All Chapters of MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA): Chapter 31 - Chapter 40

81 Chapters

BAB 31

Keinginan untuk mendekatinya, buatku nekad melakukan segalanya - Izmir____________“KAMU tumpang Izmir?” Mata Wan Saloma sedikit terbeliak, terkejut dengan penjelasan Tini.Aduh, Tini buat hal lagi! Wan Saloma menggeleng kepala tidak mengerti.“Ya, mak. Tini tak ada pilihan lain.” Tini memberi alasan. Tertunduk kepanya memandang tanah. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi.“Takkan teksi pun tak ada, Tini?” Wan Saloma tidak puas hati dengan jawapan Tini.“Tak ada, mak.”“Tasha kenapa? Sampai sekarang Tini tak bagitahu mak pun kan?”
Read more

BAB 32

Walau apa badai melanda, aku tetap akan berjuang untuk mempertahankanmu. Sekali kamu menjadi milikku, selamanya tetap begitu - Sukri___________________SUDAH hampir satu jam Sukri menunggu. Bayang lelaki itu tak jua kunjung tiba. Entah kenapa, seakan mereka tidak akan dipertemukan hari  ini. Geram pula dia kali ini.Sukri melurutkan rambutnya yang hampir mencecah bahu ke belakang. Serasa berat kepalanya. Adakah mereka tidak ada takdir untuk bertemu?Masih ramai orang yang berkumpul di warung Haji Lokman. Sukri menunggu dari jauh dengan harapan orang yang ditunggu ada di warung itu kerana pada firasatnya dia pasti akan datang tatkala Tini datang menghantar kuih dan nasi lemak kepada Haji Lokman.
Read more

BAB 33

Terkadang, semua kekurangan ini buatku terasa kerdil. Bisakah aku membahagiakannya dengan semua kekurangan ini? - Sukri_______________TANGAN Sukri diraih Tini. Sukri menahan rasa. Amarah yang membara tadi mulai reda.Melihat Izmir pergi dari pekarangan rumah mereka, Tini meraih tangan Sukri masuk ke rumah mereka. Sukri melabuhkan duduk di kerusi dan sekilas merenung Tini di hadapannya.“Abang dah okey ke? Tini ke dapur sekejap ambil air.”Lelaki itu mengangguk. “Okey, Tini.”
Read more

BAB 34

Kehilanganmu dari hidupku sama ertinya aku melupakan semua rasa yang pernah ada di hati ini - Tini_________________MENGINJAK ke pukul sembilan malam, Sukri masih tidak pulang. Tini mulai risau. Panggilan telefonnya tidak dijawab Sukri. Ke mana Sukri pergi, Tini tidak tahu.Dia tidak memberitahu akan pulang lewat atau akan ke mana-mana setelah habis waktu bekerja. Sepatutnya dia tiba di rumah sekitar pukul enam jika tidak ke mana-mana. Paling lewat pun jam lapan malam. Itu pun jika ada urusan lain di luar.Tapi kali ini perasaan Tini berlainan. Bimbang sesuatu yang berlaku kepada Sukri, Tini menelefon lagi. Masih tidak ada jawapan. Pertanyaan Natasha yang berulangkali tentang ke mana ayahnya pergi menambahkan lagi kerisauan Tini.Tini kemudiannya menelefon ibu mentuanya, jika Sukri ada di sana. Mak Cik Halimah terk
Read more

BAB 35

Berbuat baik belum tentu ada yang suka. Apa lagi berbuat jahat. Namun berusahalah jadi yang terbaik untuk orang tersayang.___________________“YA ALLAH! Siapalah yang busuk hati buat anak aku macam ni Tajol? Sukri, Sukri, bangun Sukri Ini ayah ni. Sukri.”Beberapa kali badan Sukri digoyangkan, dia masih belum sedarkan diri. Matanya tertutup rapat dengan tangan yang terkulai layu. Mak Cik Halimah di situ meraung kesedihan.“Macam mana ni Pak Cik Leman? Nak bawa dengan motosikal tak boleh ni. Jatuh nanti.” Tajol penasaran melihat Sukri yang masih tidak sedarkan diri.“Tajol... macam ni... pak cik minta tolong kamu pergi rumah Pak Cik Salihin bagitahu dia. Mint
Read more

BAB 36

Setiap orang takut untuk merasa kehilangan. Namun tidak salah untuk membina impian bersamanya...___________________DARI jauh Tini menyeka titisan bening yang menempel di pipinya. Menghapus sisa air mata agar tidak dilihat Sukri.Tini duduk di sebelah Sukri seraya menyentuh dan mengusap pipi Sukri yang lebam ditumbuk malam tadi.Hatinya meruntun hiba melihat Sukri begitu. Melihat kepala Sukri yang berbalut, serasa dia tidak kuat untuk berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Dia tidak mahu Sukri terjadi apa-apa. Dia takut jika kehilangan lelaki ini
Read more

BAB 37

Keegoan seseorang akan tunduk juga satu saat apabila ia sedar akan kesalahannya. Hanya masa yang menentukan segalanya...___________________WAN Saloma dan Pak Salihin mengunjungi rumah Tini. Sukri sedikit terkejut dengan kedatangan bapa mentuanya itu.Beberapa bulan dia menyewa di situ, Pak Salihin tidak pernah menjejakkan kakinya di rumah itu. Jika dia datang pun hanya sekadar di halaman menunggu Wan Saloma di dalam kereta sahaja.Sebaik sahaja dijemput duduk, Sukri yang masih bercuti dari kerjanya
Read more

BAB 38

Walau beribu kali maaf dipinta, kenangan pahit tak mungkin dapat dilupa, kerana mengingatinya saja, akan mengembalikan rasa kecewa...____________________TINI baru saja turun dari anak tangga rumahnya untuk menghantar bakul nasi lemak dan kuih ke warung Haji Lokman. Dia menyorong basikalnya yang diletakkan di tepi rumah. Tini juga berhajat untuk singgah ke rumah emaknya setelah selesai menghantar nasi lemak ke warung Haji Lok
Read more

BAB 39

Mengapakah kenangan sering berbunga, bergayut resah di dada, silih berganti suka dan duka. Sakit yang kurasa, entah ada penawarnya - Tini__________________Izmir, lelaki pertama yang mencuri hatiku satu ketika dahulu. Juga lelaki pertama yang tega melukakan hatiku. Meninggalkanku di saat aku mengimpik
Read more

BAB 40

Rahsia akan tetap menjadi rahsia selama ia kekal dijaga. Namun bagaimana bila ia mula menjadi tanda tanya?_____________________HARI dan masa berlalu dengan cepatnya. Kehidupan Sukri dan Tini berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan daripada Izmir lagi.Sejak Sukri dipukul dan Tini merayu agar Izmir tidak menganggunya lagi, Izmir menghilangkan diri. Sejak itu, dia tidak muncul lagi.Hingga kini, sudah menginjak ke beberapa tahun, Izmir benar-benar sudah hilang dari kehidupan Tini.T
Read more
PREV
1234569
DMCA.com Protection Status