Share

BAB 31

Author: Arena Yidin
last update Last Updated: 2021-09-11 20:08:05

Keinginan untuk mendekatinya, buatku nekad melakukan

segalanya - Izmir

____________

KAMU tumpang Izmir?” Mata Wan Saloma sedikit terbeliak, terkejut dengan penjelasan Tini.

Aduh, Tini buat hal lagi! Wan Saloma menggeleng kepala tidak mengerti.

“Ya, mak. Tini tak ada pilihan lain.” Tini memberi alasan. Tertunduk kepanya memandang tanah. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Takkan teksi pun tak ada, Tini?” Wan Saloma tidak puas hati dengan jawapan Tini.

“Tak ada, mak.”

“Tasha kenapa? Sampai sekarang Tini tak bagitahu mak pun kan?”<

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 32

    Walau apa badai melanda, aku tetap akan berjuang untuk mempertahankanmu. Sekali kamu menjadi milikku, selamanya tetap begitu - Sukri___________________SUDAH hampir satu jam Sukri menunggu. Bayang lelaki itu tak jua kunjung tiba. Entah kenapa, seakan mereka tidak akan dipertemukan hari ini. Geram pula dia kali ini.Sukri melurutkan rambutnya yang hampir mencecah bahu ke belakang. Serasa berat kepalanya. Adakah mereka tidak ada takdir untuk bertemu?Masih ramai orang yang berkumpul di warung Haji Lokman. Sukri menunggu dari jauh dengan harapan orang yang ditunggu ada di warung itu kerana pada firasatnya dia pasti akan datang tatkala Tini datang menghantar kuih dan nasi lemak kepada Haji Lokman.

    Last Updated : 2021-09-13
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 33

    Terkadang, semua kekurangan ini buatku terasa kerdil. Bisakah aku membahagiakannya dengan semua kekurangan ini? - Sukri_______________TANGAN Sukri diraih Tini. Sukri menahan rasa. Amarah yang membara tadi mulai reda.Melihat Izmir pergi dari pekarangan rumah mereka, Tini meraih tangan Sukri masuk ke rumah mereka. Sukri melabuhkan duduk di kerusi dan sekilas merenung Tini di hadapannya.“Abang dah okey ke? Tini ke dapur sekejap ambil air.”Lelaki itu mengangguk. “Okey, Tini.”

    Last Updated : 2021-09-15
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 34

    Kehilanganmu dari hidupku sama ertinya aku melupakan semua rasa yang pernah ada di hati ini - Tini_________________MENGINJAK ke pukul sembilan malam, Sukri masih tidak pulang. Tini mulai risau. Panggilan telefonnya tidak dijawab Sukri. Ke mana Sukri pergi, Tini tidak tahu.Dia tidak memberitahu akan pulang lewat atau akan ke mana-mana setelah habis waktu bekerja. Sepatutnya dia tiba di rumah sekitar pukul enam jika tidak ke mana-mana. Paling lewat pun jam lapan malam. Itu pun jika ada urusan lain di luar.Tapi kali ini perasaan Tini berlainan. Bimbang sesuatu yang berlaku kepada Sukri, Tini menelefon lagi. Masih tidak ada jawapan. Pertanyaan Natasha yang berulangkali tentang ke mana ayahnya pergi menambahkan lagi kerisauan Tini.Tini kemudiannya menelefon ibu mentuanya, jika Sukri ada di sana. Mak Cik Halimah terk

    Last Updated : 2021-09-17
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 35

    Berbuat baik belum tentu ada yang suka. Apa lagi berbuat jahat. Namun berusahalah jadi yang terbaik untuk orang tersayang.___________________“YA ALLAH! Siapalah yang busuk hati buat anak aku macam ni Tajol? Sukri, Sukri, bangun Sukri Ini ayah ni. Sukri.”Beberapa kali badan Sukri digoyangkan, dia masih belum sedarkan diri. Matanya tertutup rapat dengan tangan yang terkulai layu. Mak Cik Halimah di situ meraung kesedihan.“Macam mana ni Pak Cik Leman? Nak bawa dengan motosikal tak boleh ni. Jatuh nanti.” Tajol penasaran melihat Sukri yang masih tidak sedarkan diri.“Tajol... macam ni... pak cik minta tolong kamu pergi rumah Pak Cik Salihin bagitahu dia. Mint

    Last Updated : 2021-09-18
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 36

    Setiap orang takut untuk merasa kehilangan. Namun tidak salah untuk membina impian bersamanya...___________________DARI jauh Tini menyeka titisan bening yang menempel di pipinya. Menghapus sisa air mata agar tidak dilihat Sukri.Tini duduk di sebelah Sukri seraya menyentuh dan mengusap pipi Sukri yang lebam ditumbuk malam tadi.Hatinya meruntun hiba melihat Sukri begitu. Melihat kepala Sukri yang berbalut, serasa dia tidak kuat untuk berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Dia tidak mahu Sukri terjadi apa-apa. Dia takut jika kehilangan lelaki ini

    Last Updated : 2021-09-20
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 37

    Keegoan seseorang akan tunduk juga satu saat apabila ia sedar akan kesalahannya. Hanya masa yang menentukan segalanya...___________________WAN Saloma dan Pak Salihin mengunjungi rumah Tini. Sukri sedikit terkejut dengan kedatangan bapa mentuanya itu.Beberapa bulan dia menyewa di situ, Pak Salihin tidak pernah menjejakkan kakinya di rumah itu. Jika dia datang pun hanya sekadar di halaman menunggu Wan Saloma di dalam kereta sahaja.Sebaik sahaja dijemput duduk, Sukri yang masih bercuti dari kerjanya

    Last Updated : 2021-09-21
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 38

    Walau beribu kali maaf dipinta, kenangan pahit tak mungkin dapat dilupa, kerana mengingatinya saja, akan mengembalikan rasa kecewa...____________________TINI baru saja turun dari anak tangga rumahnya untuk menghantar bakul nasi lemak dan kuih ke warung Haji Lokman. Dia menyorong basikalnya yang diletakkan di tepi rumah. Tini juga berhajat untuk singgah ke rumah emaknya setelah selesai menghantar nasi lemak ke warung Haji Lok

    Last Updated : 2021-09-26
  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 39

    Mengapakah kenangan sering berbunga, bergayut resah di dada, silih berganti suka dan duka. Sakit yang kurasa, entah ada penawarnya - Tini__________________Izmir, lelaki pertama yang mencuri hatiku satu ketika dahulu. Juga lelaki pertama yang tega melukakan hatiku. Meninggalkanku di saat aku mengimpik

    Last Updated : 2021-10-01

Latest chapter

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 81 ( AKHIR )

    Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 80

    Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 79

    Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 78

    Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 75

    Rasa takut kehilangan itu wajar buat orang yang kita sayang. Justru, kita sanggup lakukan apa saja demi dia, termasuk merelakan diri kita tersakiti._________________________TINI keluar dari keretanya dan meninjau-ninjau mencari Natasha. Kali ini Tini berasa tidak sedap hati.Bimbang ada sesuatu yang berlaku kepada Natasha, dia meluru masuk ke dalam kawasan sekolah dan mencari di dalam pula. Beberapa ketika Tini keluar semula setelah bayang Natasha tidak juga kelihatan.“Aunty cari siapa? Cari Tasha ke?” Tiba-tiba ada seseorang datang menyapa.“Err... ya... ya, Tasha dah keluar kelas ke? Kamu kawan dia?”“Saya Elly, kawan Tasha, aunty. Tadi saya nampak Tasha dah balik naik kereta. Ada orang jemput. Saya ingatkan aunty tadi,” jawab gadis berkacamata itu.Tini tersentak mendengar penjelasan gadis muda yang memperkenalkan diri sebagai Elly tadi. Terus jantungnya berdegup kencang.“Apa? Tasha dijemput? Kamu tahu siapa?”“Tak nampak sangat aunty. Saya jauh tadi dari Tasha. Bila panggil, T

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 74

    Hubungan yang retak, mungkin boleh disambung kembali, dengan rencana yang berlainan. Namun hati yang retak, mana mungkin sembuh kembali. Yang tinggal hanya parut yang berkekalan.________________________HAMPIR sebulan Natasha berada di sekolah baru, Izzat datang mencari gadis itu di rumahnya. Masih lengkap berpakaian sekolah, Izzat meminta izin daripada Wan Saloma dan Tini untuk bertemu dengan Natasha. Pada mulanya Wan Saloma dan Tini agak keberatan untuk membenarkan Izzat menemui Natasha. Tetapi setelah beberapa kali Izzat merayu, akhirnya Tini memberi kebenaran.Natasha keluar dari biliknya dan bertemu Izzat di pangkin. Izzat meminta masa sepuluh minit dari pada Tini untuk bertemu Natasha. Tini mengangguk setuju namun dia dan Wan Saloma memerhatikan Natasha dan Izzat dari beranda.Sebaik sahaja Natasha duduk, Izzat yang sedari tadi lagi mengharapkan Natasha keluar tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang namun Natasha hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.“Tasha, kau sihat

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 73

    Kegembiraanmu buatku lega.Hanya ini yang aku damba.Moga begini selamanya,Tak ada lagi duka dan kecewa.________________________“TOLONG jangan tukarkan Tasha ke sekolah lain. Tolong Sukri, Tini.”“Kenapa? Kenapa tak boleh buat macam tu? Tasha tak boleh dekat dengan anak kau Izmir. Buat apa aku nak diamkan diri lagi lepas apa yang kau buat pada anak aku? Sekarang hati kau sakit sebab anak kau kecewa kerana terpaksa berpisah dengan anak aku kan?” Sukri membalas. Sakit pula hatinya tika ini.“Kau tahu rasa macam mana sekarang kan Izmir? Masa kau rancangkan semua ni, tak ada pun kau fikir dulu kan apa yang akan jadi pada anak kau. Sekarang, anak kau memberontak kan Izmir? Sekarang kau gelabah kan bila anak kau jadi macam tu?”Izmir tidak mampu membalas. Laju Sukri menceramahinya waktu itu.“Dulu kau tak faham situasi aku macam mana bila Tasha persoalkan aku siapa. Kau tepuk tangan dan hasut Tasha benci aku Izmir. Sekarang, bila anak kau sendiri yang tak percaya dan tak nak ikut cakap k

DMCA.com Protection Status