All Chapters of My Love Story ( Bahasa Indonesia ): Chapter 31 - Chapter 40
51 Chapters
MLS ¦ TIGA PULUH SATU
Disebabkan ada pekerja Jong In yang bercuti, keadaan kafe agak kelam kabut dibuatnya kerana tidak mencukupi kaki tangan. Aku yang hanya duduk diam dari tadi mula terasa bosan.Aku mendekati kaunter pesanan untuk bertemu dengan Jiwon."Jiwon!" panggil aku. Jiwon pula yang sedang sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan itu mula melirik ke arah aku sekilas."Kenapa Sara? Aku sibuk ni." kata Jiwon sepantas kilat."Saya nak apron satu ada lebih?" tanya aku ingin tahu sambil menjongkitkan kening aku."Dah kenapa? Kau nak buat apa?" tanya Jiwon sambil mengerutkan dahinya."Alah bagilah satu." kata aku tanpa menjawab soalannya itu. "Kejap." katanya setelah itu dia mendekati sebuah almari di belakang kaunter pesanan itu. "Nah..." dilemparnya sebuah apron ke arah aku.Aku segera menyambutnya. "Okey, terima kasih!" ucap aku dengan riang lalu mengukirkan senyuman ke arahnya.Jiwon hanya mengangguk sebagai tanda
Read more
MLS | TIGA PULUH DUA
Sufian meletakkan panggilan telefonnya, kini dia berada di hospital. Nur Sara berada di wad kecemasan begitu juga dengan dirinya. Ada luka di bahagian lengannya kerana terlanggar tiang di tepi jalan raya.Luka yang dialaminya itu pula akibat dari cermin kereta yang pecah dek kerana berlanggaran dengan tiang lampu tersebut.Nur Sara berada di katil pesakit di hadapan Sufian. Dia pengsan, tidak sedarkan diri.Sufian mengerutkan dahinya. Dilihatnya anak majikannya itu sepertinya trauma akan sesuatu. Namun dia tidak tahu apa perkara itu.Kejadian yang menimpa mereka berdua itu telah pun dimaklumkan kepada Tuan Li dan Tuan Li sedang dalam perjalanan ke hospital."Dah siap..." kata jururawat yang merawat luka di dahi dan juga lengan Sufian."Terima kasih." ucap Sufian kepada jururawat itu disertakan senyuman nipis. Jururawat itu membalasnya dengan senyuman juga.Keluhan berat dilepaskan oleh Sufian kerana dia teringat kejadian sebelum mereka menaiki kereta menuju ke hospital."Siapa lelaki
Read more
MLS | TIGA PULUH TIGA
Aku, Jong In, Jungkook dan Jiwon kini berada di luar kafe untuk menutup kafe itu dengan segera memandangkan jam lagi beberapa minit nak masuk pukul 10 malam.Tiba-tiba datang seorang gadis menghampiri kami berempat membuatkan kami terkejut dengan kehadiran gadis itu."Cik..." panggil gadis itu. Rupanya gadis itu memanggil aku. Wajahnya seperti aku cam siapa. Aku mendekatinya."Ya awak panggil saya?" tanya aku kepadanya yang sedang tersenyum kekok ke arah aku."Saya orang yang jatuhkan air di baju cik pagi tadi? Ingat tak?" soal gadis yang memakai hijab itu. Bagi aku pemakaiannya cukup sempurna dalam menutup auratnya sebagai muslim.Apatah lagi apabila melihat w
Read more
MLS | TIGA PULUH EMPAT
Nur Sara sedar dari pengsannya, dilihat keadaan sekeliling membuatkan dirinya tiba-tiba resah. "Aku dekat mana ni?" jerit Nur Sara nyaring."Hoi! Perempuan! Aku dekat mana ni?" tanya Nur Sara dalam keadaan resah. Jururawat yang merawatnya cuba tenangkannya namun tidak berjaya.Nur Sara mencabut segala wayar yang berada di badannya. Dia mahu melarikan diri dari ruangan tersebut. Tiba-tiba bahunya ditahan oleh seseorang."Nur Sara!" panggil orang itu membuatkan segala tindakan Nur Sara terhenti begitu saja. Kepalanya didonggakan memandang ke arah orang di hadapannya itu."Ayah..." tutur Nur Sara dalam keadaan takut. Air matanya laju mengalir keluar kerana berasa takut yang teramat. Tuan Li memandang Nur Sara dengan be
Read more
MLS | TIGA PULUH LIMA
Ha oppa! Unnie! Dah balik pun, lama Ji Yu tunggu tau." renggek Ji Yu lalu tangan Jong In diraihnya dengan manja."Kamu ni dah kenapa Ji Yu? Buang tabiat ke apa?" tanya Jong In yang terkejut dengan tindakan drastik adiknya itu."Hihi. Yu nak bodek oppa ni." kata Ji Yu sambil tersengih-sengih. Aku pula hanya memerhatikan saja tindakan dua beradik itu."Nak bodek apa pula?" soal Jong In dalam keadaan malas."Alah... esok kan oppa cuti kan?" tanya Ji Yu dengan sengihan melebar."Kenapa?" kening Jong In terangkat sebelah melihat adiknya yang rendah separas bahunya itu."Teman Yu pergi kolej, ada persembahan." J
Read more
MLS | TIGA PULUH ENAM
Tidur aku tidak lena seperti selalu, fikiran aku asyik tergangu dengan kata-kata lelaki bernama V itu. Apakah benar apa yang dikatakan olehnya itu.Aku mula mencelikkan mata, jam di telefon bimbit aku sekarang menunjukkan pukul enam pagi. Aku bangun dari tidur lalu mengeliat seketika.Langkah aku segera turun dari katil menuju ke kamar mandi. Aku harus mengambil wudhuk dan solat dua rakaat sebelum masuk waktu subuh. Aku mahu meminta petunjuk dari Allah mengenai hal itu.Selesai aku membersihkan diri dengan mengambil wudhuk. Segera aku menunaikan solat dua rakaat sebelum subuh itu. Habis saja solat, aku duduk bersimpuh di atas sejadah.Tangan aku diangkat untuk memohon doa kepada Allah Swt.
Read more
MLS | TIGA PULUH TUJUH
Tuan Li dan Puan Zara melangkah masuk ke dalam rumah bersama-sama dengan Nur Sara yang sudah dibenarkan keluar dari hospital."Mak Jah!" panggil Puan Zara dengan nyaring. Mak Jah yang berada di bilik tidurnya mula terkejut dan segera keluar dari bilik tidurnya itu menuju ke ruang tamu."Ya Puan..." sahut Mak Jah."Masakkan bubur ayam untuk Sara, jangan bubuh racun pula dalam makanan anak aku!" jelingan maut diberikan kepada Mak Jah disertakan dengan ayat memerli."Baik Puan..." Mak Jah segera meninggalkan ruang tamu menuju ke ruang dapur."Kalau tak nak orang tu letak racun, awak sendirilah yang masak." sergah Tuan Li kepada isterinya.
Read more
MLS | TIGA PULUH LAPAN
Aku, Irfan, Ji Yu dan Jong In turun di sebuah kawasan yang dipanggil Itaewon."Jadi nilah Itaewon?" soal aku dengan nada teruja. Aku tidak menyangka, disini terdapat ramainya peniaga dan orang muslim berjual beli. Dari butik pakaian sehinggalah ke gerai makanan. Bahkan masjid besar yang terletak tidak jauh di hadapan aku juga menjadi saksi bahawasanya Itaewon ini adalah sebuah kawasan untuk orang muslim dan bukan.Aku tersenyum lebar. Aku tak merasa janggal kerana aku melihat ke arah mereka semua yang lalu lalang dihadapan aku ini sebagai seorang muslim walaupun tak sebangsa."Jomlah... kita nak ke mana dulu ni?" tanya Ji Yu kepada Jong In. Dialah ketua kerana cadangannya yang mahu datang ke sini."Jalan-jalan, eh Y
Read more
MLS | TIGA PULUH SEMBILAN
Tuan Li meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kerjanya di dalam kerja itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi. Cermin matanya dibuka untuk memudahkan dia mengurut dahinya.Pintu bilik kerja itu diketuk dari luar. "Masuk." arah Tuan Li sekali. Sejurus itu, pintu bilik itu pun dibuka oleh Mak Jah."Boleh saya masuk tuan?" tanya Mak Jah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik kerja itu dia meminta izin terlebih dahulu."Masuklah Mak Jah, ada apa?" soal Tuan Li dengan lembut walaupun wajahnya kelihatan tegang."Tuan nak minum apa-apa tak Mak Jah buatkan." tanya Mak Jah lagi namun hanya gelengan saja yang diberikan oleh Tuan Li."Tuan..." panggil Mak Jah sekal
Read more
MLS | EMPAT PULUH
Kami berempat meninggalkan Itaewon tepat jam 3 petang selepas menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid Itaewon. Jong In yang sedang memandu di hadapan hanya fokus dengan pemanduannya saja. Irfan pula duduk di tepinya. Aku dan Ji Yu duduk di bahagian belakang."Oppa! Bukalah radio..." ujar Ji Yu mungkin kerana dia sedang dilanda kebosanan."Tak payahlah." jawab Jong In dengan malas."Eee!" bentak Ji Yu lalu memuncungkan bibirnya.Aku tergeleng kepala melihat riaksi Ji Yu itu."Tak payah nak muncung sangatlah." balas Jong In lalu menjeling adiknya itu.Namun Ji Yu degil, dia bangun dari tempat duduknya dan
Read more
PREV
123456
DMCA.com Protection Status