dekat kafe je, sebab tadi Jong In sibuk sangat." jawab aku dengan lembut agar Puan Kim tidak bertanya lebih."Tak apalah kalau begitu, Sara pergilah naik bersihkan diri. Dah makan be
last updateLast Updated : 2023-10-05
Read more

MLS ¦ DUA PULUH ENAM

"Mak Jah!" jerit Nur Sara di muka pintu rumah sambil mengusutkan rambutnya."Mak Jah!!! Hey! Orang tua? Pekak ke apa?" jerit Nur Sara lagi. Mak Jah yang sedang memasak di ruangan dapur terkejut dengan jeritan Nur Sara itu segera menutup api atas dapur lalu mengelap tangannya. Langkahnya segera dibuka menuju ke muka pintu."Ya cik Sara?" sahut Mak Jah yang terkejut. Tak pernah-pernah Nur Sara menjerit panggilnya begitu. Tiba-tiba pula hari itu Nur Sara bersikap begitu."Mak Jah ni pekak ke apa?" soal Nur Sara. Matany mencerlung ke arah Mak Jah seolah-olah mahu menelan Mak Jah."Mak Jah tengah masak tadi Cik Sara..." jawab Mak Jah."Ha menjawab-menjawab! Aku ni dah nak habis suara jerit panggil kau. Dasar orang tua. Ni mama mana?" Tubuh Nur Sara bercekak pinggang memandang ke arah Mak Jah."Puan ada di biliknya." jawab Mak Jah dengan sopan dan hormat."Lain kali kalau orang panggil tu peka sikit. Biar umur je tua jangan telinga dengan mata tu pun sama tua!" cemuh Nur Sara. Kakinya laju
last updateLast Updated : 2023-10-09
Read more

MLS ¦ DUA PULUH TUJUH

Pintu bilik aku diketuk beberapa kali membuatkan mata aku tercelik dengan mengejut. Aku mengapai telefon bimbit aku di atas meja yang berada disisi katil.Jam baru menunjukkan pukul 5 pagi, aku memisat-misat mata aku dengan malas aku menuruni katil menuju ke arah pintu bilik.Sebaik saja aku membuka pintu wajah Ju Na dan juga Ahjumma Min kelihatan berdiri di luar bilik aku."Dah solat belum?" tanya Ju Na kepada aku."Baru pukul 5." jawab aku membuatkan Ahjumma Min dan Ju Na berpandangan sesama sendiri lalu mengukirkan senyuman."Pukul 6 dah sekarang ni. Solat subuh dulu, lepas tu siap-siap kita bertiga akan ke pasar." pesan Ju Na membuatkan mata aku yang sepet cuba dibuka dengan luas."Pasar?" tanya aku terkejut."Ya pasar, hari ni Sara kena masak." ujar Ahjumma Min pula buatkan aku tertelan air liur.Macam manalah aku boleh terlupa! Semalam Ju Na minta aku memasak hari ni. Ah nak masak apa? Aku terlupa nak cari
last updateLast Updated : 2023-10-10
Read more

MLS ¦ DUA PULUH LAPAN

Nur Sara laju melangkah keluar dari perut kereta milik ibunya. Ialah kereta miliknya berada di pejabat pengangkutan jalan raya oleh kerana dia memakirkan keretanya ikut suka hati.Cermin mata hitam yang tersarung di matany dibuka dan diletakkan di atas kepala. Pintu kereta dikatup kuat, langkahnya dibuka menuju masuk ke kawasan rumah Jane.Loceng ditekan dengan kasar tanpa rasa ingin bersabar. Jane yang baru saja siap membersihkan rumahnya mula membuka pintu dan menjenggahkan wajah keluar rumah."Ha... kau, jemput masuk." lawa Jane dengan wajah bersahaja.Nur Sara masuk sambil menjeling Jane. Kasut high heelsnya dibuka dan terus menuju ke sofa."Kau nak minum apa-apa tak beb? Aku buatkan." tanya Jane dengan lembut. Ialah sebagai tuan rumah haruslah melayani tetamu dengan baik."Aku datang ni bukan nak minum ke apa. Aku datang ni nak tanya kau, semalam apa yang terjadi dekat aku?" soal Nur Sara tanpa banyak bicara. Terus menyoalka
last updateLast Updated : 2023-10-11
Read more

MLS ¦ DUA PULUH SEMBILAN

Aku disuruh Puan Kim mengikut Jong In ke kafe lagi hari ni, atau sebenarnya meluangkan masa lebih banyak dengan Jong In. Aku hanya menurut tanpa merungut."Kau dengan Irfan tu ada apa-apa ke?" soal Jong In ketika kami berada di dalam kereta hendak menuju ke kafe.Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti dengan soalannya iitu."Ada apa-apa yang macam mana tu maksud awak?" soal aku yang sengaja menyoal semula."Maksud aku macam ada hubungan lebih dari sekadar pekerja dengan majikan?" tanya Jong In tanpa menoleh ke arah aku.Namun dari tepi aku dapat lihat wajahnya seakan-akan malu dengan pertanyaannya sendiri. Aku tersengih memerli."Tak adalah, kami cuma majikan dengan pekerja. Kenapa awak tanya?" soal aku kepadanya selepas aku menjawab soalan cepumas darinya itu."Taklah aku nampak macam kau layan dia tak sama macam layan pekerja." balas Jong In mendatar.Aku hanya mengangguk tanda mengerti. "Faham!" jawab aku.
last updateLast Updated : 2023-10-12
Read more

MLS ¦ TIGA PULUH

Sufian turun dari keretanya sambil melirik jam di tangannya. Malam ini t-shirt berwarna putih tersarung di tubuhnya bersama-sama dengan jacket kulit berwarna hitam. Dipadankan juga dengan seluar jeans hitam.Dia harus mencari Nur Sara kerana itulah arahan yang diberikan oleh Tuan Li.Pintu kelab malam direnungnya tajam. Dia sudah nekad hari di mana dia bertemu dengan Nur Sara di dalam kelab itu adalah hari terakhir dia melangkah masuk ke sana.Jadi, pada malam ini dia sepertinya teragak-agak sama ada mahu melangkah masuk atau pun tidak.Jam menunjukkan tepat 11 malam. Namun kelibat Nur Sara langsung tidak kelihatan. Sufian menyandarkan punggungnya di kepala kereta. "Kenapalah keluarga Tuan Li ni jadi macam ni. Kalau Nur Sara begini perangainya. Nur Hara pula bagaimana?" keluh Sufian sendirian.Tiba-tiba mata Sufian tertacap ke arah seorang gadis yang keluar dengan kelam kabut dari kelab malam itu tanpa berkasut. Di belakangnya p
last updateLast Updated : 2023-10-13
Read more
PREV
123456
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status