Share

JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)
JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)
Author: Airin Abdul

PROLOG JDM

Author: Airin Abdul
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.

Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas. 

Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi. 

Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.

Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.

Skrit!

Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari arah hadapan secara tiba-tiba serta merta mematikan kegembiraan dia. Dia pantas beralih pandang ke arah objek yang menjerit lantang sebentar tadi.

Lori yang melintasi tubuh kecilnya tadi berhenti lalu di parkir betul-betul di sebelah rumah ibubapanya. Mata Iman terbuntang luas. Dia bercekak pinggang. Matanya dijegil tanda tidak puas hati.

Huh! 

Iman mendengus kasar. Rambut yang telah dipotong oleh ibu ala-ala si comel Dora dalam kartun Dora The Explorer itu, berserabai hingga jatuh menutupi wajah. Semuanya gara-gara tiupan angin kencang yang terhasil dari lori besar tadi.

Pintu lori dibuka dari dalam. Seorang lelaki keluar dari perut kenderaan itu dan datang menghampiri dia dengan langkah yang disusun penuh atur. Lelaki itu menyapanya dengan senyuman mesra. 

Iman mencebik bibir. Marah benar dia. Sudahlah lelaki itu bawa lori macam ribut. Langsung tidak sedar keberadaan dia di sana.

“Sorry dik. Abang tak sengaja. Mujur adik bersantai tepi rumah saja. Kalau adik bersantai tengah jalan dik, mau menyenget abang bawa lori. Silap-silap sekali dengan lori abang terbalik”

Iman menjungkit bahu. 

Dia langsung tidak terusik dengan kata-kata si pemandu lori tersebut. Dia bukan sengaja mahu berdiri di tepi jalan. Cuma dia ralit. Ralit mencari bunyi kicauan anak burung.

Mujur dia tidak dirempuh mahupun dilanggar. Jika tidak, meraung ibunya satu lot rumah mereka. Nanti tidak semena-mena keluar jadi berita utama di media sosial. Kanak-kanak 9 Tahun Maut dilanggar Lori. 

Hah!

Iman menghela nafas panjang. Hendak ditunjuk rasa marah, salah dia juga kerana berada di tepi jalan begini. Sendirian pula tu. Jika dia diculik, dibawa jauh dari keluarga. Macam mana?

Iman pantas menggelengkan kepala.

“Kenapa geleng kepala dik?” lelaki tadi masih lagi menyoal. 

“Tak da apa-apa. Saya masuk rumah dulu” pantas Iman membelakangi lelaki tadi. Dia buru-buru masuk ke dalam kawasan pagar.

“Dik, abang nak tanya ni. Mak dengan ayah ada dekat rumah?” 

Iman kembali menoleh. Dia memandang lelaki yang membahasakan diri sebagai ‘abang’ itu dari atas sampai ke bawah dengan wajah hairan. 

Sampai naik juling matanya memerhati. Di manakah silapnya? Nampak macam sudah tua tapi masih membahasakan diri dia sebagai abang. Pelik bin ajaib.

“Adik ... Abang ...” lelaki itu tidak jadi mahu menyambung kata.  Matanya beralih ke arah susuk tubuh wanita yang baru muncul dari dalam rumah.

“Iman!” laung suara itu lantang.

Iman pantas menoleh. Kelihatan ibunya sedang berlari keluar mendapatkan dia.

“Mak cik ...” panggil lelaki tadi. Namun tidak dipedulikan. Iman terkebil-kebil. 

“Iman Afina! Kan ibu dah cakap. Jangan buka pintu pagar sesuka hati kamu saja. Datang orang jahat, tak fasal-fasal kena culik bawa ke Siam. Kamu nak?” 

“Saya bukan orang jahat makcik ...” celah lelaki itu sekali lagi.

Puan Halimah hanya menjeling.

“Takpun kena culik, diambil organ dalam badan lepas tu kena jual macam mana? Apa ibu nak jawab dengan ayah?”

Marah Puan Halimah tanpa mempedulikan lelaki tersebut. Puas membebel pada anak daranya, barulah dia menuntas pandang lelaki tadi dengan rasa hairan. Lelaki itu langsung tidak berganjak dari depan rumahnya.

“Ya Encik. Boleh saya bantu?” soal Puan Halimah dalam nada suara yang masih tinggi. Lelaki itu tersenyum memandangnya.

“Makcik, saya datang nak ambil kunci tuan rumah sebelah. Katanya saya boleh ambil dekat jiran sebelah kanan rumah dia. Maknanya rumah makciklah” jelas lelaki itu panjang.

Puan Halimah mengoyak senyuman.

“Oh! Ini Saiful Bahrin ya? Penyewa baru rumah sebelah?” lelaki itu pantas mengangguk.

“Alhamdulillah, sampai juga kamu akhirnya. Akak tertungu-tunggu dari pagi kelmarin lagi. Manalah agaknya orang dia, masih belum sampai lagi” 

Puan Halimah semakin ramah. Terbang terus marahnya kepada Iman Afina sebentar tadi. Lelaki itu segera diajak masuk ke dalam rumah. 

“Tak payah susah-susah makcik ...” tolak Saiful Bahrin sopan.

“Apa susahnya. Jom kita makan tengahari sama-sama. Lagipun sekejab lagi sampailah suami akak. Dia yang simpan kunci rumah Pakcik Harun.” pelawa Puan Halimah sekali lagi. Dia masih tidak berputus asa mengajak.

Sebenarnya dia sudah dikhabarkan tentang penghuni baru seminggu yang lalu oleh jirannya. Teruja dia mahu berkenalan memandangkan sudah lama rumah sebelah mereka kosong.

“Kami dah berhenti makan tengahari di Hentian Sebelah Bukit Gantang tadi. Masih kenyang lagi” tolak lelaki itu sekali lagi.

“Datang satu keluarga?” 

“Ye mak cik, eh akak. Tak, tak. Saya datang berdua saja dengan anak saya” 

“Lah, iye ke? Panggillah anak masuk dulu. Mesti penat memandu dari Ipoh datang ke sini”

Puan Halimah sudah membuka pinta pagar rumah selebarnya. Tetamu yang baru saja dikenali tadi diajak masuk ke dalam rumah.

“Tapi ...”

“Ayah ...” panggil seorang kanak-kanak lelaki dari jauh menghentikan perbualan antara Puan Halimah dan Saiful Bahrin. 

Kesemua mata tertumpu pada jalan. Seorang kanak-kanak lelaki yang memakai kemeja berkolar dan berseluar jeans mengatur langkah menghampiri mereka. 

Iman turut memerhati. Pada fikiran dia, kanak-kanak lelaki itu mungkin dalam lingkungan 10 tahun ke atas. Berdasarkan bentuk tubuh dan ketinggian yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

Iman Afina bergerak ke belakang dan menyorok di sebalik tubuh Puan Halimah. Tiba-tiba dia berasa tidak senang duduk bila mata dia dan budak lelaki itu bertemu pandang.

“Kita dah sampai ke? Kenapa ayah tak kejutkan abang?” budak lelaki itu bersuara. Cermin mata yang dipakainya dibuka lalu disangkut pada kolar baju kemeja.

“Sorry abang. Ayah tengok abang nyenyak sangat tidur. Jadi ayah tak jadi nak kejutkan” lelaki itu sudah tersengih memandang anaknya.

Iman hanya mengintai dari belakang Puan Halimah sambil mendengar perbualan jiran baru mereka dengan anaknya.

Budak lelaki itu tidak menghiraukan kata-kata ayahnya. Sebaliknya dia datang menghampiri Puan Halimah sambil tersenyum. 

“Hai Dora The Explorer! Saya Nazrul Haq. Awak boleh panggil saya Abang!” ramah budak lelaki itu memperkenalkan diri sambil menjenguk ke belakang Puan Halimah.

“Selamat berkenalan” tangan dihulurkan pada Iman tanpa rasa malu.

Dia terkejut. Begitu juga Saiful Bahrin serta Puan Halimah. Masing-masing terpaku dengan gelagat Nazrul Haq sebelum terburai ketawa antara mereka.

Iman Afina pula menggigit hujung lengan baju. Rasa malu menerpa tangkai hati. Kening bertaut menahan marah.

Related chapters

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 1

    Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah.Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja.Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 2

    Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.Zarul ketawa.“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar”“Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir.“Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang sem

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    “Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langk

Latest chapter

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   PROLOG JDM

    Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas.Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi.Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari

DMCA.com Protection Status