Share

BAB 1

Author: Airin Abdul
last update Last Updated: 2021-06-26 21:22:01

Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah. 

Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.

“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja. 

Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.

“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.

“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun pisang. Jadi, aku ngorat la sikit. Haha ...” ujar Zaini yang baru keluar dari dapur.

Dia menatang dulang yang berisi cawan dan juga sejag air kopi yang sudah siap dibancuh. Dulang diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik perlahan. Lalu dia duduk berdepan dengan Iman Afina.

Zaini mencapai pinggan lalu mencedok nasi lemak yang sudah diletakkan di dalam bekas yang bertutup. Haruman daun pandan menyapa deria bau Iman Afina. Terangkat-angkat hidungnya menampan bau yang menusuk.

Mukanya dibawa ke bekas tadi. Mahu menghidu bau itu sepuasnya. 

“Hoi, tak senonoh” pantas Zaini menampar bahu sahabatnya. “Nah, amik ni. Kau makanlah puas-puas. Kita bertiga je dekat rumah.”

“Kenapa? Mana yang lain?” soal Iman merujuk pada rakan serumah mereka yang lain.

Mereka tinggal berlima sejak 2 tahun yang lalu. Ketika itu mereka berada di tahun akhir semester pengajian. Mulanya perkenalan mereka hanya sekadar rakan satu kolej. Tetapi menjadi rakan serumah sebaik saja masing-masing mengambil keputusan untuk menyewa rumah diluar kawasan kolej.

Sampailah sekarang. Walaupun masing-masing sudah memiliki kerjaya sendiri. Tetapi tetap juga mahu menyewa bersama. Tidak sanggup mahu berpisah. Semuanya sudah berjanji hanya akan tinggalkan rumah ini sekiranya mahu menamatkan zaman bujang.

“Zulaikha ada meeting. Awal pagi lagi sudah terkocoh-kocoh keluar. Zyne pula macam biasa. Pergi gim. Workout, workout. Nak menambah lagi ketulan dekat badan kot”

Zaini sudah menggeleng. 

“Ala. Dia nak sihat. Bukan macam kita. Kerja melantak. Kau masak, aku makan. Aku makan, kau masak sedap-sedap”

Iman ketawa lepas. Dia bukan mahu mengambil hati Zaini. Tapi memang benar masakan Zaini memang sedap. Macam masakan ibu-ibu. Terubat rindunya dekat ibu dan ayah di kampung sana.

“Eleh, kau memang juara melantakpun. Tapi kau makanlah apapun, badan still tak naik-naik. Aku je yang makin hari, makin gemuk” 

Zaini tayang muka sedih yang dibuat-buat.

“Ceh, gemuklah sangat. Kurus macam lidi kau kata gemuk. Aku niha yang boleh dikategorikan sebagai gemuk” Iman Afina sudah bangun.

Dia berpusing-pusing. Menayang tubuhnya yang semakin berisi. Bukan berisi sangat. Tapi lebih kepada sado. Dia memiliki rangka tulang yang besar, diwarisi oleh keluarga sebelah ayah. Dipadankan dengan tingginya yang mencecah 156 sentimeter. Memang nampak dia besar.

“Hoi, kau dah kenapa berposing bagai ni? Nak cuba-cuba jadi model?” Bahu Iman ditampar kasar seseorang.

Dia hampir terdorong ke depan. Rambut ekor kudanya juga mengikut alunan yang sama. Bergerak ke depan. Zaini sudah ketawa mengekek.

Sahabatnya yang bernama Husna menarik kerusi lalu duduk. Pinggan yang berisi nasi lemak Iman di jamah terus tanpa meminta izin.

“Wey, nasi lemak akulah. Mana aci kau makan. Ini Zaini yang isikan untuk aku.” Iman sudah mengomel. Dia mencebik.

Pinggan yang berisi nasi lemak tadi mahu diambilnya. Tetapi pantas sahabatnya menghalang.

“Aci tak aci. Ini aku punya. Kau ambil lain. Zai, kau isikan untuk Iman semula. Ini aku punya” Husna tidak mahu kalah. Sengaja dia mahu mengusik.

“Dahlah. Kau makanlah. Aku nak diet.” Iman akhirnya mengalah. Dia duduk semula bertentangan dengan sahabat-sahabatnya.

“Mana kau dapat daun pisang ni Zai?” Husna menyoal. Soalan yang sama ditanya oleh Iman sebentar tadi.

“Jiran sebelah yang bagi ...” jawab Iman mendatar sambil menopang dagu. Dia kusyuk melihat Husna menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

Zaini hanya ketawa melihat gelagat sahabatnya.

“Maksud kau jiran sebelah rumah kita tu? Yang mana? Sebelah kanan ke kiri?”

Husna menyoal hairan.

Setahu dia, jiran sebelah rumah sewa mereka tidak ada pula yang menanam pokok pisang. Atau dia yang tak tahu dan tak ambil tahu, mungkinlah. 

“Aku pelik ...”

“Kan? Kalau kau pelik, aku lagilah hairan. Setahu aku, jiran kita mana ada pokok pisang, tanam jauh sekali. Mana datangnya daun pisang pula?” Iman mencelah. Keraguan cuba diluahkan.

“Kau jangan macam-macam Zai. Aku tak naklah makan kalau macam tu” Husna sudah menolak pinggannya ke tengah.

“Kalau kau tak nak, aku nak. Haha ...” Iman mencapai pinggan nasi yang dijamah Husna. 

Antara mereka, tidak kisah berkongsi makanan. Sudah menjadi kebiasaan. Makan satu talampun mereka pernah. Itu yang membuatkan kasih antara mereka bertambah erat.

“Eh, korang ni. Aku cuma kata daun pisang rumah dia banyak. Ada aku cakap kat sebelah ke? Tak ada kan ? Apa pula yang fikir bukan-bukan ni. Betullah aku beli dari jiran kita. Jiran sebelah kiri ni ha. Takkan nak menipu pula kot”  Zaini tetap bertegas.

Husna dan Iman mencebik. Main pusing-pusing pula si Zaini.

“Iye, memang dia tak tanam pokok pisang hatta sepokokpun. Tapi, aku beli onlinelah dari dia. Nun jauh datangnya dari kampung. Entah apa nama kampungnya aku lupa. Aku nampak dia post dekat f*, jadi aku ngoratlah” Zaini ketawa terbahak-bahak.

Iman dan Husna membuntang mata. 

“Wow! Kau ada F* jiran kau. Kau stalk dia ke? Kau minat dia? Mana kau nak letak Cikgu Syam kau eh?” Iman menebak. Kali ini dia sudah tersengih-sengih.

“Eh, mana ada. Aku tengok je. Bukan stalkpun” nafi Zaini sambil tersenyum-senyum.

“Ceh, tengoklah sangat” Iman menampar tangan Zaini perlahan. Berkerut dahi gadis itu.

“Lain kali kau cakaplah awal-awal. Ini tak, main teka teki pula dengan kami. Huh, tak jadilah aku nak tolak. Aku nak makan. Aku lapar sangat dah ni” Husna kembali menarik pinggan nasi lemak dari Iman. 

Dua-dua main tarik-tarik. Macam kanak-kanak.

“Dah, dah. Aku dah isi dah yang baru. Ambil ni. Makan puas-puas. Bukan senang tau kau nak dapat makan air tangan anak dara hot macam aku ni. Satu dalam sejuta tau.” Iman menjuih bibir.

Tangannya disua mengambil pinggan yang berisi nasi lemak yang dihulur Zaini. Dia ketawa memandang Husna yang memegang pinggan nasi yang sudah kosong.

“Iman Afina binti Khairi Jamaludin!” satu rumah bergegar mendengar jeritan Husna. Dia memandang dengan rasa geram pinggan nasi yang sudah licin. 

***

“Kau pergi kerja naik apa Iman?” Soal Zaini ketika Iman sedang memakai kasut sukan.

“Macam biasa. Tunggu Zarul datang ambil. Tapi nampak gaya macam dia lambat je. Jalan sesak kot” Iman mengerling pada jam dipergelangan tangan.

Dia resah menanti Zarul. Zarul itu sahabat baik dia. Mereka bekerja di tempat yang sama. Zarul digelar ustaz dikalangan sahabat dia memandangkan lelaki itu mengambil Jurusan Pengajian Islam ketika di kolej.

Terus terang dia katakan, sebenarnya dia malu juga berkawan baik dengan Zarul. Zarul alim, Zarul tinggi ilmu agamanya tetapi lelaki itu sudi berkawan dengan dia yang tidak menutup aurat. 

Beberapa kali jugalah Zarul memberi tazkirah percuma pada dia. Menghadiahkan dia selendang segala tapi dia buat endah tidak endah sahaja. Mungkin seru belum sampai agaknya. Dia masih belum mahu bertudung.

“Acewah, Ustaz Zarul datang ambil ye. Bertuah kau Iman. Rugi kau lepas Ustaz Zarul yang kacak tu. Baik pula tu. Kalau aku ...” 

Iman mencebik. Husna tidak jadi meneruskan kata-kata. 

“Kalau kau nak, ambillah. Aku pas kat kau. Hahaha.” Iman sudah ketawa.

Dia bukan tidak sukakan Zarul tapi hati dia belum benar-benar terbuka untuk seorang lelaki. Bila dia pandang Zarul, hatinya masih kosong, masih hambar. Maknanya Zarul bukan ibu kunci hatinya.

“Kalau aku tackle dia, kau jangan melopong Iman. Baru kau sibuk nak nangis sebulan. Time tu aku tak lepas dah si Ustaz Zarul kacak tu.” Zaini pula sengaja mengugut.

Dia sendiri perasan tindak tanduk Zarul pada sahabatnya. Bukan dia dan Husna saja yang sedar, Zyne dan Zulaikha juga sama. Tapi Iman, macam biasa. Selamba. Langsung tidak tergugat.

“Hah, tu. Pak Ustaz  kau dah sampai. Cepat pergi. Nanti dia bagi ceramah free pula kat kita semua” Husna memandang ke luar pagar rumah sewa mereka.

Dia dan Zaini membalas lambaian Zarul. Tocang kuda Iman Afina ditarik sekali lalu. Menjerit sahabatnya itu.

“Aku dah kata, tutup sikit rambut kau tu. Degillah kau ni.” Komen Husna pedas.

“Belum sampai serulah mak cik. Bluerk!” Iman menjelir lidah. Dia pantas menggalas beg dan berlari anak menuju ke kereta Zarul. 

“Iman, Iman. Cikgu tak macam cikgu. Macam budak-budak lagi adalah. Memang sesuailah kau mengajar budak-budak Iman Afina. Kan Zaini?” Husna menggeleng berkali-kali.

Zaini hanya tersengih. Dalam hati dia mengiakan telahan Husna. Dia juga turut menantikan perubahan itu. 

Comments (1)
goodnovel comment avatar
ALISSA ALEE
cute... nnti sambung lg ya
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 2

    Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.Zarul ketawa.“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar”“Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir.“Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang sem

    Last Updated : 2021-07-05
  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 3

    “Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langk

    Last Updated : 2021-07-30
  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   PROLOG JDM

    Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas.Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi.Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari

    Last Updated : 2021-06-25

Latest chapter

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 1

    Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah.Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja.Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun

  • JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)   PROLOG JDM

    Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas.Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi.Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari

DMCA.com Protection Status