“ERBACH, you buat apa dekat studio ni? You datang nak cari I ke?” baru saja menapak masuk ke bilik persalinan, tangan Erbach ditarik lembut. Thea Freya lantas mengusap lembut wajah si jejaka yang tampak kusut dan pakaiannya juga tidak seperti orang sedang bekerja. Gaya Erbach berjalan seperti tergesa-gesa mahu berjumpa seseorang dalam diam. “Hei, Freya. Jangan sentuh-sentuh I dekat sini! Dekat sini banyak wartawan.” Terkejut Erbach melihat tindakan si gadis. Menggelupur dia dibuatnya. Erbach Arsalan berbisik lembut. Mata sudah melingas sekeliling. Dia mahu memastikan tiada siapa melalui kawasan itu. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi, Erbach Arsalan menarik nafas lega. Alhamdulillah. Haih, macam mana pula Freya boleh ada dekat sini. “Okey, sorry. Sebenarnya you datang sini buat apa? Kenapa you datang sini pakai sunglasses, pakai mask. I hampir tak cam you tadi,” omel Fr
Last Updated : 2021-07-07 Read more