Share

♚ 049

Ratu Sonia Aftar mengukir senyuman apabila mendengar sendiri Mother Conffesser mahu membantu perkampungannya. Ana dan Ken saling berpadangan setelah mendengar jawapan dari Ratu tersebut.

Mereka semua duduk berkumpul di sebuah kebun sayur, Miss Liya dan Maria saling berpadangan sesama sendiri. "Ana kami bukan apa cuma apa yang kau nak buat ni betul ke? Penduduk dekat sini bukannya sikit, banyak." Maria bersuara meluahkan rasa berat hatinya dengan keputusan yang dilakukan oleh Ana.

Ana menoleh ke arah Maria, "Aku tahu kau semua tak percayakan aku kan?" Ana menduga tapi hakikatnya dugaan dia itu benar belaka.

"Tak, bukan itu maksud aku... Kau dah salah faham ni." Maria cuba menafikan apa yang dia maksudkan tadi.

"Aku akan buktikan pada Ellena dan Krystal yang aku boleh buat benda ni. Aku yakin dengan diri aku sendiri." kata Ana terpancar sinaran keyakinan melalui matanya disaat matanya bertembung dengan mata Miss Liya.

"Aku akan bantu kau."
Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status