Share

MLS ¦ TIGA PULUH SATU

Disebabkan ada pekerja Jong In yang bercuti, keadaan kafe agak kelam kabut dibuatnya kerana tidak mencukupi kaki tangan. Aku yang hanya duduk diam dari tadi mula terasa bosan.

Aku mendekati kaunter pesanan untuk bertemu dengan Jiwon.

"Jiwon!" panggil aku. Jiwon pula yang sedang sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan itu mula melirik ke arah aku sekilas.

"Kenapa Sara? Aku sibuk ni." kata Jiwon sepantas kilat.

"Saya nak apron satu ada lebih?" tanya aku ingin tahu sambil menjongkitkan kening aku.

"Dah kenapa? Kau nak buat apa?" tanya Jiwon sambil mengerutkan dahinya.

"Alah bagilah satu." kata aku tanpa menjawab soalannya itu.

"Kejap." katanya setelah itu dia mendekati sebuah almari di belakang kaunter pesanan itu. "Nah..." dilemparnya sebuah apron ke arah aku.

Aku segera menyambutnya. "Okey, terima kasih!" ucap aku dengan riang lalu mengukirkan senyuman ke arahnya.

Jiwon hanya mengangguk sebagai tanda
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status