All Chapters of MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA): Chapter 21 - Chapter 30

81 Chapters

BAB 21

Apakah rasa yang tumbuh di hati ini namanya egois? Benarkah? Jika benar itu egois, apakah harus melupakan dan membina sesuatu yang baru bersamanya?“NAIKLAH Sukri. Kenapa masih di bawah?” Wan Saloma tersenyum melihat Sukri dan Natasha yang baru tiba di depan rumahnya.“Ya, mak.” Sukri duduk bersila di tikar mengkuang di beranda rumah ibu mentuanya itu. Hatinya berkecamuk. “Tini okey ke mak?” Lelaki itu memulakan bicara.Wan Saloma tersenyum dan meminta Natasha menemui mamanya di bilik. Natasha hanya menurut. Dia tidak membantah. Sebaik sahaja Natasha hilang dari pandangan, Wan Saloma memandang Sukri semula.“Kamu bergaduh pasal apa Sukri, sampai Tini buat hal macam ni? Sebagai ibu, mak tak suka Tini buat macam ni. Bergaduh, tinggalkan rumah, tinggalkan anak, suami. Salah apa yang Tini buat. Tini ni pun sat
Read more

BAB 22

Terkadang, kita cuma ingin lari dari masalah. Ingin jauh dari semuanya. Tetapi kita lupa, sebenarnya masalah itulah yang mendewasakan kita.NATASHA yang tersenyum riang tiba-tiba terdiam. Matanya melilau mencari sesuatu.“Mana ayah? Motosikal ayah dah tak ada. Ayah pergi mana?” Natasha kehairanan seraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.“Ya, Tini... Sukri mana?” Wan Saloma menyoal pula.“Dah balik, mak,” balas Tini ringkas sambil menahan rasa pilu di dada sejak Sukri pergi tadi.“Hah? Dah balik? Habis, Tini dengan Tasha macam mana?” Wan Saloma terkejut. Keningnya berkerut.“Biar Tini di sini, mak.” Tini mengatakan itu membuat ibunya menggeleng kepala.“Apa yang Tini buat ni? Mak dah bagitahu kan, ikut Sukri balik. K
Read more

BAB 23

Sabar dan tolak ansur itulah sebenarnya kekuatan kasih sayang dalam ikatan rumah tangga. Saling percaya menjalin ikatan yang kukuh...TINI meletakkan beg pakaian yang dibimbitnya di tepi birai katil. Dia duduk di katil sambil matanya mencari sesuatu. Tidak ada apa yang berubah di bilik itu.Wanita itu bingkas bangun menuju ke hujung sudut biliknya. Dia memegang tuala Sukri. Masih kering. Tini pasti Sukri belum menggunakannya.Pasti Sukri belum pulang ke rumah sejak dari tadi. Tini meletakkan semula tuala itu di tempat asalnya. Dia kembali duduk di katil menunggu Sukri.Lima belas minit berlalu, Natasha muncul di biliknya. Tini sedikit terkejut.“Mama, ayah belum balik lagi?” tanya Natasha.“Belum, Tasha...” ujar Tini singkat.“Mama telefonlah ayah. Tasha nak
Read more

BAB 24

Mudahnya seseorang melukakan.Tanpa ada rasa penyesalan. Semudah itu berkata sayang, Semudah itu ia melupakan.TERSENYUM Tini sebaik sahaja menerima wang hasil jualan kuih dan nasi lemak daripada Haji Lokman. Terasa hilang semua penatnya. Tidak sabar untuk memberitahu Sukri yang hasil jualan sangat laku.Haji Lokman pula menyarankan agar Tini menambah bilangan bungkusan nasi lemak yang dihantar ke warungnya. Wanita itu tersenyum mengangguk tanda setuju.Sebaik sahaja bersetuju dengan saranan Haji Lokman, Tini meminta diri untuk pulang. Basikal disorong ke seberang jalan.Baru saja melepasi warung Haji Lokman dan ingin mengayuh basikal, kedengaran namanya dipanggil seseorang. Tini menoleh dan memberhentikan basikal. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu di belakang.Ya Allah! Tini mengerut
Read more

BAB 25

Rasa pedulimu, perhatianmu, cemburumu, penghargaanmu padaku sudah cukup buatku bahagia. Tanpa itu semua, aku merasa tak punya sesiapa - Tini SEDANG Tini terhinjut-hinjut menahan kesedihan, seseorang datang menyentuh bahunya membuatkan dia terkejut. Tini lantas berpaling. Dia adalah Sukri yang ketika itu tercengang melihat Tini begitu. Dahi Sukri berkerut tanda tidak mengerti dengan apa yang terjadi kepada Tini. “Kenapa Tini?” soal Sukri sejurus kemudian. “Abang... err, kenapa abang balik awal? Tini belum masak apa-apa.” Pipi dikesat perlahan. Sukri merenung dengan penuh hairan. “Mari sini Tini. Duduk.” Tini hanya menurut sambil menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. “Ada apa ni, Tini? Kenapa menangis?” “Tak ada apa-apa,” jawab Tini dengan gelengan kepala. “Tini, bagitahu abang,” pinta Su
Read more

BAB 26

Senyum yang terukir di bibir, mengungkapkan rasa hati yang bahagia. Hati yang bahagia, menyerlahkan cinta yang semakin membara.______________________PENAT menyiapkan bahan untuk nasi lemak dan kuih untuk jualan esok pagi, Tini ke biliknya untuk meluruskan badan.Natasha sudah sejam terlena di katilnya setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya tadi.Tini mengurut-ngurut kaki. Terasa lenguh kakinya. Sakit pinggangnya juga. Ditumbuk-tumbuk belakang dengan tangan itu. Ketika itu, datang Sukri mengejutkan Tini.“Lenguh ke?” tegur Sukri yang baru muncul dari ruang tamu.“Err... abang. Sikit je. Lama sangat duduk tadi,” balas Tini dengan kerutan di mukanya.“Mari abang picitkan,” pelawa Sukri pula.“Eh, Tak apa, abang! Abang pun penat
Read more

BAB 27

Rasa yang tumbuh di hati ini, mana mungkin ada pengganti. Biar beribu yang menafikan rasa ini, takkan luruh malah makin bersemi.____________________SEBAIK sahaja mendapat panggilan dari sekolah Natasha, Tini mundar-mandir di hadapan tangga rumahnya.Dia menelefon Sukri berulangkali tetapi Sukri tidak dapat dihubungi. Begitu juga dengan emaknya. Tidak ada orang yang menjawab panggilan telefonnya. Tini semakin resah.Panggilan telefon dari sekolah Natasha membuatnya tidak keruan. Hatinya tidak tenang.Natasha dikhabarkan jatuh di padang sekolah dan tidak sedarkan diri ketika sesi latihan pendidikan jasmani di padang s
Read more

BAB 28

Haruskah memaafkan kesilapan yang dilakukan berkali-kali? Sepertinya kemaafan itu cuma sebuah persinggahan semata-mata._________________BELUM sempat Izmir membalas kata-kata Tini, telefon bimbit Tini Berdering.Tini melihat telefon yang berada di tangannya. Nama Sukri terpapar di skrin telefon.“Hello, abang!”“Tini, ada apa?”“Banyak kali Tini telefon abang.”
Read more

BAB 29

Jangan didustai kepercayaan seseorang kerana sekali didustai, tak mungkin lagi ada rasa percaya untuk kedua kalinya. Jika ada, tak mungkin sama dengan kepercayaan yang pertama.________________MUNDAR-MANDIR Tini di ruang tamu rumah menunggu kelibat Sukri tiba. Gelisah hatinya tidak menentu. Sejujurnya dia berasa bersalah dengan apa yang terjadi. Namun semuanya tidak dapat diputar kembali. Hanya kata maaf yang mampu Tini pohonkan kepada suaminya itu.Dia tahu kesalahannya telah membuatkan suaminya berjauh hati. Sukri wajar untuk cemburu. Lelaki itu berhak melarangnya menumpang kereta Izmir. Dia mengakui kebenaran itu.Namun kerana ben
Read more

BAB 30

Cinta yang sudah lama hilang mungkinkah akan tumbuh kembali? Di mana rasa bahagia itu lagi andai cuma rasa perit yang menghuni hati?____________________BEBERAPA hari selepas peristiwa pertengkaran Sukri dan Tini mengenai Izmir, Tini berusaha untuk tidak membuat Sukri marah lagi. Dia benar-benar ingin menjaga hubungannya dengan Sukri.Pulang dari kerja, Sukri bercakap dengan Tini dengan elok seperti hari sebelumnya. Sukri juga tidak bertanya lagi akan hal Izmir. Itu yang membuat Tini berasa lega.Tini sangat berharap sikap Sukri akan berterusan begitu, melayannya dengan baik. Dia gembira dengan kasih yang dicurahkan Sukri.Namun apakan daya. Walau macam mana Tini menjaga hati dan perasaa
Read more
PREV
123456
...
9
DMCA.com Protection Status