KAU AKU KITA GEMUK ( BAHASA MALAYSIA)
"Esok, tepat jam lapan pagi, kau mesti ada depan office aku. No more excusses Ain Nur Jannah. Kalau kau nak tengok muka gemuk kau viral, silakan bantah cakap aku" - Nuh Al-Edruz.
"Huh! Hancur percutian aku. Tak guna betullah kau Nuh Al-Edruz. Dasar peguam gemuk!" - Ain Nur Jannah.
Disebabkan satu kejadian yang berlaku, hidup Ain Nur Jannah sentiasa diburu. Langsung tiada ketenangan sejak kehadiran peguam gila Nuh Al-Edruz.
Segalanya bagai dirancang dan perancangnya adalah peguam gila itu.
"Aku mandul! Semua salah kau! Aku nak kau bertanggungjawab! Jadi isteri aku!" - Nuh Al-Edruz.
Dapatkah Ain Nur Jannah menerima perkahwinan atas dasar penipuan? Penipuan yang sengaja dilakukan oleh seorang suami. Benarkah rasa benci tidak akan bertukar sayang?
"Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Seluruh hidup Nuh Al-Edruz hanya untuk Ain Nur Jannah" - Nuh Al-Edruz.
Bila kebenaran terungkap, adakah cinta lenyap?
"Kalau kau sayangkan aku, kalau kau cintakan aku, lepaskan aku Nuh. Biar aku hidup tanpa bayangan kau. Kau tipu aku! Kau perangkap aku dalam hubungan gila ni! Atas dasar apa perkahwinan ini perlu dipertahankan lagi?" - Ain Nur Jannah.
Kau Aku Kita Gemuk menyingkap rasa cinta yang berbeza. Cinta si gemuk buat si gemuk. Masihkah ada rasa bahagia buat mereka kecapi bersama?
Read
Chapter: BAB 10Nuh memakir Honda CRV nya ke dalam garaj. Kelihatan Mini Cooper S milik bondanya turut tersadai sama. Nampak gayanya bonda dia ada di rumah. Tak ada meeting agaknya hari ini. Bukan senang dia mahu bertemu dengan Dato Mahani. Dia tersenyum simpul. "Ha! Dah sampai pun anak bonda" Belum pun sempat Nuh melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah disergah bondanya dari belakang. Pipi tembam Nuh dicubit-cubit geram. Nuh mengetap bibir. Dia cuba menepis dengan tangan. Tetapi tindakan bondanya lebih pantas. "Bonda ni, tak habis-habis buat Nuh macam budak-budak," omel Nuh perlahan. Dia menarik muka masam. Dari dulu sampai sekarang, pipi dia selalu saja jadi mangsa semua orang dalam rumah ini. "Alah, Nuh tetap budak-budak pada bonda selagi Nuh tak kahwin. Jadi sekarang, Nuh ken
Last Updated: 2021-10-22
Chapter: BAB 9Sudah genap seminggu semenjak pertemuan Nuh dan Ain di Kedah. Seminggu jugalah berlalu tanpa ada apa-apa gangguan dari Nuh Al-Edruz. Sengaja dia membiarkan hidup Ain Nur Jannah tenang terlebih dahulu. Sebelum dia mengucar-kacirkan kehidupan gadis itu semula. Walaupun begitu, segala perkembangan berkaitan Ain Nur Jannah sentiasa berada di dalam pengetahuan dia. Syed Muqry lah orang yang bertanggungjawab menjadi pemberi maklumat bertauliah dia. Jangan kata Ain seorang. Malah seluruh ahli keluarga gadis itu berada di dalam pengetahuan Nuh. Dengan siapa gadis itu tinggal, dan siapakah saudara mara gadis itu, semua dia tahu. Bebola mata Nuh tertancap pada skrin laptopnya. Web Media Online ditaip pada carian g****e chrome. Keluar keputusan carian dan dia klik pada laman web Media Online. Sebelah tangan memegang pen sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja seolah sedang berfikir. Dia skrol laman web Media Online. Artikel yang tertulis 'Penjelasan Ekslusif Cikgu
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: BAB 8Ain Nur Jannah sudah tiba di kampung halaman arwah abahnya. Suasana desa yang nyaman memberikan dia rasa ketenangan. Mahu dilupakan seketika dunia yang sedang bergolak di luar.Dia mahu memanfaatkan cutinya bersungguh-sungguh. Tidak mahu dibiarkan peristiwa tadi mengganggu gugat ketenteramannya.Dipandang sekilas telefon pintar yang diletak diatas meja kopi bersebelahan katil. Ingatannya serta merta teringatkan bapa saudaranya.Pantas dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil. Telefon dicapainya pantas. Panggilan yang tidak berjawab dipandang dengan senyuman nipis.35 kali panggilan dari bapa saudaranya. Pasti sebentar lagi dia akan dimarahi. Pantang dia tiada di rumah ataupun keluar bekerja ke mana-mana. Pasti Azam akan menelefonnya sampai panggilan berjawab.Ain menggeleng.Nombor telefon bapa saudaranya didail. Dua saat kemudian panggilan diangkat."Assalamualaikum Pak Usu" sapa Ain memberi salam."Waa
Last Updated: 2021-07-30
Chapter: BAB 7Temubual antara Ain Nur Jannah bersama cikgu Nasuha dan peguamnya berjalan dengan lancar. Namun dalam kerancakkan perbincangan mereka, hati Ain masih lagi kacau bilau. Apa tidaknya, mata helang si peguam asyik saja bertembung dengan anak mata Ain Nur Jannah. Dan setiap kali mata mereka bertaut, dia juga yang terpaksa melarikan terlebih dulu. Pandangan peguam itu seolah-olah memberi dia amaran. Amaran yang menggerunkan hati Ain. Dalam kekalutan dia berdoa semoga cepat-cepat perjumpaan ini berakhir. Bukan kerana dia tidak suka bertemu dengan Cikgu Nasuha tapi itulah. Hatinya terganggu dek pandangan sinis peguam dihadapannya. Pandangan itu menghantar rasa debar yang makin menjadi-jadi. Telapak tapak tangan kanan Ain ditepuk-tepuk ke dada. Perbuatan itu seperti ingin mencari ruang yang lebih untuk bernafas. Sungguh dia merasa sesak yang teramat. "Cik Ain okey ke tak?" Nuh Al-Edruz menyoal. Pura-pura mengambil berat. Sedangk
Last Updated: 2021-07-30
Chapter: BAB 6Nuh Al-Edruz mewakili anak guamnya Cikgu Nasuha untuk bertemu dengan ibu bapa pelajar yang ingin memfailkan kes saman. Mereka ditemani oleh Syed Muqry dan juga Hidayah, saudara cikgu Nasuha. Pihak pelajar tersebut juga diwakili oleh seorang peguam, dari Firma Guaman Aziz and Co. Kebetulan peguam yang mewakili keluarga pelajar terbabit merupakan rakan satu universiti Nuh Al-Edruz dahulu. Jadi dijangka, perbincangan mereka akan jadi lebih mudah dan cepat. Tidak perlu melibatkan banyak pihak untuk mereka berdamai. Selepas sebutan kes sebentar tadi, mereka telah duduk dan berbincang bersama-sama. Kedua belah pihak akhirnya telah mencapai kata sepakat untuk menarik semula dakwaan terhadap cikgu Nasuha. Segala perjanjian dilakukan secara hitam putih oleh peguam masing-masing. Permohonan maaf juga dibuat oleh kedua belah pihak agar tiada lagi salah faham yang berlaku. Fuh! Nuh menarik nafas lega sebaik sahaja semua orang bersurai. Syed dan Na
Last Updated: 2021-07-17
Chapter: BAB 5Ain Nur Jannah menarik bagasinya tergesa-gesa. Dia perasaan dengan pandangan lelaki di hujung sana tadi. Dia seperti mengenali siapa lelaki itu. Pantas saja dia menekup mulut. Dia berharap sangat lelaki yang di hujung sana tidak mengenali dia atau sudah lupakan dia."Teksi!" Ain menggamit sebuah teksi yang sedang menanti di situ. Cepat saja dia meloloskan diri ke dalam kereta berwarna biru sebaik saja pintu dibuka."Grand Alora Hotel," pantas dia memberitahu. Pemandu teksi sekadar mengangguk. Sekejap saja teksi sudah berada di atas jalan raya untuk ke destinasi yang dikatakan.Telefon bimbit Ain menjerit-jerit meminta untuk diangkat. Huh! Dia mendengus. Salah masa betullah. Dari tadi lagi telefonnya berbunyi dalam keadaan kelam kabut dia melarikan diri."Assalamualaikum ...," sahut Ain sebaik saja panggilan bersambung."Yea ... aku dah sampai. Aku terus ke hotel. Nanti malam aku jumpa kau" Dia bersuara lagi. Sesekali kepalanya terangguk-anggu
Last Updated: 2021-07-05
JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA)
Kata orang tua-tua, yang dibenci itulah bakal menjadi jodoh kita. Walau sejuta langkah kita cuba melarikan diri, tetap juga dia datang menghampiri.
Begitulah ikatan yang terbina antara Iman Afina dan Nazrul Haq. Tetapi yang lebih membengongkan jiwa, ikatan itulah juga yang sebenarnya permulaan jodoh mereka.
"Hoi! Alihkan motosikal kau ni. Aku nak keluarlah. Abang makan panda!" - Iman Afina.
Pertemuan pertama mereka sudahpun mencetuskan rasa benci yang mendalam. Terus terbenam ke dalam jiwa seorang Iman Afina dan Nazrul Haq.
"Buat pengetahuan kau, aku bukan abang makanan panda! Aku adalah pengeran muda yang diminta untuk menghantar makanan!" - Nazrul Haq.
Seorang gadis kasar dan seorang lagi jejaka poyo. Bisakah terbibit rasa cinta dan kasih pada diri mereka? Apakah yang mengunci perasaan mereka agar terus menyakiti?.
"Dalam hati ini, ada namamu. Nama seorang insan yang aku rindu ..." - memori.
Demi sebuah janji, mereka menoktahkan rasa. Demi sebuah rindu, mereka terperangkap di dalam celahan memori yang pernah tercipta. Adakah ini satu kebetulan?
Read
Chapter: BAB 3“Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langk
Last Updated: 2021-07-30
Chapter: BAB 2Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.Zarul ketawa.“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar”“Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir.“Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang sem
Last Updated: 2021-07-05
Chapter: BAB 1Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah.Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja.Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun
Last Updated: 2021-06-26
Chapter: PROLOG JDMBunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas.Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi.Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari
Last Updated: 2021-06-25