All Chapters of MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA): Chapter 11 - Chapter 20

81 Chapters

BAB 11

Ujian itu datang untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Untuk melihat seberapa besarnya juga rasa syukur kita sebelum ini. PULANG dari tempat kerjanya hari ini, Sukri duduk di kerusi dengan menungan yang panjang. Matanya dipejam rapat. Keningnya berkerut. Dia memicit-micit kepalanya. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Sesuatu telah berlaku. Amat merisaukannya.Tini memerhati sedari Sukri pulang tadi. Habis membancuh kopi, Tini ke ruang tamu. Dia menghampiri Sukri yang masih lagi berkeadaan begitu.Tini meletakkan cawan di atas meja kopi berhadapan Sukri. Lelaki itu memandang Tini dan sekilas berpaling ke arah lain pula. Tini kehairanan. Sikap Sukri agak berlainan hari ini.
Read more

BAB 12

Orang selalu berkata bahawa bahagia itu sederhana. Sederhana kerana rasa bahagia cukup dirasa kita sendiri saja andai kita dapat bersama dengan orang yang kita sayang, apa lagi kalau rasa bahagia itu berbalas dengan rasa yang sama. MELIHAT Tini m
Read more

BAB 13

Walau apa pun yang terjadi, memperjuangkanmu adalah tujuankuBiar apa pun yang menghalang di depan, pasti aku harungi.SEBAIK sahaja membuka kasut, Sukri melangkah masuk ke dalam rumah. Perlahan dia duduk menyandar di kerusi panjang. Beberapa saat kemudian, tubuhnya dibaringkan. Tangan diletakkan di atas dahi. Sukri mengeluh.Terasa sedikit berbahang, lantas dia membuka beberapa butang baju kemejanya. Dikibas-kibas badan dengan surat khabar yang dibelinya pagi tadi.Beberapa ketika kemudian, Sukri mencampakkan suratkhabar itu di atas meja kopi di sebelahnya pula.Kemudian
Read more

BAB 14

Andai saja, kau memahami apa yang telah aku lalui selama ini, rasa sakitnya tidak mungkin seperti ini. Cukuplah andai kau mengerti yang aku perlu waktu untuk melupakannya - SukriSEBULAN berlalu. Sukri mula sakit kepala. Semuanya menemui jalan buntu. Dia masih belum dapat mencari pekerjaan.Berhari-hari dia berfikir akan kesudahan hidupnya. Bagaimana jika hari y
Read more

BAB 15

Diam itu lebih baik daripada beradu mulut denganmu. Kerana rasa marah yang membuak di dada ini tak mungkin dapat aku tahan lagi bila kamu semakin menguji kesabaranku. Jadi, biarkan aku diam - SukriENTAH ke mana Sukri pergi. Terasa bersalah pula kerana menaikkan kemarahan suaminya itu. Sukri tidak pernah semarah itu. Sukri tidak pernah menengkingnya seperti hari itu.Tini mengesat air mata yang jatuh di pipinya. Dia meninjau beberapa kali. Sukri tidak kelihatan di mana-mana. Motosikalnya tidak dibawa. Sukri mungkin tidak pergi jauh.Beberapa kali lagi meninjau, Tini teringatkan Natasha. Dia bergegas ke bilik anaknya itu. Di b
Read more

BAB 16

Apakah sebenarnya keputusan yang kuambil ini untuk hidup bersamanya adalah tepat? Terkadang aku merasa bodoh kerana mengikut rasa hati ini. Kerana di hujungnya aku yang merasa disakiti - TiniPAGI. Tini menyiapkan sarapan di dapur sementara menunggu Natasha bersiap untuk ke sekolah. Natasha dipanggil ke meja makan sebaik sahaja nasi goreng siap dihidang.Anak kecil itu tidak banyak soal, hanya menurut. Dia duduk di meja makan, menjamah sedikit nasi goreng kemudian bangun dan mencari ayahnya.Sebaik sahaja menyalami Sukri, Natasha menuruni tangga seraya memakai kasut dan menunggu van sekolah di hadapan rumah.Sukri menemani Natasha di hadapan rumah. Entah apa yang dibualkan mereka berdua, Tini tidak tahu. Sementara Tini menyiapkan pula kuih dan nasi lemak u
Read more

BAB 17

Maafkan kesilapanku untuk kali ini. Menyakitimu adalah di luar keinginanku - SukriSUKRI muncul di tangga rumah lalu menuju ke beranda sebaik sahaja memberi salam. Di tangan kanannya membimbit plastik berisi kuih yang telah dibeli di tepi jalan ketika pulang dari pekan tadi.Tini menyalaminya diikuti Natasha yang ketika itu sudah siap mengerjakan tugas sekolahnya.“Tolong buatkan abang kopi, ya?” Sukri memulakan bicara.Tini mengangguk seraya bingkas bangun menuju ke dapur tanpa berkata apa-apa.“Tini... jangan manis sangat,” sambung Sukri lagi lalu mendapat anggukan daripada wanita itu.“Tasha dah siapkan kerja sekolah, ya?” tanya Sukri kepada Natasha pula.“Dah, ayah!” jawab Natasha disertai dengan senyum comelnya.“Pergi simpan buku. Mandi,
Read more

BAB 18

Setiap kesalahan pasti dimaafkan, tetapi untuk melupakannya, perlukan waktu kerana luka yang diberikan pasti meninggalkan parut yang akan kekal selamanya.PAK SALIHIN memerhatikan Tini yang duduk di pangkin di hadapan rumah. Terasa ada sesuatu yang bermain di fikiran anak perempuannya itu.Dia berganjak dari duduknya seraya menuju ke arah Tini. Tini yang sedang leka melayan perasaan, sedikit terkejut dengan kedatangan ayahnya itu. Posisi duduknya diubah. Selendang yang jatuh dari bahu pula dibetulkan.Pak Salihin duduk di sebelah Tini. Tini mengengsot sedikit, memberi ruang duduk kepada ayahnya. Lelaki tua itu memandang Tini lalu pandangannya dibalas dengan rasa hairan Tini.“Ada apa, ayah?” tanya Tini sedikit penasaran.“Sukri, mana? Kamu datang sorang?” Kelihatan kerut di wajah Pak Salihin apabila mengajukan soal
Read more

BAB 19

Entah kenapa kita sering lupa dan berkali-kali melakukan kesalahan. Meminta maaf dan mengulanginya lagi. Apakah sebenarnya yang harus dilakukan?SUKRI memandang Tini penuh marah. Penatnya belum hilang setelah pulang dari kerja. Tini yang baru pulang dari rumah emaknya menimbulkan pertengkaran antara mereka berdua.Tini merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya. Lelaki itu naik berang. Tini yang kebingungan melihat Sukri yang berdiri mencekak pinggang terasa amat takut ketika itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Sukri.Pagi tadi ketika pergi kerja, Sukri baik-baik sahaja. Tidak ada sebarang keanehan pada lelaki itu. Tetapi petang itu Sukri memandangnya penuh marah. Seakan mahu ditelan Tini di hadapannya.“Baru balik?” Sukri bertanya setelah sekian lama memandang Tini.“Ya abang. Tini dari rumah mak. Kenap
Read more

BAB 20

Apakah hubungan ini akan berakhir dengan perpisahan lagi? Kita tak lagi sehaluan saat kesilapan lalu menjerat hubungan yang baru dijalinkan ini...TANPA diduga Tini berlari anak menuju ke biliknya. Dia mengambil beberapa helai pakaiannya dan memasukkannya ke dalam beg.Ya Tuhan! Sukri tercengang.Apakah Tini akan pergi dari rumah mereka?Sukri mengikut Tini dari belakang. Melihat Tini dengan beg di tangan, dia terkedu.“Tini nak pergi mana?” soal Sukri lalu menahan bahu Tini.“Biar Tini pergi, abang. Jangan halang Tini,” balas Tini tegas.“Tini nak ke mana?” tanya Sukri lagi. Masih mahu menghalang niat isterinya itu.“Tini nak balik.” Pegangan tangan Sukri di bahunya dilepaskan.“Tini nak pergi rumah mak?” teka Sukri dengan laju. Dia
Read more
PREV
123456
...
9
DMCA.com Protection Status